Pages

Wednesday, November 30, 2011

Hari Tidak Berperkataan 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa yang korang dapat tafsirkan? Kui3...

Thursday, November 24, 2011

Spontan Khamis #9

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Game Angry Bird buat aku ANGRY! 

Spontan Khamis #8

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekadar nak meluahkan perasaan:
Happy gila internet kat handphone dah ok. Baru ingat nak unsubscribe. Rupanya kena cabut bateri  dan pasang balik. Terima kasih jugaklah pada konsultan-konsultan DiGi yang cuba membantu. Sekali 3 konsultan saya bercakap. Akhirnya teori tak logik yang saya gunakan tu yang berjaya. Yeay!

Wednesday, November 23, 2011

Rumah Siap Pahat Berbunyi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rata-rata dah tahu yang Malaysia menjuarai bola sepak ketika menentang Indonesia tempoh hari. Macam-macam status, komen, luahan dan pendapat yang kita semua dapat lihat terutama sekali di FB. Ucapan syabas dan tahniah sudah tentulah menimbun-nimbum. Tidak kurang juga ada  komen rasa tidak puas hati dengan mutu permainan Fakri pada malam tu. Jujurnya ketika menyaksikan perlawanan, saya sendiri terdetik "sayangnya, banyak peluang yang disia-siakan Fakri". Hanya setakat tu.

Namun, semakin galak pulak pengomen-pengomen yang menghentam habis-habisan si Fakri ni. Ada yang kata "Fakri main macam kena rasuahlah"....ada yang kata "lembiklah"....ada yang kata "bila tak dapat main, nak main, bila dapat main, main-main"...dan macam-macam lagi. Lagi worse ada yang mempersendakan namanya. Come on lah...janganlah kita pun nak jadi macam penyokong Indonesia!

Ingatlah, kalau bukan sebab Fakri yang jaringkan goal time semi-final hari tu agak-agak dapat tak Malaysia berada di liga akhir perlawanan? Cuba yang bising-bising tu berada kat situasi dia macam tu agak-agak berapa goal boleh sumbat? HAHAHA...

p/s: Macam pro Fakri dah...kahkahkah.....Baddrol & Apek memang terbaik..

Hari Tidak Berperkataan 2

Assalamualikum dan Selamat Sejahtera,

::KLIK untuk lebih jelas::

Tuesday, November 22, 2011

Kepiting

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah macam teringin nak makan "cucuk-cucuk". Masa transit kat Jamek, terus gi beli kat satu gerai jual "cucuk-cucuk" tu. Oh ye selain "cucuk-cucuk," ada juga dijual goreng piaang, goreng keledek, sukun dan sebagainya.


Sedang galak memilih tekak rasa teringin nak makan cucuk-cucuk yang bulat tu...tanyelah brader penjual tu. "Ni apa bang?" Brader tu jawab...."ni fishball, ini sotong, ini udang dan yang ni Kepiting". Saya pelik dan bertanya semula. Kot saya silap dengarkan. Masih, jawapan yg sama...kepiting. saya tanya balik kepiting tu apa. Dia pon jawab kepiting tu ketam (sambil beliau menunjuk isyarat ketam memggunakan jari). Dia mcm gelakkan saya sbb tak tahu apa itu kepiting. Saya tanya dia balik, bahasa apa tu? Lambat-lambat dia jawab...."bahasa kita-kitalah".


P/s: tapi slang dia slang Indonesia. Cucuk-cucuk merujuk kepada sosej, crabstick yg di goreng dan dicucuk pada lidi sate. Nanti nak cari makna kepiting...(owh, panjangnya p/s).


Published with Blogger-droid v2.0.1

Malam Tadi Tidur Dengan Senyuman (kui3)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam dan hari ni ada Internal Audit kat ofis. Semalam lagi saya dah kena audit. Dekat sejam ok kena audit. Masa audit adalah terkantoi sikit satu dokumen tak ber"sign". Muka cool time tu. Tapi sepanjang perjalanan pulang kerumah dan masa sebelum tido duk fikir pasal kecuaian sendiri. Saya memang jenis macam susah nak maafkan diri sendiri bila dah buat salah. HAHAHA. Rasa macam "ish, apasal benda semudah itu pun boleh salah?" Pasal ape, Ape pasal? Fuh!!

