Pages

Monday, September 24, 2012

Saya budak baru belajar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lebih kurang 3 minggu saya memandu dibawah pemantauan suami tercinta. :) Almaklumlah, budak baru belajar macam saya ni, mana berani nak bawa sorang-sorang.

Destinasi pertama yang dituju ketika kali pertama memandu ialah - pejabat. Sangat gugup masa tu. Iyelah, saya biasa naik turun train je. Kalau naik kereta pun mesti sebagai penumpang je. Ketika tu, perjalanan ke office rasa macam lama sangat. Rasa macam dari KL ke Perak. Dahsyat tak? Berhadapan dengan traffic jammed. Traffic light rosak. Hampir-hampir langgar divider. Takut nak bertukar lorong. FUH! Sampaikan untuk hari-hari seterusnya saya rasa macam putus asa dan tak nak drive sendiri. Saya tak yakin. Tapi suami selalu bagi kata-kata semangat dan galakan. Kadang-kadang tu ada gak kata-kata suami tu macam berbaur "memberi cabaran" buat saya.

Pernah sekali tu, suami senyap dan tak nak bagi apa-apa komen semasa saya memandu. Sebelum saya drive, dia dah bagitau yang saya kena ikut kreativiti dan logik akal saya semasa memandu. Saya ni jenis sikit-sikit nak tanya.

"Abg, boleh undur lagi tak?"
"Abg, betul ke pusing macam ni?"
"Abg, macam mana ni?"

Sampai hati suami tak nak jawab pertanyaan saya. Alah, tapi kejap je berkeadaan macam tu. Lama-lama suami cakap gak. Gila apa tak nak cakap. HEHEHE.

Tak lama kemudian, suami suruh saya drive dari Cheras menghala ke arah Gombak. Suami ajar macam mana nak memotong. Pertama kali memandu dengan kelajuan lebih kurang 100 km/j agak mendebarkan ye untuk freshie macam saya. Lagi mencabar ketika melalui jalan berbukit dan bengkang-bengkok. Pergh...sangat mencabar. 

Baru-baru ni, kami ke Shah Alam. Pukul 6:30 am dah keluar rumah. Hari ketika itu masih gelap dan hujan. Oh, cabaran sekali lagi ketika itu. Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi dengan selamat. 

Betullah kata pepatah, practice makes perfect. Kalau saya tak bulatkan hati, sampai bila-bila saya tak tahu memandu. Sekurang-kurangnya, bila ada apa-apa perkara kecemasan yang berlaku akan memudahkan saya untuk bergerak kemana-mana lebih-lebih lagi bila suami saya keluar berkerja. 

P/S: Tak dapat bayangkan kalau suami tak teman masa bawak kete..HUHU~


170912: Chenderong - KL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi-pagi dah bangun. Nak mandi tak sanggup sebab air kat bilik air sangat-sangat sejuk. Maka tak mandi time subuh tu. Gosok gigi, cuci muka dan buat apa-apa yang patut. Selesai breakfast, suami ajak ke Chenderong. Air terjun mini kat Tg Besar tu. Yang pasti orang-orang kampung je yang tahu tempat tu, orang yang luar dari kawasan tu mesti tak tahu akan kewujudan tempat bermandi-manda mini tersebut.

Lebih kurang 8:30 am bergerak ke Chenderong. Jalan kaki je. Adalah dalam 1 km perjalanan. Sambil-sambil jalan, suami gi campak mercun bola. Sampai terkejut monyet-monyet kat pokok. HUH! Nak ke Chenderong ni memang kena ramai-ramai ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab tempat ni agak pedalaman sket. So, kami pergi berempat. Suami, saya, MIL dan mokde. Sampai je kat kawasan air terjun mini tu nampak macam cetek je airnya...rupa-rupanya boleh lepas kepala ok. HUHUHU..suami kemain berenang-renang bagai. Saya tak pun sebab airnya sejuk sangat. Just rendam-rendam kaki.Sekali suami suruh masukkan badan dalam air. Saya akur. HAHAHA...tak lama pun kat situ sebab sangat-sangat sejuk dan kami nak terus balik KL lepas tu.

P/S: Sebelum balik, melawat kawasan umah mokde sekali lagi. Sekali tengok memang ada pokok anggur & dah berbuah. Hari sebelumnya mokde & suami ada cakap pasal pokok anggur, ingatkan diorang main-main...KUI3...

