SEDANG DIPROSES....berdebar-debar, harap dengar berita gembira
Thursday, May 31, 2012
Spontan Khamis #19
Day 28: Minggu Silap
Minggu ini merupakan minggu yang tidak seronok bagi saya. Tidak seronok untuk datang berkerja. Saya seorang yang sangat sangat mengejar kesempurnaan dalam tugas. Namun, apabila terdapat sedikit kesilapan (sekurang-kurangnya) saya rasa bersalah sangat pada diri sendiri dan pada orang lain (lebih-lebih lagi). Selalu berkata pada diri sendiri, "kenapalah aku tak buat macam sekian sekian sekian?"...tapi terlajak perbuatan bukan boleh diulang balik pun.
Ada satu situasi dimana superior saya berpesan jangan "take for granted". Oh! Saya rasa itu memang silap saya masa tu. Saya tidak teliti, cuai dan tidak berhati-hati. Tidak pasal-pasal saya telah mengguris hati superior saya. Tetiba rasa - susahnya nak jaga manusia. HUHU.
Ada satu situasi seorang superior from other division ragu-ragu dengan cara saya membuat penilaian prestasi. Saya sangat yakin cara yang saya buat tu betul sebab masa saya buat itu En. HH ada monitor dan guide kerja saya. Superior tu tidak percaya, oh pedulikan. Saya malas nak layan.
Mungkin saya sudah lama berada di post yang sama. Mungkin sebab itu saya seperti kurang efisyen dan kurang produktif. Terkadang pernah terfikir untuk membuat job rotation, membuat pekerjaan yang lebih mencabar dari sekarang. Tidak menjaga manusia tetapi sebaliknya terikat dengan tugas-tugas operasi dalaman yang lain. Tapi pekerjaan sekarang sangat sesuai untuk membolehkan saya menumpukan perhatian terhadap "impian" saya yang satu lagi tu.
Saya rasa macam ni mungkin sebab saya rasa minggu ni minggu yang tidak seronok kot. HUHUHU~
Wednesday, May 30, 2012
Habis Baca Buku
Selesai sudah saya baca buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". Buku ni tidak setebal novel melayu biasa. Nipis je. Secara ringkas, banyak manfaat dan panduan yang saya pelajari daripada buku hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ni. Ketika membaca helaian pertama mata saya sudah terpaku dengan hasil garapan penulis. Menyelak helaian seterusnya, hati saya sudah tertaut. Makin saya baca makin saya "jatuh cinta" dengan penceritaan penulis. Susah untuk saya lahirkan dengan kata-kata tentang buku ini kecuali satu perkataan iaitu "BEST". Cinta yang dimaksudkan penulis tidak terarah kepada cinta sesama manusia sahaja tetapi lebih menjurus kepada cinta kepada Sang Pencipta. Banyak perkara-perkara/ilmu-ilmu baik yang ada dalam buku ini, antaranya doa-doa, sikap positif pasangan, sikap menghargai pasangan, sikap berdikari dan sebagainya.
Saya orang yang sangat baru dengan alam rumah tangga sentiasa inginkan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Dengan membaca buku ini, banyak ilmu berguna yang diperolehi untuk dijadikan panduan diri sendiri. Setidak-tidaknya saya boleh perbaiki kekurangan diri, demi menambahkan lagi warna-warni kehidupan rumah tangga saya.
Saya beritahu suami yang saya nak jadi macam Qaniah (watak dalam buku ni) sebab saya sangat kagum dan terharu dengan sikap Qaniah dan suaminya. Suami cakap, "sayang tak perlu nak jadi macam orang lain, baik sayang jadi diri sendiri. Yang penting sayang perbaiki diri, itu lagi baik".
Oh, sayang suami saya sangat-sangat.
Saya sarankan buku ini dibaca oleh bakal-bakal pengantin dan pengantin baru. Tiada unsur-unsur terlarang dalam buku ni.
P/S: Nak cari buku lain pula lah.