Sampai umah, lupakan hal tu kejap. Dalam hati dah membuak-buak semangat nak nengok final game bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Saya tak tengok dari mula kerana ada urusan negara. Anak-anak buah kejap-kejap update, "Ucu, Indon dah goal"....Arghh....kecewa masa tu. Tetibe kawasan kejiranan bergema dengan sorakan "GOALLLLLLLLLLL...." Hati yang kecewa terubat balik...HAHA...

Saya pasan sebenarnya semangat cintakan negara dalam diri setiap masyarakat Malaysia ni ada. Kalau tidak, masakan ramai yang sanggup melekat depan TV nak saksikan perlawanan, masakan ramai yang sanggup bersesak-sesak kat Dataran Merdeka bermalam berembun semata-mata untuk saksikan Malaysia beraksi, masakan kat Sri Pentas boleh dikunjungi ramai peminat sukan tempatan? Terbukti bukan? Cuma kadang-kadang "ego" tu yang menguasai untuk menidakkan akan kecintaan pada negara. (#Da ghupe blog politik...fuh)

Saya yakin ramai blogger yang update pasal match malam tadi. Ramai juga yang FB pasal ni. Cuma apa yang saya nak kata, perlawanan malam tadi sungguh mendebarkan, menyesakkan dada, menakutkan dan macam-macam perasaanlah. Arshad, anak buah saya jadi mangsa malam tadi apabila setiap kali pemain Malaysia tak dapat jaringkan goal, saya akan peluk dia sambil goncang-goncang badan dia. Aleh-aleh dia sound..."Nape Ucu kejap-kejap goyang-goyangkan badan Arshad?"......saya jawab...."sebab Ucu geram...." HEHEHE...

p/s: Saya sampai dah boleh hafal nama pemain-pemain Harimau Muda ni...Auuummmm~ Hikhik

Monday, November 21, 2011

Budak Baru Belajar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni tiada apa yang ingin dikongsi. Cuma sekarang tengah test post entri menggunakan fon. Puas saya cari kaedah utk wat entri menggunakan fon. Akhirnya ketemu juga. Kelmarin dan semalam beriyer-iyer taip "REGISTER" dan send ke "256447"..manyak kali send. Pastu baca balik semula arahan dia baru pasan sebenarnya applicale untuk "US" only. Kui3....ni lah dia masalahnya. Huh.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 18, 2011

Lagi Teman Rapat Hampiri Detik Bahagia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

HEHEHE (gelak kecil dalam hati). Kadang-kadang terasa blog ni umpama blog ucapan perkahwinan & pertunangan pulak. Ada mak kesahh?? HAHA...

N: Salam erni...nanti 27/11 jemput datang umah... insyaAllah majlis tunang :) ajak family
E: Waalaikummussalam Nurul. Yeke...Alhamdulillah. Rasanya memang datang. Nurul wat kul bape?
N: Erm...hehehe...pukul 1 lebih kurang
E: Tahniah in advance ye sahabat.
N: Alhamdulillah rezeki :) hehe...malu jugak sebenarnya
E: Eh xpe...malu tu biasa. Menda baik elok di perlekaskan.

Senyum lebar saya pabila terima pesanan ringkas Nurul. Gembira tak terkata. Jodoh dan rezeki dia. Nurul, kita doakan yang terbaik untuk Nurul tau. Semoga urusan dipermudahkan. Kita seronok dan hepi gile babas kengkawan kite merangkap best friend kite nak bertunang and kawen. Lepas Nurul bertunang.., Baizura pula nak kahwin. Insyaallah kalau takde pape aral kite datang yer. Super duper happy tahu...ekekeke.

p/s: Sume kengkawan saya dah melangkah setapak...dua tapak..tiga tapak...bertapak-tapak...(#apsal p/s ni cam nak minta penyepak? PANG!)

Wednesday, November 16, 2011

Orang Bandar vs Orang Kampung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,





Bagi saya sama je. Takde beza bandar atau kampung. Soal pakaian, soal penampilan bergantung pada hak individu. Kalau mereka ada rasa malu sudah tentu mereka berpakaian mengikut garis panduan Islam dan mengikut budaya ketimuran. Kalau mereka sangka negara kita ni terlalu panas hingga memaksa mereka memakai pakaian "sedemikian rupa"....tak tahu nak kata apalah.

Kebanyakan kenalan lelaki saya akan menitikberatkan soal pemakaian apabila ingin memilih calon teman hidup. 

p/s: Suka pakai flat shoes. Tetibe...PANG!

Hari Tidak Berperkataan 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


p/s: Tak tau nak kata apa.

