Pages

Tuesday, December 31, 2013

Setahun Tak Jumpa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kalau nak diikutkan hari ni saya dah boleh makan, minum, berjalan-jalan, tengok TV, bergelak ketawa secara duo bersama suami. Sebab tu pangkal ayat tadi ialah, "Kalu nak diikutkan". Ihiks. Namun, itu semua hanyalah perancangan manusia. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Suami kena attend satu trip lagi. Tak tahulah pula berapa lama operation kat location baru. Harap-harap in between tu kapal suami balik port. Turunkanlah semua off-signer tu. Bagi on-signer naik pula. HEHEHE.

Nampak gayanya untuk menatap wajah kesayangan saya sebelum tahun 2014 memang tidak kesampaian. Takpe-takpe, lambat off lambatlah pula on. Yeay. Alhamdulillah sejak kapal suami mula berlayar ke destinasi seterusnya ni, sekurang-kurangnya setiap sehari saya akan dapat satu panggilan. Syukur. Yang bestnya, setiap kali suami call, suami mesti akan berada di pulau/laut/tempat yang berbeza-beza. Maka, setiap kali itulah saya akan mula tanya soalan geografi pada suami. Kenapa kapal lalu situ. Kenapa tak lalu sini. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Banyak sangat soalan kenapa dari saya. Ihiks.

Hebat wo setahun tak jumpa. Suami gi keje tahun 2013 InsyaAllah balik 2014. Umur pon dari 2 series dah beranjak ke 3 series. Syabas bettey. Ngak3.... apapun, semoga suami yang jauh dimata sentiasa dalam perlindungan Allah. Aamiin. :)

P/S: Kebanyakan entry saya mesti pasal suami saya. Kalau ada rezeki anak, baru saya up pasal anak pula eh. Ihiks.

Luahan Rasa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sempena tahun baru esok, saya pasti ramai yang dah berazam dan target macam-macam dalam kehidupan.
Azam saya? Tidak lain dan tidak bukan saya selalu pesan pada diri sendiri supaya jadi manusia baik. Saya sedar fitrah akan kejadian manusia tu tidak sempurna. Disebabkan itu, saya cuba didik hati dan jiwa saya supaya sentiasa menjadi baik dan berbaik sangka dengan orang lain. Jadi lebih penyabar dan kuat berhadapan dengan karenah orang. Erm...saya yang tak banyak bercakap ni pun orang tetap mengata dan memburuk-burukkan saya. Tak guna untuk saya jelaskan satu-satu pada mereka akan letak duduk cerita yang sebenar. Saya tetap ambil pendekatan berdiam diri. Saya biarkan mereka analyze dan realize sendiri. Saya tahu mereka ada fikiran, ada pelajaran...sudah pasti tahu membuat perbezaan antara kaca dan intan. Itulah saya cakap manusia memang tidak sempurna. Kadang-kadang kelebihan kita menjadi masalah besar pada orang lain. Kelemahan kita menjadi keseronokan pada orang lain.

Ya Allah, pelihara lidahku. Pelihara perbuatanku. Pelihara fikiranku.

Moga yang baik-baik sahaja berlaku sepanjang 2014. HambaMU berharap.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, December 26, 2013

Hujung Tahun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hujung-hujung tahun ni memang mood orang cuti. Office saya lengang. Jalanraya pun lengang. Maka saya boleh berlenggang-lenggang keluar dari rumah pukul 7:30am, sampai entrance parking pukul 8:00am. Tengok kat meter signage, ada 237 lot parking lagi. Seronok betul pergi kerja time orang cuti. Boleh memilih nak parking kat mana. Kalau hari biasa memang hazablah nak cari parking. Usahkan cari parking, memang saya tak akan drive pergi kerja. Kalau hari biasa, pukul 6:30am dah WAJIB kena keluar kalau nak bawa kereta ok. Sebabnya ialah nak berebut parking. Kalau tak nak berebut boleh, parking lah kat parking berbayar sehari RM15. Saya sayang duit. Ihiks.

