Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ni genap sebulan suami keluar mencari rezeki. Mudah-mudahan dengan izin Allah lagi dua bulan suami akan selamat kembali semula ke pangkuan keluarga. Sebagai isteri dan teman, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan suami. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan buat suami.
Banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun ni. Ada yang suka dan ada yang duka. Tahun yang penuh warna-warni dan sedikit dukacita.
March 2012
Saya sah menjadi isteri kepada suami saya sekarang. Tak tergambar dan tak terucap dengan kata-kata tentang perasaan tu. Syukur kepadaMu ya Allah kerana ikatan kami diikat dengan cara yang halal. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
April 2012
Atok suami kembali ke rahmatullah. Saya sempat berjumpa dengan atok selepas berkahwin. Ketika itu orang yang nampak sangat sedih ialah ibu mertua saya.
May 2012 - July 2012
Suami sudah mendapat panggilan pulau. Rasa berat hati sangat nak lepaskan suami pergi. Namun demi keluarga kecil kami, saya redhakan pemergian suami. Ketika itu lokasi suami di Labuan. Saya gembira sebab boleh call hari-hari. Ketika giliran suami untuk sign off, suami terkandas lagi dikapal kerana Alpinia meletup. Alhamdulillah, tak lama selepas itu suami off. Saya orang yang paling gembira.
August 2012
Buat pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri dan anak menantu. Juga pertama kali beraya di kampung. Seronok sangat time tu.
November 2012
Hujung November, suami sudah mendapat panggilan pulau sekali lagi. Ralat sebab tidak dapat hantar suami ke stesen bus. Sekarang musim tengkujuh, lagi bertambah bimbang hati ini.
December 2012
Bulan yang tidak menggembirakan saya. Kalau boleh diputarkan masa....
P/S: Sentiasa berpegang pada kata-kata suami, "Sayang tak berseorangan, Allah ada lindungi sayang". Setiap kali saya ingat kata-kata ini automatik air mata saya mengalir dan saya jadi kuat semula.
Sunday, December 30, 2012
Monday, December 24, 2012
Demi Keluarga Kita
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sedar tidak sedar hari ini merupakan hari ke 24 suami pergi mencari rezeki. Tak terasa pun betapa pantasnya masa berlalu. :)
Dalam masa 24 hari ni macam-macam terjadi. Dua kecederaan suami hadapi. Pertama, kecederaan dilutut. Suami terjatuh semasa ingin menaiki bot. Jeans suami koyak. Bayangkan jeans pun boleh koyak. Suami whatsapp gambar. Besar luka dilutut suami. Kesian suami.
Kejadian kedua, dijari. Jari tersepit ketika sedang membuat tugasan didalam engine room. Sekali tengok glove berdarah, buka glove bukan main banyak darah yang keluar. Sedih sekali lagi. Banyak betul pengorbanan yang suami harus lakukan demi mencari rezeki halal buat keluarga kecil kami.
Sekarang ombak besar. Kapal rolling. Air laut menyimbah-nyimbah sampai ke atas deck. Barang-barang dalam cabin pun semuanya tidak lagi dikedudukan asal. Beralih tempat. Suami pening. Sekali lagi buatkan jiwa wanita saya risau tentang keselamatan suami. Namun, saya yakin Allah akan jaga suami dan kawan-kawan lain.
Setelah hampir 10 bulan bernikah, mata dan hati saya makin celik tentang pekerjaan suami. Bukan senang nak senang. Banyak rintangan yang suami kena hadapi. Semata-mata untuk mencari rezeki halal dan memberikan yang terbaik buat keluarga kami. Perkara-perkara macam ni buatkan saya makin menghargai kehidupan.
Suami, semoga selamat semuanya. Mahal kita.

Monday, December 10, 2012
Kelas Terakhir Sem Ni
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Malam tadi balik dari kelas memang saya flat DBKL. Tak larat. Dekat pukul 9:00 malam baru sampai rumah. HUHUHU. First time kelas habis lambat. Yelah, semalam kelas terakhir untuk sem ni. Semalam juga ada presentation. So, kena habiskan semua presentation semalam. Lecturer pun dah mengantok saya tengok apatah lagi saya ni. Sepanjang dalam kelas asyik dok fikir pukul berapalah nak habis. Macam manalah nak drive malam-malam dalam keadaan hujan ni. Kereta parking jauh pula. Ada ke tak parking kat rumah tu nanti. Mujurlah ada kawan sekelas yang naik sekali dengan saya so takdelah risau sangat balik malam-malam. Habis je turn saya buat presentation, terus saya keluar dari kelas. Time tu adalah dalam 5 orang student lagi yang tunggu turn untuk present. Terus shoot ke surau. Sekali surau gelap gelita sebab lampu rosak. Tapi gagahkan jugalah masuk dalam tu, tengok ada orang tengah solat. Ok, lega time tu. Selesai semuanya, terus balik. Sepanjang perjalanan, rasa macam lambat betul nak sampai tol. Sekejap-sekejap saya tanya kawan. Kenapa macam tak sampai-sampai je tol lagi? Rupanya diorang pun rasa macam tu jugak. HEHEHE. Dah separuh perjalanan trafik jadi perlahan sekejap sebab ada accident. Pergh...setiap kali saya nak pergi dan balik kelas mesti akan ternampak accident. HUHUHU. Seramnyaaaaa. Mujur rumah kawan-kawan saya tu satu jalan je. So senanglah nak hantar diorang. Perjalanan diteruskan sampailah saya sampai rumah. Balik je lepak jap tengok bola. Sambil tengok bola sambil makan nasi. Masa tengah makan nasi Mat Yo masukkan gol. Maka tak semena-mena rumah saya bising dengan sorakan saya...GOOOOAAALLLLL....sambil dua-dua belah tangan naik ke atas (tanda seronok sangatlah tu dah gol). Selalunya, bila Malaysia dah goal, saya selalu berharap cepatlah masa berjalan dan cepatlah permainan tamat. Tujuannya hanya satu je, tak nak bagi pasukan lawan masukkan gol juga. Ngeeeee.....
Eh, kenapa cerita ni dah jadi macam takde hala tuju? Erm....takpelah sampai sini dulu.
P/S 1: Semalam dapat cakap dengan asben 2 minit 04 saat je. HUHU~
P/S 2: Walaupun kelas terakhir, masih ada kelas tambahan yang Puan Eco buat..