Tuesday, November 15, 2011

Berlebihan berat badan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi dengar kat Hot.FM yang Malaysia mendapat tempat pertama bilangan OBESITI paling ramai. Salah siapa agak-agaknya eh? Memang tidak dinafikan yang kebanyakan makanan di Malaysia ni pelbagai. Ada yang berminyak, berlemak, berkanji, manis, masin dan sebagainya. Dah terang-terang makanan ruji kita ni nasi yang ada kanji tu. Jadi pandai-pandailah kita menguruskan pengambilan makanan. Bukannya apa, lebih baik mencegah dari mengubatikan? Nanti kalau dah terkena penyakit lagilah haru.

Ada sorang caller call kat Hot pagi tadi. Berat asal dia 152kg kalau tak silap. Itu gara-gara kerap mengambil makanan segera. Sampai satu hari dia terjatuh, terus dia tekad nak kuruskan badan. Selepas sebelas bulan, berat dia sekarang dah jadi 69kg. Kagomnye saya. Dia cakap dengan senaman yang konsisten dan mengamalkan pemakanan/diet yang betul, Insyaallah berkesan. Tiada apa yang mustahil.

p/s: Berazam nak diet.

Di "block" / di "hide" / di "delete"

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat pagi rakan-rakan alam mayaku sekalian. Mulakan hari dengan senyuman kolget (read:colgate) yer. :)
Pagi tadi terbaca status FB kawan. Tetiba cam berminat lak nak tempek status dia kat blog picisan ni. Yang sebenarnya saya memang dah pasang niat nak buat entri pasal ni tapi belum berkesempatan.

Apakah perasaan anda apabila SESEORANG BLOCK ANDA?
  1. Gerammm...grrrr!!
  2. Tertanya-tanya...Why? Why?
  3. Confuse...o_0??
  4. Ada aku kesah ke mak jemah oii...
  5. Bangga...Huh! Bangganya saya..
Mana satu pilihan anda?


Saya sendiri tak faham kenapa perlu hide/block bagai. Kalau betul tak nak kawan dengan seseorang dan kalau betul tak nak share info/photos dan sebagainya kenapa perlu add as friend at the first place kan? Siriyes tak faham. Tapi bila berbalik kepada "kebebasan/hak mereka" dalam menentukan siapa kawan mereka terus saya pasrah. Bagi saya tak perlu nak melatah sangat hal-hal macam ni. Biarkan mereka nak buat apa.

Di "delete/remove" dari friend list?? Ye, saya pernah alami situasi ni. Memang saya terkejut, tertanya-tanya, confuse apa bagai. Pendek kata semua pernyataan diatas pernah terlintas difikiran saya apabila situasi ni terjadi. Apakan daya siapa saya nak meminta-minta untuk di "add" balik. Apa yang saya buat, saya biarkan dan abaikan je. Saya tak nak serabutkan kepala saya dengan hal-hal dunia begini. Pada mulanya memanglah sentap gak bila benda macam ni jadi tapi takpe cuba bersikap tenang. Cuma fikir "bukan aku yang cuba memutuskan silaturrahim dan menjarakkan hubungan".

Pernah terlintas bahawa Facebook ni ada gak kebaikan dan keburukannya. Kadang-kadang boleh menyebabkan fitnah dan pertelingkahan. Maka, gunalah Facebook dengan bijak.

p/s: When you have a problem face it don’t facebook it.

Monday, November 14, 2011

Dia menghampiri detik bahagia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Aishewah..! Tajuk tak menahan. Hari tu teman saya ada beritahu tentang Z (bkn nama sebenar) yang nak bernikah. Saya memang terkejut badaklah time tu (#tak pasal-pasal nama badak naik). HUHU~

Sampai hati ko Z tak jemput haku. hukhukhuk.


Time tu teman saya tanya Z ada jemput saya tak? Saya kata takde.
Saya tanya dia balik betul ke yang nak bernikah tu Z? Dia kata ye betul. Sebab majlis Z beberapa minggu sebelum majlis teman saya tu.
Saya bersangka dan berfikiran baik, mungkin Z belum nak edarkan kad & belum nak bersedia nak menjemput (kotlah).

Walau apa pun saya doakan semoga Z berbahagia dengan pilihannya. Semoga dia dan pasangan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Teman siap cakap suruh join dia sekali time kenduri Z. Buat apa nak pergi kalau orang tak jemput. ye dak? Nanti tak pasal-pasal ada yang flash back kesah lampau. Haish ~

p/s: Apsal 2,3 menjak ni asek cite pasal org kawen je? HUH!

