Pages

Wednesday, June 30, 2010

Rela Hati, Terpaksa atau Sekadar cukup syarat?

Tidak ada apa-apa yang ingin dihuraikan. Cuma tajuk ni saje yang mampu ditaip.
Anyhow, saya tetap tidak mahu berprasangka....tidak baik bukan. Apa pun be positive dan syukurlah walau dalam keterpaksaan, dia masih ingat pada saya. Secebis tanda ingatan itu sudah memadai pada situasi sekarang ni.


Friday, June 25, 2010

Bila kita diuji, kita orang terpilih

Alhamdulillah...masih diberi nyawa sehingga hari ini.
Erm.., pe ye nak taip kat blog ni? Tak sabar nak habiskan duty time hari ni. Nak balik umah, nak rehatkan diri dan nak tido..Yahuuu...sangat seronok dapat tido. Sekarang baru saya faham kenapa orang yang dah bekerja paling suka hujung minggu dan suka tido. Heheheh..

Buat masa sekarang ni till da day of the event, memang banyak sikitlah kejenye. Nak buat preparation bagai. memang meletihkan kadang-kadang tu. Tapi bila teringat kata-kata along "biar tensen/susah keje ~ still muleh solve kalau jumpe jalan buntu". Jangan tensen kepala otak nak memikirkan hal-hal sekeliling. Sape terasa? Anda,anda? Kamu, kamu? atau engkau, engkau sekalian? Hah...kadang-kadang ni, manusia yang dah mengecapi kesenangan, kejayaan dan kebahagiaan, dia lupa sekejap tentang rumput dibumi ni. Kenapa eh ada manusia yang macam ni? Alah, dah nama pun manusia. Tak mustahillah dalam jutaan manusia nih takde manusia yang berspesies begini kan kan kan? Takpela, cume percaya yang kitaran hidup ni sentiasa berputar pada paksi yang sama. Kadang-kadang engkau rasa engkau hebat hari ni. Esok belum pasti. Nak naknye Allah turunkan musibah kat ko. Musibah dahsyat lak tu. Pe ko nak kata? Jadi, berwaspada dan awaslah dalam tindak tanduk ko tu.

Saya tak boleh nak tengok kamu suffer macam ni. Kamu nak buat anjakan paradigma pada kehidupan kamu. Tapi aleh-aleh ni yang kamu dapat. Takpelah, mungkin benar ini ujian Allah. Sebab Allah sayang kamu. Ingatlah wahai kamu, setiap kali kamu meluahkan ape yang terbuku tu, saya mesti tidak memberi komen apa-apa. Sebabnya kamu sendiri tahu tentang sikap saya kan? Tidak berapa nak menunjukkan emosi dengan pekataan. Tidak pernah untuk membidas. Bukan bermakna saya tidak peka sama kamu ye. Yang saya boleh buat hanyalah saya berdoa dan mohon agar si dia yang diatas tu sedar diri dan mula berfikir tentang persekitaran dia. Tentang manusia-manusia disekeliling dia.

Hari ni untuk kesekian kalinya dia pergi nuunnnn jauh disana. Hopefully dia selamat disana. Erm.., dulu dan kini setiap kali dia nak ke nuunnn jauh disana mesti rasa cam sayu je hati ni. Sayu sbb ape yer? Sebab dah nak sayu nak wat cane...kena hadapi je la. Yela, xde voice, xde data. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ni saya masih kuat dan tidak goyah dengan cobaan-cobaan yang mendatang ini. Semoga kekuatan ini terus kekal dalam diri saya dan diri dia juge ye, mudah-mudahan.

Kadang-kadang saya rasa sangat geram, sedih dan tak adil bila mana saya sering diuji dengan pelbagai perkara. Mungkin diuji dari segi emosi barangkali. Sampai satu tahap saya rasa saya tak patut diuji hanya kerana sesuatu itu. Sampai kadang-kadang akan terlintas pemikiran jahat seperti ini.."kenapa asyik aku je". Huh! Tapi apakan daya mungkin ini memang rencana hidup saya yang sudah tersurat sejak saya kecil dan tidak kenal apa itu dunia. Dan saya juga banyak mempositifkan ion-ion negatif dalam diri saya bahawa semua ini adalah ujian dan dugaan Allah bagi hamba-hamba yang Dia pilih. Adakah saya terpilih?? Saya sendiri kurang pasti. Tapi saya percaya bila kita diuji, kita org terpilih, tanda Allah sayangkan kita. tanda Allah nak kita sentiasa dekat pada-Nya.

