Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ada orang suruh saya tolong carikan calon untuk seseorang.
Saya enggan.
Bukan saya sombong, bukan tidak mahu hulur pertolongan dan bukan tidak berperikemanusiaan.
Hakikatnya saya bimbang akan ada kesan sampingan.
Yang sebetulnya jodoh, ajal dan maut tu semuanya di tangan Tuhan bukan.
Kenapa hendak dipertikaikan akan tempoh lamanya menjadi bujangan??
Andaikata calon yang saya pilih menepati piawaian dan seseorang itu berkenan - saya gembira.
Andaikata calon yang saya pilih itu membawa kebahagiaan dan kegembiraan pada seseorang itu - saya turut bahagia.
Berbalik pada kesan sampingan;
Andaikata calon yang saya pilih itu membawa kepada bencana dalam perhubungan seseorang itu bagaimana?? Barangkali saya akan dipersalahkan sebab memperkenalkan calon yang sedemikian rupa. Saya tidak berani menanggung risiko. Bagi saya, biarlah seseorang itu mencari sendiri cinta dia, biarlah dia usaha sendiri untuk mencari imam dan pelindung dia suatu masa nanti. Yang pasti seseorang itu mesti ada citarasa sendiri tentang pasangan yang didambakan, siapa saya yang nak melebih-lebih dalam perjalanan hidup dia..
P/S: Saya sendiri masih bertatih dalam kehidupan rumahtangga.
Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Saya dah pasang angan-angan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Walaupun belum ada dalam tangan, tapi saya dah dok berangan-angan. Alhamdulilllah, rezeki dari Allah dan rezeki kahwin agaknya. HEHEHE. Saya pasti dan yakin rata-rata rakan sekerja saya dok menanti hari berbahagia itu. Hari dimana kita mendapat habuan atas segala pekerjaan yang kita lakukan. Yeay!
Sejak CEO umumkan jumlah habuan yang bakal diberikan, sepantas kilat saya mencongak segala perbelanjaan. Hutang atau segala jenis tanggungan harus diberi keutamaan dahulu. Risau gak kalau belanja tak beringat akan memakan diri sendiri nanti. Maka dahulukan mana yang utama. Lepas tu barulah boleh gunakan untuk perkara-perkara lain.
Lagi...
Sedar tak sedar lebih kurang 10 hari dari sekarang je masa yang ada untuk saya dan suami. Suami dah nak mula bertugas diperairan. Gementar sebenarnya. Risau pun ada. Saya nak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada ni dengan perkara-perkara indah je. Sebab untuk 3 bulan mendatang, hanya memori-memori indah ni je yang akan menjadi hiburan saya nanti (selain daripada keluarga). Suami....nanti mesti saya rindu sangat-sangat.
Dah lah, rasa sedih pulak. Bek pikir malam ni nak masak apa... :)
P/S: Sejak dapur siap, hari-hari fikir pasal menu~

Thursday, April 19, 2012
Buat Awak
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ayat -ayat berikut saya ambil dari FB kawan baik saya suatu ketika dahulu dan saya tahu dia merupakan pembaca senyap blog picisan saya ni:

