Pages

Friday, January 28, 2011

Macam tauke limau ;)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

[ini entry tertangguh - ternyata penulis suka bertangguh-tangguh...sila pasrah]

Hari ni agak havoc sikit. Walaupun aura-aura Gong Xi Fa Cai mula terasa namun saya tetap sibuk. Semuanya ada kena mengena dengan Gong Xi Fa Cai lah. Pagi tadi, sekitar jam 10:45am,  72 karton limau mandarin telah selamat mendarat diopis saya. Itu adalah pemberian dan tanda ingatan daripada regional office di Singapore sana. Sebaik saja sampai, aktiviti mengagih-agihkan buah limau pun berlangsung. Ke depan kebelakang. Turun naik. Saya berkejar-kejar kesana sini (eceh).Kuruslah saya camni (sukenye jadi kurus). Mujur esok cuti. Wah selonoknya bercuti...tapi hari Isnin kena kerja balik sebelum saya bercuti panjang semula. Takpe-takpe tabahlah wahai diri...sekejap je tu.

Isnin minggu hadapan iaitu 31/1/2011, saya dan dua orang kakitangan disini akan menjadi ushers & pushers untuk Signing Ceremony Asia Submarine Cable Express (Cahaya Malaysia) bertempat di Sheraton Hotel, Kualala Lumpur (sila baca ikut rentak Mizz Nina, ahakz). See see nama kabel pun nak buh Marine. Apa kes?? Ngeh ngeh ngeh...


Backdrop of the event

Kamilah ushers and pushers time ni

Dahlah...tetiba rasa tersasar lak bile sentuh bab-bab marine ni.Nanti ada masa saya update lagi ye.Saya macam terkonpius ini entri tauke limau ke entry signing ceremony?? Kui3....ingin dimaklumkan limau-limau telah "habis" - tak tahu kemana perginya sebab saya belum sempat habis distribute...HUHUHU....baru nak capture gambar limau banyak-banyak.

Wednesday, January 26, 2011

Macam tahu-tahu je

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Baru petang semalam meluahkan keluh kesah (cewah) dekat blog ni. Sila refer SINI.
Aleh-aleh malam tadi time saya dekat dapur tengah menemankan Arshad makan terdengar "Hey Soul Sister" menyanyi-nyanyi. Memula tu ingatkan iklan kat TV. Pastu bunyi lagi dan lagi dan lagi. Saya biarkan je dulu memandangkan tengah temankan anak sedara kesayangan saya tu makankan. Usai basuh pinggan suma terus anak buah saya bagi fon kat saya. Dalam hati dah terdetik, entah-entah orang yang dinanti-nantikan panggilannya. (Kalau dinanti-nantikan kemunculannya depan mata macam mustahillah pulak, HUHUHU). Fon lagi satu bunyi. Ah, tersenyum saya..Sukelah bukan dapat panggilan dari dia. Walaupun suara tenggelam timbul dek kerana kaberej tak berapa ok, tapi dilayankan jugakla. Better than nothing. HEHEHE. Syukur, dia sihat walafiat. Borak-borak kosong. Saya pula seperti macam kelu lidah tak tahu apa nak cakap sampaikan dia sendiri pelik, dah 2 minggu lebih tak berhubung takkan saya takde menda nak cakap? (Sebenarnya saya terkejut dan "enjin" tak panas lagi, kalau tak ada chance ke dia nak cakap? :p)
Dengarnya 3 hari akan ada kat KSB. Syukur..
 

Tuesday, January 25, 2011

17 hari tak dapat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Masuk hari ni dah 17 hari saya tak dapat. Kadang-kadang tu jeleslah gak dengan mereka yang sentiasa dapat. Apakan daya, dah nasib. Eceh. Masuk hari ni dah 17 hari saya tak dapat dengar suara kamu yang satu itu. Wahai cik vessel, kemanalah dikau membawanya pergi? Cepat-cepatlah berenang ke tepian (?). Bila ditengah-tengah lautan langsung tiada liputan. Daku kesepian (Miahahaha...).  Dah lama betul rasanya fon ni tidak mengeluarkan bunyi melainkan diopis. Kalau dirumah, memang fon ni saya wat tak tahu je. Dalam handbag 3 hari pun takpe. Sebabnya dalam tempoh waktu sekarang ni saya yakin tiada apa-apa panggilan @ SMS yang saya akan terima. 