Friday, September 21, 2012

160912: Kuantan - Sg Tekam - Perlok - Tg Besar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari kedua berada di negeri Pahang. Plan hari ni adalah menziarahi Wan di Perlok, tapi sebelum tu nak singgah rumah kawan suami dulu di Sg Tekam. Perjalanan dari Kuantan bermula sebaik sahaja kami semua selesai bersarapan pagi. Sepanjang perjalanan kami agak syok melayan pemandangan. Toleh kiri, toleh kanan, borak-borak, search channel radio, pasang CD dan sebagainya. Suami pula sekejap tekan minyak macam pelumba F1. Sekejap memandu mengikut hadlaju kebangsaan. Ketika melalui satu jalan tu (masih di highway), kami berada dilorong paling kanan...tetiba husband cakap..."alamak, kantoi..kantoi..kantoi.." Terus saya tanya apa yang kantoi? Suami cakap..."ada polis,cis!" Terus saya toleh belakang, dan memang sah polis tu tengah tangkap gambar kereta kami. HUHUHU...tunggu je la surat cinta sampai nampak gayanya...#suami sempat cakap harap-harap kamera polis tu rosak akhlak...HAHAHA!

Sg. Tekam
Inilah destinasi yang kami tuju selepas Kuantan. Sg. Tekam ni rumah kawan suami. Kawan sepengajian dan kawan sekapal. Sampai pun lebih kurang tengahari. Maka sedang eloklah, kami dijamu dengan hidangan makan tengahari. HEHEHE. Sebelum menjamah makanan tengahari tu, adik kawan suami buat coconut milk shake. Pergh...memang sedap. Rasa nak tapau je bawak balik. HAHAHA. Hidangan makan tengahari lagi dahsyat. Ada gulai ikan patin, ada ikan goreng, ada budu, ikan pekasam dan ulam gajus. Pergh! Mujurlah dah praktis makan gulai ikan patin sebelum ni. HEHEHE. Budu je yang masih dalam proses pembelajaran dan proses memujuk tekak agar terima dengan hati terbuka. HIKHIKHIK. Kawan suami & keluarga jenis peramah & cepat mesra dengan orang. So, takdelah nak malu-malu sangat. :) Sebelum beransur, siap tapaukan kami buah salak yang di ambil dari pokok belakang rumah tu. Mekasih. :)

Perlok
Sampai Perlok dalam pukul 4:00 pm. MIL berborak-borak dengan Wan. Tak lama sangat kat rumah Wan. Lebih kurang sejam je. Lepas tu kami minta diri. Time nak keluar dari lorong jalan umah Wan yang agak mencabar. Jalan kecik - jalan tak elok - bawah jalan tu ada sungai. Risau je jalan tu tak kukuh. Lepas je melalui jalan tu, satu lagi kejutan kami nampak. Objek panjang, panjangnya selebar jalan. MIL kata kayu. Saya kata macam bukan kayu sebab macam bercorak-corak je (sebenarnya tak nak cakap nama sebenar objek tu). Sekali terus suami cakap, "ular sawa lah". Mujur dah mati. MIL suruh suami kuis objek tu letak ketepi jalan. Suami enggan. Seriau tengok objek tu depan mata. Saya budget mesti kena langgar lori objek tu sebab waktu kat umah Wan ada nampak lori yang super laju lalu. Lepas tu ziarah kubur arwah atok. Lepas tu terus shoot ke Tg Besar.

Tg Besar
Lewat petang sampai Tg Besar. Ni first time datang. Umah Mokde. Umah sepupu MIL. Umah mokde ni best sebab dikelilingi dengan tanaman. Mokde rajin bercucuk tanam. Nak makan kacang botol, ulam raja, cili padi, sawi dan pelbagai jenis sayur-sayuran serta buah-buahan semua ada. HEHEHE. Ni first time jumpa mokde. Mokde ni peramah dan sempoi gak. Kami bermalam dirumah mokde. Esoknya baru balik KL.

P/S: Aktiviti best di Tg Besar next entri.


Thursday, September 20, 2012

150912: KL - Kuantan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Cuti 3 hari baru-baru ni kami suami isteri dan ibu mertua pergi mengukur tanah lagi. Bukan saja-saja mengukur tapi memang bertujuan.

