Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sempena tahun baru esok, saya pasti ramai yang dah berazam dan target macam-macam dalam kehidupan.
Azam saya? Tidak lain dan tidak bukan saya selalu pesan pada diri sendiri supaya jadi manusia baik. Saya sedar fitrah akan kejadian manusia tu tidak sempurna. Disebabkan itu, saya cuba didik hati dan jiwa saya supaya sentiasa menjadi baik dan berbaik sangka dengan orang lain. Jadi lebih penyabar dan kuat berhadapan dengan karenah orang. Erm...saya yang tak banyak bercakap ni pun orang tetap mengata dan memburuk-burukkan saya. Tak guna untuk saya jelaskan satu-satu pada mereka akan letak duduk cerita yang sebenar. Saya tetap ambil pendekatan berdiam diri. Saya biarkan mereka analyze dan realize sendiri. Saya tahu mereka ada fikiran, ada pelajaran...sudah pasti tahu membuat perbezaan antara kaca dan intan. Itulah saya cakap manusia memang tidak sempurna. Kadang-kadang kelebihan kita menjadi masalah besar pada orang lain. Kelemahan kita menjadi keseronokan pada orang lain.
Ya Allah, pelihara lidahku. Pelihara perbuatanku. Pelihara fikiranku.
Moga yang baik-baik sahaja berlaku sepanjang 2014. HambaMU berharap.
No comments:
Post a Comment