"Jangan dikenang..nanti lagi sedey..kira saat, jangan kira hari..baru terasa lama sikit. Manfaatkan masa yang ada dengan perkara yang indah-indah je.."
Entah kenapa saya rasa seperti terdapat keikhlasan dalam ayat yang beliau taip tempoh hari. Masih terasa aura "kawan baik" tu. Terima kasih ye awak. Ayat-ayat ni beliau sampaikan untuk saya memandangkan tidak lama lagi chenta hati saya akan mula menjalankan tugas di tengah-tengah samudera.
Erm.., sekarang saya dan beliau berhubungan semula. Semuanya gara-gara FB. HEHEHE. Syukurlah biarpun bukan lagi bergelar "kawan baik", sekurang-kurangnya kami masih boleh berkawan dan bertegur sapa. Mungkin hubungan kami sedikit terjejas dek kesilapan dan ketidak matangan kami suatu ketika dahulu. Sekarang masing-masing dah mencapai tahap dewasa dan saya yakin masing-masing sudah boleh berfikir antara baik dan buruk. Moga hubungan yang terjalin semula ni berkekalan. Semoga awak sentiasa beroleh kesejahteraan dan cepat-cepat kahwin ye. :)
P/S: Saya rindu zaman kita masuk pertandingan kawad KRS tu walaupun saya Pengakap, awak Kadet Bomba. Kita berdua terror kawad kan?? HAHAHA~ (berlagak!!)
Monday, April 16, 2012
Ni apa yang saya rasa sekarang
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Bukan rezeki saya. Frankly speaking, saya rasa sedikit ralat. Mungkin kata-kata saya dimanipulasikan. Walhal sudah jelas kata putus yang diambil ketika perbualan beberapa tempoh hari yang lepas. Fuh! Saya tidak tahu apa agenda tersembunyi dan mainan politik yang mereka sedang lakukan terhadap saya. Ye, mungkin saya yang sentiasa fikir bukan-bukan. Sentiasa menganggap diri disisih dan dipulaukan. Saya dah lihat banyak perkara yang berlaku depan mata saya. Saya diamkan. Saya malas nak besar-besarkan. Lagi pula pangkat dan kedudukan saya tidak setinggi mana. Saya masih rumput dibumi. Tidak layak atau yang lebih tepat tidak kuasa saya hendak mempertikaikan. Biarlah mereka. Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa-siapa antara mereka tu, tapi cubalah jadi profesional. Cubalah jadi "ketua" yang sama-rata. Jangan hanya ingin kelihatan hebat dimata pihak atasan pihak "bawahan" ni diketepikan. Ikutkan kelayakan kita semua berada dalam level yang sama je.
p/s: Manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain.

Friday, April 13, 2012
Nebes, Gementar, Cuak, Ketar..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Rasa berdebar menunggu Sabtu esok. Terus-terang saya bukan jaguh didapur. Saya jarang nak jamu orang-orang (merujuk kepada bilangan orang yang banyak) dengan air tangan saya, lebih-lebih lagi hidangan yang berunsurkan makanan. Kalau setakat nak hidangkan minuman dekat orang-orang saya macam tak kisah sangat. Bagi saya menyediakan minuman itu mudah je. Cehcehceh...~ Kalau makanan sangat-sangat jarang. Kalau masak dan makan untuk diri sendiri rasa ok lagi. Sedap ke tak sedap ke sendiri yang buat, sendiri yang makan. Ini dah melibatkan orang-orang lain. HUHUHU...cuak tahu. Kenapa nak rasa takut eh? Adakah sebab saya rasa macam kurang yakin? Mungkin YE, tapi sampai bilakan nak ada rasa macam tu. Hopefully, acara perhimpunan 2 keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga suami berjalan dengan lancar. Hopefully apa yang bakal saya saji dan hidangkan esok menepati piawaian...Kui3....
Nebesnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Tuesday, April 10, 2012
Berat Badan Tak Unggul
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya risau. Badan saya mula mengembang. Risaunya saya. Gara-gara seorang rakan pejabat beritahu tentang perubahan bentuk badan, terus saya rasa tidak keruan.
"Erni nampak berisilah. Kat bahagian pipi dan peha nampak naik." - Nida cakap.
"Pipi kau nampak naik sikitlah" - Along cakap.
Ahh...tak bestnya dah gemok. Camnelah nak kekalkan berat badan unggul eh? Tak cunlah kalau shape lari. HUHUHU...
Suami cakap okeylah tu berisi sikit kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Tapi dalam masa yang sama suami ada cakap janganlah gemuk-gemuk sangat. T__T
p/s: Suami, malam karang main badminton jom~

Monday, April 9, 2012
Selamat Ulangbulan Gmeni
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t.. yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya. Hari ini genap sebulan saya menjadi isteri kepada insan bernama Hassanal Hazimie. Setelah hampir 3 tahun menyulam cinta, kasih dan sayang hubungan kami dimeterai dengan ikatan yang sah.
Hubungan kami yang lain daripada pasangan yang lain memang banyak dugaan dan ujian. Syukur, berkat kesabaran, taruhan kepercayaan antara satu sama lain, sikap memahami, telus dan jujur yang sentiasa menjadi ramuan utama dalam hubungan kami - akhirnya kami selamat diijab kabulkan. :)
Tiada apa yang lebih istimewa dan menggembirakan jiwa wanita saya apabila hubungan ini telah diakui sah dan halal dari segi agama dan undang-undang. Tempoh sebulan perkahwinan boleh dikira masih awal lagi. Saya masih belajar untuk menjadi isteri yang baik. Masih belajar untuk menguruskan rumah tangga dengan sempurna. Masih belajar untuk mengenal pasangan dengan sebetul-betulnya. Masih juga membaiki kelemahan dan kekurangan diri.
Kadang-kadang rasa janggal dan kekok apabila status diri telah bertukar. Menguruskan rumah tangga sendiri yang mana sebelum ini hal-hal berkaitan rumah tangga selalu dipandu oleh keluarga. Sekarang, semuanya terletak dipundak kami suami isteri. Begitu cepat masa beredar bukan? Kami sekarang sudah menggalas tanggungjawab lain. Dahulunya bertanggungjawab sebagai anak dan adik. Kini makin besar dan luas skop tanggungjawab kami.
Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan kami. Moga perkahwinan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat atau mungkin ke syurga..Insyaallah. :)
p/s: Saya tahu perjalanan kita masih jauh dan saya bakal berdepan dengan ujian yang hebat bila awak mula mencari rezeki nanti. Kita sama-sama kena kuat tau.. ~

