Pages

Tuesday, May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


31st May 2011- Sempena HARI TEMBAKAU SEDUNIA, Abg Ben buat segmen lagi. Kalau nak join meh klik SINI.



Terlalu banyak kempen "katakan TAK NAK pada ROKOK" ni dilakukan tapi still macam tak berjaya je kempen tu. Tak tahu kenapa masih ramai je yang isap rokok nih. Best sangat ke??UHUK..UHUK.


Buat perokok, harap anda dapat kembali ke pangkal jalan. Berubahlah. Kalau anda sayangkan nyawa, keluarga dan orang-orang kesayangan anda, silalah ambil langkah untuk berhenti.


Keduanya, jangan jadikan rokok sebagai "ubat penenang" bila anda dalam keadaan serabut @ tertekan. Sebaliknya rujuk pada YANG SATU tu.


Ketiganya, anda umpama "membakar duit". Membazir tahu!


Keempatnya, sungguh tak kachak bila anda merokok. HAH!


Kelimanya, kalau anda fikir untuk menurunkan berat badan silalah guna kaedah lain. Pergilah ke gym seperti Abg Ben.


p/s: Walaupun kat kotak rokok ada gambar yang ngeri [kesan merokok] tapi masih ramai je yang membelinya. Rege rokok naik pun nak isap rokok. Tak faham.

Monday, May 30, 2011

Berjumpa rakan-rakan

Saya berpeluang berjimba-jimba dengan rakan-rakan seperjuangan time belajar dulu. Sungguh lama tak kelihatan mereka (HAHA...ayat macam hape je). Almaklumlah sekarang masing-masing ade kehidupan sendiri yang hendak diuruskan, eceh. Mari kita lihat gambar


Masa kat Kenny Rogers. Memasing ceria je. HAHA

Ini Fendi. Stetmen beliau itu hari,
"Time belajar aku mana rapat sangat dengan Mama, biasalah Mama nak kawan dengan budak-budak pandai je"
~Sentap Mak...kata mak macam tu..HAHA~

Kak Nab cinfuse nak order ape.
Izaida serahkan keputusan pada Kak Nab.
Mira tu buat-buat tak nampak camera. Adeyy..

Makanan kami.
Atas kiri: Kak Nab
Atas kanan: Mira
Bawah kiri: Ijra
Bawah kanan: Saya

Amik gambar dulu sementara Izra dok lincah memilih lagu

Dah penat melalak, ayuh pulang
Bila dah lama tak jumpa, stendetlah macam-macam perkara yang ingin disembangkan. Cerita pasal kerjayalah...pasal masa depanlah...pasal kenangan masa lampaulah. HEHE. Memang kecoh KR hari tu, sampaikan kapel kat belakang kitorang dok tertoleh-toleh time kitorang sembang. Kui3....ini pun macam tak cukup korum je. Kalau Mus & Didie ada mesti lagi syiok. 


Best dapat jumpe korang semua. Rindu zaman kita belajar dulukan. Berbaju kurung pergi kelas.
Time tu pergi kelas pakai bedak johnson je. Hari tu jumpe sume dah pandai bergaya. Wow.

Thursday, May 26, 2011

Mari bersabar kerana bersabar itu sebahagian daripada iman..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Sekeras mana pun hati kita, seselambayaya mana pun kita, sebrutal mana pun kita, aku yakin dan pasti kita punya satu keupayaan untuk mengesan/detect golongan yang kurang senang dengan kita. Naluri terhadap perkara-perkara sensitif ni mesti ada. Kata-kata sinis, sindiran, perli dan seumpamanya dah biasa didengari. Kata-kata tu diitujukan khas buat kita secara tidak langsung.  Perlu buat apa? Buat bodoh je. Buat tak tahu je. Ye, kau boleh butakan mata, pekakkan telinga. Tapi sampai bila? Sampai hilang sabar? Hah! Bagi aku, sabar kunci utamanya. Takde ruginya kalau kita bersabar. Kalau kau faham konsep bersabar dan hikmah disebalik sabar, InsyaAllah kau boleh jalani hari-hari mendatang ni dengan jayanya biarpun ada golongan yang anti dengan kau.  Nak melawan lagi panjang ceritanya. Baik diam. Memang sakit hati. Tapi hati kena kentallah. Tak ada guna nak bertegang leher dengan golongan yang macam ni. Selagi kau boleh tahan dan sabar, kau sabarlah. Tak rugi jadi orang yang sabar. :)

Tuesday, May 24, 2011

Lebih baik diam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Kebelakangan ini emosi tidak stabil. Adakalanya gembira dan adakalanya diselubungi hiba. Perasaan sebegitu datang dan pergi. Umpama telah disetkan dalam diri had emosi dan perasaan. 2 hari kau gembira. 2 hari kau gusar. Aneh sungguh! Sekarang, mata belah kiri bagai di garik-garik.Orang kata petanda nak menangis. Itu orang kata.


