Pages

Tuesday, March 23, 2010

Hati

Kadang-kadang kejujuran seseorang boleh buat kita jadi cemburu juga. Penipuan seseorang boleh buat kita jadi marah. Sesungguhnya itu memang fitrah manusia. Aku sedar dan percaya pada hakikat kejadian & perangai manusia. Ya iyalah, mana boleh disamakan dengan hubungan yang berusia muda ni dengan hubungan yang memakan masa bertahun lamanya tu. Pasti “kimia” dan “cas” tu ade lagi. Mana mungkin dapat dilupakan bukan.Sabarlah wahai hati yang ada rasa cemburu itu. Kalau hati masih tidak berbelah bahagi dan tidak sangsi kenapa harus bimbang bukan? Sesungguhnya kalau masih berpegang pada tunjang yang sama dan kuat itu, Insyaallah tidak ada yang perlu dibimbangkan. Tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan. Pupuklah diri untuk terima kenyataan itu. Semailah hati dengan baja redha. Sesungguhnya tidak ada apa-apa pada itu semua. Sungguh.

Wednesday, March 17, 2010

Tempoh Hari

Hari itu saya demam rindu. Hari itu saya betul-betul diserang demam yang agak memudaratkan kesihatan tubuh badan saya.

13th March 2010

Pada hari ini hidung saya sudah mula di penuhi dengan mucus dan lendir yang tidak diperlukan. Automatic keluar dari rongga pernafasan ini. Sehingga tidak dapat dibendung. Cepat benar proses penghasilan lendir tersebut berlaku. Saya tidak ada tanda-tanda mahu demam lagi pada waktu itu. Melakukan rutin harian seperti biasa dan mengambil tisu serta sapu tangan untuk mengelap rembesan-rembesan yang keluar itu. Namun, menjelang maghrib tekak mula rasa gatal. Rasa seperti ada habuk dan debu yang tersekat dikerongkong. Di batuk-batuk agar “habuk” tersebut bebas tetapi masih stuck disitu. Usai menjamah juadah malam, berlibur bersama keluarga dihadapan TV menonton Konsert AF. Sambil-sambil bermain-main dengan Opet dan Oyen (itupun kalau Tie keluarkan dari sangkar…kalau aku usah haraplah…ngak3…ikut keadaan aku akan keluarkan mereka). Tertidur didepan TV tanpa sempat menonton AF sampai ke penghujung…hahaha…biarkan dunia je sume tu…kui3…

14th March 2010

Bangun dari tidur mengadu pada Along tentang suhu badan yang rasanya sudah meningkat naik. Along suruh makan ubat dan tidur. Tapi diri ini masih sempat mengemas rumah memandangkan penglihatan saya agak kurang selesa dengan keadaan rumah yang bersepah itu. Selesai semuanya, saya mandi,makan ubat dan tidur. Menyediakan bihun goreng untuk anak-anak saudara kesayangan apabila mereka tamat kelas taekwando. Perut ini terasa lapar tanda minta diisi. Saya menjamah sedikit bihun lalu muntah. Okey takpe…mungkin bihun tu berminyak…try makan roti pula, muntah lagi..heyy, apa kena dengan tekak ni. Langsung tidak boleh menerima makanan. Seriously, saya sangat lapar pada waktu itu tapi malangnya tekak saya tidak mampu menerima segala bentuk makanan. Saya akur. Sepanjang hari hanya bersulamkan air suam. Sampai ke petang muntah-muntah. Rasa sungguh tidak larat. Belikat, dan dada dah rasa ketat. Nak bernafas makin susah. Jalan sikit dah penat dan termengah-mengah. Rasa nak nangis je masa tu. Malam itu terus ke klinik untuk dapatkan rawatan. Ketika diklinik nafas saya berbunyi. Kuat. Saya kena tarik nafas sedalam-dalamnya untuk bernafas. Tidak boleh bernafas seperti biasa. Masuk ke consultation room, doctor memeriksa suhu badan saya. 38°Celsius. Tinggi. Check degupan jantung saya. Terus doctor dapat agak yang saya Asthmatic. Doktor tersebut menyuruh assistant dia sediakan dos untuk nebulizer. Saya dah agak mesti aku kena “sedut”. Selalunya bila saya jalani rawatan ini automatic lendir dan kahak akan cair. Tapi tidak kali ini. Ketika itu hidung saya tersumbat. Hanya bernafas melalui mulut. Dahsyat sungguh. Belakang badan saya sungguh sakit. Sungguh perit. Seperti baru lepas angkat benda-benda berat. Saya juga menggigil-gigil selepas keluar dari bilik doctor itu. Nah…banyak gile ubat yang doctor bagi. Kena makan sampai habis. Supaya badan kembali sihat. Doktor member cuti sakit selama dua hari iaitu 15th – 16th March 2010. Yahoo….HAHAHA…banyakla yahoo…