Tapi bila dah masuk office, rasa bosan menerpa. Eceh. Sebab kerja dah tak berapa nak banyak. Orang dah tak berapa ada. Cuaca pula hujan. Office sejuk. Maka memang malas sungguhlah. Tapi time-time macam ni lah rasa tenang untuk study. Saya bawa segala -mala nota. Almaklumlah exam nak dekatkan. Boss saya awal-awal dah warning, "I nak you pass exam you." Stress juga ni!

Akhir kata, selamat membaca buku ye Puan Erni. :)

Semoga Allah Lindungi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kebelakangan ni macam-macam perkara aneh yang berlaku. Ikan tamban yang berlumba-lumba naik ke pesisir pantai di Lahad Datu (sahih) dan yang terbaru ikan, ketam melompat-lompat untuk naik ke platform diperairan Terengganu (tak pasti akan kesahihannya). Ada sumber mengatakan situasi di perairan Terengganu tu tidak benar. Wallahu'alam.

Saya sebagai isteri pelaut dan suami saya sekarang berada diperairan Terengganu memang risau. Risau yang amat sangat. Apa yang saya tahu sekarang ialah angin kencang dan ombak tinggi sedang memnghentam perairan Terengganu. Saya mohon Allah beri perlindungan kepada suami, anak-anak kapal dan pekerja dipelantar. Sepanjang berkenalan dengan suami, saya rasa kali ini yang paling mencabar pelayarannya.

Semoga Allah lindungi. Semoga Allah lindungi. Semoga Allah lindungi.


Tuesday, December 24, 2013

Seminggu Sebelum 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hidup saya sepanjang tempoh ketiadaan suami. Hampir 3 bulan suami keluar mencari rezeki. Bila suami balik? Saya sendiri tak pasti bila. Ikutkan memang batch suami yang akan balik lepas ni. Doa-doakan je la cepat suami balik. :)

2013, banyak kenangan manis dan pahit. Permulaan tahun 2013 yang sedikit hambar dan mencabar. Namun, berkat kesabaran, sokongan dan dorongan orang-orang tersayang, maka saya berjaya lalui semuanya dengan baik. Alhamdulillah.

Pertengahan 2013 satu lagi perkara menggembirakan terjadi dalam hidup saya dan suami. Diberi peluang bertemu dengan seseorang yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini. Syukur Ya Allah, Kau panjangkan usianya, Kau jagakan dia. Sesungguhnya, saya sayang dia.

Ramadhan 2013 boleh dikatakan 98% tanpa suami. Memang sedih sebab buka puasa sorang-sorang. Paling tidak pun pergi rumah abang. Time tu memang 50-50 je rasa tak tahu suami dapat balik sebelum raya atau tidak. Ikutkan pengiraan sendiri, suami balik sebelum raya. Syukur sekali lagi, beberapa hari sebelum raya, suami off. So takdelah nak sedih sangat. Allah tu adil kan. DIA suruh saya sabar. Tengok, berkat kesabaran dapat beraya dengan gembira dan bahagia bersama suami tercinta. Ngeeeee.

November 2013, ketika cuti Deepavali, minta izin suami untuk balik ke Teluk Intan dengan memandu secara solo. Buat pertama kali. Bukan tak pernah memandu ke Teluk Intan, pernah tapi semuanya berteman. Kali ni, saya cabar diri saya sendiri untuk memandu (eleh, TI je pun). Sehari sebelum travel, saya dah check minyak hitam & air. Pergi isi minyak dan pam tayar. Beli roti siap2. So, ketika dalam perjalanan balik takdelah saya berhenti-henti kecuali emergency. Seawal 7:00am dah keluar. Sampai TI sharp 9:00am. Mak mertua & abang ipar terkejut awat saya sampai cepat sangat. Yeay, makin berani memandu sendiri tapi masih tak mahir parking sisi (side-parking).

December 2013, berhadapan masalah dalam menyiapakn tugasan study. Memang buntu dan stress sangat. Sampai satu tahap nak drop subjek tu. Mujur sekumpulan dengan ahli kumpulan yang tenang dan positif. So, aura positif dia meresap kedalam jiwa saya. Dapat juga selesaikan assignment tu.

Ok, dokey. Daa/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...