Pe lagi ye...haa....lagi 6 hari genaplah sebulan kamu keluar mencari rezeki demi sesuap megi tomyam (saya akan ingat stetmen ni sampai bila-bila, HEHEHE). Habis bulan Januari ni maknanya lagi 2 minggu cik vessel akan bermudik ke tepian atau port berhampiran. PeRaSaAn?? Tentunya..YEAY. Seronoknya nanti dapat dengar celoteh kamu itu (ke saya yang banyak celoteh? Ahakz)

Monday, January 24, 2011

Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita pergi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Minggu lepas, 21st January 2011 saya dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya salah seorang kakitangan di pejabat saya.Kemalangan dilebuhraya ketika pulang dari bertugas.Koma. Masuk ICU. 
Semalam, 23rd January 2011 sekitar jam 6:00 petang mendapat berita pemergian beliau ke rahmatullah. Setelah 3 hari koma dan semalam merupakan penghujung nyawa bagi pemilik nama Mohd Zainuddin Elias.
Perasaan seperti percaya tak percaya je. Walaupun saya tidaklah rapat dengan arwah tetapi saya tetap rasa seperti kehilangan. Mungkin sebab saya kenal dia dan pernah bercakap dengan dia. Malah boleh dikatakan majoriti kakitangan diopis saya ni terasa sangat-sangat akan pemergian arwah. Hari ini semua muka-muka agak murung dan ofis saya tidaklah penuh dengan kakitangan kerana ramai yang pergi ke Johor bagi menziarahi jenazah dan keluarga allahyarham dan juga menyertai upacara pengkebumian sebelum Zohor tadi.
Al-Fatihah buat allahyarhan dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.


Warga Kumpulan TM Yang Dihormati Sekalian,

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
                                                                              
Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kita di Kumpulan TM, En. Mohd Zainuddin bin Elias, Penolong Pengurus daripada Unit Network Architecture & Technology, System Technology berumur 26 tahun seperti foto dilampirkan telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 23 Januari 2011 bersamaan 18 Safar 1432H, jam 6:00 petang di Hospital Putrajaya kerana kemalangan jalanraya.

Untuk makluman, arwah telah ditimpa kemalangan pada malam Khamis, 20 Januari 2011 yang lalu di Putrajaya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menjalankan tugas di TM Exchange Cyberjaya 2. Akibat kemalangan tersebut beliau telah koma selama 3 hari di Hospital Putrajaya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini Isnin, 24 Januari 2011 di kampung halamannya di alamat No. 1123, Jalan Umno, Pontian Kecil, Pontian Johor Darul Ta'zim sebelum Solat Dzohor.
Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
Email dari Kumpulan Human Capital

Teringat semasa hayat beliau:
"Erni, Dino nak pinjam sepit kuku"

Cuti Thaipusam Dimanfaatkan dengan.....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
[ini entry tergendala tempoh hari]

... bersarapan pagi di Sentul
... beriadah di Taman Tasik Titiwangsa (menaiki ride-boat(?) yeke nama mende alah tu camni ek?)
... mengukur Leisure Mall. 
... pergi ke mall lagi satu iaitu Wangsa Walk

Itulah dia aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dilakukan semalam. Sangatlah memaksimumkan masa cuti yang ada dengan pelbagai pengisian. Bila bekpes kat Sentul, haruslah pekena nasi lemak kat satu kedai tu. Ramai yang beratur semata-mata nak makan nasi lemak akak tu. Best...memang sedap & murah. Weeee... :). 

