Pages

Tuesday, July 30, 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ni balik kampung. Tak jauh mana pun sebenarnya. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan je. Dahsyat betul dugaan dalam bulan puasa ni. Sebenarnya takdelah dugaan sangat tapi lebih kepada diuji kesabaran.

Ikutkan saya perlu naik bas pukul 6. Tepat 5 pm saya dah gerak dari opis pergi ke Puduraya. Gedebuk-gedebak lebih kurang 5:20 pm sampai Puduraya. Terus beratur nak beli makanan buka puasa. Hasrat hati nak beli Hot & Roll. Tapi orang terlalulah ramai. Alih-alih beli Roti Himpit Ayamas. Ok jugalah. Air tak beli sebab dah bawa siap-siap dari opis.

Lebih kurang 5:40pm saya turun ke platform. Mak aih, ramainya orang. Stendetlah hari Jumaat lah katakan. Bus yang ada time tu ke Penang. Lepas tu pukul 6:00pm bus pun datang. Sekali rupanya bus pukul 5:00pm ke Teluk Intan. Kalau bus pukul 5:00 sampai pukul 6:00 tak mustahil bus pukul 6:00 sampai pukul 7:00. Huh! Makin banyak bus yang masuk platform. Tapi sumenya menghala ke Kuantan dan Ipoh. Dekat-dekat 7:20pm baru bus ke Teluk Intan sampai ok. Memang lenguh gile berdiri sejam lebih semata-mata nak tunggu bus. Tapi legalah sebab bus dah sampai. Dah naik bus memang feeling habeslah. Rasa macam balik raya pula. HEHEHE. Tapi kalau suami ada lagi best. Cepatlah balik.

Pukul 10pm sampai Teluk Intan. Abang ipar & biras saya dah tunggu. Yeay. Sampai umah mak apa lagi terus bedal nasiklah. Anak-anak sedara dah tido. So, tak boleh nak bergurau senda. Esoknya masih ada....
Esok-esok baru cite ok.

Agak-agaklah pun..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ni saya dok ralit menengok-nengok Facebook. Entah macam mana tertarik dengan satu keratan akhbar yang kawan saya share. Tajuknya ialah "Isteri Henyak Kepala Suami". Dahsyat gak tajuk berita. Baca punya baca, henyakkan tu berpunca daripada suami tak belikan baju raya. Aish.

Pelik betul. Kot ada masalah rumahtangga pun bincanglah baik-baik. Bincang secara berhemah. Ni tidak takkanlah sampai nak hayun lesung batu. Nyawa kot....kalau melayang nyawa barulah nyesal. Merajuk sikit-sikit dah lah kan..ye dak?? Ihiks.

Friday, July 26, 2013

Pertama Kali

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah selesai membayar zakat fitrah. Untuk orang yang pertama kali pergi bayar sendiri memang akan rasakan ini pengalaman yang paling bermakna dalam hidup. Sebab tu nak masukkan dalam blog juga. Sepanjang hayat saya ini pertama kali melakukannya sendiri. Niat hati nak juga tunggu husband tapi memandangkan husband pun 50-50 sama ada dapat off atau tidak. Saya mengambil langkah baiklah tunaikan kewajipan dulu.

Sejuk ok tangan bila dah sampai kat kaunter zakat. Terus amil tu tanya untuk berapa orang. Nak bayar untuk siapa. Selesai bayar, amil tu bagi kupon. Terus saya cakap, kena baca (akad) apa-apa ke? Amil tu pun tunjuk ajar kat saya. Ok, senang je bayar zakat ni. Selesai dah bayar tu terus ada timbul perasaan lain tau. Perasaan macam insaf, rendah diri. Lebih kurang macam ada kesedaran lah. Tak tahulah pasal apa. Automatik. HEHEHE. 