Sunday, April 8, 2012
Praktis Hidup Bersendirian
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ketika entri ini disiarkan,menandakan sudah 18 jam saya terpisah sementara dengan suami. :(
Suami pulang ke rumah keluarga. Mengambil kenderaan tunggangan. Duduk di KL hendak kesana sini hanya dengan kereta agak payah sebenarnya. Lebih-lebih lagi dikawasan yang padat.
Janggal rasanya bila berjauhan. Rasa nak makan pun tak ade selera. Eceh. Rasa nak tidur pun tak lena. Kejap-kejap terjaga. Suami, cepatlah pulang...kangen dong....
Published with Blogger-droid v2.0.4
Friday, April 6, 2012
Melihat Pun Boleh Dapat Pahala..InsyaAllah
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Melihat Kaabah
Melihat wajah ibu bapa
Melihat kitab suci Al-Quran
Melihat laut
::pandangan yang mendapat pahala::
Sungguh kasih Allah kepada hambanya kan ? dngan melihat keempat - empat perkara tersebut kita boleh mendapat pahala daripada-Nya . so ketika melihat perkara - perkara tersebut perlulah korang menyebut SubhanaAllah dan berselawat ke atas nabi Muhammad saw . jangan la sekadar melihat dengan hati yang kosong . setiap perkara yang kita lakukan pasti ade ganjarannya . dan ingatlah sentiasa melakukan perkara - perkara yang boleh mendatangkan keredhaan-Nya . Hal ni juga mengingatkan diri aku sendiri dan juga korang semua . Selagi jantung masih berdenyut . marilah sentiasa mendekatkan diri kita kepada- Nya.
Malu Bertanya Sesat Jalan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kalau tak tahu sesuatu perkara, lebih baik kita cuba ambil tahu dan bertanya dengan orang yang lebih tahu. Jangan sesekali ikut logik akal, lebih-lebih lagi untuk perkara yang berkaitan agama. Sila jangan. Jika ada keraguan dan kemusykilan cubalah cari jalan. Yelah, kita ni manusia biasa. Tidaklah sempurna sifatnya. Masih ada kejahilan (merujuk pada diri sendiri) dimana-mana.
p/s: Kehidupan semakin mencabar.

Dulu Lain...Sekarang Lain
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sejak kebelakangan ni, boleh dikatakan saya jarang nak update blog. Boleh dikatakan penceritaan blog pun dah sedikit berlainan daripada dulu. Time bujang dulu banyak cerita tentang diri sendiri dan kegiatan sendiri. Sekarang ni lebih menjurus kepada pasangan dan rumah tangga. Ni lah kot dinamakan transformasi...ye dak? Yelah, kehidupan pun dah sedikit berbeza dari yang dulu...jadi cerita-cerita pun mestilah ada sedikit kelainan kan? Masa bercinta kurang yakin / kurang manis sikit kalau nak bercerita pasal kekasih secara terus. Kalau ada pun kebanyakannya gunakan bahasa kiasan. Sekarang ni bolehlah nak share serba sedikit...tapi bukan semuanyalah especially hal dalam kain. AHA!!~