~*~*~*~*~*
Di Taman Tasik Titiwangsa.
Anak-anak saudara saya dah mula excited nak naik bot & nak naik sampan. Gile eksaited. Eksaited gile.Gile punya eksaited yang terpamer kat muka memasing. Heks. Saya memain peranan gi tengok rege tiket (eceh), padahal Along saya yang akan bayar. Kata putus dah diambil, maka yang akan menaiki ride boat(?) adalah saya, Tie, Aqil dan Arshad. Maksudnya ada dua team lah. Sesi pemilihan ahli kumpulan, saya kumpulan ngan Arshad. Memang best punyalah dapat team ngan Arshad coz dia ni bagus bab-bab "kerjasama dan tolong-menolong" ni.  Itu sangkaan saya dan ahli keluarga yang lainlah. Namun sangkaan kami meleset sama sekali. Semasa dalam "pelayaran" tu, aci tak saya je yang mengayuh? Waa....keletihan sangat-sangat ok. Si budak kecik tu hanya tahu nak pegang "gear" je. Sedih ai. Bermandi peluh i. HUHUHU...Arshad?? Rileks je. 

~*~*~*~*~*
Di Leisure Mall
Hajat kami kesini ingin bermain bowling. Memang nak sangat main bowling sebab dah lama gila tak main. Kali terakhir main pun 2 tahun lepas. Lama bukan? Siap ke Soxworld cari stokin. Cari pun yang murah-murah je. Beli yang sekali 3 pasang, boleh bahagi-bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. HEHEHE..dah siap beli stokin Along saya pun gi la ke tempat bowling tu. Sekali tak jumpa. Along cakap tempat bowling tu dah tak ade. Tanyalah dekat peniaga-peniaga yang ada kat mall tu sume kata takde tempat bowling kat sini. Uwaaa....frustnye ai. Ai baru berangan nak hayunkan bola bowling tu ala-ala Shalin Zulkifli. HUHUHU. Maka nak mengubat hati yang kuciwa itu, kami pun pergilah masuk ke Kids Land (ni saya bagi nama sendiri). Mainlah game-game dalam tu. Enjoy gak. Dah lama tak merasa jadi bebudak. Pastu layan cerita Khurafat. Memang Khurafat betul. Memang bestla cerita ni. 


~*~*~*~*~*
Di Wangsa Walk
Berhasrat ingin melunaskan hajat yang tidak kesampaian di Leisure Mall tadi. Sampai je kat bowling centre tu mak aiihh....sume lane fully occupied. Then, kakak saya pun pergilah nak booked lane aleh-aleh kaunter tu kata kena tulis nama kak. Dalam senarai menunggu. Tunggu punya tunggu rasanya sampai tengah malam pun tak dapat main. Maka kami pun balik. Dengan ayat nak sedapkan hati "lain kalilah kita main- dari along", kami pun melangkah pergi. Eceh. Tapi memang enjoicela cuti Thaipusam kami yang sehari tu. Sekali-sekala nak berhepi-hepi dengan family sendiri.


futnot: Tetiba teringat aksi Aqil masa tengok Khurafat. Siap amik towel tutup muka. Kui3...




























Tuesday, January 18, 2011

Dikala tiada idea

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Idea memang kering buat masa ni. Tiada isu best untuk dikupas (eceh). Namun, hati rasa nak juga taip sesuatu dalam blog ni.


 Mutiara Kata (kunun-kununnyela):
Kita tidak boleh dengan sewenag-wenangnya menjatuhkan hukum ke atas orang lain. Kena ingat kita ni bukan sape-sape pun nak bertindak macam tu. Hari ni mungkin, kite boleh senang-senang je mengata dan cakap yang bukan-bukan pasal orang tu. Tidak mustahil, dengan kuasa Allah dan hukum alam, benda yang sama akan jadi balik kat kita. Mungkin bukan dari orang tu sebaliknya dari orang-orang terdekat atau yang rapat dengan kita. Ingatlah, hidup ni adalah percaturan dan ada pasang-surutnya. 