Moga-moga dengan ujian-Mu ini memberi sinar kebahagiaan di kemudian hari ya Allah, Insyaallah.

Friday, June 18, 2010

Hari ni sungguh tak sabar nak tunggu pukul 5

Tarik nafas....lepas...tarik nafas...lepas....tarik nafas....tahan 1,2,3,4,5,6,7,8....lepas..HUHHHH!!

Hahaha...itulah silibes (syllabus) dalam matapelajaran PJK.
Hari ini hari Jumaat. Saya sungguh hip hip hooray. Sebab hari ni last keje, dan esok pulak coti...coti coti dirumah.
Sangat tak sabar nak tunggu kul 5pm ni. Nak balik dan sampai umah nak anto Ain beramai-ramai ke stesen bus. Pastu balik umah balik...leh titon. Siaplah wahai bantal-bantalku dan Ucuxku. Owh Ucux...rindu padamu...hahahah..

Musim-musim cuti skolah ni ramai gaklah orang-orang kat opis saya ni pun yg bercuti. Almaklumlah, dah berkeluarga. Mestila begitukan? Apa org kata fitrah alam. Kui3...mungkin bile saya pn akan jadi seperti mereka itu. HeHEHE..besh pe spend time ngan family..

Pagi tadi sangat-sangat-sangat-sangat malassssss mahu bangun. Rasa cam satu kerugian kalau bangun. Masih nak anyam mimpi-mimpi indah lagi walaupun tak teranyam-anyam (pe ko cite ni??! Erkk...*-*)..Tapi memikirkan periuk nasi dan periuk belanga, haruslah saya menggagahkan diri utk bersiap...

Sebenarnya nothing much to saya juz nak merapu meghaban je kat sini.
Pe de hal...ni blog shaye punye...
Wokey dokey, time to work...
Selamat Berkerja..

"Owh, sayang engkaulah jejaka idaman"
~ahh, tetibe ko~


Thursday, June 17, 2010

Arghh

AsSalaam..

Hari ni saya rasa macam tak larat sangat nak handle kerja kat opis nih. Tak larat bukan sebab ape. Saya tak tahu hujung pangkal perkara itu. Orang sana cakap itu. Orang yang sebelah sana tu plak cakap ini. Minta itu minta ini. Saya hanyalah pekerja bawahan yang mencari rezeki demi sesuap megi tomyam (bak kata Pokde- bkn nama sebenar). Saya betul-betul mati akal, temu jalan buntu. Call seseorang tu, nada suara agk keras dan ala-ala berlagak gitu (pandai-pandai je saya serkap jarang), tapi saya tak berani mahu telefon dia lg. Lalu saya pun telefon seseorang ni pulak. Beshnye layanan dia terhadap pelanggan seperti saya (Eh, tetibe plak). Walaupun masih tidak ketemu solution untuk masalah kerja saya, saya tetap tenang bila bercakap dengan dia ni (dlm ati masih bimbang).

Saya rasa cam stress dan susah hati sangat memikirkan hal yang 1 ini. Itu belum diambil kira tentang hal yang bakal dijalankan bulan hadapan ni. Akhirnya, saya tarik nafas dalam-dalam, duduk dalam keadaan badan saya menegak (tidak bongkor @ menyando seperti ulo sawa kekenyangan), try to tenangkan fikiran.

Taraa..ada Kit Kat. Org kata bile stress, mkn coklat bagus. Tp syg sy puasa pada waktu sekarang nih. Siaplah wahai Mr. Kit Kat akan saya jamah awak maghrib nanti. Baik awak siapkan wasiat awak...hahahahha..(saya da feningggggg)..Saya macam nak jerit je skrg ni...rasa nak terus capai beg balik umah...arghhh!!
Dan bile mule berhadapan dengan keadaan yang akn menyebabkan konflik minda ini mesti fikiran saya terbayang begini

"alangkah bagusnya kalau saya hanya duduk dirumah tanpa memikirkan semua ini, huhuhu"

Namunn..... TING ..."C.H.A.L.L.E.N.G.E.E.E.E.."
Teringat word ni terus rasa cam motivated balik. Wake up, wake up. Mesti ada penyelesaian. Jgn dikhuatirkan sangat...hahahaha...ckp pandai la...