Hari Sabtu (150912) - Lebih kurang pukul 7:15 am kami dah keluar. Nak menghadiri kenduri kahwin kawan suami di Kuantan. Sebelum tu, kami singgah dulu pekena roti canai. Dah selesai isi 'tangki', kami pun memulakan perjalanan kami ke Kuantan. Saya bajet dalam pukul 11:30 am akan sampai. Rupa-rupanya dalam pukul 10:30 am dah sampai dah. Aish, awal lagi. Kenduri start pukul 12:00 pm. Mujurlah kami berada di Pahang. Kampung halaman ibu mertua saya. Maka tahulah tempat yang nak dituju. Terus beraya kerumah pak sedara yang berhampiran. Berborak-borak sambil menengok zuriat arnab yang baru lahir semua, sedar-sedar jam dah pukul 12:00 pm. So, apa lagi berangkatlah kami 3 beranak ke rumah kenduri. Ngeh3....kebetulan perut pun dah lapar time tu. Memang kena sangatlah...HAHAHA.

Dirumah kenduri memang makanannya lazat-lazat. Siap 12 khemah uols kalau tak silap. Husband bila dah jumpa kawan-kawan sepengajian dan seperkapalan, apalagi kemain borak sakanlah. Saya pula yang rasa tersisih masa tu. HAHAHA...lama gila kot melangut kat umah kenduri tu. Terus MIL suruh roger husband cakap nak pi duduk dalam kereta. Ekekeke.

Lepas tu terus cari hadiah untuk baby Afi Aryan Danish - cahaya mata sulung Shidah & suami. Kebetulan malam tu orang tua Shidah buat kenduri akikah untuk Afi. Maka kami bermalam kat situ jelah. Nak cerita pasal keesokan harinya next entry lah pula.

P/S: Baby Afi cumel..

Wednesday, September 19, 2012

Bila Suami Bercuti

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah masuk sebulan 3 minggu suami bercuti. Sekejap je rasa. Tak terasa pun masa berlalu tika suami ada disisi. KIHKIHKIH..Sejak suami ada kat darat ni jadual kami suami isteri memang padat. Kelas kau jah siap ada jadual...Ahakz...

Setiap hujung minggu mesti ada je kegiatan yang kami lakukan. Tak betah nak duk umah je setiap hari. Almaklumlah dari Isnin sampai Jumaat saya ke office. Suami dirumah. Hari Sabtu dan Ahad saya cuti, jadi time ni lah untuk berjimba-jimba dan mengukur tanah.

Seingat-ingat saya, minggu pertama suami bercuti je kami tidak kemana-mana. Banyak habiskan masa dirumah especially time weekend. Mana tidaknya, time tu kan bulan puasa lagi. Tak larat pula nak kesana-sini dan bersesak-sesak ke shopping mall. Start je minggu kedua, sedikit demi sedikit kami mula melakukan kegiatan luar.

Habis je puasa, lagilah kami menggelejat. Kesana-sini kami berjalan. Kadang-kadang tu bukan beli apa pun. Sekadar ronda-ronda je. Melihat dunia luar. Eceh. Lagi pun 3 bulan tidak berpeluang nak luangkan masa macam ni kan. So, sementara ada peluang dan kesempatan ni haruslah diisi dengan perkara-perkara indah je. Yer dak? Sekurang-kurangnya, boleh dijadikan kenangan bila suami pergi mencari rezeki untuk kehidupan kami nanti. :)

P/S: Seronok betul dah kahwin ni....bila keluar berjalan-jalan boleh balik rumah lewat-lewat. :)

Thursday, September 13, 2012

Happy Birthday Mr Soulmate :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

10092012 - Hari ni umur suami menganjak lagi satu angka. Tak kisahlah tentang umur tu, nombor je kan. Yang penting masih orang yang sama yang saya kenal 3 tahun yang lalu. Cewah.

Buat pertama kalinya menge"wish" happy birthday face to face. Sebelum-sebelum ni tak pernah berpeluang. Almaklumlah PJJ lah katakan.

Ralat sedikit sebab saya bukan merupakan seorang yang pandai memberikan kejutan. Kalau orang lain tu ada je idea diorang nak surprisekan partner diorang kan? Saya pula bukan jenis yang macam tu. Tiada apa-apa sambutan sempena meraikan hari ulangtahun suami. Cuma berpuas hati apabila dapat membelikan dua barang yang sangat-sangat diingini suami. HEHEHE. Barang tu simple, biasa dan tidak mahal. Maknanya disini dalam tahap masih mampu milik. Thanks suami sebab tidak demand tentang hadiah. Walaupun saya tahu suami tidak pernah harapkan apa-apa, tapi saya memang dah pasang niat nak belikan suami sesuatu sebab saya tidak pernah buat macam tu sebelum ini.