Monday, May 28, 2012
Bantuan Kemanusiaan: Tabung Ahmad Sufi
![]() |
| Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI |
![]() |
| Ahmad Sufi 6.4.2012 |
Day 25: Sudah 4 jam
Saya nak cerita kisah yang berlaku kelmarin dan semalam. Setelah hampir 26 tahun baru wujud kesedaran dalam diri sendiri tentang kepentingan mempunyai lesen kenderaan. HAHA. Yang sebenarnya kesedaran dah ada lama cuma merealisasikannya yang sedikit lewat. Oh takpe, asalkan ada kesungguhan untuk belajar. Eceh~
Pada hari pertama (2 jam):
Cikgu tu tanya saya bahagian-bahagian kereta yang saya tahu. Pastu dia tanya saya kalau dia masukkan gear dan lepaskan clutch (tanpa tekan minyak), agak-agak kereta boleh gerak tak? Saya dengan yakin diri jawab "Boleh". HAHAHA. Gila bangga sebab betul. Sebab husband saya kalau bawa kereta bukan saja-saja bawa, sedikit sebanyak dia akan terangkan fungsi-fungsi bahagian kenderaan. (Saja nak UP nama husband, motif sungguh! Ahaks..) Pastu cikgu ajar saya nak pusing stereng, gerakkan kereta. 2 jam hokkay bawa kereta tanpa tekan minyak just control clutch dan brek.
Pada hari kedua (2 jam):
Cikgu ajar naik bukit. HUHU. Sungguh mencabar. Kali pertama kereta mengundur. Kali kedua enjin mati. Betul-betul menguji saya. Sampaikan mulut saya tak henti-henti ucap Bismillah banyak-banyak kali. Nak bina keyakinan dirilah katakan. Pastu kejap OK kejap tak OK. Bahagian bukit memang menggerunkan saya sikit. Pastu cikgu ajar parking. Cikgu saya sungguh baik walaupun muka beliau sungguh brutal sebab beliau bagi nota kat saya. HAHA. Dia kata jangan bagi "Pakcik" - ayah beliau nampak nota tersebut nanti Pakcik buang. HUHUHU. Pastu dia ajar 3 penjuru pula. 3 perkara tu lah yang saya belajar ulang-ulang semalam.
Bestlah kalau dah mahir bawa. Harap-harap saya makin OK dan biasa dengan pemanduan untuk kelas-kelas yang akan datang. Saya juga berharap saya akan lulus dengan jayanya masa ujian JPJ nanti . Bukan apa, kalau dah ada lesen, pandai bawa kereta pasti setiap urusan akan jadi mudah. Nak membeli barang-barang dapur pun senang. Nak bawa anak gi klinik pun senang. Nak ke mana-mana pun senang. Pendek kata banyak kelebihannya. Ngeh3...
P/S: Kalau ada rezeki lulus lesen, harap-harap ada rezeki yang lagi 1 dan 1 tu.
Friday, May 25, 2012
Day 22: Genap 3 minggu
Sudah 3 minggu awak berada di bumi Labuan kan? Tak sabar rasanya nak habiskan minggu terakhir bulan May ni. Tak sabar nak menanti kehadiran June. Eceh. Buat masa sekarang ni, segala-galanya saya "tidak sabar". Suka benar kalau masa bergerak pantas. Sebab bila masa bergerak pantas, masa awak nak off pun makin dekatlah. Hooray~
Eh awak,
Saya happy sangat tau sebab sepanjang kita "jauh tapi dekat" ni, hari-hari kita dapat berborak-borakkan. Walaupun kerap sangat berlakunya gangguan telekomunikasi. Kejap-kejap putus. Kejap-kejap putus. Sampaikan saya jadi berang dengan keadaan macam tu. HAHAHA. Betul cakap awak jangan dihitung hari nanti rasa lambat sangat masa berlalu tapi....saya tetap nak hitung. Oh, degilnya saya.
Awak oh awak,
Seb baik juga kita subscribe pakej Mustika kat Astro tu. Hari-hari saya sentiasa ceria je sebab adenya rancangan Super Spontan, Karoot Komedia, Berita Hangit dan Gila-Gila. Awak tahu tak betapa sengalnya gelagat mereka dalam rancangan-rancangan tu. Kalau setiap hari Jumaat malam Sabtu tu kan, rumah kita mesti bergema ngan suara orang gelak yang terlalu extreme. Seolah-olah rumah kita tu dihuni oleh 8 orang penghuni. Padahal saya sorang je dalam tu. Saya gelak siap tepuk-tepuk lantai lagi. Dan-dan tu saya terbayangkan kalau awak ada. Sebab lontaran gelak awak lagi dahsyat...sampaikan biras awak pun terkejut dengan cara gelak awak.......Ngak3...