Akhirnya saya buat keputusan, biarlah saya tunggu sahaja jawapan dari mereka yang arif lagi bijaksana ni sebelum saya pandai-pandai membuat keputusan dengan hanya menggunakan logik akal. Sekurang-kurangnya tidak akan ada isu berbangkit selepas ini (harap-haraplah).

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah dan lancarkanlah segala urusan hamba-Mu ini Ya Allah..
**sob sob**

Wednesday, June 16, 2010

Selamat Hari Lahir Aqil

15th June 2002
Adik Muhammad Aqil Aiman Putra toink dari perut Ummi dia. Masa tu semua orang tak sabar-sabar nak menyambut kelahiran permata hati comel ni lahir melihat dunia. Yelah...selama ni hidup saya dan keluarga saya dikelilingi dengan orang-orang besar a.k.a dewasa. Jadi teringinla jugak nak rasa keriuhan anak-anak kecik ni kan. HEHEHEH....
Masa tu berdebar-debar sangat nak tunggu Aqil lahir. Perasaan sume bercampur baur. Berderet kami adik-beradik didepan Labour Room room. Mulut ni tak putus-putus mengucapkan kalimah agung Allah. Juga berdoa agar semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah beberapa minit kemudian Aqil pun dilahirkan. Sangat seronok dan segar tengok muka baby Aqil ketika itu. :)

Dialah intan dialah payung waktu itu. Saya terlalu obses dengan Aqil. Proses pembesaran Aqil saya ada bersama. Sejak Aqil lahir, setiap kali terdengar Aqil menangis ditengah malam pasti saya terjaga membuatkan susu dia. Sangat best sangat melayan Aqil ketika tu.

Alam berganjak, Aqil mula membesar, mula mengenal dengan benda-benda baru. Seronok dengan perubahan dan peningkatan dalam diri Aqil. Cuma kadang-kadang saya terlepas laku dan kata dengan Aqil. Memarahinya atau membebel dengannya. Mungkin method saya salah. Tapi saya bertujuan baik. Saya taknak Aqil alpa dan leka.

Aqil,
Ucu sayang sangat dengan Aqil
Walaupun kadang-kadang Ucu selalu marah-marah Aqil
Ucu selalu terasa hati dengan sikap Aqil,
tapi ucu dah tak kisah dah semua tu
Yang ucu tau Aqil anak saudara ucu macam tu jugak dengan Acad
Ucu cuma nak Aqil jadi anak yang baik pada baba & ummi, jadi abang yang ertanggungjawab pada adik dan
menjadi anak kebanggaan pada keluarga kita sayang...
Ucu minta maaf kadang-kadang Ucu marah-marah Aqil
Ucu marah sebab Ucu nak betulkan Aqil, Ucu nak ajar Aqil
Ingatlah Aqil...Aqil kena bersyukur selama hayat Aqil ni...Aqil dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan Aqil
Jadi, Ucu taknak Aqil kecewakan orang-orang tersayang ni ye..
Selamat Hari Lahir Muhammad Aqil Aiman Putra (020615 - 100615) = 8 y.o

p/s: Present bezday tunggu gaji eh.. economoney skrg nih. huhuhu... :(

Tuesday, June 15, 2010

Diam vs Sombong

Pendiam? Sombong?

Antara 2 perkataan ni yang mana paling sesuai untuk menggambarkan tentang diri saya? Huh! Saya sendiri runsing dan tak berapa pasti. Tapi yang saya tahu, selama nyawa dikandung badan ni saya seorang yang tak banyak nak bercakap. Maksudnya saya akan bercakap namun untuk terlalu berlebih-lebih dalam percakapan itu tidakla rasenye. Saya lebih selesa dengan sikap pandang, tenung, perhati, mendengar dan bercakap apabila perlu. Rumit dan susah bukan kadangkala mempunyai sikap yang sebegini. Bagi saya itu perkara biasa jika seseorang itu banyak diam tapi mungkin luar biasa pada pandangan orang sekeliling. Orang akan mula berkata-kata sendiri atau dalam hati tentang kita yang kurang bercakap.

