Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Akhirnya blogspot dah kembali normal. Minggu lepas membuat onar. Dahlah pada ketika itu idea mencurah-curah bak hujan turun menyembah bumi. Namun keinginan untuk memblog terbantut lantaran lapangan blogspot yang mempunyai masalah teknikal. HAHA. Nak cakap dua benda je wat masa ni.
Pertamanya, bersyukur kerana hujan dah mula turun. Sejak beberapa hari @ minggu kebelakangan ni cuaca amat panas dan membahang sampaikan lepas mandi pun berpeluh-peluh balik. Tidur pun kena pasang kipas siling dan kipas meja dengan kelajuan maksima. Namun aktiviti laundry sangat-sangat memuaskan ekoran cuaca panas tersebut. Jadi, wahai diri sendiri sila jangan nak mengeluh. Hari tu di sound oleh abang dan adik ipar abang kerana mulut saya ni bising mengeluh akibat pemanasan global yang melampau...kui3...
Keduanya, terima kasih kepada rakan-rakan sekolah rendah/ sekolah menengah/ kolej/ kenalan alam maya & nyata (haha) atas undangan kalian ke majlis perkahwinan kalian. Untuk bulan May dan June ni saya rasa lebih kurang 8 jemputan yang saya terima. Tahniah untuk korang semua tau. Juga buat sahabat yang baru mengikat tali pertunangan, juga tahniah diucapkan. Semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan keluarga yang sakinah mawaddah warohmah. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment