Pages

Monday, September 28, 2009

Campur Aduk

Usia Syawal sudah masuk seminggu lebih atau dengan tepatnya 9 hari. Hari ini kebanyakan premis beroperasi seperti biasa (wow, cane eni leh terkeluar nak taip word "premis" nih?? Cam skemarama jerkk..kui3). Tak terkecuali opis aku yang indah nan permai ni (saje je nak puji opis nih....bagi semangat bekerja tu berkobar-kobar). Keadaan opis sudah berpenghuni biarpun tak sepadat selalu (masih ada yang bercuti atau menghadiri meeting barangkali).

Bila aku terlalu banyak taip ayat yang dalam kurungan (.....) - seolah-olah bermonolog tu tetibe teringat lak aku pada sorang kawan aku. Kawan alam maya aku. Dia seorang pelajar di maktab perguruan yang sedang mengikuti kursus pendidikan la kan kan kan pengkhususan sains sukan kot, ala ajar PJK tarik nafas lepas, tarik nafas lepas, tarik nafas...tahan...lepas..HUH! Ngak3..aku masih ingat kalau PJK mesti camtula gerakan standard yang selalu cikgu-cikgu ni ajo. Ooppss, cam dah lari topik lak..kawan aku tu pernah kata (time kitorang cetin la...) dia ckp penulisan aku nih "penulisan ilmiah". Erkk..., ilmiah ker?? Aku pun menilik setiap inci ayat-ayat yang aku taip sepanjang kitorang cetin tu..HUHUHU..aku rasa biasa je. Tak seilmiah mane pun. Takpelah, mungkin dari pandangan dia mungkin camtu. HEHEHE..tapi..apa khabar dia skrg? Sudah bergelar cikgukah? Apapun selamat berjaya kawan..(
nama penuh dia aku lupe la..hampagas tol aku nih)

Ala...baru kul 4.58pm ker?? Kalau bulan pose time cenggini aku dah sampai Bazaar kat Pandan Indah tu. Dah habis bulan pose nih terpakselah balik kul 5.30pm. Huhuhu..tak beshnye (hamboi eni, okeyla tu masuk kul 8.30am blk 5.30pm tak pernah bersyukur...oppsss..., sowi)

Erm, tak tau nak conteng ape dah kat ruangan nih. Lagipun cam dah lame tak melawat atau ngan erti kata lain tak menconteng sesuatu. Yang selalu aku wat pun cume mengedit post "Sepanjang September" tu jer...HEHEHE..

Okeyla, aku rasa samapi sini dulu. Nextime aku conteng lagi, Insyallah...




