Pages

Thursday, April 5, 2012

Saya Menangis Diatas Pelamin Kerana....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

NUKILAN BUAT ADIK (Sekadar renungan untuk dikongsi bersama)

Tanggal 30 Septembar 1986, lahirlah seorang bayi comel yang bernama Ernibaizura. Kehadiranmu telah memberi sinar dalam kehidupan keluarga ini. Kehadiranmu memang dinanti-nantikan oleh keluarga. Kau dibelai, dimanja dan diasuh dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sebarang sangsi. 

Namun, kegembiraan hanyalah seketika. Ketika kau diusia 4 tahun, ketika kau masih dahagakan susu, ketika kau masih baru dalam mengatur jalan hidupmu, ibu dan ayah pergi meninggalkanmu. Along, Along lah yang meneruskan perjuangan untuk meneruskan kehidupan bersama-sama adik adik. Ketika itu along berada di dalam dilema dua persimpangan. Teruskan pengajian? Berhenti belajar dan mencari kerja untuk membela nasib adik2. Lalu, along mengambil keputusan untuk berhenti belajar,mencari pekerjaan.
Perit jerih membesarkan adik-adik merupakan suatu cabaran yang amat hebat. Namun, alah bisa tegal biasa..... kini kau berusia 26 tahun. Kau yang kupanggil adik kini telah dewasa. Kau telah pun boleh dikatakan telah meraih sedikit kejayaan. Kini, hari ini, kau telahpun bergelar isteri.

Adik, 
Tiada kata yang dapat diungkapkan. Tiada rasa yang dapat diluahkan. Apa yang dapat along berikan adalah doa. Doa semoga kau sentiiasa beroleh kejayaan dan mendapat keberkatan dariNya. Sebagai seorang isteri banyak ranjau dan onak yang bakal kau lalui. Hadapilah ianya dengan tenang, tabah dan yakin pada keupayaan dirimu. Along yakin kau boleh! Apa yang bakal kau harungi nanti, along cuma boleh memandang dari jauh. 
Adik,
Kini kau bakal pergi jauh....jauh dari kongkongan dan belenggu insan yang bernama Along. Jadikanlah apa yang kau telah alami, lalui dan pelajari selama mana kau hidup bersama along tanpa belaian kasih seorang ayah dan ibu, sebagai semangat untuk kau terus berjaya dalam hidup. 

Adik,
Kegembiraan mu adalah kegembiraan along dan keluarga. Keceriaanmu adalah keceriaan kami sekeluarga, namun, andai kata kau sedih dan terluka, kami juga akan terasa. Semoga kau senantiasa beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Jadilah seorang isteri yang taat kepada suami dan seorang isteri yang dapat menjadi kebanggaan suami mu dan keluarganya.
Salam sayang yang tiada penamatnya untuk mu dengan iringan doa restu dari insan yang bernama ALONG sekeluarga. 

p/s: Ada video yang dimainkan ketika nukilan ini dibaca. Tersentuh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...