Sudahlah malas dah nak sambung mutiara kata yang saya reka sendiri ini. Kui3...sekarang ini kalau boleh saya ingin memaksimumkan hari-hari saya dengan mengapdet blog (itupun dengan izin Allah).

Monday, January 17, 2011

Hati berbunga-bunga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Akhirnya dekat ofis jugak baru boleh update blog yang tidak seberapa ni. Dekat rumah internet problem. Tak tahulah apa masalahnya. 3 hari saya cuba connect internet. Dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pakai kabel pakai wifi...semuanya hampeh. "No internet access". Cam cipan je. Cuba masuk wifi jiran tetangga pun face the same problem (tu la, ceroboh jiran tetangga punye wifi). Hati saya gundah gulana. Gusar dan geram sesangat. Bila saya nak guna internet, internet lak ting tong. Geramkan...rasa nak jerit-jerit je semalam. Huh!! Mujur dengan berkat kesabaran, saya boleh bertahan lagi. Saya cakap dalam hati takpelah Isnin nanti apdetlah blog kat ofis. HEHEHE...

Minggu lepas perasaan saya yang agak kelaut tu betul-betul terubat apabila dua hari lepas dapat panggilan hangit dari dia. Betul-betul terkejut. Seolah-olah Allah makbulkan doa saya dan dengar isi hati saya. Eceh. Betul, ini serius. Baru saya tahu betapa bernilainya berhubung melalui telefon untuk beberapa minit itu. Baru saya "rasa" perasaan sebenar kamu-kamu yang dapat panggilan berharga itu daripada insan-insan yang kamu-kamu nantikan. Walaupun sekejap, itu dah dikira besar rahmatlah sebab sekurang-kurangnya selepas seminggu berpeluang mendengar berita dia. Syukur sangat-sangat.Selepas ini mungkin sebulan lebih dia di location. Semoga saya makin tabah.


Kenapalah hari ni kat BAKIT takde stok biskut kering bergula tu? Anak sedara saya kepingin mahu makan dong...HUHUHU (eh, tetiba plak)


Bai.

Friday, January 14, 2011

Potluck memang luck betul...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dalam pada duduk melangut je depan PC ni, adalah lebih baik saya menghapdet barang sepotong- 2 potong-3potong dan berpotong-potong ayat dalam Blog KK ni. Untung-untung ada orang baca (eceh pasan) & takdelah membuang masa sangat (yeke?).

Burpp..!! Alhamdulillah. Murah betul rezeki hari ni. Opis saya ada buat jamuan makan-makan hari ni sempena....sempena...sempena ape ek? Sempena meraikan Belated Birthday staff-staff kat sini untuk penggal kedua tahun lepas. Erm, agak-agak sesapa yang baca ni faham ke maksud ayat saya ni? Buat-buat fahamlah yer...HEHEHEHE...^-^

Plan asal nak wat jamuan makan-makan ni tahun lepas. Beberapa hari sebelum opis saya ni bercuti. Kompeni bagi cuti seminggu u ols thn lepas. Tapi memandangkan saya cuti awal lagi sebelum date yang kompeni declare, makanya tertangguhlahkan. Tu yang tadi dapat gak buat jamuan tu. Saya dapat adiah sempena birthday i bulan Sept hari tu. Comel je pressie tu. Note holder. Comel sesangat. TQ kepada "Kelab Suka-Suka GCSM". Saya suka sangat adiah yg super duper cumil itu.

Saya tengah tunggu kawan saya send gambo yang kitorang amik time makan-makan tadi. Kalau ada, berhasratlah nak upload barang sekeping dua sebab all this while blog saya ni sangat-sangat susah nak jumpa gambo-gambo (bahan bukti) bukan? Nantilah, bila material dah ada...saya tempek yerp.

Akhir kata..., saya macam sangat-sangat mengantuk. Maka dengan itu saya nak berhenti menaip dahulu dan nak mencuci-cuci mata sebentar.