Friday, September 18, 2009

Sepanjang September

  1. Selamat Hari Lahir yang ke-23 : Semoga kamu bahagia selalu, aku harap hubungan kita bersama akan kekal selamanya. Jangan pernah hilangkan aku dari dirimu.
  2. Selamat Hari Lahir yang ke-23 : Semoga kamu bahagia selalu, jadikanlah setiap memori indah kekal abadi. Jangan pernah hilangkan aku dari dirimu.
  3. Selamat Hari Lahir yang ke-23 : Semoga kamu bahagia selalu, setiap kali penasaran itu sebagai tanda ingatan. Jangan pernah hilangkan aku dari dirimu.
  4. Selamat Hari Lahir yang ke-23 : Semoga kamu bahagia selalu, ingatlah wajahku jika ia bisa buat kamu bahagia. Jangan pernah hilangkan aku dari dirimu.
  5. Selamat Hari Lahir yang ke-23 : Semoga kamu bahagia selalu, selalu ingat aku yer. Jangan pernah hilangkan aku dari dirimu.
  6. Selamat Hari Lahir yang ke-23, sentiasa mengingati kamu.
  7. Waktu itu sering berjalan & takkan pernah berbalik. Begitu juga dengan usia. Cuma ingatan sahaja bisa mengenang apa yang terindah. Selamat Hari Lahir yang ke-23.
  8. Aku takkan pernah henti bagi ucapan buat kamu. Kerna aku yakin pada saat akhirku tidak ada apa yang bisa menghalang semua ini. Ernie, Selamat Hari Lahir ke-23.
  9. Sejak 9th-14th Sept 09, kamu pasti tenang kerna tiada mesej itu. Kini aku gantikan balik, kira-kira sudah 6 hari aku hutang mesej itu. Selamat Hari Lahir ke-23, baru tenang jiwa ini. Ernie, ingatlah bahawa setiap insan itu sudah punya sebuah penantian yang diidamkan. Semoga kamu happy ya.
  10. Selamat Hari Lahir yang ke-23, aku yakin kamu telah pun menemukan apa yang dicari selama ini. Jagalah ia sebaiknya ya. Semoga kamu happy selalu.
  11. Selamat Hari Lahir ke-23, saat aku bernafas pasti mesej ini bisa bersama kerna diri ini mahukan bahagia selalu. Jangan pernah lupakan aku.
  12. Ernie, cam biasa. Aku takkan pernah lupa. Aku harap kamu takkan pernah jemu dengan sume ni. Selamat Hari Lahir ke-23. ingat! Jangan pernah lupakan aku.
  13. Selamat Hari Lahir ke-23. Biar apapun terjadi, aku harap kita tetap bersama kerna aku yakin ia pasti abadi.
  14. Aku takkan pernah lupakan kamu. Dan aku berharap kamu juga begitu. Aku mahu kamu sentiasa happy. Selamat Hari Lahir ke-23.
  15. Aku nyaris terlupa dengan mesej biasaku. Biarpun sibuk meraikan lebaran, khas untuk kamu..Selamat Hari Lahir ke-23, Happy-happy selalu.
  16. Seperti kebiasaan mesej aku pasti menjelma ke handphone kamu. Aku berharap kamu tidak akan pernah jemu ye. Selamat hari Lahir ke-23. Jangan pernah lupakan aku.
  17. Selamat hari Lahir ke-23. jangan pernah lupakan aku ye. Walaupun untuk satu detik sahaja kerna ia bisa membunuhku.
  18. Selamat hari Lahir ke-23. Jangan pernah lupakan aku ye. Walaupun aku tak pernah bilang itu adalah sebuah janji. Tapi aku sering berharap kamu bisa lakukannya.
  19. Selamat Hari Lahir ke-23. Bila aku ingin kirim mesej ini. Sudah pasti aku bayangkan wajahmu. Tapi, apakah kamu turut bayangkan wajahku bila terima mesej ini?
  20. Maaf. Bila line dah dipulaukan. Apa-apa pun tak bisa jadi. Selamat Hari Lahir ke-23. Jangan pula kamu pulaukan aku seperti line celcom.
  21. Selamat Hari Lahir ke-23. Aku harap ko sentiasa tersenyum bila terima mesej ini setiap hari. Jangan pernah lupakan aku eh.
  22. Adakah kamu masih nantikan mesej ini @ biarkan aja..? Pasti kamu sukar untuk menjawab..heheh, Selamat Hari Lahir ke-23.
  23. Pagi 28 Sept 2009 telah membuat perubahan besar kepada diriku. Begitu juga dengan kamu. Sudah hampir ke saat yang baru. Selamat Hari Lahir ke-23.
  24. Kurang dari 48jam saja kamu akan menjadi seorang yang searas dengan diriku, berharap sangat aku bisa bersama kamu pada saat itu. Selamat Hari Lahir ke-23.
  25. Sudah tiba saat yang dinantikan buat aku terhadap kamu. Saat di mana aku berharap kamu bisa bahagia untuk selamanya. Ingatlah bahawa aku takkan pernah lupakan kamu. Maafin aku atas segalanya ya. Aku ikhlas ucapkan Selamat Hari Lahir ke-23.
~WifLuv : fAeZ @ApAi @ AhMaD fAiZAl RaHmAt~

Ucapan dari sahabat baikku untuk aku. Tapi kenapa ye setiap hari dihidangkan dengan ucapan yang berbeza-beza begini? Aku sendiri tidak pasti kenapa & mengapa. Apa pun, terima kasih sahabat. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku sejak dulu hingga kini. Terima kasih atas kata-katamu. Terima kasih untuk segalanya. Semoga kau juga bahagia & gembira menjalani kehidupanmu. Aku pasti dan yakin misi kamu sudah berjaya (seperti yg kau khabarkan pada aku sebelum ini). TQVM!!

Wednesday, September 16, 2009

Hari Ini Hari Rabu

Yeay yeay..dah masuk pertengahan hari dalam minggu bekerja nih (faham-faham sindrik la eh ape yang ingin disampaikan,kui3). Lagi dua hari lagi aku perlu ke opis yang kuchentai ni. Hehehe.pastu COTI. Yeehaaa...excited semacam aku nak coti nih.