Awak yang saya sayang,
Tu je lah yang saya nak update kat sini. Nak tulis dalam SMS macam panjang sangat. Tulis kat sini lagi senang sebab saya tahu awak akan baca. HEHEHE. Semoga terus maju dalam kerjaya eh (apsal tetiba tulis camni? Miahahaha). Semoga selamat disana. Jaga iman dan amal eh. Aimisyu-laik-krezieee...hikhikhik~
Wednesday, May 23, 2012
Day 20: Hati Kering
Sedar tak sedar sudah 20 hari suami keluar berkerja. Kalau nak dicongak lebih kurang 2 bulan ++ lagi suami akan off (harap-harap). Alhamdulillah, sepanjang 20 hari menjadi "isteri tinggal" saya masih boleh melakukan semua rutin dengan jayanya. Syukur Ya Rabb.
Tadi ada "seseorang" ni berkongsi cerita tentang kawan dia yang bersuamikan seafarer. Kawan dia nurse. Suami kawan dia ni balik 6 bulan sekali dan setiap kali balik tu mesti kawan dia pregnant. Saya sekadar mendengar dan tersenyum je la. Saya faham. "Seseorang" tu sambung lagi, kesian tengok kawan dia ni sebab every single things kawan dia ni kena buat sendiri. Dari bab menguruskan anak, dari bab hal-hal rumah tangga, dari hal-hal sekolah anak dan macam-macam lagilah. Sampai kurus dia tengok kawan dia ni. Saya senyap. Dia sambung lagi, memanglah semua orang tahu yang kerja kapal ni gaji banyak boleh bagi duit setiap bulan kat isteri dan family. Cuma leisure time bersama family tu takde. Kalau balik, pregnantkan isteri...lepas tu pergi kerja...isteri jaga family dan besarkan anak-anak...anak-anak terkontang-kanting. Kesian. Anak dah besar baru jumpa bapa sampai satu tahap tak kenal bapa. Wah, pedihnya saya rasa time tu. Tapi saya yang sentiasa berwajah selamba ni tak akan tunjukkan perubahan raut wajah depan orang. Saya kena sembunyikan apa yang saya rasa. Sebenarnya mentality orang yang "tidak berada dalam kasut" kita memang macam tu. Kebanyakannya!
Sejak berkawan dengan suami, saya dah dapat rasa orang tidak akan berhenti bercerita pasal ini biarpun kita dah beranak-pinak. Orang keliling selalu memandang perkara yang negatif je dengan orang kerja kapal ni. Saya faham sangat. Erm, bila saya dengar "seseorang" tu cakap macam tu cepat-cepat saya fikirkan yang sebaliknya. Cuba memberi alasan dan sebab kepada hati sendiri tentang keuntungan menjadi pasangan pelaut. Menjadi hati kering. Jangan nak terasa tak tentu hala sangat dengan orang-orang yang akan mengecam/menyindir sebab status kita sebagai isteri pelaut.
Nak jadi pasangan pelaut memang kena bersiap-sedia dari segala segi. Emosi, mental dan fizikal kena betul-betul kuat. Bertabahlah.
Ada sorang akak kat opis ni partner seafarer gak. Dia tanya adakah saya ok? Dia cakap kat saya "kita ni memang kena hati kering, just happy & enjoy our life". Dia cakap lagi, dia truly understand apa yang saya rasa sebab dia lagi dahsyat asben pernah belayar sampai 8 bulan. Fuh!!..
