Pages

Thursday, August 25, 2011

Minggu akhir Ramadhan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[Ini ialah scheduled entri....]

Kadang-kadang bakti atau jasa yang dibuat manusia yang tidak menjurus kepada kebendaan jarang dilihat oleh orang lain. Jarang mendapat perhatian dan mendapat tempat dihati orang lain. Sebab bakti yang dibuat tu berbentuk "tidak nampak", bukan datang dalam bentuk material. Sebaliknya kalau bakti yang disertakan dengan kebendaan dan berbentuk matawang, pasti mendapat perhatian orang lain. Adakalanya inilah  yang dikatakan paling banyak berbakti dan berkorban. Hah! Rasanya memang itulah manusia.

Saya sering tertanya-tanya pada diri sendiri cukupkah bakti saya? Apakah bakti saya? Setimpalkah bakti saya?

Ok - Next------>

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Sedar tak sedar hari ni dah masuk 25 Ramadhan. Lebih kurang 4 @ 5 hari lagi kita semua akan meraikan Syawal. Sungguh cepat masa berlalu. Semoga ibadah puasa kita semua mendapat keberkatan dan redha Allah. Mudah-mudahan diberi peluang dan kesempatan untuk menjalani Ramadhan yang akan datang.


Sumber: Google
Buat rakan-rakan blogger, saya ingin memohon seribu kemaafan atas keterlanjuran kata-kata sama ada secara sengaja ataupun tidak. Mungkin ada penulisan saya yang menyinggung hati mana-mana pihak, mungkin ada komen-komen saya diruangan komen kalian yang menjeruk hati kalian. Mohon dimaafkan. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan sebarang kekhilafan.

Hari ni hari terakhir saya di opis sebelum bercuti. Esok dah start bercuti. Insyaallah 5th September 2011 baru mula berkerja balik. HEHEHE..Kepada rakan-rakan yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu. Pandu dengan selamat dan ingatlah orang tersayang. Semoga Syawal yang mendatang membawa seribu satu rahmat buat kalian semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


~Minal Aidil Wal Faizin~


p/s: Mungkin ni entry last sebelum raya. Tapi.. tapi.. kalau time cuti ada chance nak online, saya online okay. :)

Spontan Khamis #4

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sentiasa berfikiran positif dan dekatkan diri dengan Allah, Insyaallah kegusaran dalam hati tu dapat dibendung.

p/s: Minggu-minggu last ni asek rasa sedih & macam nak nanges je. Rindu pada orang yang dah tiada... (rindu mak) 

Tuesday, August 23, 2011

Barang Larangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

[Perhatian: Saya akan menggunakan kata ganti nama AKU dalam entri ini, bersesuaian dengan jenis cerita...Ngeh3]

Sepanjang doplohlimatahun kehidupan aku ni, tak pernah-pernah aku berjinak-jinak dengan dunia mercun. Tak kiralah apa jenis mercun. Memang tak pernah-pernah aku nak memainkannya secara rela hati, terbuka hati dan senang hati. Kalau ada pun hanyalah mercun Pop-pop a.ka mercun bawang. Itupun dah kira hebatlah sebab aku main mercun pop pop tu. Kalau mercun lelain tu takdenye dalam penyenaraian. Kalau bunga api yg belang merah putih tu, yang kalerful tu ke dan yang batang besi tu ke aku mainlah.

Semalam, Along aku gi beli mercun. Pelbagai jenis pulak tu. Mak aih. Terkujat aku. Ada mercun pop-pop. Ada mercun das-das. Ada mercun teratai. Ada mercun yang time hari merdeka & new year tu skali. Tak ketinggalan ada munge apilah kan. Anak-anak sedara aku dah teruja nak main.

 
sumber: Google

Dalam pada berani-berani takut tu aku mainlah jugak merecun tu. Mulanya risau gak kalau jadi pape. Mujurlah takde apa yang tak diingini terjadi. Rupenya best gak eh main mercun. Kui3....Apepun masih berhati-hati dalam main mercun tu. Setiap kali nak cucuh api tu mesti hati ni berdoa banyak-banyak supaya tak jadi pape. Risau wooo...umpama bertarung nyawa tu...

