Aku sungguh berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya membuang saudara mati a.k.a tikus mati keluar dari rumah aku dengan beraninya.. HAHA..Asalnya aku ni memang tersangatlah fobia ngeri lagi geli dengan makhluk bernama Cik Ti nih. Aku memang tak boleh blah. Aku pun tak tahu pasal apa...Kalau terserempak dengan dia kat lorong-lorong mahupun tepi-tepi jalan dan juga dihujung-hujung simpang otometik kakiku kebas dan bulu roma meremang...Dahsyatkan?
Alkisahnya, semalam dalam pukul 10:00am kalau tak silap anak sedara aku call
Aqil: Ucu, ada saudara kat dalam umah.
Aku: HAA??! Sedare? Betul ke sedara? Kat mana?
Aqil: Kat depan Cu...kat area meja.
Aku: Jap...jap nanti Ucu call balik...Ucu dalam lift.
Selang beberapa minit....
Aku: Aqil, Olin ade tak kat umah?
Aqil: Ada.
Aku: Suruh Olin duduk dalam umah, biarkan dia duduk kat depan.
Aqil: Dia memang dah ada kat depan Ucu.
Sepanjang kat opis aku risau kemain. Sebab kalau saudara tu dah berjaya masuk territory korang memang tak sah kalau dia tak bawak konco-konco dia.
Balik je rumah petang semalam, terus je aku melawat tempat kejadian. Masa tu aku tengok dari kejauhan lagi. Wa tak berani woo mahu lihat dekat-dekat...Tapi disebabkan kurang jelas, aku hampiri tempat kejadian supaya dapat lihat pada jarak yang dekat. Ngeh3...Kecik je pun saudara tu. Aku rasa tapak kaki aku lagi besau. Nak taknak, dalam keterpaksaan dan sedikit semangat aku pun mencapai penyapu dan penyodok sampah. Mengalihkan bangkai itu. Aku lihat leher dia macam kene kelar dan ade kesan darah. Kat lantai umah pun berdarah-darah. Aku rasa dan yakin memang Olin yang menamatkan riwayat dia semalam. HAHAHA...Aku sayang Olin. Dia penjaga umah. Naseb baik Olin tak makan saudara tu....dahlah selalu je dia jilat-jilat aku....HAHAHA...
p/s: Sudahlah kau buang bangkai tikus pun nak dijadikan entri...HAHAHA...suke ati I lah kan?
1 comment:
Nadh,
Terima kasih tau. Terharu pulak ade yang beri komen positif macam ni. Ni yang rasa nak berblog dengan lebih giat lagi. Ok, InsyaAllah akan join.
Post a Comment