Thursday, May 17, 2012
Spontan Khamis #18
Sepotong ayat dari drama Hapusnya Doa Seorang ibu yang buat saya sedar akan kekhilafan diri:
PELIHARA LIDAH DAN MULUTP/S: Kalau tak pelihara mesti kena cili molot tu. HUHUHU~
Day 14: Rasa Insaf
Malam tadi layan drama kat TV9: Hapusnya Doa Seorang Ibu. Saya rasa ramai gak kot tengok drama ni malam tadi. Dah agak dah cerita ni mesti best punya. Sebab biasanya kalau title drama tu ada perkataan ibu/mama/bonda dan sebagainya mesti cerita tu sedih-sedih punya type. :)
Memang cerita ni best. Bila tengok cerita ni secara automatik akan terbit rasa insaf dalam diri. Akan rasa termuhasabah dan buatkan saya merenung dalam-dalam tentang diri sendiri. Banyak scene-scene yang ada dalam drama tu membuatkan saya rasa macam "terkejut-terkejut". Agak lantang dan berani watak yang Lisdawati bawakan tu. Drama ni buatkan saya banyak sangat berfikir....
"Pernah ke aku buat macam ni kat adik-beradik aku?"
"Adakah mulut aku selancang ini?"
"Pernah ke aku berlebih-lebihan dalam tindakan?"
"Pernah ke aku mendoakan yang bukan-bukan untuk orang lain?"
"Adakah aku riak dan takkabur?"
Astaghfirullahal'azim..serious kadang-kadang saya juga pernah terlepas kata. Terlebih perbuatan.Drama ni betul-betul tinggalkan kesan kepada saya. Sebab saya tahu saya bukan seorang manusia yang sempurna sifatnya walaubagaimanapun saya/kita semua perlu mencari kesempurnaan itu.
Teringat kata-kata encik soulmate, biarlah orang nak kata kita kolot asalakan kita selamat daripada azab Allah.
P/S: Tengah syok-syok cerita pasal drama ni kat suami aci lak suami nak memerut. Potong tol~
Wednesday, May 16, 2012
Day 13: Rindu Pula Zaman Sekolah
Mentang-mentang hari ni hari guru, dengan tidak semena-mena saya teringat kenangan dan pengalaman waktu bergelar budak sekolah dulu. Banyak sebenarnya kisah suka / duka waktu sekolah dulu.Antaranya:
- Masa sekolah rendah, kalau cikgu kata padam papan hitam mesti ramai yang sukarela nak padam. Cuba kalau lap tingkap ke...sapu sampah ke....memang ramai yang tak berminat.
- Masa sekolah rendah dulu, saya pernah kena rotan kat tapak tangan sebab tak bawa buku. Kena rotan 3 kali. Saya ingat lagi nama teacher tu Ms. Lai. Sedih sangat sebab saya bukan sengaja tak bawa. Saya tertinggal bundle buku-buku tulis saya (time tu buku tulis ikat/buku teks masuk dalam beg).
- Masa sekolah rendah dulu setiap kali hari guru saya dah mula tak senang duduk, sebab dok fikir nak bagi hadiah apa. Pernah saya bagi sabun kat cikgu. Weeeee~
- Masa sekolah menengah, cikgu selalu masukkan nama saya untuk sertai mana-mana camping yang Pengakap anjurkan. Memang besh!
- Masa sekolah menengah, saya pernah gak jadi budak nakal. Saya pernah duduk library untuk beberapa waktu sebab nak skip kelas yang saya tak minat. HAHAHA...
- Tadika KEMAS, Banting.
- SK Jenjarom, Banting
- SK Kanchong Darat, Banting
- SK Sri Langat, Banting
- SK Kg Cheras Baru, KL
- SMK Taman Seraya, Ampang
- SMK Taman Tasik, Ampang
- SMK Pandan Mewah, Ampang
- KPTM KL - UiTM
Tuesday, May 15, 2012
Day 12: Berubah
Bukan mudahkan perkara rutin yang biasa kita buat kita nak ubah in total. Bukan mudah walaupun sikit. Sebenarnya kita akan rasa susah sebab kita tak biasa buat dan mesti akan rasa senang bila da biasa buat. Betulkan cakap saya?
Macam tu juga dengan saya, ada sesetengah perkara saya susah nak ubah. Mungkin sebab perkara tu dah sebati dalam kehidupan. Erm, takpelah demi kepentingan bersama saya akan berubah sedikit demi sedikit. Walaupun teguran yang saya terima agak berlapik tapi entah kenapa hati saya sedikit terusik.