Mode ke laut dah ke darat semula...(aci tak buat title cenggini?)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sejak 2-3-4 menjak ni, perasaan rasa ke laut sangat. Tak tahulah sebab apa. Erm, kalau tahu sebab apa pun, rasanya sebab pemergian sahabat saya ke rahmatullah tempoh hari. Sedikit sebanyak saya rasa kehilangannya. Memang rasa sangat-sangat. Baca status kawan-kawan di fesbuk pun semuanya berbaur sedih. HUHUHU...sebelum ini pun memang ada kawan-kawan saya yang menghadap Ilahi dalam usia yang agak muda, namun saya tidaklah berasa terlalu ke laut sangat. Still boleh terima kenyataan dengan cepat akan pemergian mereka. Namun kali ini....entah, mungkin sebab saya mula rasa insaf dan terasa impaknya ke atas diri saya. Sejak hari itu saya sering terfikir tentang kematian. Seriyes. Saya sering terfikir-fikir dalam keadaan yang bagaimana saya akan menamatkan hayat saya nanti? HUHUHU....
(xpelah, takmohlah nak terlalu ikut perasaan sangat)

*Alhamdulillah, sekarang perasaan ke laut tu kian hilang... =) *

Cerita lainlah pulak ek, buleh?? :D
Semalam semasa otw balik ke rumah terdengar lagu Itulah Sayang ke Itukah Sayang ek(?)-The Ramlees. Syok juga lagu tu. Macam catchy sangat. Memang pernah dengar sebelum ni tapi cuma dengar-dengar camtu jela. Semalam dapat dengar betul-betul terus rasa macam WOW! Bestlah lagu ni. Lirik dia best, lagu pun ringan je takdelah berat sangat. Pastu ada sorang penyanyi tu suara cam Yuna. Aci tak tetiba dalam hati saya kata camni, "eh macam suara Yuna lah, tapi kenapa macam best lak sore minah ini? (masih sangsi sebenarnya)". Pagi tadi waktu sampai dekat ofis, terus pulak membrowse, mencari sape The Ranlees tu...rupa-rupanya gabungan banyak penyanyi perempuan dan salah sorangnya ialah Yuna. Hah? Yuna?? HAHAHA....tetibalah kan saya boleh memuji suara Yuna semalam...(kalau kamu yang sorang tu baca kompom suke sebab saya puji suara Yuna yang mana sebelum ni saya langsung takde hati nak suka hatta minat sekali pun ~ sebab Yuna nyanyi macam taknak buka mulut. Tu yang geram)...HEHEHE...terlebih sudeh...Lagu itu memang besh. Boleh buat saya hepi yeay yeay yeay. Tak kesahlah Yuna ke sape ke penyanyi dia janji lagu tu boleh buat saya gembira. Woot woot.

Apa lagi ek? Haa..dah seminggulah tak dapat khabar kamu yang satu itu. Apalah agaknya khabarmu disana? Harap-harap kamu okey-okey sahaja disana yer. Mengenali kamu memang betul-betul buat kesabaran saya diuji. Syukur, kesabaran saya masih tinggi lagi. Tak sabarnya nak habiskan bulan Januari ni. Yippie!! (ceh, seronok macamlah si kamu yang satu tu nak pulang...haish!!)

