Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sekarang saya betul-betul ketagih! Ketagihan ni semakin menggila. Saya gilakan bahan bacaan sekarang terutama novel. HAHAHA. Sudah lama saya tinggalkan kegilaan membaca novel. Namun keinginan tu tumbuh melata dalam diri ni sejak tahun lepas. Kerap meminjam novel dari rakan pejabat dan ia telah mendorong saya untuk membeli novel yang berkenan dimata dan dihati. Eceh. Novel M.A.I.D saya dah habis baca. Sekarang dalam proses mengkhatamkan novel Horizon Cinta. Juga ada dua novel bakal saya khatamkan beberapa hari lagi. Ngeh3...rasa macam best dan puas bila dapat habiskan novel yang tebal-tebal tu. HEHEHE...selain tu boleh mengelakkan saya dari terus melayan perasaan dan tidak terus menghitung waktu ( hey awak, awak mesti bangga dengan saya sekarang...saya kuat tau..).
Sejak bergelar gadis berkerjaya ni (ececece), memang tak khuatir langsung kalau tangan asek memegang novel dan mata terus tertancap pada tulisan dalam tu. Nak berangan pun muleh pe (berangan tu percuma...ngeh3)...Namun, TIDAK DIBENARKAN membaca novel ketika bergelar budak sekolah dan pelajar yer. Memang Along saya tak benarkan. Bimbang sindrom berangan dan berkhayal menular dalam diri. Faham-faham jelah ketika usia nak meningkat remaja banyak benar nak di-imagine-kannya. Tak pasal-pasal belajar kemana, buku kemana, sekolah kemana. Seb bek mendengar kata ketika itu. Ceitt, poji diri sendiri...
Sila bersurai~
p/s: Masih ralat kerana tiada cetakan semula untuk novel Meredah Samudera. Kecewa. Usai Aku Terima Nikahnya bila nak diterbitkan? -_-
No comments:
Post a Comment