Apabila berhadapan dengan situasi sukar, mula rasa tak tentu arah. Tak pasti dengan keupayaan diri untuk menghadapi situasi sukar tu. Mulut berkata boleh dan pasti boleh menghadapai situasi sedemikian rupa. Namun jauh disudut hati yang paling dalam  masih ragu-ragu tentang keupayaan diri.Sering saja diri ni dimomokkan dengan perkara-perkara yang tidak disangka-sangka. Tu yang kadangkala rasa kejap senang, kejap bimbang. Hendak memikirkan hal yang satu itu!


Engkau diam, aku risau. Kau kata hati tak senang, hati tak ceria. Lebih baik diam. Ok, aku bagi kau ruang untuk kau berdiam. Barangkali ingin mencari ilham. 

Monday, May 23, 2011

Saya jatuh cinta kali kedua

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Dulu saya cuba-cuba belajar untuk bercinta. Mula-mula memang rasa semangat kemain, seronok dan asyik jer. HAH! Setiap minggu mesti nak luangkan masa bercinta-cinta ni. Tapi lama-lama cinta tu musnah dan terkubur begitu sahaja. Mungkin sikap saya ketika itu yang tidak komited tentang cinta dan akhirnya saya curang. Saya akui, saya curang ketika tu. T___T.


Sekarang ~


Cinta tu datang lagi. Biarpun pada mulanya saya berdalih dan cuba elok dari terus jatuh cinta lagi, akhirnya saya tewas. Saya terjebak dengan cinta. Hari pertama dengan cinta, saya rasa letih. Rasa macam nak undur diri je. Namun, saya sematkan dalam hati yang saya tak bolehlah cepat mengalah. Setelah beberapa minggu bercinta ni saya rasa suka pulak. Dah mula rasa sayang dengan percintaan kali ni. Mana tak sayangnye, cinta ni ialah cinta berbayar. Duit kau!! HAHA..


Setelah beberapa minggu berdampingan dengan percintaan kedua ni, semalam saya menduduki grading test taekwondo. Alhamdulillah lulus walaupun tidak secemerlang mana. HAHA. Lepas ni saya harus berguru dengan dua orang budak kecik kat rumah saya tu untuk belajar taegeuk. Almaklumlah mereka berdua tu kan senior saya. Heks~


p/s: Time sekolah rendah masuk gak taekwondo tapi separuh jalan je..

Thursday, May 19, 2011

Entri instant

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Ehem..ehem..(membetulkan kerongkong yang tersekat..HAHA).


Ok, sambung.


Beberapa hari tidak berblog mulalah rasa kerinduan. Eceh. Sebenarnya tiada ilham untuk berblog.. Namun memandangkan hasrat hati yang macam nak berblog even tiada sebarang idea maka berbloglah juga daku.


Pertamanya, tapak kaki berasa sakit kesan daripada memakai high heel dalam tempoh yang panjang pada hari semalam. Sumpah sengal-sengal dan macam sakit-sakit sendi tapak kakiku. Petanda apakah? Faktor usiakah? Berat badan berlebihankah?T_T.


Keduanya, saya tidak reti bersolat menggunakan kain telekung yang bergetah. Yang kainnya hanya perlu disarung je tanpa perlu diikat dengan tali @ kain tu sendiri (harap-harap yang membaca faham maksud saya). Memang rasa tak selesa betul kalau pakai kain yang sedemikian rupa. Saya prefer pakai kain yang perlu diikat kerana ia lagi kuat tersemat dipinggang dan tak risau akan lucut. Saya kalau pakai kain telekung bergetah tu kompom lepas tahiyat awal tu kain mula melurut.


Ketiganya, saya tidak reti menggunakan chopstick. Siriyes tak reti. Pernahlah cuba menggunakannya, berjaya tu berjayalah juga tapi saya rasa untuk menghabiskan sepeket maggi tomyam dengan menggunakan chopstick akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sedangkan kalau menggunakan sudu & garfu, 5 minit dah setel masuk perot. HAHAHA.