15th -16th March 2010

Berehat dirumah. Walaupun masih penat dan tidak sihat sepenuhnya tapi masih gagahkan diri dan melawan penyakit yang melanda diri. Saya tidal mahu layankan sangat dan memanjakan penyakit ini. Bimbang akan melarat dan membuatkan badan saya menjadi lemah. Lagi pula abang-abang saya selalu berpesan cuba lawan sakit tu jangan dimanjakan sangat. Memang betul…, bile penat & sakit saya berehat sekejap. Duduk. Ambil nafas. Ubat yang doctor bagi memang membuatkan badan saya panas. Setiap kali selepas makan ubat-ubat tersebut mesti badan saya seolah-olah berhaba-haba…berpeluh-peluh…akibat kepanasan. Saya rasa cam nak marah je bile panas macam tu. HAHAHA…

17th March 2010

Saya sudah kembali bertugas. Rasa macam blur je datang ke pejabat. Rasa sume benda tak kena dan mood untuk bercakap dengan orang juga menurun. Rasa seperti mahu dibiarkan bersendirian tapi masih mengharapkan perhatian. Hahahaha…DUSYUM ko eni. Rasa macam tidak punya feel untuk melakukan tugasan. Masih membuat kerja-kerja yang tertangguh tapi umpama separa sedar. Muahahaha…. Saya rasa sangat malas untuk bercakap dengan orang akibat saya masih dalam keadaan batuk-batuk yang agak kurang menyenangkan dan kurang menselesakan saya. Baik saya senyap dan minum air masak banyak-banyak.

Namun, saya sedar ini adelah salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecil saya. Saya pernah dengar pasal itu dan rakan saya juga ade menyatakan perkara itu. Sesungguhnya ini merupakan nikmat yang Allah turunkan pada saya. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya sudah beransur pulih dan mengharapkan kesihatan saya kembali pada tahap normal.

Saya juga rasa cam kurang best je bile saya agak kurang menunjukkan sikap mesra pelanggan bersama rakan-rakan saya. Sesungguhnya saya banyak dipengaruhi oleh mood yang kurang sihat ini. Maaf pada kalian semua.

Friday, March 12, 2010

Sekadar Ingin Berkongsi

Pada waktu sekarang ni atau dengan lebih tepat lagi sejak kebelakangan dan kedepanan ini saya sangat menyukai, meminati, menchentai dan merindui lagu Dato’ Siti Nurhaliza. Entah tak tahu pasal apa. Saya akui waktu kemunculan awal Siti Nurhaliza sebagai penyanyi terkemuka tanah air saya tidak berapa meminatinya. Teringat kawan saya dizaman sekolah rendah, Fadzila namanya. Terlalu obsess dengan Siti Nurhaliza. Apa-apa sahaja lagu atau perkembangan terkini Siti Nurhaliza semua dia tau. Obsesi terhadap Siti Nurhaliza menular terhadap rakan saya yang lagi sorang nih. Kali ni di sekolah menengah. Aqidah @ Qid namanya. Sama seperti Fadzila, Qid siap mengambil keratan gambar Siti dimajalah untuk disimpan sebagai koleksi. Terlalu fanatiknya mereka. Ketika itu saya sangat pelik walaupun sebenarnya saya juga mempunyai artis pebret. Tapi saya takkan disclose disini…kalau tak mahu jadi bahan oleh rakan-rakan saya…HUH! ~ kenapa terlalu banyak bercerita soal Fadzila dan Qid ni? Cukup. Walaupun saya meminati artis tersebut tapi tidak semua lagu dendangan beliau yang saya hafal berbeza pula dengan lagu Siti. Hampir kesemua lagu saya tahu. Sekarang lagu-lagu Siti menduduki carta teratas dalam senarai lagu kegemaran saya diikuti lagu-lagu Bunkface dan juga lagu-lagu omputih yang menyedapkan pendengaran saya ini. Hehehe..

Beralih topic….


En Harman bertanya tentang Super Ring yang berada dijari saya, eh bukan super ring tapi RING a.k.a cincin. Suka dia nak tahu adakah saya sudah berfiance ke belum. Sejujurnya belum lagi dan itu adalah pembelian & pemberian along saya kepada saya dan Tie. Mungkin agak terkejut dan pelik dengan corak keluarga saya, tapi itulah realitinya. Ye, apa saja yang terpakai dijasad ini pasti pemberian along & selalunya along akan belikan untuk kami berdua. Sama. Sememangnya along amat menjaga kebajikan kami berdua dan sesungguhnya along terlalu baik untuk kami berdua. Kadang-kadang pernah terlintas difikiran ini bagaimana untuk saya membalas semua pengorbanan along saya yang seorang itu. Saya terlalu-lalu menyayangi along, menyayangi keluarga saya. Tidak terucap dengan kata-kata, tidak ternampak dengan kelakuan, tidak terbalas dengan pemberian kerana semuanya hanya Allah saje yang tahu. Allah sahaja yang tahu betapa saya terlalu sayangkan keluarga saya. Abang-abang saya, kakak ipar saya tapi saya lebih selesa memadamkan gelaran ipar tersebut, kembar saya a.k.a Tie dan anak-anak saudara ssaya. Merekalah permata hati saya. Merekalah harta duniawi dan ukhrawi ssaya, Insyaallah..Airmata saya mula bergenang. Rasanya baik sampai disini dahulu.



~Saya masih sedang mendengar lagu Siti ^-^

Cerita Pukal

Ini merupakan catatan pukal sepanjang minggu pertama dan minggu kedua dalam bulan March ini. Seriously, nak bagitau yang sepanjang 2 minggu ini merupakan minggu yang agak letih tapi gembira. Macam mana tu? Letih sebab boleh dikatakan volume kerja bertambah tapi still dapat dilaksanakan dalam lingkung waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab itu. Walaupun kerja agak banyak tapi aku gembira sebabnya aku amalkan sikap sentiasa cool dalam menjalankan tugas. Tidak perlu nak gelabah tak tentu pasal, urus masa dengan bijak. Sort kerja mengikut keutamaan. Best tau kalau kita dapat buat sesuatu ke tahap yang hampir sempurna. Belum lagi di tahap yang sempurna sebabnya aku tahu tahap diri ini masih belum mencapai piawaian yang sebegitu. Rasa senang bila dapat senangkan orang lain (in terms of kerja k). Memandangkan aku ni one for others.

Setiap petang akan mengambil anak saudaraku balik sekolah. Pun rasa cam happy sebab aku akan melihat seorang wanita yang sangat cantik pada penglihatan aku. Mungkin bagi orang lain wanita tersebut biasa-biasa saja tapi aku yang melihat ni cam teruja je..Ooppss…jangan salah faham dengan statement ikhlas ni yer. Yang benarnya wanita tersebut merupakan ibu kepada salah seorang murid kat sekolah tu. Mulanya aku tengok dia ni persis model tau. Umur lingkungan 30-an. “Cantiknya badan akak ni”- detik hati ni. Terus mata ini tumpah kea rah muka wanita terbabit. Cantiknya rupa paras, dan lembut character. Rasa cam nak je mulut ni bertanya apa petua akak me” maintain”kan body cenggitu. See…orang perempuan memang taksub dengan kecantikan dan keindahan. Aku rasa betul statement aku ni. HEHEHE…