Friday, November 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Eykin dan Syahz

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

11-11-11 : Boleh dikatakan kat mana-mana bercerita pasal tarikh hari ni. Cantekkan tarikh ni. Owh, tarikh ni mengingatkan saya pada seorang rakan semasa sekolah dulu. Hari ni ulang tahun kelahiran dia. Happy Birthday awak :)

Tarikh hari ni juga membuatkan ramai yang ambil peluang untuk bertunang atau bernikah kan? Barangkali tarikh cantek dan senang ingat agaknya. Dekat lorong belakang umah dah berdiri teguh beberapa buah khemah. Lorong yang satu lagi tu sama juga. Nampaknya malam ni dan esok pasti sesak kawasan rumah saya tu.

Kawan seperjuangan merangkap kawan sealiran bidang tugasnya akan menamatkan zaman solonya. Esok majlisnya. Kat Perak. Mungkin saya tak dapat nak pergi. Sowi yer Puan Eykin going-to-be...HEHEHE. Apapun Eni doakan semoga segalanya dipermudahkan dan majlis berjalan dengan lancar mengikut rancangan. Semoga ikatan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang ni berkekalan sehingga ke akhir hayat ye. Tahniah Eykin & Syahz.

Terbaca status Eykin di Facebook:

"Mama, Angah dah nak kahwin..mama doakan angah bahagia dunia akhirat n majlis berjalan lancar ye..? Angah sgt rindu mama..semoga mama aman di alam sana..Al-fatihah.."
Sangat-sangat faham perasaan kamu, Eykin. Mungkin Eni juga akan berperasaan begini bila tiba saat itu.

p/s: Gembira, seorang lagi makhluk Allah mendirikan masjid. :)

Thursday, November 10, 2011

Tersedar rupanya saya minat dia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semoga kengkawan yang membaca blog picisan sentiasa berada dalam rahmat Allah dan happy happy selalu yerp. =D Berbalik pada tajuk diatas, saya akui dan sedar rupanya saya minat dia. Saya sendiri tak tahu entah pasal apa entah boleh terjatuh minat kat dia. Waktu first time dengar suara dia berkumandang sambil menyanyikan lagu, saya rasa macam entah pape lah dia ni. Lagu tak best. Tapi bila dah lama-lama rasa layan gak. (tulah orang tua-tua pernah cakap jangan sesekali tidak menyukai sesuatu sebab kebarangkalian untuk suka/minat tu akan wujud!). Tulah yang terjadi kat saya. 


Kiranya kebanyakan lagu-lagu yang dia nyanyikan memang kena dan masuklah dengan jiwa saya. Lagu dia ringan tak heavy yang boleh menyerabutkan lagi kepala yang tengah runsing. Memang bestla (tu bagi saya).


Tapi...tapi...tapi...dalam pada saya minat tu ada gak orang yang tak gemar ngan dia @ mungkin lagu dia. Moh kita cekidout konbesesen dibawah:


Konbesesen 1
Lokasi: Workshop PD
Saya : En. S, downloadkanlah lagu.
En. S : Ko nak download lagu apa?
Saya : Nak lagu..."Lelaki Seperti Aku - Aliff Satar"
En. S : HAA?? Lagu tadika tu? Habis rosak laptop aku.
Saya : T______T (terguris....KAHKAHKAH...)


Konbesesen 2
Lokasi: Melalui telefon jer..
Saya : Eh, cuba dengar lagu Aliff Satar. Best.
Dia : Lagu mana?
Saya : Alaa...lagu "Lelaki Seperti Aku" tu..
Dia : HUH! Best hape...ntah pape entah. Budak-budak baru nak up je dengo lagu dia.
Saya : Uwaaaaa.....kejam!


Tak faham metoi. Bermasalah problem metoi mereka berdua nih. Best ape lagu-lagu Aliff Satar tu. Apa kata korang semua pulak? Best ke tak eh lagu-lagu dia nih?

p/s: Nak betulkan stetmen, saya minat lagu-lagu dia ye bukannya dia...ngeeee....
(Jangan Nakal, Akan Tiba, Cukup Indah....)

Spontan Khamis #7

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dulu:

Kau orang Kelantan eh? 