Erm, takpelah....untuk benda baik apa salahnya saya berubah.
Sunday, May 13, 2012
Day 10: Impian
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Erm...da beberapa hari tak dapat update blog. Agak sibuk dengan tugasan. Esok dan lusa ada SIRIM Audit. Fuhhh....serious penat.
Alhamdulillah..., salah satu impian saya hampir tercapai. Saya harap sangat-sangat yang impian saya ni betul-betul tercapai. Kalau tercapai, mudahlah untuk saya cuba gapai impian-impian lain.
Bab lain pula, saya masih tidak faham kenapa masih ada segelintir manusia yang suka sangat menindas golongan yang lemah. Ingatlah wahai manusia penindas, selemah mana pun orang yang ditindas...pasti ada satu kelebihan dalam diri orang tu. Tunggu je la. Bila Allah berikan petunjuk, baru penindas ni akan sedar tentang kehidupan yang sebenar.
P/S: Biarlah kita sering dipandang hina oleh manusia....tak rugi apa pon. Hati saya tawar, tapi saya harus.........
Wednesday, May 9, 2012
Day 6: Selamat Ulangbulan Kita
Encik Suami,
Hari ni genap 2 bulan usia pernikahan kita. Pejam celik - pejam celik lebih kurang 60 hari kita hidup bersama. Tiada apa yang mengujakan hati saya selain berkongsi hidup dengan kamu encik suami. :)
Terima kasih untuk segalanya. Walaupun kita terpisah berbatu-batu, saya berdoa dan sentiasa berharap agar perasaan kasih antara kita tetap tersemat rapi seperti dahulu. Semoga kita sama-sama diberi keteguhan iman. Kamu dilaut, saya didarat dirumah nanti bertemu jua. HEHEHEHE~
Sebenarnya saya tidak sabar menanti ketibaan August. Saya tahu masih awal untuk membilang hari tapi entah kenapa saya nak juga nyatakan tentang apa yang saya rasa. :)
P/S: Makin hari makin sayang :)
Tuesday, May 8, 2012
Day 5: Saya rasa perlu
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Adakah pelik dan keterlaluan kalau kita memberikan ucapan dan kata-kata semangat buat suami di laman sosial? Dari kaca mata saya sendiri, saya anggap perkara itu normal dan tidak nampak dimana salahnya. Lebih-lebih lagi ucapan itu diberikan kepada suami yang jauh dimata namun sentiasa dekat dihati. :)
Mungkin sesetengah pihak menganggap tindakan sedemikian agak over dan seperti menunjuk-nunjuk. Tidak dinafikan mungkin orang akan beranggapan yang kita seolah-olah ingin meraih perhatian umum dengan ucapan sebegitu. Erm..., saya rasa lagi manis seorang isteri memberikan ucapan begitu kepada suami kerana sudah terang lagi bersuluh yang mereka adalah pasangan yang sudah sah ikatannya jika hendak dibandingkan dengan pasangan yang baru terikat dengan ikatan cinta. Betul tak?
P/S: tidak perlu jadikan isu tentang ini.
Monday, May 7, 2012
Day 4: Hujan dan Rasa
Hujan tidak henti-henti sejak jam 3:00 pagi. Sejuk dan nyaman rasanya. Alangkah bagus kalau hari ini merupakan hari cuti umum. Sudah pasti saya akan sambung menganyam mimpi indah. Ahakz.
Sudah masuk hari keempat dan saya semakin ok. Suami kata jangan dihitung hari, nanti terasa lambatnya masa berlalu. Hadapi dan harungi kehidupan seperti biasa. Ya, itu yang saya sedang buat. Ada teman-teman yang bertanya, apa yang saya lakukan seorang diri. Bercakap dengan cermin ke? (ketawa saya). Masakan saya bercakap dengan cermin. Saya lakukan perkara yang mendatangkan manfaatlah. Dari sudut lain, saya bersyukur yang saya merupakan wanita berkerja. Setidak-tidaknya 12jam hidup saya sibuk dengan urusan kerja/perjalanan ke pejabat/membeli-belah di kedai runcit dan sebagainya. :)
Baki 12jam saya habiskan dirumah. Membuat tugasan dirumah, makan dan membaca. Bila letih saya tidur. Itulah rutin saya. Bosan?? Adalah sedikit bosan tapi saya kena pandai cari hiburan. Kan kat Astro ada rancangan Super Spontan, maka tidaklah rasa kesunyian. HEHEHE.