Pelik betul. Memang sikap manusia ni susah kita nak jangka. Kadang-kadang bila dia bercerita atau bergurau mengenai sesuatu perkara, jarang dia nak ambil pusing tentang perasaan orang lain. Atau dengan bahasa kasarnya cakap main sedap mulut a.k.a cakap lepas tetapi bila kita yang bercerita mengenai sesuatu oerkara yang mana “perkara” tu diusulkan sendiri oleh dia pada mulanya, cepat pula dia nak melenting & tak senang duduk. Erm, sebagai menghormati permintaan dia kite kena hormati dan berhenti dari bercerita tentang perkara itu lagi dan tidak akan bercerita lagi pasal itu. Semoga dia lebih senang dan lebih tenang pabila kita mengambil jalan yang sebegitu. Apa pun kita tak pernah nak jadikan dia sebagai enemy atau apa-apa…, sebab kita tau dia tetap kawan kita. Cume dia sekarang dirundung dengan masalah keliru tentang perasaan, harapan yang masih belum kesampaian dan dikhuatiri bertemu dengan kegagalan. Apapun kita tetap akan doakan yang terbaik untuk dia. Tebaik untuk kehidupan dan masa depan dia. Sesungguhnya kita tau dia sekarang dalam usaha untuk mencari dan menjadi yang terbaik.

Perempuan baik untuk lelaki baik dan begitulah sebaliknya…

Monday, March 1, 2010

Catatan Kali Ini

Hampir sebulan Kronologi Kehidupan tidak disajikan dengan catatan terkini. Bukan maksud ingin melupakan tapi setiap kali ingin mencatatkan sesuatu didalam KK pasti tergendala aktiviti mengemaskini tersebut. Seolah-olah gerak hati dan kawalan minda membuatkan aku agar jangan membuat sebarang kemaskini pada ketika itu. Idea itu datang dan pergi.

Kini, seperti terasa ingin mencatatkan sesuatu.

Yang pertama, kisah tempoh hari yakni seminggu yang lalu. Sangat indah saat itu. Rasa tak mau biarkan hari tersebut berlalu. Andai aku ada kuasa untuk men"statik"kan masa, hari & tarikh pada waktu itu sudah pasti aku buat. HEHEHE...tapi tak boleh la nak buat macam tu, kalau tak lagi lambat la masa pergi. Weee...CJJ memang perlukan banyak pengorbanan, kesefahaman, toleransi, kesabaran dan kepercayaan yang tinggi. Kadang-kadang khuatir kalau-kalau diri ini tak mampu lagi untuk bertahan dan berhadapan dengan ujian-Nya. Mujur masih diberi kekuatan iman, dikurniakan kewarasan akal fikiran agar jangan pernah untuk berpaling. Jangan sesekali untuk mengalah. Alhamdulillah hingga ke saat ini aku masih kental dan tabah untuk berhadapan dengan segala macam cubaan dan dugaan. Syukur sangat-sangat kerana dianugerahkan dengan ketabahan yg sebegini rupa. Waktu ini aku tahu dia sedang sibuk menjalankan tugasan disana. Aku doakan agar dia selamat disana. Aku tunggu kepulangannya. Mujur kita masih ade kenangan agar kita rasa seolah berdekatan antara satu sama lain. Mujur kita ade topik yang selalu dibualkan agar kita saling mengingati antara satu sama lain. Sesungguhnya......aku terlalu..........

Yang kedua, tentang sikap sesetengan manusia (khaskan pada kaum adam) yang cam buat tak nampak je kan pada kerja-kerja yang memerlukan kekuatan seorang lelaki. Bukan apa..., dekat office ni ada sorang akak ni memang la tulang besi urat dawai tapi apelah salahnya wahai sang lelaki untuk memberikan pertolongan dengan mengangkat Distilled Mineral Water yang berat tu. Susah ke? Ape, ko takut baju kotor, atau fikirkan tak nampak kelas bila lakukan kerja-kerja macam tu? Huh, come on la...tolong la peka dengan persekitaran. Andaikata akak itu ibu @ mak korang adakah sanggup nak biarkan dia angkat tong air seberat tu sendiri? Lelaki kah anda?? Huh Huh Huh. Aku tak tujukan pada sesiapa. Apa yang aku catatkan adalah apa yang aku nampak. Setakat ini division aku memang peka tentang hal-hal untuk mengangkat benda-benda berat ni. Waima assistant pada boss aku pun willing nak angkat tong air tau. Kesian wo tengok makcik-makcik ni wat itu ini sedangkan korang yang muda belia ni boleh buat tak tahu. Hampeh sungguh. Boss aku pun tolong tolak meja yang berat & tolak almari. Apa kes??

Kredit untuk divison aku...oyeay oyeay...Biaskah aku?? Hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...