Monday, January 10, 2011

Kamu tetap dalam kenangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

12:05 pm - Received Call dari Bell. Agak terkejut pada mulanya, yelah jarang kami berhubung macam tu. Selalu pun berfesbuk je. Suara Bell agak serius. Hati saya mula rasa tak sedap. Macam ada sesuatu yang tak kena ni. Rupanya memang betul kata hati saya. Berita yang Bell sampaikan tu betul-betul buat saya terkejut dan sedih. Sahabat saya Jaifizah, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Innalillahiwainnailahirrojiun.. Arwah merupakan kenalan saya sejak berada di sekolah rendah lagi. Kami bersekolah, berpengakap, berkawad, bersukan dan menyertai aktiviti perkhemahan bersama-sama. Selalu bersama untuk aktiviti-aktiviti begitu. Kami sentiasa bersaing secara sihat. Tamat sekolah menengah, kami lost contact sekejap. Sampailah 2 tahun sebelum ini, saya dapat jejak dia melalui Friendster dan blog beliau. Selalu berbalas-balas email. Sungguh tak sangka,disebalik keceriaan dia...terkandung penderitaan. Dia sakit. Kanser tulang. Saya betul-betul tak sangka semuda ini dia meninggalkan saya (dan kami semua). Baru-baru ni, saya ada dapat SMS dari seorang senior pengakap sekolah saya, menjemput ke majlis perkahwinan dia. Senior tu ada pesan, forward jemputan ni pada kenalan-kenalan pengakap yang lain. Saya sempat minta nombor telefon Jaifizah dari adik dia tapi saya rasa berat hati sangat nak forward SMS tu. Serius! Sampai ke hari ni saya masih belum menghantar SMS tersebut. Dua tiga hari lepas entah kenapa saya teringat zaman sekolah rendah saya. Teringat bila mana saya selalu membeli nasi lemak yang Mak Jaifizah jual. Juga ada dua tiga perkara berkaitan Jaifizah yang saya selalu dok kenang. Adakah mimpi gigi patah yang saya mimpi hari tu memberi petanda kepada pemergian Jai?? Wallahualam.

Doa saya, semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan orang yang beriman, bertaqwa dan sentiasa dicucuri rahmat, Al-fatihah. 

futnot: Mesti teras sangat-sangat bukan, orang yang kita kenal dan pernah berkawan pergi meninggalkan kita. Sedihnya rasa hati ni.

Friday, January 7, 2011

Rumusan perbualan selama 12minit seperti dibawah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tadi:
Dapat phone call

Mengenai:
Keberangkatan ke lokasi

Selama:
Sebulan dilokasi (barangkali), lepas tu baru dapat contact balik

Hati Saya:
Rasa ringan (tidak berat hati macam sebelum ni). Lapang. Mungkin petanda hati dan diri ni makin tabah dan makin mengerti.

Pesanan dia:
Ingatlah kat dia tapi jangan memudaratkan diri. (eceh, macamlah saya pernah wat cobaan membahayakan diri)

Pesanan saya:
Sila jaga diri..
Biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu



Akhir kata, ada rezeki kita detin lagi ...tetttttttt...


ayuh, saya nak membilang hari..

Thursday, January 6, 2011

Ayuh...teruskan kehidupan seperti biasa.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Maaf! Mungkin entri tahun baru ini agak kelewatan sedikit atau sepatutnya entri ini dijadikan entri sulung untuk Tahun 2011 ini. Takpelah, saya cuma menyiapkan entri-entri yang tertangguh mengikut mana yang dan je. HEHEHE...

Bagaimanakah masa berterbangan? Cepat bukan. Macam tak percaya je sepantas ini peredaran masa. Semasa berada dalam tahun 2010, rasa macam lambatnya tahun 2010 ni nak habis. Memang tak fikirkan langsung bahawa umur sendiri dan umur orang lain akan meningkat jika 2010 tu bertukar jadi 2011. Kui3....Sentiasa membilang-bilang hari cepatlah wahai waktu (HAHAHA....saya tipu, memang poyo stetmen ini).


Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang 2010. Ada yang pahit ada yang manis (ayat cliche).Setiap kali berlaku anjakan saban tahun pasti ada pelbagai harapan dan azam yang akan tersemat dalam diri masing-masing. Tidak terkecuali juga saya. Walaupun ada beberapa azam yang tidak berjaya dilaksanakan tahun lepas, namun masih boleh dibawa kehadapan azam itu. Macam-macam perkara yang saya ingin lakukan tapi bila difikirkan tentang priority baik saya utamakan yang utama. Antara kehidupan, kerjaya dan masa depan. Semuanya perlu seiring bukan? Jadi saya harus menggunakan sepenuhnya akal yang diberi ini untuk membuat timbang tara antara kesemuanya.


Selagi masih bernyawa maknanya selagi itulah perjuangan kehidupan belum selesai.Kepada kalian yang berasa kurang senang, kurang selesa dan berasa saya pernah melukakan hati kalian, saya minta maaf banyak-banyak. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang memang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kepada individu-individu yang mungkin pernah membuat kesakitan dihati saya, sentiasa ada ruang dan saya masih punya hati untuk memaafkan kalian. Kepada manusia-manusia yang membohongi dan seakan-akan membodoh-bodohkan saya, ingatlah wahai kamu bahawa saya tahu kamu itu bohong. Saya punya instinct - saya tahu bila mana kamu bohong bila mana kamu benar. Mungkin sikap saya yang tidak suka argue membuatkan kamu berfikir bahawa saya seorang yang mudah diperbodohkan bukan? Ingatlah, bahawa saya tahu trick kamu cuma saya malas dan tidak kuasa nak bertanya lebih-lebih. Selagi kamu rasa selesa dengan pendekatan yang sebegitu, teruskan itu pilihan dan hak kamu.


(Ahh, leganya bila dapat muntahkan sesuatu yang terbuku dalam blog ni, walaupun tidak kesemuanya cukuplah sekadar serpihan)


Tuesday, January 4, 2011

Arshad dah masuk standard 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tahun ini, anak saudara saya yang nombor dua tu dah masuk darjah 1. Erm..last week pergi register sekolah dia. Semalam (3rd Jan 2011), first day dia ke sekolah sebagai murid darjah satu. HEHEHE. Tak sangka pejam celik pejam celik dah darjah satu dah budak tecik tu (walaupun size dia tak tecik, hikhikhik). Dolu, ingat lagi waktu dia baru lahir....senyap je susah sangat nak dengar dia menangis. Maka saya dan anggota keluarga lain membuat andaian mesti baby ni pendiam. Namun, andaian kami meleset sama sekali. Arshad seorang yang talkative - dia suka sangat bercakap tentang apa-apa hal pun....rajin atau tidak je nak melayan dia, kreatif & inovatif - kalau dia nampak sesuatu benda contohnya kertas, dia boleh jadikan kertas itu kepada satu objek lain paling tidak dia akan draw something yang seakan-akan apa yang diimaginasikannya....lagi satu kalau benda dah siap contohnya alat-alat mainan dia tu...dia akan add on something untuk jadikan benda tu kepada benda lain plak. Dia juga merupakan seorang yang tinggi daya imaginasinya, otak dia sentiasa berfikir untuk mencari idea & something new. Dia juga gemarkan hiburan. Menyanyi merupakan hobi dia juga. Suka menghafal lirik-lirik lagu. Sampaikan lagu BUNGA RAYA pun dia boleh hafal...Baguskan?? Tak kira apa genre music sume dia layan.

Tak sangka cepat betul masa berlalu. Arshad sekarang dah sarungkan kemaja putih & seluar biru dah. Comel sangat budak tecik tu. Geram. Rasa nak cobit-cobit je dia. Memanglah si Arshad ni ramah tamah. Dalam masa sehari je dia dah dapat ramai kawan. Semalam saya tengok sendiri betapa ramahnya dia dengan kengkawan dia. Malah ngan cikgu pun ramah. HEHEHE....Sekarang zaman Arshad berjuang untuk belajar betul-betul. Arshad dah tak boleh main-main tahu. Kena rajin belajar.. Besar dan tinggi harapan Ummi & Baba pada Arshad juga pada Aqil. 

Semoga Acad dan Aqil dapat berikan kejayaan buat Ummi dan Baba. Jangan memain ye cayang

p/s: Bila dah besar ni baru saya tahu apa yang diharapkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang sedang belajar. Walaupun dahulu tu saya tahu tapi sekarang ni saya makin memahami perasaan itu. Makin mengerti kenapa Along selalu nangis bila tengok orang-orang yang berjaya. Sebenarnya dia inginkan kejayaan seperti itu ada pada keturunannya.




