Pages

Thursday, February 17, 2011

Hari ni saya join friendly game bowling :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Progress penghasilan entri-entri baru begitu tidak memberangsangkan sepanjang bulan February ni. Macam-macam agenda yang hendak dan perlu dilakukan sepanjang bulan ni. Semuanya berkisar tentang kerja. Takpe, sekurang-kurangnya saya tidak bosan tidak ada kerja. Namun kerinduan terhadap blog tetap membara (gedix je ayat ini..HEHEHE). Kerinduan terhadap blog-blog pebret dan sahabat handai juga begitu.
Saya ni selalu aje beridea bila berada diluar dunia blog tetapi ketandusan idea bila bertentang dengan monitor. T__________T.
Update jugaklah walaupun bukanlah berita sensasi...Kui3...Erm, petang nanti saya akan menyertai pertandingan boling persahabatan peringkat TMG. Nama je dah dekat dua tahun dekat sini tapi saya masih tidak ramai bersahabat dengan orang-orang lain. Sedey bukan? Takpelah, harap-harap dengan menyertainya akan bertambah sahabat saya. Eceh.


Okeyla, babai.

Monday, February 14, 2011

Bercakap dengan kucen

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Semalam cuti. Seperti biasa cuti-cuti hujung minggu memang rumah saya akan sunyi sikit pada masa-masa tertentu. Hari Sabtu dan Ahad memang hari koko (ko-kurikulum) abang saya dan kakak ipar saya serta dua orang anaknya. Juga hari yang sibuk buat adik kakak ipar saya. Abang saya dan kakak ipar saya membawa anak-anak mereka menghadiri latihan taekwondo. Dari pagi sampai tengahari kadang-kadang sampai petang. Adik kakak ipar saya pulak pergi kelas. Menambahkan ilmu didada lagi. HEHEHE. Saya?? Seperti biasalah, haruslah betapa duk kat umah. Semalam memang saya rasa bohsan gila duduk kat umah. Macam takde hiburan je semalam. Rumah dah kemas. Kain dah sidai. Langsir dah basuh. Makan dah kenyang. TV lak macam entah ape-ape je ceritanya. Tapi yang peliknya kalau orang lain yang pilih ape-ape channel...macam bestla pulakkan. Boleh je saya layan. Nampak sangat tidak mesra televisyen (erkk...ada ke istilah ni??)
Sampaikan terlelap-lelap mata ni semalam. Jadi untuk mengelakkan dari tido siang saya pun pergilah merajinkan diri mengangkat jemuran diluar. Cuaca pun sangatlah hot. 
Saya punya kebosanan semalam memang klimaks saya rasa. Sampaikan saya bercakap dengan kucen peliharaan keluarga. Kucen tersebut ialah Olin. Salah seekor daripada 7 ekor kucen yang ada dirumah saya. Banyakkan?? Tapi si Olin je yang dibenarkan bergerak bebas. Beliau inilah District Officer. Kemana-mana entah merayau tapi selalu pulang kepangkal jalan bila dah penat melawat kawasan. Si Olin ni biasalah bila nampak orang sorang-sorang mulalah dia nak bergesel-gesel ngan orang. Saya layankan jelah perangai dia semalam. Saya cakap-cakap dengan dia. Amik-amik gambo dia. Cium-cium dia. Dia pun cam seronok je orang wat camtu. Tapi disebabkan saya ini alah kepada bulu haiwan dan habuk, aktiviti bersama kucen dihentikan sementara. Tak boleh lebih-lebih nanti dia naik lemak nak jilat-jilat muka. Miahahaha....tapi scene yang paling best semalam bila dia cube-cube nak cakar saya dan saya merajuk dengan dia.
Saya: Dahlah, Olin gi sana takmoh duk sini majuk (sambil saya toleh kesebelah kiri)
Olin pun bergerak dari belah kanan saya ke sebelah kiri...menghadap muka saya.
Saya toleh sebelah kanan.
Dia bangun dan pergi sebelah kana sambil tengok muke saya lagi..
Ouh, comelnye aksi si kucen. Kucen pun perlukan perhatian inikan pula manusia bukan.

