Pages

Friday, July 1, 2011

Kita kuat sebab tu kita diuji

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Permulaan minggu ini sangat-sangat mencabar. Mencabar kekuatan, ketahanan dan kesabaran saya sebagai manusia biasa. Betul-betul memberi kesan keatas diri saya, keluarga dan pihak yang satu lagi. Segala apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila ada perkara lain yang tidak kurang pentingnya tiba-tiba terjadi. Sungguh! Saya jadi kalut seketika. Susah nak terima kenyataan itu pada mulanya. Namun berteraskan pemikiran yang waras akhirnya jumpa juga jalan penyelesaian. Saya berpegang pada kenyataan "ini semua kerja Allah". Mungkin ada sebab kenapa Allah seolah-olah tidak mengizinkan rancangan itu terjadi sekarang. Mungkin akan memberi kesan di kemudian hari.Saya sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Ikutkan hati seperti mahu menulis semuanya didalam blog ni tapi saya bagi privasi sikit kisah ni. Biar ia kejap & tersimpan didalam hati. Cuma saya harapkan biarlah rancangan ini terlaksana suatu hari nanti. Mudah-mudahan, Insyaallah.

Allah mempunyai rancangan yang baik buat hamba-hambaNya. DIA tidak mungkin memberi ujian & cabaran yang tidak mampu hamba-hambaNya hadapi. DIA tahu kemampuan hamba-hambaNya. Pesanan buat diri sendiri, semoga terus sabar dan cekal dalam menghadapi ujian Allah dan dalam mencari redha Allah.

p/s: Lately kalau dengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran mesti rasa sedih sampai menangis....HUHUHU..

3 comments:

Anonymous said...

kita hanya merancang, Allah yg menentukan.. don't be sad kakak..haha

Ainul Hayat said...

yelah dik...akak try taknak sedey2...

Marsha~ said...

kenapa ni.... banyakkan bersabar ye.. ade hikmah di sebaliknya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...