Sekarang:

Raya kat mana? Balik Pahang ke?
# Apsal orang asek ingat saya ni orang pantai timur?...pffft...~

Tuesday, November 8, 2011

Laman Sosial

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Time belajar dulu, zaman Friendster dan Myspace memang sangatlah famous amos. Boleh dikatakan setiap orang dalam kelas tu memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada dua menda kat atas ni - Friendster @ Myspace. Ingat lagi time tu kawan kelas saya, Fendi dok bz minta email address sorang-sorang. Sampai turn saya, saya bagi jelah email address (tu pun akak ipar buatkan email). Pastu dia tanya;

Fendi : Ma, ko ada FS tak?
Saya : Takde.
Fendi : Ko ada Myspace tak?
Saya : Takde
Fendi : Ko bio betul Ma, ko duk utan mana nih? Orang yang duk kg pon men mende alah tu.
Saya : Maaf! Aku tak berminat. (#dalam hati dah menyumpah-nyumpah kat Fendi nih..HUH! Dahlah orang lain dah gelak-gelak.)

Sampai satu tahap saya buat jugaklah FS ni. Tapi memula tu dengan niat taknak bubuh gambarla, hapela. Tapi memandangkan nanti kengkawan susah nak recognize saya, saya bubuhlah gambo. Sampaikan kalau keluar ke mana-mana mesti nak tangkap gambar. Pastu nak upload dalam FS. Entah hape-hape. Saya sendiri kekadang lupa apa tujuan FS ni? Yang saya tahu nak tambah kawan banyak-banyak. Bila tengok total friends kawan-kawan rasa macam "wah" sangat-sangat. Lama-kelamaan makin bosan lak ngan FS ni. #FS pun saya dah closed account.

Lepas tu register FB pulak. Memula tu memang tak aktif langsunglah FB ni. Bia je. Saya rasa lepas beberapa bulan lepas register akaun FB baru saya aktif dengan FB tapi dah takdelah buat kerja gila sikit-sikit nak upload gambo kat FB. Kui3...FB ni best sketlah. Memang dapat contact balik dengan kengkawan lama. HEHEHE. Tapi kekadang saya rasa macam tak amek berat sangat ngan akaun FB saya nih sebabnya saya jarang update apa-apa status kat page saya. Entah tak tahulah kenapa. HUHUHU..

p/s: Ada yang suruh saya tukar profile picture FB. Dah berkurun asek gambo yang sama katanya. 

Memanfaatkan Aidiladha

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Aidiladha tahun ni hanya duduk dirumah. Tiada kegiatan luar yang dilakukan. Saya juga tidak tercongok didepan TV sepanjang hari. Mana tidaknya hari pertama Aidiladha dah diminta untuk menjadi "banker" dalam game Monopoly City. Siapa lagi yang mengajak kalau tidak dua orang anak buah lelaki saya.#anak buah perempuan masih baby. tak tahu apa-apa...hehehe.Sambil basuh kain, sambil main. Bila mesen dah benti gi sidai kain, pastu sambung main. Itu hari pertama.

Semalam, berulang lagi perkara yang sama tetapi lagi dahsyat. Bertukar-tukar permainan. Memula main Monopoly. Bila si adik dah mogok sebab si abang asek kaut kemain banyak duit dan aset, terus bubarkan game tu. Kui3...Main Sahibba pulak. Barulah berilmu sikit. Aleh-aleh si abang & si adik ni gi wat peraturan sendiri lak dalam game tu. Tak aci tol. Saya layankan jelah. Nanti gadoh. Dah tahap bosan tukar main Saidina  pulak. Ni seronok sket. Yg si abang awal-awal dah bagi "geran Teluk Intan" kat saya. Apa kes? ^-*...Pastu tukar main batu seremban plak. Si adik beli batu seremban sampai 20bijik kat book shop sekolah dia. Bila diorang dah tak reti-reti nak timbang batu seremban tu terus stop cenggitu je. Kuakan reket pulak. Wahwahwah...saya rasa semalam sampai kul 5:30 pm kot main mendealah tu sume. Kalah atlet tol. HAHAHA..si adek masih berusaha nak gude-gude saya main games lagi. Terus saya cakap cenggini:

"dah lah dik...nanti kite bertemu kembali pada cuti sekolah akan datang eh? Ucu tak laratlah...kui3"

Disebabkan extreme penat, pukul 8 pm si adik dah tido. Kui3....

Zura dan Ainul nak kahwin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari tu dapat kad jemputan kahwin kawan baik saya, Baizura. Tak sangka metoi Baizura nak kahwin dah. Dia singgah umah malam. Pas Isyak camtu. Dia bagi kad. Saya amek. Pastu saya tengok dia...saya senyum lama. Dia dah cuak dan muka dah merona merah. Kui3...