Sehelai T-Shirt Joker & Tomica Honda Civic Type R (kereta mainan).

Inilah dua barang yang diberikan buat suami. Sebelum kami kahwin lagi suami dah cari T-shirt ni. Setiap kali turun ke KL, mesti kami akan cari T-shirt ni. Malangnya, mesti tak ada. Kalau ada pun, mesti tak cantik dan tidak menepati citarasa suami. Suami simple tapi agak cerewet sikit kalau memilih pakaian. Setiap inci diteleknya. HEHEHE. Mungkin dah rezeki hari jadi, Ahad lepas ada baju yang suami nak. Kebetulan tengah buat offer. Maka gembiralah hati ahkak kan nak membeli. Ngeh3...

Sehari selepas tarikh rasmi hari jadi suami, saya ajak suami ke Mid Valley time lunch hour sebab nak beli barang untuk jamuan raya office. Dah selesai beli barang, ternampak kedai Toy R Us. Terus ajak suami masuk kedai tu. Time masuk je ke kedai tu sangat-sangat berharap yang kereta mainan Civic FD ada. Dah banyak gila mall yang kami pergi tapi semua takde. Masa di Jusco Mid Valley, tinggal 1 je display. Salesperson tu kata tak jual yang display tu. HUHU...sampai ke Melaka ok kami cari. Mungkin rezeki hari jadi sekali lagi, jumpa gak kereta mainan Civic tapi bukan Civic FD tapi Civic FN. Itupun dah seronok kemain suami. Apa lagi, beli je lah satu. 

Harap abg suka semua pemberian ni. Nak beli yang mahal-mahal syg tak mampu.HUHUHU. 
Semoga abg sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t., mendapat keberkatan hidup dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Syg doakan abg dimurahkan rezeki dan sentiasa beroleh kejyaan didunia dan diakhirat. Terima kasih kerana menjaga kebajikan sayang dan sentiasa menjadi teman dikala susah dan senang. I love u.


P/S: Pada tarikh yang sama kami dapat anak saudara baru. 


Wednesday, September 5, 2012

Dah nak masuk 6 bulan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, sudah hampir 6 bulan usia perkahwinan kami (090312-090912). Rasa macam baru semalam je kami diijab qabulkan. Juga rasa macam baru semalam je emosi saya sedikit terganggu ketika dimasjid. Terganggu sebab suami saya lewat tiba. HEHEHE. Ikutkan perancangan, kami akan bernikah jam 3:00 pm. Namun atas sebab-sebab tertentu, jam 4:30 pm baru selesai upacara pernikahan. Syukur Ya Rabb

Mengimbau detik pernikahan tersebut, baru saya sedar yang saya tidak menangis langsung saat saya sah menjadi isteri kepada lelaki yang berjaya mendapat tempat dihati saya. Dan saya rasa mungkin saya je kot wanita yang tidak menangis semasa bernikah. Sebelum bernikah saya memang bajet mesti saya akan menangis, sebak dan sedih semua sebab saya memang jenis cepat menangis tapi hakikatnya semasa kejadian langsung tidak ada setitik air mata ok. Dahsyat tak? Pelik!

Ramai kenalan saya yang terkejut menerima undangan ke majlis perkahwinan kami. Katanya tidak sangka dalam diam-diam saya dah nak tamatkan zaman bujang. Gaya saya pula sebelum ni memang tidak nampak macam orang yang tengah bercinta. HAHAH...Memang surprise habislah kununnye...

Sepanjang tempoh 6 bulan ni memang banyak perubahan yang berlaku keatas diri saya. Perubahan yang ketara adalah keatas tubuh badan. Oh, kalau badan "sihat" kerana berbadan dua saya gembira sangat tapi ini "badan sihat" kerana banyak lemak-lemak tepu yang terkumpul. Suami kata, baguslah badan berisi itu menunjukkan yang dia beri cukup makan pada saya. Tenkiu my darling asben kerana menjaga kebajikan saya. Ahakz.

Perubahan lain lebih kepada tanggungjawab. Makna kata bila kita dah berkahwin kaki kita akan selangkah ke  alam yang lebih "dewasa dan mematangkan". Eceh. Ha lor. Dulu sebelum kahwin apa-apa hal berkaitan kehidupan ni keluarga yang akan uruskan. Sekarang, apa-apa sahaja perkara perlu berbincang dengan suami. Dapatkan pendapat dan kata putus bersama. Memang kekok pada mulanya, tapi lama-kelamaan sudah biasa.