Lawak tul pagi tadi time berjalan nak nek lift ke opis, time nak amik passcard tu boleh plak aku terperasan something yang nak kata weird tak gak cam slalu je tgk. Nak kata familiar, familiar la gak walaupun bkn aku yang punya. Boleh plak aku selongkar paperbag kecik aku tu angkat mende tu. (Ish, camne leh termasuk kat beg aku plak ni...seb bek tak masuk opis lagi...kalau tak wat malu je, HUH!). Nak taknak aku terpaksa cakap ngan Along n Tie ketika tu, "Sape letak saspender Aqil kat beg Adik??" Uwawawawa.... Berderai diorang gelak. Tak terkecuali aku..Huh, camne lak soton kering tu leh terlepas masuk dalam beg aku... Jgnla nak dajal aku wahai anak-anak buah kesayanganku...


** Ucu tetap sayang kamu berdua Muhammad Aqil Aiman Putra & Muhammad Arshad Aiman Putra**


Tuesday, September 15, 2009

~Tenangnya Hari Ni~

Yer, hari ni rasanye sangat tenang. Cuaca yang suam-suam kuku (kuku pernah suam ek..HUHUHU). Keadaan trafik yang tak menyesakkan. Suasana opis yang makin berkurangan penghuninya (menandakan orang dah mula bercoti @ sibuk menghadiri mitin2 yang tak pernah habis,huh). Itulah dia KERJA.
Sepanjang perjalanan ke opis bersama Along, Kak Anis, Angah, Tie dan Aqil (dak kecik ni gi sekolah) telinga dihidangkan dengan dendangan lagu-lagu raya yang memangla bestnye...maknanye beberapa hari lagi nak ghaye...Hoorayy..uiks, apsal teruja semacam je nih..(erm, xde pape,siyes xde pape, saje je,heks!).

Nape aku mula meng"publishkan"-(pencabul bahasa tul aku ni) sesuatu kat sini yer??
Erm entahla, tetibe keinginan meluap-luap & nafsu untuk menaip samtin' tu datang dengan sendirinya. Aku rasa ada beberapa faktor yang mendorong aku buat sume ni:

  • Aku cam nak sharing & caring cerita
  • Aku rasa dapat inspirasi dari 3 org blogger iaitu...Faez (bespren aku), Wan Hidayat (blogger yg aku kagumi) dan Nurulism@Haizum (ex-schoolmate aku~mmg respect kat dia)
Errkk.., cam takde kena mengena je subject kat atas dengan stetmen **Nape aku mula meng"publishkan"** nih kan kan kan...Weeeeeee, bio je la...

