Pages

Friday, July 29, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setahun sudah berlalu. Ramadhan bakal menjengah lagi. Insyaallah Isnin (1st August 2011) seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Kepada semua umat Islam, rakan-rakan dialam cyber dan kenalan yang mengenali saya dan mengikuti blog saya, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan semoga ibadah/amalan kita diterima. 

Sumber: Google
Ini sedikit info yang saya terima via email tadi:



Sejarah Ramadhan
1.      Ramadhan: Ertinya panas terik
2.       Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3.      Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan4.       Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5.       Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6.       Di pilih untuk ibadat puasa.
7.      Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1.       Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2.       Bulan penuh keberkatan.
3.       Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan4.       Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu5.       Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda6.       Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga7.       Bulan menambah rezeki8.       Memberi berbuka banyak pahala9.      Bulan keampunan :-·         Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
·         10 hari pertama adalah mulanya rahmat·         10 hari pertengahan - pengampunan,·         10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)1.       Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2.       Menempah pakaian untuk Ramadhan3.       Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4.       Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5.       Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)6.       Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)7.       Solat berjemaah setiap waktu8.       Solat jemaah di masjid/surau9.       Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10.   Sahur diwaktu akhir
11.   Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12.   Mandi Janabat sebelum Imsak
13.   Kurangkan tidur
14.   Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15.   Tunaikan Solat Dhuha
16.   Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17.   Tunaikan solat Rawatib18.   Jaga pacaindera
19.   Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20.   Hadiri majlis ilmu
21.   Buat baik kepada ibubapa
22.   Isteri hendaklah taat pada suami
23.   Banyakkan bersedekah
24.   Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25.   Berbuka bersama org tua
26.   Jemput tetamu berbuka
27.   Kurangkan berat badan28.   Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)29.   Baiki hubungan suami isteri
30.  Baiki hubungan jiran31.   Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32.   Elakkan berbelanja berlebihan
33.   Kuatkan kesabaran
34.   Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35.   Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36.   Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37.   Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38.  Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan39.   Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40.   Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41.   Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42.   Melazimkan solat waktu
43.   Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44.   Elakkan banyak berhutang
45.   Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46.   Mengeluarkan zakat fitrah  


Saya ketagih

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang saya betul-betul ketagih! Ketagihan ni semakin menggila. Saya gilakan bahan bacaan sekarang terutama novel. HAHAHA. Sudah lama saya tinggalkan kegilaan membaca novel. Namun keinginan tu tumbuh melata dalam diri ni sejak tahun lepas. Kerap meminjam novel dari rakan pejabat dan ia telah mendorong saya untuk membeli novel yang berkenan dimata dan dihati. Eceh. Novel M.A.I.D saya dah habis baca. Sekarang dalam proses mengkhatamkan novel Horizon Cinta. Juga ada dua novel bakal saya khatamkan beberapa hari lagi. Ngeh3...rasa macam best dan puas bila dapat habiskan novel yang tebal-tebal tu. HEHEHE...selain tu boleh mengelakkan saya dari terus melayan perasaan dan tidak terus menghitung waktu ( hey awak, awak mesti bangga dengan saya sekarang...saya kuat tau..).

Sejak bergelar gadis berkerjaya ni (ececece), memang tak khuatir langsung kalau tangan asek memegang novel dan mata terus tertancap pada tulisan dalam tu. Nak berangan pun muleh pe (berangan tu percuma...ngeh3)...Namun, TIDAK DIBENARKAN membaca novel ketika bergelar budak sekolah dan pelajar yer. Memang Along saya tak benarkan. Bimbang sindrom berangan dan berkhayal menular dalam diri. Faham-faham jelah ketika usia nak meningkat remaja banyak benar nak di-imagine-kannya. Tak pasal-pasal belajar kemana, buku kemana, sekolah kemana. Seb bek mendengar kata ketika itu. Ceitt, poji diri sendiri...