Kata-kata akhir dari aku:

- kepada adik-adik yang nak main bunga api sila pastikan anda dibawah pengawasan orang dewasa ye.
- adik-adik tak payah main mercun ok, bahaya. Nanti raya camne nak collect duit raya?

p/s: Time raya nak pasang mercun yang orang pasang time hari merdeka & new year tu...agak-agak beranikah daku? Tapi aku masih ada rasa takut nak main wooo....

:: Aku taip entri ni semalam, hari ni baru publish. ☺

Monday, August 22, 2011

TQ BOSS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersempena kedatangan Syawal tak lama lagi, maka boss saya mengambil tindakan untuk memberi duit raya kepada kakitangan terpilih (cet, ada nada kerek disitu...kui3). Terkujat pun hade. Walaupun ini merupakan tahun ketiga saya menerimanya. Cewah...

Rentetan peristiwa (flashback...zappp!!):

[Ketika didalam Lift di Bangunan Annexe 2]
♪♫  ♪ Doctor, actor, lawyer or singer, why not president be a dreamer, You can be just the one you wanna be ♪♫♪ - ringtone munyik...


Saya: Hello, ye puan..
Boss: Erni, nanti u masuk jumpa I sekejap buleh? (Boss i memang camni dia akan tanya boleh ke x...hehehe)
Saya: Boleh puan boleh. (Padahal kat Annexe. Opis I kat Menara)

Kuakan enpon SMS boss:
"Puan sekejap ye, saya kat Annexe anta barang kat Abg." (Memang metoi pun saya dok hantar barang kat Along)

Dah jumpa Along, jalan selaju mungkin. Boss dah panggil. Kot-kotlah ade menda urgent yang dia nak ke. Sampai opis terus masuk jumpa boss. Berbasa-basi (metoi kot ejaannya cenggini) sket ngan dia. Kui3...Sekali...
"ni you punya (sambil menghulur sampul duit raya) dan yang ni staff-staff punya. Minta tolong tuliskan nama & bagi pada diorang eh. "

I pun tersenyum simpullah bukan. Mana taknya dah besar panjang-tinggi lampai camni pun still dapat duit raya. Syukur....rezeki tu. Dalam fikiran terus terfikir-fikir nak beli toiletries. Stock nak habeh dah ni. HEHEHE.

TQ puan. (Entri cam takde motif jer....erk, lantakkkk)

p/s: Tadi dengo lagu raya, macam sedey plak ai....terus pasang lagu Grenade...HAHAHA...

Friday, August 19, 2011

Ganjaran tu pasti ada

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Teringat kata-kata seorang teman, jangan diharapkan ganjaran akan dapat segera setelah kebaikan dan kebajikan telah dibuat pada waktu sekarang. Mungkin ganjaran tu takkan dapat on the spot. Mungkin untuk masa mendatang. Siapa yang tahu bukan? Mungkin kita kekurangan dari satu segi (buat masa sekarang) namun jika diizinkan mesti kita akan dapat kelebihan pada segi yang lain (masa mendatang). Malah lebih dari apa yang kita pernah buat dulu. Allah ada peruntukkan hak / ganjaran untuk segala perbuatan baik kita. Cumanya cepat atau lambat saja untuk DIA bagi.

Terima kasih teman atas kata-kata ini.