Zura : Kau ni nape Eni?
Saya : Saje je aku nak tengok kau. 
Zura : Kau senyum-senyum macam ni buat aku cuak siot.
Saya : Rileksla, aku saje je tengok kau. Aku happy kau nak kahwin. Tak lama lagi kau dah nak jadi isteri orang. Kau nervous tak?
Zura : Mula-mula tu tak. Tapi bila kau pandang aku macam ni terus nervous...HAHAHA..adelah sikit-sikit nebes.
Saya : Biasalah tu perasaan macam tu kan?   
Zura : Kau bila nak bertunang?
#soalan dijawab dengan soalan#

Saya siriyes happy dengan berita dia nak kahwin. Siriyes punye siriyes ok. Insyaallah kalau takde apa-apa aral melintang, saya pasti datang ke majlis kawan baik saya ni. Dah lah nama kitorang sama - Baizura-kebetulan nama bakal suami dia sama - Ainul- dengan link blog saya nih. Apa jenis kebetulankah ini? HEHEHE. 

Cepat betul masa berlalu. Seorang lagi kawan saya akan melangkah ke satu fasa lagi. Doakan yang terbaik buatmu teman. Semoga bahagia sentiasa bersamamu.

p/s: Tetiba teringat ketika di tingkatan 2, selepas solat dan sebelum pakai stokin kita akan tgk jari kaki sesama sendiri. Ingat lagi kamu bertanya, "Eni, nape jari kau kurus-kurus?"....terus saya jawab "Nape jari kau gebu-gebu?"...kui3....

Thursday, November 3, 2011

Entri Peram

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[Entri ni dah basi. Tapi pedulik, saya nak update jugak...Ngeh3...]

Hari tu saya ada cakap nak share cerita pasal PD. Saya ada bagitau sikit kat entri ni. Hari ni saya cerita eh. Pada hari Isnin yang lalu division saya yang terlibat dengan ISO telah menghadirkan diri ke Sri Intan Resort, PD. Bengkel (read: workshop) berjalan selama tiga hari..


Gerak dalam pukul 9:00 am. Saya tumpang Kak Elly. Almaklumlah orang takde transport. HEHEHE...Sampai sana lebih kurang pukul 10:30 am. Pheww...orang paling last ok sampai. Padahal sekretariat. T__T. Sedih sekali orang paling last gak dapat bilik, memandangkan orang yang duduk kat bilik sebelum ni telah memporak-perandakan keadaan bilik. HUH! Pasukan housekeeping telah bertungkus lumus mencantekkan semula bilik tersebut. Dah dapat kunci budak kaunter tu cakap "jangan masuk dulu ye kak, ada orang tengah repair toilet". Uwaaaa.......dah lah berhajat! (#mujur saya ni jenis tak cepat marah, ekekeke).

Petangnya jenjalan kat tepi pantai PD tu. Time tu jenjalan kat gigi-gigi air sambil menikmati pemandangan ciptaan Tuhan. :)

Petang keesokan harinya aktiviti bertambah meriah. Kaum adam semuanya sibuk bermain bola sepak pantai. Kui3...


Kaum hawa pulak kemain gian mentangkap gambar. HEHEHE.


Lagi happening bila kami 6 kepala menceburkan diri dalam aktiviti "Bot Pisang a.k.a Banana Boat". Second time naik mendealah ni. Layan gak tahu. Tapi masa kena terbalik buat kali pertama rasa macam tak boleh bernafas. Time tu hanya terfikir akan pendek nyawa je. HUHUHU...


Dah penat beriadah (kununnya) disiang hari, makan time lah pulak kan. Malam tu ada BBQ Dinner. Memang terbaiklah BBQ dia. Kat sini soal makan tak jadi masalah dan tidak mengecewakan langsung. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi tidak hairanlah ada yang naik berat badan selepas balik dari workshop ni (sayalah tu. heks). 
#berasa sungguh kagom terhadap diri sendiri kerana berjaya makan sepotong daging kambeng. Itupun lepas Kak Asmah & Nik Kazimah beriyer-iyer mengwar-warkannya akan kelazatan daging tersebut....Sedap.


Makan ulang-ulang sampai kenyang. Pastu sambung berbengkel semula sampai larut malam. Untuk hari ketiga, gambar tiada dalam simpanan. Kena minta dari photographer dulu. Okeylah, sekian sahaja yer.

p/s: Bengkel best tapi penat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...