Sila bersurai~

p/s: Masih ralat kerana tiada cetakan semula untuk novel Meredah Samudera. Kecewa. Usai Aku Terima Nikahnya bila nak diterbitkan? -_-

Thursday, July 28, 2011

Ini ketentuan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Awal pagi Isnin (25/07/2011), tepat jam 5:30 am ringtone "She's Happy nyanyian Auburn bermunyik-munyik. Macam pelik pon ade. Takkanlah beliau SMS pagi-pagi begini. Cepat nau mahligai besi sampai ke tepian...HUHUHU (Walhal baru ke tengah). Semangat tengok skrin telefon; mesej yang di terima bermunyik cenggini:
Salam Mama. Nenek aku meninggal pukul 4:30 am tadi.
Seriyes, saya terkejut terima mesej tu. Saya tahu macam mana kehidupan sahabat saya yang seorang ni. Sebabnya kami jalani kehidupan yang hampir sama. Cara dibesarkan pun hampir sama. Usai saya terima mesej tu, mulut lantas melefazkan "Innalillahiwainnailaihirojiun.." Tangan terus mengetik papan kekunci mengucap takziah. Sedikit ralat kerana saya tidak dapat menziarahi kerana saya juga punya agenda yang tidak kurang pentingnya pada masa itu (juga melibatkan kesihatan dan nyawa orang yang disayang).

Buatmu teman,
Bersabarlah. Ini memang perjanjian yang telah dimeterai - yang hidup pasti akan mati. Jangan terlalu bersedih dengan pemergian yang telah ditentukan ni. Berdoalah semoga roh arwah nenek sentiasa tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

p/s: baca status dia di FB pun rasa sebak.

Spontan Khamis #1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

"Allah uji kita dengan apa yang kita sayang.
Kadang-kadang yang paling kita sayang tu lah yang Dia ambil.
Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Kita kena redha atas apa sahaja yang terjadi.
Kena kuat untuk tanggung ujian Allah ini"
.....dipetik dari drama Ustaz Amirul :)

Diambang perlawanan antara Malaysia vs Singapore

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya rasa umum tahu hari ni 2nd match (perlawanan timbal balik) antara skuad Harimau Malaya dengan Singapore (Singa). HAHA..Saya yakin malam ni pasti stadium akan dibanjiri dengan penyokong-penyokong tegar skuad Harimau Malaya. Mana tidaknya suasana diopis saya sejak semalam agak "sibuk" dengan perlawanan bola sepak malam nanti. Ada yang duk agih-agih tiket. Ada yang sibuk membeli/mengambil jersi Malaysia kat lobi. Ada yang sibuk membuat temujanji bila tiba distadium nanti. Wow, meriah tol. Saya juga yakin Sistem Transit Aliran Ringan (STAR LRT) akan sesak dengan ribuan manusia.

Apa-apa pun semoga perlawanan malam ni berpihak pada Malaysia. Wahai skuad negara, berusahalah dengan jayanya untuk menundukkan & membenamkan hasrat Sang Singa dari terus mengganas dibumi Malaysia. Harimau Malaya......sila mengaum malam ni eh. Bahamlah pihak lawan sehingga kenyang. HAHA...Saya berharap sangat kamu-kamu (refer to Harimau Malaya) menang match kali ni.

p/s: Seb bek dah gi betulkan Touch & Go, kalau tak balik nanti terpaksa beratur panjang macam match antara Malaysia dengan Arsenal & Liverpool hari tu gara-gara nak mendapatkan sekeping ticket.

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nak join klik gambar ye.

Nak tulis apa ye? Tulis pasal laut boleh? HAHA...kenapa laut ek? Sebab sekarang saya tengah baca novel Horizon Cinta karya Umi Azrini. Betul-betul membuatkan saya terfikir dan insaf tentang betapa besarnya pengorbanan mereka yang mencari rezeki kat laut ni. Tak kisahlah nelayan ke, pekerja feri ke, kerja kat platform ke, offshore ke, seafarer ke....yang penting banyak sangat yang dikorbankan dan terdedah terhadap pelbagai risiko. HUHUHU...Pandanglah laut. Sesungguhnya kita dapat pahala tau kalau melihat keindahan ciptaan Allah tu. :)

p/s: Entri instant. Ini yang terlintas kat fikiran buat masa ni. :)

Thursday, July 21, 2011

Trend yang semakin fofular dikalangan blogger

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang ni macam dah jadi trend pulak bila tiba hari Rabu akan ada #Wordless Wednesday. Lebih kurang macam hari tidak berperkataan. Bubuh je gambo kat blog dan cubelah fahami ape maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik gambo yang di upload. Tidak perlu penerangan terperinci. Noktah.