Thursday, February 10, 2011

Macam-macam idea Acad ni

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Malam semalam...sekitar jam 8:30 pm sementara menunggu masa untuk makan malam, anak buah saya yang bongsu tu, Acad sedang sibuk mengambil coklat oreo. Sebaik saja dia membuka pembalut oreo tersebut, aci tak dia nak menyuruh saya membuangkan sampah beliau itu? How pemalasnya dan pandai mengarah-arah punya budak tecik. Saya tak tolong (saya pun malas nak tolong buangkan) sebab tong sampah hanya sekangkang kucen je dari tempat dia amik oreo tu. Dialog malam tadi berbunyi begini

Lokasi: Didapur
Masa: Sekitar jam 8:30 pm
Watak: Ucu (sayalah tu) dan Acad (anak buah saya)
Jalan cerita:
Acad: Ucu, tolong cu..
Saya: Tolong ape?
Acad: Tolong buang ni haa (sambil menunjuk sampah ditangan)
Saya: Acad gi la buang kat dalam tong sampah tu, tong sampah dekat je kat situ (sambil memuncungkan mulut kearah tong sampah)
Acad: Tolongla cu...(sambil kening berkerut-kerut)
Saya: Alaa...Acad pergi jela buang kat situ (muncung sekali lagi)
Acad: Eii...Ucu ni pemalas lah! Dahlah tak BERPERISA COKLAT (perkataan yang sepatutnya BERPERIKEMANUSIAAN)
Saya: Apa Dik?? 
Acad: Acad kata Ucu ni tak BERPERISA COKLAT.
Saya: Miahahaha...sape yang ajar Acad cakap macam tu?
Acad: Acad reka sendiri

HEHEHE.....aCaD oh AcAd.....BAnYaK BeTuL IdeA DiA.

Tuesday, February 8, 2011

Luahan Rasa Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ini cerita lepas. Dah berlalu pun tapi saya belum lupakan lagi. Biasalah selagi hidup didunia ni, selagi tu lah memang takkan lari dan terlepas dari perkara-perkara yang kadang-kadang menjengkelkan kita. Mujur ada keluarga dan blog ini untuk berkongsi apa yang dirasa. Saya tidak faham apabila ada manusia yang terlalu lancang berkata-kata. Mungkin manusia jenis ini adalah manusia yang ingin menunjukkan kehebatan dia dalam melaksanakan sesuatu tugas tu dan juga tidak mahu turut serta membantu apabila pihak lain memerlukan pertolongan. Padahalnya halnya sekelumit je...pihak lain tu hanya cuba bertanya sahaja. Masalah besarkah bagi manusia sebegini.apabila ada orang bertanya tentang sesuatu yang tidak pasti? Takut dilabelkan sebagai kaunter pertanyaankah?? HAHAHA.....kalau tak boleh bertanya baik tak payah datang kerja. Duduk rumah diam-diam sudah okey. Ini kali kedua saya di sound oleh manusia ini. Semuanya hanya kerana bertanya. Mujur dia sound saya [saya yang malas nak berlawan kata]. Saya bagi je peluang dia berkata-kata ikut citarasa dia. Sampai satu tahap kalau saya tidak boleh bertahan jangan salahkan saya kalau saya terfire kamu ye wahai manusia.
Jujurnya saya tidak berdendam. Lagipun buat apa nak berdendam. Saya cuma tidak pernah melupakan setiap tindakan dia terhadap saya. Sekurang-kurangnya saya lebih mengenali siapa dia sebenarnya.

Monday, February 7, 2011

Cuti Seminggu Digunakan Sepenuhnya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Lebih kurang seminggu bercuti. Nyaman sungguh. Dapat berada dirumah. Walaupun tidak kemana-mana cuma 3 atau 4 hari pertama cuti banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti beriadah bersama keluar diluar kawasan umah. HEHEHE. Macam-macam aktiviti yang dilakukan antaranya ialah makan-makan bersama keluarga dan keluarga kenalan kakak saya. Berjalan-jalan di taman tasik. Mengukur mall dan beraksi dengan menunjukkan skill bermain bowling memasing. Ternyata kakak saya hebat bermain bowling. Ini orang kata diam-diam ubi berisi. Saya tak dapat nak captured momentos yang besh-besh memandangkan kedua-dua phone saya kehabisan battery. Sedih gile. 

Selebihnya, waktu cuti banyak dihabiskan dirumah. Menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti mengemas rumah yang memang takkan pernahnya habis dikemas. Mengemas rumah ialah rutin maka hari-hari kena kemas. Apabila mendapat cuti yang panjang begini haruslah extra work mengemas. Penat tu memanglah penat tapi hati sangat puas sebab dapat tengok rumah kita kemas dan bersihkan. Baru rasa selesa je.

Owh...setelah lebih kurang 5 hari dapat kaberej dan dapat berhubung, beliau telah dibawa ketengah semula. Terputus sementara perhubungan kami. Semoga beliau selamat ditengah sana. Hopefully beberapa hari dari sekarang beliau mula berada ditepian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...