Keempatnya, saya gembira kerana hari ini saya kuatkan iman untuk terus berpuasa. Sebelum-sebelum ini selalu goyah iman ni untuk berpuasa. Mana taknye asal sampai opis je akan teringat cekodok kat kafe tingkat 3 kedai kuih tu. Padahal cekodok je pun. Tu pasal iman tercalar beberapa hari yang lalu. Pasal kau cekodok. (Ek eleh, ko ni takde citarasala...ape barang cekodok...ade i kesah??HAHA).


Kelimanya, santapan sarapan pagi esok hari akan ditaja sepenuhnya oleh seorang hamba Allah diopis saya. Besh...besh...besh..Murah betul rezeki bulan ni. Hari tu si polan. Esok si polan. Minggu depan si polan yang satu lagi pulak. Alhamdulillah...rezeki Allah. Semoga mereka yang menjamu kami semua makan sentiasa dikurniakan rezeki yang banyak dan sentiasa diberkati. Amiin.


Masa dah time. Saya nak kemas-kemas barang mahu pulang. Daaa....

Monday, May 16, 2011

Terima kasih cikgu

16 May 2011 - Hari untuk meraikan guru-guru diseluruh Malaysia. Sebagai tanda terima kasih dan ingatan buat guru-guru yang banyak berjasa kepada pelajar-pelajar. Terima kasih buat guru-guru/cikgu-cikgu/pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat universiti. Jasa baik dan tunjuk ajar cikgu sentiasa tersemat dihati dan tiada galang gantinya. Buat rakan-rakan saya yang bergelar pendidik, selamat hari guru.....


p/s: Pernah berhasrat untuk menjadi cikgu...

Penentu Masa Depan kamu :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Tak taip panjang pun. Cume entry pendek. 
Kepada kamu yang bakal menduduki oral test pada jam 3 petang ni, saya harap kamu dah bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Semoga kamu dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul dan yakin ye. Kamu dah usaha, jadi usah dikhuatirkan sangat. Cume perlu berdoa agar urusan kamu petang nanti dipermudahkan. Saya doakan agar kamu berjaya. Saya tahu kamu dambakan "chop biru" dari examiner tersebut. Mudah-mudahan.

Jenayah dimana-mana

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Antara Lokasi Kejadian
Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan kejadian simbah asid oleh 2 orang penjenayah bermotorsikal yang berbangsa india. Saya sendiri kurang pasti apa motif mereka ni. Sasaran utama ialah perempuan. Diulangi, PEREMPUAN. Sebab itulah saya sekarang sangatlah berwaspada dan berhati-hati bila keluar dari perkarangan rumah dan bangunan opis. HUHUHU. Siriyes saya rasa seram, takut, tak berani dan macam-macam perasaan lagilah nak berhadapan dengan dunia luar. Risau kalau-kalau benda ni terjadi. Kepada ahli keluarga, kawan-kawan, kenalan-kenalan dan sesiapa sahaja diluar sana tu silalah berhati-hati yer dan pastikan anda tidak berseorangan ketika keluar lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan-kawasan sunyi dan kurang kunjungan orang awam.


Suspek!!

P/S: Sekarang ni nampak orang naik motor lebih-lebih lagi ade penunggang & pembonceng, dah rase ketaq...huhu

Catatan selepas onar yang berlaku tempoh hari

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Akhirnya blogspot dah kembali normal. Minggu lepas membuat onar. Dahlah pada ketika itu idea mencurah-curah bak hujan turun menyembah bumi. Namun keinginan untuk memblog terbantut lantaran lapangan blogspot yang mempunyai masalah teknikal. HAHA. Nak cakap dua benda je wat masa ni. 


Pertamanya, bersyukur kerana hujan dah mula turun. Sejak beberapa hari @ minggu kebelakangan ni cuaca amat panas dan membahang sampaikan lepas mandi pun berpeluh-peluh balik. Tidur pun kena pasang kipas siling dan kipas meja dengan kelajuan maksima. Namun aktiviti laundry sangat-sangat memuaskan ekoran cuaca panas tersebut. Jadi, wahai diri sendiri sila jangan nak mengeluh. Hari tu di sound oleh abang dan adik ipar abang kerana mulut saya ni bising mengeluh akibat pemanasan global yang melampau...kui3...


Keduanya, terima kasih kepada rakan-rakan sekolah rendah/ sekolah menengah/ kolej/ kenalan alam maya & nyata (haha) atas undangan kalian ke majlis perkahwinan kalian. Untuk bulan May dan June ni saya rasa lebih kurang 8 jemputan yang saya terima. Tahniah untuk korang semua tau. Juga buat sahabat yang baru mengikat tali pertunangan, juga tahniah diucapkan. Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan keluarga yang sakinah mawaddah warohmah. InsyaAllah...

Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Klik pada gambar untuk join segmen ni yer kawan-kawan
Wah! Wah! Wah! Gegar 1000 blog kembali lagi. Rasa tergerak hati nak join segmen nih kali nih. Nampak macam besar-besaran punya gegaran nih. HEHEHE...Siap ada pelbagai hadiah yang ditawarkan dan Bro ben kita nih pun sedang menunggu kepada sesiapa yang ingin menjadi penaja hadiah-hadiah nanti. Tadi dah siap-siap nak balik dah tapi memandangkan tarikh tutup penyertaan Isnin nih, maka saya pun menyempat-nyempatkanlah diri menyertai Gegar 1000 Blog: May 2011 nih. Kepada sesiapa yang berminat, mohle kita memeriahkan segmen nih. Dalam pada dapat menambahkan kenalan-kenalan blogger yang lain kita juga berpeluang nak dapat hadiah, InsyaAllah...Senang je pun syarat-syaratnya. Ayuh kita!



Bangga dengan keberanianku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Aku sungguh berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya membuang saudara mati a.k.a tikus mati keluar dari rumah aku dengan beraninya.. HAHA..Asalnya aku ni memang tersangatlah fobia ngeri lagi geli dengan makhluk bernama Cik Ti nih. Aku memang tak boleh blah. Aku pun tak tahu pasal apa...Kalau terserempak dengan dia kat lorong-lorong mahupun tepi-tepi jalan dan juga dihujung-hujung simpang otometik kakiku kebas dan bulu roma meremang...Dahsyatkan?


Alkisahnya, semalam dalam pukul 10:00am kalau tak silap anak sedara aku call


Aqil: Ucu, ada saudara kat dalam umah.


Aku: HAA??! Sedare? Betul ke sedara? Kat mana?


Aqil: Kat depan Cu...kat area meja.


Aku: Jap...jap nanti Ucu call balik...Ucu dalam lift.


Selang beberapa minit....


Aku: Aqil, Olin ade tak kat umah?


Aqil: Ada.


Aku: Suruh Olin duduk dalam umah, biarkan dia duduk kat depan.


Aqil: Dia memang dah ada kat depan Ucu.


Sepanjang kat opis aku risau kemain. Sebab kalau saudara tu dah berjaya masuk territory korang memang tak sah kalau dia tak bawak konco-konco dia. 


Balik je rumah petang semalam, terus je aku melawat tempat kejadian. Masa tu aku tengok dari kejauhan lagi. Wa tak berani woo mahu lihat dekat-dekat...Tapi disebabkan kurang jelas, aku hampiri tempat kejadian supaya dapat lihat pada jarak yang dekat. Ngeh3...Kecik je pun saudara tu. Aku rasa tapak kaki aku lagi besau. Nak taknak, dalam keterpaksaan dan sedikit semangat aku pun mencapai penyapu dan penyodok sampah. Mengalihkan bangkai itu. Aku lihat leher dia macam kene kelar dan ade kesan darah. Kat lantai umah pun berdarah-darah. Aku rasa dan yakin memang Olin yang menamatkan riwayat dia semalam. HAHAHA...Aku sayang Olin. Dia penjaga umah. Naseb baik Olin tak makan saudara tu....dahlah selalu je dia jilat-jilat aku....HAHAHA...

p/s: Sudahlah kau buang bangkai tikus pun nak dijadikan entri...HAHAHA...suke ati I lah kan?

Thursday, May 5, 2011

Menyalahkan kehidupan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Beberapa hari diam dari berblog. Blog rakan-rakan pun saya jenguk sekadar ingin melawat tapi tidak meninggalkan jejak. Sejak akhir-akhir ni, fikiran runsing...emosi umpama tidak stabil. Mungkin kerana tuntutan kehidupan yang ingin dipenuhi. Mungkin kerana beberapa perkara yang berlegar difikiran yang perlukan kepastian, jawapan serta keputusan namun tidak ketemu kata penyudah. Sekarang, hanya bermohon agar perkara itu dipermudahkan, semoga Allah tunjukkan jalan dan keputusan dapat dicapai. Jujur, saya umpama penat dengan kehidupan sekarang tapi tidak wajar untuk saya lari dari kenyataan dan terus menyalahkan kehidupan. Saya penat. Saya tak larat.


Sangat berharap agar ketabahan, kekuatan dan semangat dalam diri terus ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...