Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Baru-baru ni balik kampung. Tak jauh mana pun sebenarnya. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan je. Dahsyat betul dugaan dalam bulan puasa ni. Sebenarnya takdelah dugaan sangat tapi lebih kepada diuji kesabaran.
Ikutkan saya perlu naik bas pukul 6. Tepat 5 pm saya dah gerak dari opis pergi ke Puduraya. Gedebuk-gedebak lebih kurang 5:20 pm sampai Puduraya. Terus beratur nak beli makanan buka puasa. Hasrat hati nak beli Hot & Roll. Tapi orang terlalulah ramai. Alih-alih beli Roti Himpit Ayamas. Ok jugalah. Air tak beli sebab dah bawa siap-siap dari opis.
Lebih kurang 5:40pm saya turun ke platform. Mak aih, ramainya orang. Stendetlah hari Jumaat lah katakan. Bus yang ada time tu ke Penang. Lepas tu pukul 6:00pm bus pun datang. Sekali rupanya bus pukul 5:00pm ke Teluk Intan. Kalau bus pukul 5:00 sampai pukul 6:00 tak mustahil bus pukul 6:00 sampai pukul 7:00. Huh! Makin banyak bus yang masuk platform. Tapi sumenya menghala ke Kuantan dan Ipoh. Dekat-dekat 7:20pm baru bus ke Teluk Intan sampai ok. Memang lenguh gile berdiri sejam lebih semata-mata nak tunggu bus. Tapi legalah sebab bus dah sampai. Dah naik bus memang feeling habeslah. Rasa macam balik raya pula. HEHEHE. Tapi kalau suami ada lagi best. Cepatlah balik.
Pukul 10pm sampai Teluk Intan. Abang ipar & biras saya dah tunggu. Yeay. Sampai umah mak apa lagi terus bedal nasiklah. Anak-anak sedara dah tido. So, tak boleh nak bergurau senda. Esoknya masih ada....
Esok-esok baru cite ok.
No comments:
Post a Comment