Sunday, December 9, 2012
Tak Mau Pejam Dah
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Terjaga. Mata tak mau pejam dah. Susah hati esok ada test dan presentation. Mungkin juga sebab teringatkan lelaki kesayangan yang tengah berkerja tu. Saya harap lelaki kesayangan baik-baik sahaja dibumi Kemaman. Tak sabar nak tunggu lelaki kesayangan balik ke port. Banyak betul benda yang nak di story.
Friday, December 7, 2012
Untitled
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Seminggu sudah saya berdikari. Betul cakap awak, Allah ada temankan saya. Harap-harap minggu-minggu yang mendatang, segala perjalanan hidup saya dipermudahkan.....saya doakan untuk awak juga. Love u lotsss Mr. Husband.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Sudoku bukan Duku
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Genap seminggu suami berkerja. Makna kata mungkin lebih kurang sebelas minggu lagi baru dapat melihat suami secara langsung didepan mata. Eceh.
Sejak ketiadaan suami disisi, kerap pula saya terjaga malam. Kejap-kejap bangun. Kejap-kejap bangun. Bila bangun mesti buka buku sudoku. Fikir-fikir untuk cari jawapan, kalau tak dapat solution baring balik. Seminggu berkeadaan macam ni. Haish...kot lah terjaga tu nak baca buku ke, wat past year ke...ini idak..nan hado perangai. HUHUHU..
Rasanya seminggu sebelum suami berkerja, suami ada beli buku sudoku tu. Bolehlah dibuat dikala kebosanan dan selalunya kami bertanding siapa yang dapat selesaikan sudoku tu dulu. Memang best. Barulah rasa bermanfaat sikit kehidupan. Menguji mindalah katakan. HAHAHA.
Sekarang ni dah jadi habit pula main sudoku ni. Time tengah study pun kalau otak macam dah tepu sangat & tak boleh nak absorb segala maklumat, mesti saya akan stop kejap study dan buka sudoku. Bagi otak saya ni berkerja sikit. Seronok main sudoku nih.
P/S: Lelaki kesayangan, sila tajamkan skill sudoku anda sebelum lawan ngan saya ye. Ahakz~

Thursday, December 6, 2012
Saya Yang Nak Belajar
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ikutkan jadual, minggu ni merupakan minggu terakhir kelas sebelum final. Tapi lecturer ME cakap nak buat extra class. Masa dan date belum ditetapkan lagi. Entah kenapa, masa kelas ganti ME minggu lepas rasa macam sayu je. Rasa macam da dekat betul ngan final. Pertama, mungkin sebab buat pertama kalinya saya faham tentang subjek yang lecturer ME tu ajar. Kedua, mungkin sebab suami tak hantar gi kelas. Ketiga, mungkin time tu tengah pesta konvokesyen. Keempat, saya salam tangan lecturer & minta dia doakan saya dan kawan-kawan. So, rasa sayu tu makin dekat dalam diri. Lagi menggerunkan bila lecturer cakap subjek dia ni susah sangat student ePJJ nak score A. Usahkan A+, nak dapat A seketul tu pun susah. Pernahlah beberapa tahun dulu, ada sorang je student dapat A-. HUHUHU...Gila kentanglah. Saya akui subjek ni banyak membaca, teori dan banyak graf. Maka ada sedikit bosan dan peratusan nak faham tu susah sikit kalau basic pun kite tak faham.
Kadang-kadang tu saya rasa penat dan macam tak larat je nak tempuhi semua ni. Tapi mengenangkan ini keputusan dan kehendak saya, maka saya kuatkan semangat balik. Apa jadi pun saya kena konsisten dan fokus betul-betul. Kalau tak memang sia-sia je la. Sebenarnya saya takut dan susah hati sangat nak exam ni. Harap-harap semuanya berjalan lancarlah. Takutnye....
P/S: Minggu ni ada Test & Presentation. Saya doakan semoga saya ok. HEHEHE.

Subscribe to:
Posts (Atom)