Hari ni pulak, masa saya berjalan-jalan mengunjungi blog rakan-rakan ada pulak #Spontaneous Thursday. yang saya pasan, spontaneous thursday ni ada ayat tapi normally kontot-kontot je.

HEHEHE...macam-macam bukan? Teringin lak nak wat Wordless Wednesday & Spontaneous Thursday ni. Cam cool je...Insyaallah kalau berkesempatan tunggu minggu depanlah ek.

Ok, da - da - di - di - di - di - da - da - di - ...terima kasih daun keladi. :)

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[ Nak join klik pada gambar]

Kali ni Abg Ben ada buat segmen lagi. Khas untuk blogger-blogger baru. Tujuan? Untuk tambah kenalanlah bukan. Okey, mari-mari kita meriahkan segmen Abg Ben ni yer. Jauh perjalanan luas pemandangan, tambah kenalan dan dapat meriahkan dunia cyber yang tanpa sepadan ni. Ngeeee.... (^^v)

P/s: Kepada rakan-rakan blogger yang masih baru dengan dunia blog & ingin menambahkan kenalan ayuh sertai segmen ni. Ingat...pukul 9:00 malam dah tutup segmen ni. Maka, ayuh-ayuh..!!


Semoga selamat pergi dan selamat pulang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dua kakitangan ofis akan pergi mengerjakan ibadah umrah. Semoga ibadah mereka diterima dan mendapat umrah yang mabrur. InsyaAllah.
Date: 20 July 2011
Terima email dari En. Sham

Date: 21 July 2011
Terima email dari Zul

Semoga mereka selamat dalam perjalanan pergi, ketika melaksanakan ibadah dan selamat pulang semula ke tanah air. :)

P/s: Ada rezeki, ingin jejak ke sana jugak.




Wednesday, July 20, 2011

Berhasrat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Biarpun ia dah berlalu dan biarpun ia dah basi...Pedulik. Biarpun saya ni boleh dikategorikan sebagai ketinggalan namun saya tetap berhasrat untuk menonton beberapa siri drama melayu yang telah meninggalkan saya. Eceh. Maksud saya yang sudah tamat siarannya dikaca-kaca TV. Saya ketinggalan. Entah apa yang saya sibukkan sangat sampaikan tidak berkesempatan untuk menonton. HUHU. Maka saya akan menyenaraikan drama melayu yang saya akan layan kemudian hari. Agak-agak dalam tempoh 3 bulan sempat tak saya nak habiskan tengok semua drama ni kat Tonton? Tett...!!


Tak pernah tengok drama Juvana ni kat TV coz umah saya jarang buka TV3 ketika time siarannya. Asyik-asyik menonton disiaran TV berbayar. T_T.

Juga mengalami nasib yang sama, menonton siaran TV berbayar dan waktu siarannya agak tidak mengizinkan saya menontonnya terus dari TV3.

On & off tengok. Selalunya lebih banyak tak tengok ketika siarannya. Almaklumlah terpaksa bergantung kepada tahap ketahanan kornea mata. HAHA...tetiba. Pukul 10:30 pm kot siarannya. Makcik tak larat nak tunggu. HUHU

Saya rasa 3 cerita ni best sebab tu beriyer-iyer benar saya nak tengok. Kalau tak usah harap nak teruja sebegini ghupe..

K, papai.

Tuesday, July 19, 2011

Perempuan bersama beg-beg mereka

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak taip entri pasal ni. Baru sekarang berkesempatan. Eceh, bajet macam semendang bz...Apa yang nak dikongsikan tu? Ni dia...pasal handbag @ bag @ paper bag atau segala mala jenis bag dengan oang perempuan....Ngeh3...

