Pages

Monday, October 24, 2011

Adoiyai....tak tahu nak letak tajuk apa..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila depan cakap lain.
Bila belakang belit cerita.
Bila cakap sikit salah.
Bila cakap banyak lagilah salah.
Bila bertanya dikata menghasut.
Bila diam dikatakan berlagak.
Bila meluahkan dikatakan mengungkit.
Bila buat nampak tak kena.
Bila tiada barulah suka.
Bila semuanya nak jadi sempurna...
Bila semuanya nak sampai ke penghujungnya...
Mungkin bila dah menutup mata.
Itupun kalau hati dan sikap tu dah berbeza.
Kalau masih sama....sepanjang hayatlah mengarang cerita.

p/s: Pelbagai ragam politik manusia.

Thursday, October 20, 2011

Spontan Khamis #6

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak perlulah kita mendoakan yang tidak baik ke atas orang lain.
Sesungguhnya perbuatan sebegitu adalah tidak elok.
Biar Allah sahaja yang mengadilinya.
Apa yang perlu kita buat adalah sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.
p/s: Itu lebih afdal.

Tuesday, October 18, 2011

Saya pergi dia balik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam (17 October 2011) sekali lagi saya menghadiri ISO Workshop. Untuk kali yang kedua. Tempat masih sama iaitu Sri Intan PD. Cerita workshop saya letak tepi dulu ye. Nanti-nanti saya curi masa, saya cerita pasal workshop pula. Boleh? HEHEHE...

Pagi-pagi dapat SMS dari dia. Maksudnya mahligai besi dah berada dipelabuhan. Eceh. Hati dah berbunga rianglah sebab peluang dia untuk pulang ke semenanjung memang cerah. Yeay. Tapi...tapi...tapi....

Saya : Dekat mana? Dekat port ke?
Dia : Ha'ah.
Saya : Jadi balik ke hari ni? (time ni suara macam seronok-beronok-ronok hokay)
Dia : Jap...janganlah seronok sangat....dengarlah dulu...
Saya : Kenapa?
Dia : Kemugkinan tak jadi balik hari ni. Ada lagi satu trip kena pergi Balik Papan (suara dia siriyes ok)
Saya : HAA??! Betul ke?
_____________________ (sunyi seketika)
Dia : Miahahaha...wakakaka...ngak3~ (saya terkena)
Saya : (#rasa macam nak lempang-lempang je...)
Akhirnya petang tadi dia selamat tiba kat rumah manis rumah. Kui3...pejam celik, pejam celik pulang gak dia ke rumah. Sekejap je rasa.

p/s: Bila saya cakap sekejap je rasa, dia mesti cakap camni..."time awal-awal dia gi keje napa tak cakap camtu"...Ngeeee....

Selamat Maju Jaya AQAR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya cuba menghapdet blog sepantas yang boleh. Semalam (17 Oct 2011), anak-anak saudara saya iaitu Aqil dan Arshad akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Berdebaran pulak rasanya. Harapan saya agar Aqil dan Arshad dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan sebaiknya. Besar harapan keluarga pada Aqil dan Arshad terutama sekali harapan Baba dan Ummi. Saya harap mereka berdua tidak menghampakan ibu bapa mereka...Insyaallah...

Petang semalam Aqil call beritahu yang dia boleh jawab soalan BM dan Agama tu. Cuma Arshad je ada yang tak faham sangat tentang soalan BM. Fuh! Risau pula rasanya. Cuba mengajar mereka melalui telefon adalah agak sukar ye. Sebab mereka "tak nampak" dan tak dapat "nak tangkap" apa yang saya cuba sampaikan. Hari ni exam Matematik dan Sains...Harap-harap mereka boleh buat. Itu je harapan saya.

Erm...bila umur dah makin meningkat ni (eceh), baru saya tahu dan faham tentang harapan keluarga terhadap anak-anaknya agar cemerlang dalam peperiksaan. Baru saya tahu akan sedihnya bila apa yang kita harapkan tu tidak kesampaian. Kecewa bukan?

Apa-apa pun saya harap Aqil dan Arshad buat sehabis baik ye. Jangan hampakan Baba dan Ummi tau.

Ucu.

Thursday, October 13, 2011

Spontan Khamis #5

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rancanglah perbelanjaan. Amalkan sikap "Ukur baju dibadan sendiri" dan elakkan sikap"biar papa asal bergaya" semasa menguruskan kewangan. Jadilah kita golongan yang tidak meminta-minta.
Sumber : luahan pembaca di Berita Harian.

Tuesday, October 11, 2011

Terlajak kata

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Insan yang saya sayangi,
Percayalah, tidak pernah terdetik untuk membuat kamu begitu. Saya tiada niat lain. Saya hanya luahkan apa yang saya rasa. Itu saja. Sesungguhnya saya ini bukan maksum, terpelihara dari melakukan dosa dan kesalahan. Saya hanya manusia biasa yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.
Kadang-kadang terimbas balik akan kejadian itu. Saya sendiri tak menyangka betapa lantangnya saya ketika itu. Walaupun perkataan dan ayat yang keluar tu pendek, walaupun berintonasi tenang, saya tahu hati yang satu lagi terasa. Umpama disiat-siat barangkali. Rasa bersalah pula bila saya dah buatkan hati yang satu lagi itu terhiris. Terasa diri ni jahat. Terasa diri ni hanya memikirkan keberuntungan sendiri.
Saya minta maaf.
p/s: Insan yang saya sayangi dunia akhirat.....sukar untuk saya membalas budimu. 

Dua dekad setengah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[Entri peram...dah masuk 2 minggu dari tarikh kejadian]

Syukur Alhamdulillah,
Saya berada dalam keadaan sihat walafiat ketika anjakan usia berlaku.
Saya masih diberi pernafasan, saya masih punya pancaindera.
Saya masih diberi peluang merasai nikmat dunia.

Hari ini (30th Sept) genap usia saya yang ke-25 tahun.
Saya telus memberitahu akan usia saya.
Cuma kadang-kala saya suka berseloroh tentang usia. Perasan muda konon-kononnya.

Ulang tahun kelahiran adalah peristiwa yang bermakna buat saya.
Biarpun saya tidak / jarang menerima hadiah atau ganjaran yang mahal-mahal. # saya terima hadiah daripada Tie, Aqil, Acad, Angah dan Beliau.
Namun doa dan ucapan dari semua ahli keluarga dan kenalan sudah cukup menggembirakan saya.
Sudah cukup menyentuh hati saya kerana masih ada yang ingat saya.

Terima kasih kepada keluarga tercinta dan kenalan tersayang atas ingatan kalian.
Semoga doa-doa kalian dimakbulkan. Amiiinn....

p/s: Ramai yang wish.....semoga cepat ___________ (sila isi tempat kosong)...HAHA...saya hanya mengaminkan je. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...