Pages

Monday, January 10, 2011

Kamu tetap dalam kenangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

12:05 pm - Received Call dari Bell. Agak terkejut pada mulanya, yelah jarang kami berhubung macam tu. Selalu pun berfesbuk je. Suara Bell agak serius. Hati saya mula rasa tak sedap. Macam ada sesuatu yang tak kena ni. Rupanya memang betul kata hati saya. Berita yang Bell sampaikan tu betul-betul buat saya terkejut dan sedih. Sahabat saya Jaifizah, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Innalillahiwainnailahirrojiun.. Arwah merupakan kenalan saya sejak berada di sekolah rendah lagi. Kami bersekolah, berpengakap, berkawad, bersukan dan menyertai aktiviti perkhemahan bersama-sama. Selalu bersama untuk aktiviti-aktiviti begitu. Kami sentiasa bersaing secara sihat. Tamat sekolah menengah, kami lost contact sekejap. Sampailah 2 tahun sebelum ini, saya dapat jejak dia melalui Friendster dan blog beliau. Selalu berbalas-balas email. Sungguh tak sangka,disebalik keceriaan dia...terkandung penderitaan. Dia sakit. Kanser tulang. Saya betul-betul tak sangka semuda ini dia meninggalkan saya (dan kami semua). Baru-baru ni, saya ada dapat SMS dari seorang senior pengakap sekolah saya, menjemput ke majlis perkahwinan dia. Senior tu ada pesan, forward jemputan ni pada kenalan-kenalan pengakap yang lain. Saya sempat minta nombor telefon Jaifizah dari adik dia tapi saya rasa berat hati sangat nak forward SMS tu. Serius! Sampai ke hari ni saya masih belum menghantar SMS tersebut. Dua tiga hari lepas entah kenapa saya teringat zaman sekolah rendah saya. Teringat bila mana saya selalu membeli nasi lemak yang Mak Jaifizah jual. Juga ada dua tiga perkara berkaitan Jaifizah yang saya selalu dok kenang. Adakah mimpi gigi patah yang saya mimpi hari tu memberi petanda kepada pemergian Jai?? Wallahualam.

Doa saya, semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan orang yang beriman, bertaqwa dan sentiasa dicucuri rahmat, Al-fatihah. 

futnot: Mesti teras sangat-sangat bukan, orang yang kita kenal dan pernah berkawan pergi meninggalkan kita. Sedihnya rasa hati ni.

2 comments:

Ummi said...

al-fatihah..moga rohnya ditempat org beriman..

Ainul Hayat said...

Amiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...