Perasan tak majoriti orang perempuan akan bawa bag sekurang-kurangnya 2 untuk pergi balik kerja. Percaya ke tak ni? Kalau tak percaya cuba balik nanti try usha gadis-gadis atau akak-akak yang nak balik kerja tu. Kompom akan ada sekurang-kurangnya 2 bag pada badan mereka. HAHA...kombinasi beg seperti berikut:

  • Beg sandang (beg laptop) dan handbag
    • Kebanyakannya wanita yang guna laptop kat opis akan berpenampilan begini. Comel je saya tengok diorang dok angkut beg laptop kat bodi diorang sambil-sambil tu pakai enbeg...HEHEHE...
  • Handbag dan paper bag / woven bag/ plastic bag
    • Haaa...yang ni memang saya. Kui3...Dalam paper bag tu sebenarnya ada bahan bacaan untuk dibaca masa dalam train nanti. Senang sikit. Kekadang tu kalau nak bawak khazanah dari opis ke umah pun kena gak bawak paper bag nih. Lecehlah kalau sikit-sikit asek nak bukak enbeg kan? Metoi tak?
  • Beg sandang (beg laptop) dan sling bag
    • Yang macam ni mungkin diorang selesa dengan penampilan ringkas bersama sling bag. Lagipun nampak stylo gak macam ni dan ringkas. Pergerakan pun cargas. 
  • Plastic bag kiri-kanan 
    • Ha ha ha...yang ini memang jenis suke menyoping. Kiri kanan penuh ngan plastic bag dia. Alah, biasalah bila dekat opis selalu buat "pesta jualan"...dah nama orang perempuan, kompom akan buat "pelaburan"...kan kan kan.
Rasa cam ada lagi idea untuk buat entri. Mungkin next entri lah ye, ok?
Sekian... :)

Monday, July 18, 2011

3 purnama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah 3 bulan, hari ni dia meneruskan perjuangan sebagai manusia. Pergi keluar menunaikan tuntutan fardhu kifayah. Destinasi kali ini nun jauh di luar lingkaran Semenanjung. HUHUHU. Semoga dia sihat-sihat sahaja , mendapat perlindungan Allah dan semoga serasi ditempat baru bersama rakan-rakan baru. Baru sehari disana bermacam-macam cerita dah dikongsi. Sampai bila dapat liputan saya tak pasti. Yang pastinya bila-bila masa sahaja dari sekarang liputan akan terputus. Untuk berapa lama saya tak pasti. Erm, takpelah saya dah biasa.

Dia gembira katanya boleh buka puasa awal time ramadhan nanti. HEHEHE...boleh pulak itu yang difikirkannya. Untuk awak, sila jaga diri baik-baik eh. Lagi 3 bulan kita jumpa ok.

Tuesday, July 12, 2011

Dah lebih seminggu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Haish. Tak faham kenapa sampai hari ni saya masih batuk. Bayangkan dari 2/7/2011 - 12/7/2011 saya batuk berpanjangan. Batuk makin menjadi-jadi bila menjelang waktu pagi dan malam. Saya dah minum air asam jawa, makan ubat batuk dan minum bergelen-gelen air masak tapi batuk tu masih ada. HUHUHU...Apakah semua ini?

p/s: Tak pernah-pernah saya batuk berlarutan macam ni. Harap-harap cepat pulih. Sakit dada wo batuk batuk nih. Rasa cam kurang oksigen..

Monday, July 11, 2011

Tersungkur lalu terduduk dikhalayak ramai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertama kali bermain "Ice-Skating" begitu mengujakan. Hasrat dihati memang dah lama tersemai cuma merealisasikannya je tidak berkesempatan. Namun semalam semuanya tercapai. Apabila dapat gak merasa "merangkak" kat Piramid Ice Sunway Piramid tu. Tengok dari floor atas, macam relax je orang-orang yang main tu. Slide sana slide sini. Nampak mudah. Semudah makan kacang.