2 bulan selepas berkahwin, suami teruskan perjuangan dilaut biru. Membelah lautan demi mencari rezeki buat kami sekeluarga. Memang ketika itu perasaan sangat-sangat sedih. Yela, baru kahwin dah kena "berjauhan". Tapi bila difikirkan balik, saya masih beruntung jika hendak dibandingkan dengan teman lain. Ada yang lagi dahsyat baru 2 minggu kahwin suami dah kena kerja. :(

Ada kawan-kawan yang tanya macam mana kehidupan selepas kahwin. Best ke? Ok ke? Bagi saya semuanya baik-baik sahaja. Masa ni lah untuk kita lebih mengenali pasangan kita tu. Kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka. Masa ni lah kita boleh berbual dan bercakap dari hati ke hati. :)

Sekarang, suami masih bercuti. Setiap masa yang ada digunakan dengan sebaiknya. Setiap hujung minggu memang ada sahaja aktiviti luar pintu yang dilakukan. Kadang-kadang penat tapi inilah kenangan & bekalan yang kami kena simpan dan kenang bila berjauhan semula nanti.

P/S: Semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke syurga dan semoga impian kita akan tercapai. Allah dengar doa setiap hamba-hambaNYA.


Tuesday, September 4, 2012

Projek Raya Kedua

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entri lepas, saya ada beritahu tentang plan kegiatan hari raya kamikan? Ha, kali ni saya cerita tentang aktiviti tersebut ye.

Petang hari raya pertama tu suami mengusulkan cadangan untuk bersiar-siar bersama keluarga. Pelbagai cadangan telah diusulkan masa tu. Setelah mengambil kira tentang kos, kebaikan dan keburukan kami sepakat untuk pergi ke Tanah Tinggi Cameron pada hari raya kedua.

Hari Raya Ke-2:
MIL gigih menyiapkan juadah dan pelbagai hidangan. Nasi putih, sambal udang, "daging sedap", ikan/ikan masin goreng, telur dadar dan kicap sebotol. Berserta air teh O. Semua ni kami angkut ke Cameron. Dalam pukul 8:00am bertolak dari TI. Berhenti kat mana entah untuk breakfast. Selesai breakfast teruskan perjalanan ke destinasi. Sekejap-sekejap tanya suami, "abg, dah start ke jalan bengkang-bengkok ni?"...HUHUHU. Mencabar ok. Saya rasa macam nak termuntah je time tu. Mujurlah, berjaya mengawal diri. :)

Kami sangka time raya-raya ni tidak ramailah umat manusia yang turun ke Cameron, sekali...mak aih, ramainya orang. Banyaknya kereta. Sesaknya jalan. Dari Tanah Rata nak ke Brinchang hampir 2 jam ok. FUHH! Pastu hasrat hati nak ke MARDI, tapi sayang seribu kali sayang MARDI tutup time tu sebab cuti umum. Maka, kami pun menjejakkanlah kaki ke taman permainan berhampiran. Sebab budak-budak semua dah super excited bila nampak taman yang ada jagung, kobis dan segala macam sayur-sayuran tu. :)

Pastu pergilah kat tempat strawberry. Tak ingatlah nama tempat tu. Yang pasti nak sampai ke tempat tu memang mencabar. Dekat tepi kawasan construction. Membukit. Dah duk kat situ ngan selambapapa je kami turunkan segala-mala makanan yang MIL masak tu. Tapi dah minta permission dululah dari orang kedai tu nak tumpang duduk & makan kat situ. KUI3...sambil tu Yeop belilah dua cup ice cream, buat syarat yang kami duduk bukan free-free je..HAHA.

Plan asal nak balik hari je tapi memandangkan kepenatan dan tak sanggup nak menghadap jammed, check in la kat budget hotel. Boleh rehat-rehat. Petangnya, menggagahkan diri ke mana entah, tapi banyak jual cactus kat situ. Tak ingat nama kedai sebab kebanyakannya jual benda yang sama. Pastu cari jagung, cari ubi keledek, beli tomato ceri, beli strawberry, beli serbuk teh dan dah tentu-tentulah beli fridge magnet. Pergi sana-pergi sini sampai saya tak ingat nama tempat yang kami pergi. Sebab asek-asek berhenti, jalan-jalan, belek-belek benda yang menarik. Sampai tak larat rasanya.