Kepada yang belum mengeluarkan zakat, anda masih punya masa. Untuk suami yang jauh dimata, saya sangat-sangat berharap ada keajaiban yang berlaku. Harap sangat-sangat kamu balik. :)

Tuesday, July 23, 2013

Gara-gara Nickname

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kelakar sungguh! Mana tidaknya, rakan sekerja sebangunan dan sebumbung boleh tak ingat nama saya. Yang dia ingat ialah nickname yang saya gunakan dalam Facebook. HAHAHA...
Alkisahnya, dia nak check schedule boss. Dia cuba nak email saya tapi sayangnya dia tak ingat nama saya. Pangkal nama pun dia tak ingat. Dahsyat sungguh! Last-last dia turun gi tempat saya, tanya schedule boss. Terus dia cakap, akak lupa nama awak. Muka awak akak ingat. Tapi akak asyik ingat nama awak Cikoni Koni. KAHKAHKAH...tergelak lah saya.....

P/S: Cikoni Koni tu niknem yang asben I bagi. Kiut gile nama tu. Hikhikhik~


Kata Hati

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selalunya apa yang saya rasa mesti tepat.
Takdelah semuanya tapi dalam kebanyakan perkara.
Bila hati saya terdetik, mesti mengena.
Ada satu hal yang saya dah dapat agak.
Tapi saya tak suarakan.
Saya tunggu harinya.
Bila tiba harinya, sekali lagi mengena tekaan saya.


Monday, July 22, 2013

Dendang Perantau

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni masuk 13 hari bulan Ramadhan. Gedebuk gedebak gedebuk gedebak dah masuk 2 minggu kita berpuasa eh. Maknanya lebih kurang 2 minggu jugalah kita nak berhari raya. Persiapan raya saya masih tak nampak bayang. Sekarang ni dalam fasa berharap dan bermohon pada yang Esa supaya memberi peluang kepada suami saya untuk bercuti. Mohon supaya bakal pengganti suami saya tu tak bertukar fikiran disaat-saat akhir. Harap-harap bakal pengganti suami saya tu budak baru yang nak kutip pengalaman so dapat naik kapal dekat-dekat raya pun dia tak kesah. Nama pengganti tu suami saya dah bagitau tapi suami saya suruh saya turut berdoa supaya pengganti beliau akan naik kapal pada masa yang sepatutnya. Maknanya, penghujung ramadhan dan awal syawal adalah masa-masa kritikal dan mendebarkan buat kami suami isteri...andaikata malam raya still tak nampak kelibat suami saya itu bermakna "dari jauh ku pohon maaf" je lah....Uwaaaaa......~~~~

P/S: Kalau suami ada baru bersemangat nak raya...kehkehkeh

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah berkesempatan untuk bertemu ramadhan kali ini. Hari ni sudah masuk 2 Ramadhan 1434 Hijrah. Sekali lagi berpuasa tanpa suami disisi. Tahun lepas suami pulang pada pertengahan bulan Ramadhan.  Tahun ni mungkin sampai habis Ramadhan pun suami tak balik-balik lagi. HUHUHU.....sedih memanglah sedih tapi nak buat macam mana suami bukan pergi HU-HA-HU-HA kat luar kan. 

Mujur ada keluarga yang ambil berat. Call, SMS tanya khabar. Juga kawan-kawan yang selalu beri sokongan. Saya cuma fikir dan set mind yang itu adalah pengorbanan kami berdua. Jadi, lakukan ibadah puasa seperti biasa. Doakan yang baik-baik je untuk orang jauh tu. Tiba masanya, baliklah orang jauh tu ke darat. :)

First day puasa, saya bersahur dan berbuka dirumah abang. Abang & kakak ipar asyik sebut-sebut je pasal suami. Aduhai, sedihnya rasa. Tapi saya ada satu keistimewaan untuk buat muka blur & muka tak ada perasaan. So, takdelah nak tunjuk sangat yang saya feeling sedih time tu. HAHAHA. Buat relax je sudah. Semalam dapat phone call dari suami. Kalau dah appear kat screen phone nombor panjang berjela memang maknanya suami kat tengah-tengah lautlah tu. HUHUHU...Nak nanges cakap dengan suami. Tapi memandangkan kat opis dan bulan puasa, saya cover sikit...kalau tak tak pasal-pasal karang orang nampak & tak semena-mena boleh terbatal puasa. Ngaaaaaa~

Oklah. Semoga dalam bulan yang penuh barakah ini dapatlah kita melipat gandakan amalan dan beramal jariah. Juga juga juga jangan lupa bayar zakat fitrah yerp.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...