Tak dinafikan kadang-kadang bila jiwa kita suka memberontak, terlalu dambakan kesempurnaan dan kehidupan yang serba lengkap dari segala hal. Cuma untuk merealisasikannya mungkin akan mengambil sedikit masa. Perlukan sedikit ruang. Hari ni tiada peruntukan untuk kita esok lusa siapa yang tahukan?

p/s: Kadangkala suka sangat nak sesal dengan kehidupan. Tak baik begitu.. :)

Thursday, August 18, 2011

Hey Budak Kaca Mata

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sudah sepurnama budak kaca mata merantau. Apa cerita kamu budak kaca mata? Awal perantauan hari tu hingga penghujung minggu ketiga dapat juga dengar berita kamu walaupun sekadar selang dua hari. Sekarang dah masuk empat hari tahu. Mana mahligai besi bawak kamu wahai budak kaca mata? HEHEHE...

Eh, eh fon saya ringing pulak. Tertera nama budak kaca mata. Suka pulak rasanya. HEHEHE. Terima kasih eh budak kaca mata kerana melaporkan khabar berita. Buat kerja bebaik. Dua purnama lagi harus dilalui. Chaiyok...chaiyok!!

p/s: Brooch @ gelang mutiara chantek gak kan?

Spontan Khamis #3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
A Marine Engineer, Navigational Officer, Trained Lifeguard, Electrical Engineer, Radio Officer, Medical Advisor, Firefighter, A Lifesaver, A Leader....A MARINER. The workplace rated among the Top 3 Most Hazardous Places to Work.No Fixed working hours - No Holidays - Always at the mercy of nature - A tight schedule - No margin of error.You think you can handle the pressure? Don't ever bother...ONLY THE BEST MAN CAN GO TO THE SEA! A tribute to all SEAFARERS.. 
p/s: Kira spontan lah jugak ni kan? HEHEHE...jumpa quote ni dekat FB Kak Azi.Ni blog Kak Azi.

Wednesday, August 17, 2011

Sekadar Renungan....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Sumber: [SINI]

Monday, August 15, 2011

Tak pernah teringin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dalam pada teringin terhadap sesuatu tu saya ada gak punya sikap tidak teringin terhadap sesuatu. Minat dan suka tengok mungkin YA namun untuk memilikinya dan mencubanya saya rasa hati belom terbuka lagi kot..HEHEHE. Apa yang saya tak teringin tu ek? Cekidout ...

1) Kanta Lekap (Contact Lense) - saya tak pernah teringin nak pakai mende alah ni. Pertamanya sebab mata saya sihat. Saya tiada sebarang masalah penglihatan. Walaupun saya tahu item ini ada dijual untuk mereka yang bermata normal (tidak rabun dsb), saya tetap tidak mempunyai rasa untuk memakainya. HEHE. Entahlah, mungkin sebab saya khuatir kalau terjadi apa-apa infeksi pada deria saya ni. Baik saya elakkannya daripada nanti terjadi apa-apa yang tidak diingini. Tapi saya suka tengok orang pakai. Nampak mata buntang je. Cumil. HEHEHE. Pernah terlihat contact lense dijual kat pasar malam dan ada juga orang yang membelinya. Risau saya tengok. Bukannya apa, saya tak yakin tentang kualiti produk tu. kalau kat kedai optical tu dah tentu ade sorang optometrist ni. (Bukan saya nak perlekeh produk pasar malam, tapi bila melibatkan pancaindera; kenalah berwaspada dan berhati-hati dalam memilih yang terbaik bukan?)

2) Pemerah Pipi (Blusher) - Tak teringin mungkin sebab saya tak biasa dan tak pandai nak guna. Tak pernah guna pun iye juga. Mungkin kalau tukang mekap yang mekapkan saya, oklah kot. Kalau harapkan diri sendiri untuk memakainya rasa tak kot. Takut lain pulak jadinya. Kui3...Masih suka tengok orang yang pandai apply menda alah ni kat tolang pipi. Shantek je...