Tapi...tapi...tapi...hakikatnya sangatlah rumit dan susah ok. Memang kena ada hati yang kental, muka yang tebal dan kaki yang kuat untuk main mende alah ni. HAHA. Dahlah kasut dia berat gila. Tak larat nak angkat kaki. Masuk-masuk je dalam Piramid Ice tu, kaki dah menggigil-gigil. HAHA...tak pasal-pasal saya pegang je dinding tu dari mula masuk sampai keluar. Cuak gila tapi fun. (Saya bajet kalau 2 atau 3 kali round saya dah mahir kot...KAHKAHKAH)...Saya tengok orang lain & bebudak kecik relax je. Hati memang berhasrat nak main cam diorang, sambil-sambil tu bolehlah berangan-rangan kunon-kunonnye tengah dancing kat atas air batu tu...tapi haremmm....saya tersungkur lalu terduduk buat beberapa kali. HUHUHU...mujur ade crew, sorang budak kecik perempuan dan dia yg juga tak berapa stabil dalam peluncurannya. KAHKAHKAH. Bila ingat-ingat balik mereka yang pergi berpasangan atau group sekurang-kurangnya mesti ada sorang yang reti main mende alah tu. Kes saya ni sorang pun tak reti. Terpaksa berebut-rebut nak pegang dinding...Miahahaha~

Apapun terima kasih buat dia yang belanja saya main Ice Skating ni ye. Juga terima kasih untuk hadiah hari jadi. Suka sangat-sangat. Nanti bila hari jadi saya tiba...saya pakai tau. :)

Thursday, July 7, 2011

Mummy Qila & Ariq First GA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni Kak Marsha ada wat GA - sempena ulangtahun keempat perkahwinan Kak Marsha dan suami. Tanpa segan silu dan lapang dada rasa ingin menyertai GA ni pulak.

Kalau nak join, klik gambar ni ye.

Suka baca kisah kehidupan Kak Marsha dan keluarga ni. Tambahan pula kehidupan Kak Marsha ni "unik" dan lain daripada orang lain. Suka baca tentang ketabahan dia, kesabaran dia dan paling best bila dia bercerita tentang permata hatinya Qila dan Ariq. Kadang-kadang kesah bibik pun ade tau dalam entri. Betul-betul dapat rasa apa yang cuba disampaikan dalam setiap entri tu walaupun sekadar tulisan. Kak, saya selalu bayangkan akak cakap secara "live" tau setiap entri yang akak buat tu. Kompom malatop and lagi happening...HEHEHE...

Dikesempatan ni saya nak ucapkan "Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kak Marsha dan Suami, semoga perkahwinan yang dibina ini berkekalan dan sentiasa disinari kebahagiaan buat selama-lamanya...Insyaallah". Teruskan berbloggong yer.

Nak join?? Klik gambar kat atas tu, atau klik http://diaryizzara.blogspot.com/

Saya tag:


Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. HEHEHE...

Friday, July 1, 2011

Kita kuat sebab tu kita diuji

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Permulaan minggu ini sangat-sangat mencabar. Mencabar kekuatan, ketahanan dan kesabaran saya sebagai manusia biasa. Betul-betul memberi kesan keatas diri saya, keluarga dan pihak yang satu lagi. Segala apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila ada perkara lain yang tidak kurang pentingnya tiba-tiba terjadi. Sungguh! Saya jadi kalut seketika. Susah nak terima kenyataan itu pada mulanya. Namun berteraskan pemikiran yang waras akhirnya jumpa juga jalan penyelesaian. Saya berpegang pada kenyataan "ini semua kerja Allah". Mungkin ada sebab kenapa Allah seolah-olah tidak mengizinkan rancangan itu terjadi sekarang. Mungkin akan memberi kesan di kemudian hari.Saya sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Ikutkan hati seperti mahu menulis semuanya didalam blog ni tapi saya bagi privasi sikit kisah ni. Biar ia kejap & tersimpan didalam hati. Cuma saya harapkan biarlah rancangan ini terlaksana suatu hari nanti. Mudah-mudahan, Insyaallah.

Allah mempunyai rancangan yang baik buat hamba-hambaNya. DIA tidak mungkin memberi ujian & cabaran yang tidak mampu hamba-hambaNya hadapi. DIA tahu kemampuan hamba-hambaNya. Pesanan buat diri sendiri, semoga terus sabar dan cekal dalam menghadapi ujian Allah dan dalam mencari redha Allah.

p/s: Lately kalau dengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran mesti rasa sedih sampai menangis....HUHUHU..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...