Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
[ini entry tergendala tempoh hari]
... bersarapan pagi di Sentul
... beriadah di Taman Tasik Titiwangsa (menaiki ride-boat(?) yeke nama mende alah tu camni ek?)
... mengukur Leisure Mall.
... pergi ke mall lagi satu iaitu Wangsa Walk
Itulah dia aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dilakukan semalam. Sangatlah memaksimumkan masa cuti yang ada dengan pelbagai pengisian. Bila bekpes kat Sentul, haruslah pekena nasi lemak kat satu kedai tu. Ramai yang beratur semata-mata nak makan nasi lemak akak tu. Best...memang sedap & murah. Weeee... :).
~*~*~*~*~*
Di Taman Tasik Titiwangsa.
Anak-anak saudara saya dah mula excited nak naik bot & nak naik sampan. Gile eksaited. Eksaited gile.Gile punya eksaited yang terpamer kat muka memasing. Heks. Saya memain peranan gi tengok rege tiket (eceh), padahal Along saya yang akan bayar. Kata putus dah diambil, maka yang akan menaiki ride boat(?) adalah saya, Tie, Aqil dan Arshad. Maksudnya ada dua team lah. Sesi pemilihan ahli kumpulan, saya kumpulan ngan Arshad. Memang best punyalah dapat team ngan Arshad coz dia ni bagus bab-bab "kerjasama dan tolong-menolong" ni. Itu sangkaan saya dan ahli keluarga yang lainlah. Namun sangkaan kami meleset sama sekali. Semasa dalam "pelayaran" tu, aci tak saya je yang mengayuh? Waa....keletihan sangat-sangat ok. Si budak kecik tu hanya tahu nak pegang "gear" je. Sedih ai. Bermandi peluh i. HUHUHU...Arshad?? Rileks je.
~*~*~*~*~*
Di Leisure Mall
Hajat kami kesini ingin bermain bowling. Memang nak sangat main bowling sebab dah lama gila tak main. Kali terakhir main pun 2 tahun lepas. Lama bukan? Siap ke Soxworld cari stokin. Cari pun yang murah-murah je. Beli yang sekali 3 pasang, boleh bahagi-bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. HEHEHE..dah siap beli stokin Along saya pun gi la ke tempat bowling tu. Sekali tak jumpa. Along cakap tempat bowling tu dah tak ade. Tanyalah dekat peniaga-peniaga yang ada kat mall tu sume kata takde tempat bowling kat sini. Uwaaa....frustnye ai. Ai baru berangan nak hayunkan bola bowling tu ala-ala Shalin Zulkifli. HUHUHU. Maka nak mengubat hati yang kuciwa itu, kami pun pergilah masuk ke Kids Land (ni saya bagi nama sendiri). Mainlah game-game dalam tu. Enjoy gak. Dah lama tak merasa jadi bebudak. Pastu layan cerita Khurafat. Memang Khurafat betul. Memang bestla cerita ni.
~*~*~*~*~*
Di Wangsa Walk
Berhasrat ingin melunaskan hajat yang tidak kesampaian di Leisure Mall tadi. Sampai je kat bowling centre tu mak aiihh....sume lane fully occupied. Then, kakak saya pun pergilah nak booked lane aleh-aleh kaunter tu kata kena tulis nama kak. Dalam senarai menunggu. Tunggu punya tunggu rasanya sampai tengah malam pun tak dapat main. Maka kami pun balik. Dengan ayat nak sedapkan hati "lain kalilah kita main- dari along", kami pun melangkah pergi. Eceh. Tapi memang enjoicela cuti Thaipusam kami yang sehari tu. Sekali-sekala nak berhepi-hepi dengan family sendiri.

futnot: Tetiba teringat aksi Aqil masa tengok Khurafat. Siap amik towel tutup muka. Kui3...
2 comments:
kenapakah entry selalu tidak bergambar?huhuh
owh akak...selalu terlupa nak capture momentos terindah kak. HEHEHE...nanti saya try letak gambar yer.
Post a Comment