3) Perut / Kambing - HAHAHA. Saya tak pernah teringin nak makan perut dan kambing. Sebabnya saya tak diajar untuk makan makanan ni. Perut tu rupa dia cam karpet kan? Tak tahulah cam susah nak terima. HEHEHE. Kamben pun sama. Pernahlah rasa sepotong kecik kambing panggang dulu terus rasa cam fenin-fenin. Mungkin saya tak biasa kot. Saya seronok tengok dak-dak opis yang dok memakan kambing tatkala tiba jamuan raya. Beriyer-iyer nau, sedap ek? Kui3...

4) Produk-produk Pelangsingan Badan - HOHO. Yang ni siriyes memang tak berani. Takutlah. Takut akan beri kesan pada kesihatan tubuh badan. Dalam jangka masa pendek mungkin badan ok je, steady and fit je. Cuba tengok jangka masa panjang. takut sistem dalaman badan rusak akhlak. Kalau saya saje-saje nak gi beli produk macam ni dan terus minum / makan sebelum dapat nasihat doktor memang tidaklah saya lakukan. Baik bersenam, berdiet and berpuasa. Slim apa..... ;)


p/s: Tadi boss tanya nak apa dia nak gi London nanti...ikutkan hati nak je cakap nak "Puan belikan saya pepium"...Kui3...tapi lidah kelu lak. Terus cakap, taknak papelah puan. (Nampak sangat saya ni masih ade rasa malu, kui3)




Dah berkumandang lagu-lagu raya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi baca status rakan di FB; lagu raya dah mula berkumandang diradio. Siriyes saya tak tahu menahu akan hal itu. Terus pakai headphone sambil hangguk-hangguk kepala (ini saya tipu) dengar radio. Sah! Lagu raya yang keluar. Dalam masa yang sama saya tengah baca entri ni. Entah kenapa sayu je rasa hati (sebab baca entri tu) dan mulalah mood sedih-sedih menerjah diri. Tak best metoila. Lagu raya pulak lagu sedih-sedih. Adoiyai. Pasanglah lagu yang memeriahkan suasana, janganlah pasang lagu yang boleh menggundah gulanakan jiwa dan raga. HUHU. Syuhh...syuhh...gi jauh-jauh perasaan tak best tu. Lai lai lai rasa hepi. HEHEHE.

p/s: Hey kamu, duit raya saya jangan lupa eh sebaik sahaja touch down kat sini. Ngeh3....(Tak berapa gemar perkataan Bon Voyage)

Thursday, August 11, 2011

Spontan Khamis #2

Kata Orang:
Biar Berjauhan Janji Kasih Berpanjangan

Wednesday, August 10, 2011

Kehendak atau keperluan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dalam dunia serba moden ni, macam-macam perubahan yang berlaku. Antaranya:


  1. Telefon genggam / Telefon bimbit - Dulu rupe paras enpon adalah sebesar batu-bata. Masa tu sape yang pakai enpon dah dikira kayalah tu. Orang pun "wow" tengok kite. Ekekeke. Namun peredaran masa mendorong kepada terinovasinya enpon-enpon nih. Maksudnya dia transform la. Dari yang besar gedabak tu dia bertukar kepada yang lebih kecil dan cumil rupa parasnya.. HEHEHE. Anjakan paradigma berlaku lagi apabila keluarnya telefon pintar dipasaran. Canggihkan? Lagi best bukan golongan atasan je yang mampu memiliki telefon pintar ni pekerja bawahan pun dah ramai yang menggunakannya. Hebat-hebat. (Akak gak yang menten pakai enpon biasa-biasa).
  2. ipad - Sekarang menda alah ni pun dah meletup-letup kat pasaran. Dulu dari sebesar-besar desktop > laptop > netbook....Sekarang iPad tau. Dalam tren sebelah tangan pegang hand rail sebelah tangan lagi pegang iPad. Nampak cool & stylo kan? Nak baca apa-apa semua thru web jer. HUHUHU..(Akak je yang dalam tren still baca novel, owh....klasiknya...kui3)
Alaa....dah tak dapat fikirlah apa lagi barang yang canggih-canggih. Buat masa ni dua menda ni je dulu. Kalau kamu-kamu ada idea silalah drop idea pada ruangan komen. Walau apapun, suka saya ingatkan biarlah apa yang kita pakai dan mahukan tu selari dengan konsep "ukur baju dibadan sendiri." Janganlah kerana ingin nampak gah, tak nak ketinggalan dan ingin menunaikan hasrat hati, sampai bergolok-bergadai pulak. Tengok pada kemampuan diri. Kalau rasa mampu ok. Kalau tidak mampu sila buat cara tidak mampu. Saya juga punya banyak keinginan namun saya sentiasa berpegang pada kata bidalan tu. Untuk sedapkan hati, saya cuma fikir yang satu hari bila rezeki saya lebih Insyaallah saya dapat apa yang saya inginkan. Ini hanyalah kehendak je kottt...

