Pages

Thursday, November 3, 2011

Entri Peram

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[Entri ni dah basi. Tapi pedulik, saya nak update jugak...Ngeh3...]

Hari tu saya ada cakap nak share cerita pasal PD. Saya ada bagitau sikit kat entri ni. Hari ni saya cerita eh. Pada hari Isnin yang lalu division saya yang terlibat dengan ISO telah menghadirkan diri ke Sri Intan Resort, PD. Bengkel (read: workshop) berjalan selama tiga hari..


Gerak dalam pukul 9:00 am. Saya tumpang Kak Elly. Almaklumlah orang takde transport. HEHEHE...Sampai sana lebih kurang pukul 10:30 am. Pheww...orang paling last ok sampai. Padahal sekretariat. T__T. Sedih sekali orang paling last gak dapat bilik, memandangkan orang yang duduk kat bilik sebelum ni telah memporak-perandakan keadaan bilik. HUH! Pasukan housekeeping telah bertungkus lumus mencantekkan semula bilik tersebut. Dah dapat kunci budak kaunter tu cakap "jangan masuk dulu ye kak, ada orang tengah repair toilet". Uwaaaa.......dah lah berhajat! (#mujur saya ni jenis tak cepat marah, ekekeke).

Petangnya jenjalan kat tepi pantai PD tu. Time tu jenjalan kat gigi-gigi air sambil menikmati pemandangan ciptaan Tuhan. :)

Petang keesokan harinya aktiviti bertambah meriah. Kaum adam semuanya sibuk bermain bola sepak pantai. Kui3...


Kaum hawa pulak kemain gian mentangkap gambar. HEHEHE.


Lagi happening bila kami 6 kepala menceburkan diri dalam aktiviti "Bot Pisang a.k.a Banana Boat". Second time naik mendealah ni. Layan gak tahu. Tapi masa kena terbalik buat kali pertama rasa macam tak boleh bernafas. Time tu hanya terfikir akan pendek nyawa je. HUHUHU...


Dah penat beriadah (kununnya) disiang hari, makan time lah pulak kan. Malam tu ada BBQ Dinner. Memang terbaiklah BBQ dia. Kat sini soal makan tak jadi masalah dan tidak mengecewakan langsung. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi tidak hairanlah ada yang naik berat badan selepas balik dari workshop ni (sayalah tu. heks). 
#berasa sungguh kagom terhadap diri sendiri kerana berjaya makan sepotong daging kambeng. Itupun lepas Kak Asmah & Nik Kazimah beriyer-iyer mengwar-warkannya akan kelazatan daging tersebut....Sedap.


Makan ulang-ulang sampai kenyang. Pastu sambung berbengkel semula sampai larut malam. Untuk hari ketiga, gambar tiada dalam simpanan. Kena minta dari photographer dulu. Okeylah, sekian sahaja yer.

p/s: Bengkel best tapi penat. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...