Oh, saya juga beli sehelai T-Shirt kat pasar malam sebab baju saya kena kencing Yani...Phewww~ Terpaksa ok. Dua hari berjalan di Cameron memang seronok dan meletihkan. HAHAHA...seronok sebab jarang dapat berkumpul ramai-ramai dan keluar sesama kan. Time-time macam ni lah dapat gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Saya tempek gambar je lah ye. Tak larat pulak nak menaip. Ihiks~





P/S: Malaslah nak letak caption kat gambar. HEHE..masa otw balik sempat gak singgah beli petai orang asli. Petai pun dah selamat~

Monday, September 3, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Walaupun hari ni dah masuk 16 Syawal dan baru saya terhegeh-hegeh nak wish...tapi apadehal yer dak? Bulan Syawal lagilah katakan... :)

Saya cuba rangkumkan semua cerita syawal dalam entri ni.

01 - Hari raya kali ni saya perlu ambil cuti 2 hari (Khamis dan Jumaat) tapi hakikatnya saya dapat bercuti selama 9 hari setengah...hahaha..faham tak? Tak perlu explainlah ye. Yang pasti ramai pekerja-pekerja TM dapat cuti yang sama macam saya.

02 - Tahun pertama berpuasa dan beraya sebagai seorang isteri. Juga kali pertama dan tahun pertama beraya diluar KL. HUHU. Dua hari sebelum raya dah bertolak ke kampung suami. Saya minta suami sembahyang Jumaat di surau office saya, habis je sembahyang terus shoot ke TI. Suamilah yang paling menggelejat dan berkobar-kobarkan...sebab hampir 4 bulan tidak bertemu bonda terchenta. :)

03 - Bayangkan dalam 1 jam 1/2 kami dah sampai exit Sungkai. Betapa ghairahnya suami ingin bertemu keluarga. Alhamdulillah jalan pun tak jammed lagi time tu. Sampai je kat rumah MIL, semua adik-beradik suami, ipar duai dan cucu-cucu kesayangan MIL dah berkumpul. Memang meriah uols....walaupun suami saya cuma 3 beradik. Akak ipar saya yang dalam pantang turut turun padang menganyam ketupat. Kelass gitu..

04 - Mengambil kesempatan ke bazar ramadhan bersama adik-beradik dan anak-anak sedara yang ramai itu. MIL kat umah prepare hidangan (tak senonoh betul perangai menantu..kui3)...tapi MIL saya sempoi dan jenis tak kisah. Ailapyu mami. (Pangg...amboi gediknye bermami-mami..ahakz). Bila malam menjelma...amboi kemain meriah dengan dentuman mercun dan asap-asap bunga api. Suami saya pun turut serta ok.

05 - Malam raya, MIL ready untuk rebus ketupat pulut. Tradisi keluarga suami ialah makan ketupat pulut. Saya pula jenis makan ketupat nasi @ nasi impit. Almaklumlah kena pantang pulut, kalau tak semput karang. Mujurlah ada gak nasi impit. Yeay. Rendang dan kuah kacang pun ada. "Daging sedap" time kenduri kawen saya dulu tu pon ada. SIL siap order lagi 2 bekas...sedapppp~

06 - Pagi raya, jamah makan sikit lepas tu beramai-ramai ke masjid untuk sembahyang raya. Selesai sembahyang, sesi bermaaf-maafan. Kalau belah keluarga saya sebelum-sebelum ni mesti akan ada air mata yang mengalir. Tapi kali ni takdelah pula. Cuma sebak je lah di pagi raya tu especially lepas minta mahap ngan suami. Ampunkan dosaku suamiku :) Juga menangis bercucuran air mata lepas call keluarga di KL :(

07 - Raya pertama hanya melepak dirumah. Tak larat nak kemana-mana. Suami kelesuan akibat penangan pulut. Anak-anak sedara cergas kerumah jiran tetangga untuk beraya sambil menyelam minum air...HAHA~

08 - Petang tu plan dengan adik-beradek untuk aktiviti hari raya....apakah dia? Tunggu....~

Masing-masing menunggu giliran untuk dapat bunga api dari Pak Cik

Kemeriahan asap bunga api, kemain masing-masing.

Anak-anak yeop menempel. Bayangkan anak 4 orang, raya dengan anak-anak, suami dilaut...T__T

Kami bersama emak

Kami bersama opah

Kami suami isteri. Manyaknye duit raya kat poket :P
Raya pertama dan pagi raya je kami berpakaian sedondon macam ni. Masuk tengahari saya dah salin baju. Panas, rimas dan tak selesa nak buat kerja pakai cantek-cantek. HEHE..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...