Kadang-kadang sikap begini jugak buatkan segelintir orang rasa seolah-olah ada gap antara saya dan mereka begitu juga mereka dan saya. Saya setuju dengan pendapat abang saya yang mengatakan bahawa saya seorang yang independent. Sejak kecil dah dididik untuk melakukan semua kerja sendiri dan tidak manja. Susah saya untuk terus akrab dan rapat dengan seseorang itu (walaupun org terdekat sudah rapat dengan seseorang itu). It takes quite some times to immune dengan situasi macam tu.

Semasa disekolah ada beberapa orang kawan saya pernah melabelkan saya sebagai budak sombong. Huh! Saya tak suke di kate begitu. Tapi orang tengok, tu sebab dia cakap macam tu. Kata mereka muke saya muka sombong…huhuhuhu.

Pada mereka yang rasa ingin mengenali rapat ngan saya tetapi rasa segan dan silu, jgn malu-malu…saya memang macam ni. Dan saya tetap bagi ruang pada kamu-kamu untuk rapat dengan saya. Insyaallah satu hari nanti kite mesti boleh rapat. Atau mungkin saya terlalu berhati-hati sehingga leh jadi macam ni????

Rasanya sampai disini sahaja isi-isi penting yang ingin dikongsikan bersama selebihnya biar saya simpan dalam hati.. 

Umpama ada mesej tersirat entri kali ini.
Walaupun saya tahu akak itu tidak membaca & barangkali tidak tahu tentang kewujudan KK namun saya tetap berasa lega sedikit dapat curahkan segalanya dalam ni.

Kadang-kadang tanggapan pertama itu ade benar dan salahnya…berikan masa untuk mengenalinya….

P.E.A.C.E

Friday, June 11, 2010

060610

6th June 2010

Alhamdulillah, urusan yang direncanakan telah selamat dijalankan. Segala perancangan, perbincangan, pindaan pada beberapa detik akhir, akhirnya berhasil dengan perlaksanaan majlis itu. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana flow untuk sampai ke hari itu. Mengarahkan perjalanan ke utara tanah air agak memenatkan dan meletihkan namun mendapat kepuasan pabila semua yang dirancang berjalan dengan baik. Sebelum ketibaan di negeri jelapang padi itu, dikhabarkan bahawa daerah tersebut mengalami musim kemarau yang mana kontang dan tandus persekitarannya. Namun, setibanya kami didaerah itu cuaca berubah. Tidak lagi kontang malah disimbah hujan. Hari-hari kami sepanjang berada didaerah itu adalah sentiasa dingin dan lembab dek siraman air hujan. Malah, ketika hari bersejarah terbabit, hujan renyai-renyai turut mengiringi lawatan kami ke kampung itu. Hujan Rahmat barangkali. Mungkin alam turut mendoakan agar mereka beroleh bahagia di dunia dan akhirat nanti. Ketika perjalanan ke kampung tersebut begitu tenang, sayu dan adakalanye bimbang. Tenang kerana bersaksikan suasana kampung dan cuaca yang sangat indah. Sayu mungkin kerana gembira dan mungkin juga memikirkan kehidupan beberapa bulan nanti. Bimbang kerana khuatir jika berlaku sebarang permasalahan dan kesulitan disepanjang majlis itu nanti. Pada waktu itu juga kulihat airmata orang kesayanganku dan juga kesayangan keluarga menitiskan airmata. Airmata kegembiraan dan penuh kesyukuran barangkali.

Akhirnya, Angah selamat bertunang dengan puteri pilihannya Kak Liza.

Didoakan agar hubungan & ikatan yang dibina ini mendapat keredhaan serta kerberkatan Allah s.w.t.. Semoga Angah & Kak Liza dikurniakan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amiin.

Lepas ni jumlah ahli keluarga saya mula berambah, syukur Ya Allah atas nikmat dan kurniaanMu.

Saya sayang keluarga saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...