Selamat Sudah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Entri pertama dalam tahun 2011 ini, saya nak bercerita tentang Majlis Perkahwinan Angah saya yang berlangsung 2 minggu lepas. Ye, saya tahu entri ini agak basi. Tapi saya tetap nak cerita jugak. Daripada biarkan blog ini sepi tanpa catatan baru, baik saya catat sesuatu untuk diingat bukan? HEHEHE

Hari tu kami sekeluarga bertolak ke KDA lewat tengah malam (22nd Dec 2010). Sampai di KDA keesokan paginya. Badan rasa letih sangat, sakit-sakit bagai dipukul-pukul. Mana taknya berjam-jam duduk dalam kereta dari KL ke negeri jelapang padi tu. HUHU...soalan cepumas.....apa makna jelapang?? Ngeh3....


Berehat-rehat hanya sekadar cuma (eceh), kemudian terus kami cargas memulakan aktiviti membuat hantaran. Dahlah satu apa tak buat lagi. Memikirkan majlis akan berlangsung dalam tempoh dua hari lagi (25th Dec 2010), kami berkira-kira sama ada berjaya atau tidak menyiapkan kelima belas lima belas hantaran tersebut. HUHUHU...Nak taknak, boleh atau tidak, memang kami kena siapkan kelima belas lima belas hantaran tu pun. dari satu hantaran ke satu hantaran kami buat. Bila siap satu kami kira lagi berapa belen nak kena buat. Dari semasa ke semasa asek wat analisis...Kui3....Bila hantaran yang dah siap mencecah angka 10, kami dah gembira semacam sebab tinggal 5 je lagi. Cuma untuk hantaran terakhir iaitu sirih junjung saya tidak involved langsung sebab saya menjadi AJK iron baju bajan ketika itu...Miahahaha.. Penat memang penat masa buat hantaran tu. Dengan tak cukup tidurnya. Sampai terdetik kat hati macam taknak kahwin (sebab penat sangat nak wat hantaran) tapi bila hantaran dah nak siap, rasa nak kahwin datang balik....kui3....(getik beno munyik ayat nih.Dush!!) 


Hari yang ditunggu pun tiba. 25th Dec 10 @ 10.00am (lebih kurang)..semua mengiringi bakal pengantin ke masjid untuk dinikahkan. Entah kenapa perasaan rasa lain sangat. Rasa sayu pun ada. Sebaik melangkah ke dalam masjid tu mula perasaan bertambah-tambah sayu tu menerjah. Disatu sudut saya nampak along saya menangis. Saya juga nampak mata Angah saya merah, menangis barangkali. Saya tahu itu airmata gembira. Selain itu, saya tahu Along saya mengenangkan arwah emak saya. Kalaulah emak ada......
Selesai nikah disusuli dengan kenduri sedikit pada waktu tengaharinya. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan lancar. Semuanya berlaku mengikut kehendak. Cuma ada yang terkehel serba sedikit - itu adalah perkara biasa.


Mulai saat angah selamat dinikahkan dengan Kak Liza, secara rasminya saya mempunyai seorang lagi kakak ipar. Bilangan anggota keluarga kecil saya juga semakin bertambah. Didoakan dan diharapkan agar pertambahan ahli keluarga ini berpanjangan selama-lamanya....serta dianugerahkan penyambung generasi yang baik-baik belaka. Bila menyentuh bab-bab kekeluargaan ini hati saya mudah sayu. Semoga keluarga yang saya ada sekarang ini tetap utuh ikatan perssaudaraannya untuk selama-lamanya. 


Saya sayang keluarga saya.


Buat Angah dan Kak Liza,
Selamat melayari bahtera perkahwinan. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Semoga ikatan cinta kalian berkekalan sehingga ke hujung nyawa, Insyaallah. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...