Terkadang tu bila berseorangan saya selalu terfikir akan indahnya suatu ketika dahulu. Dikelilingi dengan manusia yang ikhlas mencurahkan kasih-sayang. Tidak berbelah bahagi waima sedikit pun. Erm.....masa makin berlalu, manusia (saya sendiri) sudah berubah, dunia semakin tua....dan apa yang saya harap biarlah penghujungnya nanti akan ada keindahan. Itu saja.
Lagi satu, saya perlu ingatkan diri sendiri agar berpada-pada berbuat baik dengan seseorang. Boleh jadi kebaikan kita di salah erti. Boleh jadi kebaikan kita di pijak-pijak. Boleh jadi kebaikan kita dimanipulasi yang akhirnya kita sendiri yang terperangkap dengan jerat seseorang itu. Percakapan, perkataan dan tindakan kita dijaja dengan pihak lain. Kalau jaja perkara yang betul takpe ini perkara yang sebaliknya. Selagi mana digelar manusia, selagi itu tidak pernah lepas dari buat silap. Malah saya sendiri salah satu daripadanya. Kepada seseorang yang telah memutarbelitkan fakta dengan tujuan untuk menutup kesalahan sendiri, terima kasih banyak-banyak atas tindakan anda. Yang pasti saya dah memaafkan awak. Saya harap bila saya dah jauh dari dunia awak, tidak perlulah awak nak menjaja kisah saya lagi.
P/S: Yeay, esok cuti. Best~
Sunday, May 6, 2012
Day 3: Saya Ok
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, saya sudah boleh sesuaikan diri. Suami pula kerap hubungi saya bila ada kelapangan. Walaupun saya rasa ok, sesikit sebanyak saya rindukan momen indah ketika suami ada disisi. Oh, takpelah. Sekejap je. Tak lama lagi suami pulang ke tanah air. Dapatlah kembali berdua semula...yeay.
Saturday, May 5, 2012
Day 2: Selesai Satu Hari
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selesai sudah menjalani kehidupan selama satu hari tanpa suami. Tidak mudah sebenarnya. Yang tidak mudah ialah gejolak rasa dan emosi sebenarnya. Pergi dapur terbayang suami. Pergi bilik ternampak suami. Mana-mana je pergi di setiap inci rumah mesti ternampak- nampak suami. Rindu barangkali kan?? Alhamdulillah, saya ada pengisian sepanjang ketiadaan suami. Saya sibukkan diri dengan pelbagai kegiatan dan kegiatan hari ni pun tak habis lagi sebenarnya...petang-petang baru selesai.
P/S: semalam kat rumah boring sikit abang takde...mujurlah ade kerja-kerja umah yang nak dibuat, kalau tidak....
Friday, May 4, 2012
Day 1: Bon Voyage Encik Suami
Tepat 7:10am "terpisah sementara" dengan suami. Melepaskan suami pergi ke bumi Borneo. Insyaallah tiga bulan mendatang baru berkesempatan bertemu semula.
Sepanjang di KL Sentral tadi saya tahu masing-masing antara kami menahan sebak. Cuba ceriakan suasana agar rasa hiba tu dapat dihindar. Rupanya bertahan sekejap saja. Saat melepaskan suami, tak semena-mena saya menangis begitu juga suami. Sedih!
Macam-macam pesanan yang suami tinggalkan buat saya. Saya dengar dan angguk tanda faham (dan akan buat). Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan suami. Semoga suami sentiasa berada dibawah lindungan dan keredhaan Allah.
P/S: "Mestilah sedih, bukan sekejap nak tinggalkan isteri...3 bulan...." - kata-kata suami.