Thursday, April 5, 2012
Saya Menangis Diatas Pelamin Kerana....
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
NUKILAN BUAT ADIK (Sekadar renungan untuk dikongsi bersama)
Tanggal 30 Septembar 1986, lahirlah seorang bayi comel yang bernama Ernibaizura. Kehadiranmu telah memberi sinar dalam kehidupan keluarga ini. Kehadiranmu memang dinanti-nantikan oleh keluarga. Kau dibelai, dimanja dan diasuh dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sebarang sangsi.
Namun, kegembiraan hanyalah seketika. Ketika kau diusia 4 tahun, ketika kau masih dahagakan susu, ketika kau masih baru dalam mengatur jalan hidupmu, ibu dan ayah pergi meninggalkanmu. Along, Along lah yang meneruskan perjuangan untuk meneruskan kehidupan bersama-sama adik adik. Ketika itu along berada di dalam dilema dua persimpangan. Teruskan pengajian? Berhenti belajar dan mencari kerja untuk membela nasib adik2. Lalu, along mengambil keputusan untuk berhenti belajar,mencari pekerjaan.
Perit jerih membesarkan adik-adik merupakan suatu cabaran yang amat hebat. Namun, alah bisa tegal biasa..... kini kau berusia 26 tahun. Kau yang kupanggil adik kini telah dewasa. Kau telah pun boleh dikatakan telah meraih sedikit kejayaan. Kini, hari ini, kau telahpun bergelar isteri.
Adik,
Tiada kata yang dapat diungkapkan. Tiada rasa yang dapat diluahkan. Apa yang dapat along berikan adalah doa. Doa semoga kau sentiiasa beroleh kejayaan dan mendapat keberkatan dariNya. Sebagai seorang isteri banyak ranjau dan onak yang bakal kau lalui. Hadapilah ianya dengan tenang, tabah dan yakin pada keupayaan dirimu. Along yakin kau boleh! Apa yang bakal kau harungi nanti, along cuma boleh memandang dari jauh.
Adik,
Kini kau bakal pergi jauh....jauh dari kongkongan dan belenggu insan yang bernama Along. Jadikanlah apa yang kau telah alami, lalui dan pelajari selama mana kau hidup bersama along tanpa belaian kasih seorang ayah dan ibu, sebagai semangat untuk kau terus berjaya dalam hidup.
Adik,
Kegembiraan mu adalah kegembiraan along dan keluarga. Keceriaanmu adalah keceriaan kami sekeluarga, namun, andai kata kau sedih dan terluka, kami juga akan terasa. Semoga kau senantiasa beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Jadilah seorang isteri yang taat kepada suami dan seorang isteri yang dapat menjadi kebanggaan suami mu dan keluarganya.
Salam sayang yang tiada penamatnya untuk mu dengan iringan doa restu dari insan yang bernama ALONG sekeluarga.
p/s: Ada video yang dimainkan ketika nukilan ini dibaca. Tersentuh!
Spontan Khamis #16
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
"Sucikan Harta" - ayat yang suami suka gunakan..

Wednesday, April 4, 2012
Confirm....4/5/12...
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tengahari tadi lunch dengan suami. Yelah, suami saya cuti lagi. Maka, kesempatan yang ada jangan disia-siakan. Eceh. Sementara tunggu makanan yang kami order sampai, berborak-boraklah kami suami isteri. Entah macam mana terus suami bagitau benda ni:
" Tadi time abg kat kedai D.I.Y tu phone bunyi, ingatkan syg kol rupanya opis" - Beliau cakap dengan berhati-hati dan tatabahasa ayat juga disusun rapi.
"Oyeke? Opis cakap apa?" - Saya dah agak dah. Sejak balik dari Kuantan hati saya dah berdetik yang dalam minggu ni mesti opis akan kol suami saya.
"Abg naik 4/5 nanti. Tg Biru 2. Naik kat Labuan." - Muka beliau nampak gusar sedikit.
"Oyeke...sama date dengan birthday Kak Liza (akak ipar saya)." - Buat macam takde apa-apa yang berlaku..
Padahal dalam hati Tuhan je yang tahu. Takut dan risau sebenarnya nak lalui kehidupan sebagai isteri seafarer. Waktu bercinta lain. Takdelah terasa sangat (walaupun sebenarnya terasa gak bila berjauhan tu). Waktu sekarang ni mestilah lagi lain kan...HUHUHU...Sebulan je lagi. Sebulan tu sekejap je sebenarnya..
P/s: Sejak bercinta sampai sekarang, kalau suami beritahu naik kapal apa...mesti saya akan buka website dan search gambo kapal tu. Nak tengok kapal mana yang akan dihuni suami selama 3 bulan nanti dilautan.

Subscribe to:
Posts (Atom)