p/s: Bilalah nak merasa pakai telefon pintar?

Monday, August 8, 2011

Tak terbendung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Waktu awal Ramadhan hari tu (1st day puasa), saya berbuka dengan buah kurma, karipap dan air teh o panas je. Nasi langsung tak jamah. Entah kenapa rasa cam kenyang je masa tu. Terus set mind kan bagus setiap kali berbuka makan camni je. Makan nasi hanya pada waktu sahur. Kompom berat badan dapat dikekalkan dan dikurangkan. Punyalah berazam time tu. Namun saya rasa niat yang ada tu cuma bertahan selama 3 hari je. HUHUHU...masuk ramadhan yang keempat, hambek kau kurma yang pertama disusuli dengan minuman berais. Siap tambah-tambah lak tu. Dah tu sambar nasi pulak, kuih-muih langsung tak sentuh. HUHUHU...Habislah...Time tengah syok-syok makan barulah timbul kesedaran "Uish, tak boleh makan macam ni mahu tersandar aku jap lagi"...huh, dan dan tu habiskan baki makanan dalam pinggan dan beransur ke singki. Bahaya kalau nafsu menguasai diri. Biar akal fikiran yang control segala tindakan kita. Kalau tak...tak tahulah nak cakap ape...

Pesanan buat diri yang mudah tergoda dengan makanan, silalah hadkan pengambilan makanan kalau tak camne nak sarung baju kebaya nyonya? Agagaga~

Betul ke?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah. Pejam celik - pejam celik hari ni dah masuk 8 hari semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Kepada sesiapa yang masih full puasanya tahniah ye. Kepada adik-adik yang baru belajar puasa pun tahniah jugak. Banyak-banyakkan bersabar ye adik-adik terutamanya yang pra sekolah dan baru tahap 1 kat sekolah rendah tu. Memang banyak dugaan dan cabaran berpuasa ni. Sabar tau. (Teringat kat anak-anak sedara yang bertungkus lumus puasa tu...bagus3).

Ni lah dia, bila dah lama tak update blog hati meronta-ronta nak update, tapi bila berpeluang nak update rasa cam ketandusan idea lak nak update. Apakah? HUHUHU..

Erm, pernah tak ternampak / terlihat / terpandang kaum-kaum hawa yang coti berpuasa ni beli makanan & pelan-pelan menyusup ke port yang strategik untuk makan ketika bulan puasa? Macam saya dah biasa menyaksikan adegan macam tu. Cume puasa kali ni bulan terlihat atau ternampak sesiapa lagi. HEHEHE. Persoalannya, betul ke kalau kita tidak boleh berpuasa disebabkan uzur (dtg bulan), kita kena makan. Berdosa kalau kita menahan diri dari makan (yang biasa saya lakukan sama ada di pejabat mahupun dirumah). Inipun saya diberitahu oleh abg saya, itupun beliau dengar ceramah tempoh hari. Boleh beri penjelasan tak?

Ostad Jiji & Sifu Mun'im leh jelaskan?

p/s: Kengkawan selalu tak dapat detect I coti dari berpuasa. Besh3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...