Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Lebih kurang seminggu bercuti. Nyaman sungguh. Dapat berada dirumah. Walaupun tidak kemana-mana cuma 3 atau 4 hari pertama cuti banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti beriadah bersama keluar diluar kawasan umah. HEHEHE. Macam-macam aktiviti yang dilakukan antaranya ialah makan-makan bersama keluarga dan keluarga kenalan kakak saya. Berjalan-jalan di taman tasik. Mengukur mall dan beraksi dengan menunjukkan skill bermain bowling memasing. Ternyata kakak saya hebat bermain bowling. Ini orang kata diam-diam ubi berisi. Saya tak dapat nak captured momentos yang besh-besh memandangkan kedua-dua phone saya kehabisan battery. Sedih gile.
Selebihnya, waktu cuti banyak dihabiskan dirumah. Menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti mengemas rumah yang memang takkan pernahnya habis dikemas. Mengemas rumah ialah rutin maka hari-hari kena kemas. Apabila mendapat cuti yang panjang begini haruslah extra work mengemas. Penat tu memanglah penat tapi hati sangat puas sebab dapat tengok rumah kita kemas dan bersihkan. Baru rasa selesa je.
Owh...setelah lebih kurang 5 hari dapat kaberej dan dapat berhubung, beliau telah dibawa ketengah semula. Terputus sementara perhubungan kami. Semoga beliau selamat ditengah sana. Hopefully beberapa hari dari sekarang beliau mula berada ditepian.
No comments:
Post a Comment