~Kronologi Malam Sinar Ramadhan~


“Kenangan tercipta kerana kita” ~ Iyer kerana kiter warga TM Global especially all the angels pada malam itu (yg mana di conquer oleh seksiteri-seksiteri…persoalannyer…seksi kerrr…KUIKUIKUI).
Mengikut agenda yang telah direncanakan dan ditetapkan 11th September 2009 merupakan majlis yang dianjurkan oleh MarrComm TM Global untuk meraikan anak-anak yatim. Untuk makluman, majlis tersebut diberi nama Malam Sinar Ramadhan TM Global 2009. Tapi aku taknak citer pasey mlm tu dulu…aku nk citer insiden-insiden yg terjadi sebelum majlis tersebut. Ngeeeeeeee….. =)
Antaranya, JENG JENG JENG….
HA?? TAK TAHAN
Kua opis kul 4 tadi gara-gara nak sampai Sheraton sharp 5. Huh! Da turun tu ade plak kete block depan kete Jiji. Terpaksala tunggu dalam 10minit. Bile kete tu dah beredar (pergghh, perkataan “beredar” cam takleh blah jer) Jiji pn tekan pedal minyak, kua dari barrier gate parking tu…omaigod.., ujan lebatnye…kompom2 la jalan jem+pinat bater ni. Tp xpe perjalanan masih diteruskan. Depan angkasapuri jem, depan Istana jem, masuk Jln Tun Razak..lagilah tak hengat punye jem..sampai dekat Bangunan Tabung Haji jemnye. Tgk jam kul 5.40 dah..uwawawa…janji ngan dak-dak MarrComm kul 5 nk smpi. Kol Kak Saimah, katanye anak-anak yatim dah sampai. Xpe, niat kitorang (Jiji, Julie, Kak Huda, Cik Atie & Cik Eni) sgt suci nak jadi “angel” pd malam tu..Suci lagi menyucikan..HAKHAKHAK.
Sampai depan KLCC tetibe denga sore..”Adui, skt perut la plak…”. Muleh tahan ke tak ni pertanyaan kitorang pd Kak Huda. Muleh2 katanye..Klimaksnye bile dia kata, “Ji, cam takleh tahanla…, nk gi toi toi toi dulu (maaf, ada buat penapisan sikit untuk menjaga ati penama yg terbabit)…okey, nti kalau da hbs kol kitorang eh mane la tau time tu kitorang still sangkut dalam jem nih. Huhu…
Keadaan traffic sgtla mendukacitakan n menggeramkan ati-ati pemandu kenderaan dijalanraya tu (seb bek aku cume penumpang, kui3…).. time2 camtu org yg tabah, sabar dan cekal hatinya saje muleh hadapi situasi jem yg tak hengat tu. Memikirkan x punye byk waktu, aku n cik tie mengambil keputusan berdandan dlm kete Jiji . Dimulakan dengan merias wajah sampailah ke part yg paling teettttttttt…HAKHAKHAK..Curious??!
**tukar baju dlm kete (korang tak yah nak bayangkan) sbb tatasusila penukaran pakaian tu di jaga dengan rapi sekali**
Kalau nak tau kami tekad & nekad nak bersalin baju dlm kete nih bile mendapat sokongan padu dari Julie & JIjie (hak hak hak, stetmen cam tak muleh blah kan..). Lepas dapat kekuatan, keyakinan dan keberanian nak bertukar pakaian dalam kete tu barulah kami buat next & further action. Uwawawawa…..aksi berani mati n paling tak tau malu pernah kami buat sepanjang 23thn idop nih…
Hbs je tkr baju, Kak Huda pn sempat nek blk kete…
~** Kesimpulannye nk bgtau betapa tak hengatnye jem sampaikan 2 org leh sempat tukar baju dlm kete dan 1 org leh ke toilet kat KLCC dan masuk balik kete…finally kitorg smpi di Sheraton jam 6.40pm.
SAYU
Sayu, ye sayu. Itulah perasaan yang terbit tatkala aku menjejakkan kaki ke Ballroom pada mlm itu. Aku sendiri tak pasti sayu aku kerana apa. Anak-anak kecil itukah, diri ke atau pun mungkin tengah bermuhasabah diri seketika. Aku memandang wajah seorang demi seorang anak-anak kecil yang berada dibawah seliaan aku. Oh, tidak. Aku buang kesayuan hati tu jauh-jauh. Sbb tujuan aku ke situ atas urusan kerja. Aku hendak memberi “service” terbaik buat anak-anak kecil itu.
Oopss, lupa nak bagitahu yang aku ditugaskan untuk menjadi “angel” bg table 8 (knp 8 tak 9 ek??). Ni, biala aku listdown kan nama adik-adik or anak-anak kecil tu eh…
Abu Ubaidah (Abu), Ubaidah, Azam, Yaasin, Fa’ie, alamak nama 2 org lagi aku tak hengat la..(ni menunjukkan aku terlalu banyak berpikir sampai lupa nama org.., ampun yer dik…akak tak hengat nama kamu-kamu sumer..Ngeee). Kiranya yang 5 org ni pebret aku la kot…kui3.., uish3 tidak!tidak! Aku tak diskriminasi…aku adil dan saksama…
Rentetan kisah kesayuan hati aku tadi tu kan, aku memula bajet yg mlm tu mesti nyanyi lagu yg sedey-sedey punye cthnye: Restu Ayah Bonda (Mamat) ke, Kepulangan Yg Dinanti (Aishah) ke…dlm hati harap je jgnla pasang lagu camtu, kompom meleleh aku mlm tu…bukan nak meraikan anak-anak tu nanti silap-silap meraikan PA Sharifah Zaharah meratap sayu lak. Ahakz. Syukur, tiada lagu-lagu “airmata kasih dan airmata syawal” yg diperdengarkan. Gembira hati aku. Hoorayy…
Melihat mereka menikmati hidangan yang tersedia, berhibur, gelak ketawa sudah cukup membuatkan aku senang dan mula berfikir dan terus berfikir betapa beruntungnya nasib aku.
**Saya sayang keluarga saya**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...