Kongsi Ilmu
Tadi terbaca satu artikel di Facebook. Penuh informasi dan bermanfaat. Juga boleh dijadikan sebagai peringatan buat diri yang kadangkala lalai dan leka. Mari kita baca.
Seksa Meninggalkan Sembahyang:
6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya
3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya
3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat
3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras
DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU
SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)
ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam
ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)
MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri
ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
sumber: Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak
Ambil dari sini
Thursday, May 3, 2012
Spontan Khamis #17
Terngiang-ngiang kata-kata suami tempoh hari:
"Time abang nak pergi kerja sayang demam pulak. Susah hati abang..."Orang yang mendengar dan membaca statment ni mungkin rasa biasa...tapi saya rasa luar biasa sangat masa tu. Suara suami macam ada unsur-unsur sebak :(
Makin hampir
Sejak dua hari lepas, cuaca jadi tidak menentu. Bumi kembali basah disimbah hujan. Mungkin alam juga turut rasa apa yang bermain dalam hati saya. Cewahhhh....~
Sungguh, lain betul perasaannya bila saat "perpisahan sementara" ni semakin hampir. Lebih-lebih lagi bila sudah hidup bersama ni. Masa bercinta dulu takdelah rasa macam ni sangat. Erm..., saya faham dan yakin beginilah perasaan rakan-rakan saya yang berada "dalam bot" yang sama. Dulu, masa saya belum berpangkat isteri, saya selalu saksikan rakan-rakan "seangkatan" berblog tentang perasaan/kejadian "perpisahan sementara". Masa tu saya dah nampak gambaran bagaimana ditinggalkan. Sedikit sebanyak saya terasa tempiasnya, terasa sebak dan sedihnya. Dalam masa yang sama juga saya dapat lihat betapa tabah, cekal dan setianya rakan-rakan saya itu meneruskan kehidupan walaupun tiada suami pendamping disisi. T_T. Mereka sumber inspirasi saya.
Bohong kalau saya kata saya tidak rasa sedih dengan "perpisahan sementara" ni. Saya sedih. Suami saya turut sedih. Ini sudah suratan dan ketentuan. Dah tertulis yang rezeki keluarga mini kami adalah dilautan. Saya kena redha dan ikhlas terima semua ni. Saya juga dah nampak yang saya bakal menjalani kehidupan yang penuh cabaran sepanjang suami saya bekerja nanti. Saya selalu pesan pada diri sendiri agar yakin dan tabah dalam menjalani kehidupan juga cekal menghadapi sebarang kemungkinan.
Buat manusia sekeliling, kamu semua tidak perlu memomokkan saya dengan cerita-cerita dan hipotesis kamu. Saya hanya perlukan sokongan dan doa kamu terhadap kami. Bukan "cuba merisaukan jiwa wanita" saya dengan cerita yang bukan-bukan. Suami akan "meninggalkan" saya beribu-ribu batu jauhnya. Macam-macam boleh berlaku. Sebagai manusia, saya hanya boleh berdoa dan bermohon kepada Allah s.w.t. agar suami saya sentiasa diberi perlindungan, dijauhkan daripada musibah, dikuatkan iman dan sentiasa berada dalam zon keselamatan yang baik. Itu sahaja yang saya inginkan.
Suami, kita ada masa beberapa jam lagi sebelum esok. Nanti kita lunch sesama ye. :)
| :: Sah - saya zaujah awak:: |
Wednesday, May 2, 2012
Cuti tapi tak dapat bercuti
Lebih kurang sehari setengah je lagi dapat luangkan masa bersama suami. Lepas ni kena tunggu 3 bulan untuk tinggal sebumbung semula. Oh tabah! Macam-macam perkara yang berlegar-legar kat fikiran saya sepanjang suami berkerja nanti. Saya perlu "cari pekerjaan", saya perlu "sibukkan diri" dan saya perlu "pengisian". Insyaallah kalau saya dapat laksanakan apa yang berlegar-legar difikiran tu, mungkin saya tidaklah rasa sunyi sangatkan. Selagi ada masa ni baik saya lakukan perkara yang indah-indah saje...Weeee~
P/S: Nanti kita belek-belek album gambar ye.... :)

