Pages

Wednesday, June 5, 2013

Luahanlah Sangat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang ni demam peperiksaan. Boleh dikatakan kebanyakan IPT kat Malaysia ni sedang menganjurkan perang peperiksaan.

Suamiku,
Jadual examku dah keluar. First paper start hujung bulan ni. Last paper pula awal bulan depan. Maksudnya kat sini gap antara setiap exam tu tak panjang. Pfffttt~~~~  Saya sedar tentang waktu peperiksaan yang semakin hampir, tapi entah kenapa makin hari makin malas pula nak menengok buku dan calculator. Saya lebih suka melayan Masterchef dan Candy Crush. Maafkan saya suami. Saya cuba berubah start malam ni. Ngeeee....

Juga nak ucapkan selamat maju jaya buat kakak ipar saya, abang ipar dan biras saya yang juga akan menduduki peperiksaan. Semoga kita semua berjaya..InsyaAllah........

Tuesday, June 4, 2013

Suami

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nak ikutkan dah 11 hari terpisah dari suami. 11 hari tidak bertentang mata, tidak makan sama-sama, tak dapat salam dan cium tangan sebelum pergi kerja. 11 hari juga kena pergi kerja sendiri. Memanglah sangat tidak best. Tapi tapi tapi...5 hari pertama masih dapat berhubung dengan suami melalui telefon. 6 hari berikutnya (termasuk hari ini), langsung tak boleh berhubung. Tak tahu khabar berita. Haish. Tak bestlah. Saya memang maklum yang kapal suami mungkin masuk ke port sebulan sekali. Dahsyat tak? Uwaaaaa......

Selepas kami berumahtangga, ini merupakan on board suami yang ketiga. Seperti sebelum-sebelum ni, suami memang akan berpesan macam-macam sebelum beliau pergi kerja. Sampai satu tahap tu gaya beliau treat saya seolah-olah saya ni tak tahu apa-apa. Saya tak kisah sebab saya tahu itu demi kebaikan saya. Macam-macam doa dan potongan ayat al-quran yang beliau akan ajar setiap kali dia nak gi kerja. Dia suruh saya amalkan. Saya notis tentang itu. 

Sekarang ni tak sesuai lagi nak pangkah-pangkah kalendar. Baru sangat. Tunggulah bulan lapan nanti. 



Monday, June 3, 2013

Belajar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni office lengang lagi. Almaklumlah cuti sekolah tak habis lagikan. Tunggulah minggu depan, kompom dah takde lagi suasana damai macam ni. Ahakz.

Pelajaran.

Bila fikirkan subjek yang satu tu memanglah saya rasa lemah. Sampai sekarang saya tak faham-faham. Pasaipa pun tak tahu. Take home test yang lecturer bagi 2 minggu yang lalu pun saya tak berjaya siapkan lagi. Dok takuk tu je. Setiap kali menghadap soalan tu mesti kerja-kerja lain tergendala. Punyalah saya nak fokus. Tapi tak siap-siap juga. HUHUHU. Tanya kawan, dia pun 2 x 5 macam saya. Tanya senior yang dah amek subjek ni & kalau boleh nak pinjam nota-nota diorang, hari pun malam coz nota-nota diorang sume dah bagi pinjam kat budak-budak lain. Ada yang tak tahu bubuh kat mana pun ade..Adeh. Masaklah macam ni. Ada satu je harapan lagi...minta kat kawan saya yang seorang ni. Hopefully dapat. :)

Subjek yang lagi satu tu pula saya sukaaaaa gila! Kalau boleh nak belajar subjek tu je sepanjang sem ni. Subjek calculation. Eh jap. Subjek yang kat atas tu pun calculation juga sebenarnya. Tapi yang kat atas tu lebih kepada financial. Yang saya suka ni lebih kurang macam mathematic. Walaupun banyak formula, tapi saya suka sebab lecturer tu ajar saya faham. Cara lecturer tu ajar memang betul-betul nak bagi student dia faham. Memang nampak sangat usaha dia. Sampaikan nak tekan square root pakai calculator pun dia ajar. Padahal itu benda basic je kan. HEHEHE.

Hujung bulan ni dah start exam. Harap-harap tak adalah paper yang sangkut. Letih kalau ada yang sangkut. Tak sanggup ahkak nak melaluinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...