Pages

Friday, December 30, 2011

Kucing = Rezeki..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Pernah tak dengar orang cakap (atau orang-orang tua pesan) kalau kita bela haiwan, terutama sekali kucing... InsyaAllah rezeki kita akan murah. Yeke eh? Arwah makcik saya pernah cakap macam tu gak dulu. Katanya kucing ialah haiwan kesayangan Nabi, so kita kena jaga kucing tu baik-baik. InsyaAllah, kucing tu akan "doakan" untuk kita.   Memang saya cepat mesra dengan kucing time tu..cuma bila kucing yang saya sayang sangat-sangat tu mati, terus saya tak bela kucing. Bukan apa, saya rasa bersalah pula sebab tak jaga kucing saya betul-betul sampai dia mati. :(


Menurut pengalaman, bila kita jaga kucing dan selalu beri kasih-sayang pada dia, tak semena-mena sikap bertanggungjawab, belas, penyayang dan kasihkan kucing akan wujud dlm diri.


Tentang murah rezeki tu saya kurang pasti. Saya taip entri ni pun lepas terbaca status seorang kenalan di akaun Facebooknya. :)


P/s: Semoga ade rezeki kawen, Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

Nama macam Indon...so what?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Meh sini nak bercerita pasal nama. Saya yakin sume orang ada nama. Even kucing peliharaan pon ada namakan? Ni nak flashback balik masa zaman saya kurang matang dulu.

Dulu, saya selalu terfikir tau - ape ke pelik nau nama haku ni. Yelah sejak saya tadika dan sekolah rendah saya tak pernah jumpa orang yang nama macam saya ataupun lebih kurang macam saya. Yang glemer masa tu ialah: Nur, Nurul, Siti, Nor dsb. Siriyes time tu rasa cam rendah diri je. Kadang-kadang tu terbit gak rasa malu. Entah apa-apa kan?? Tak baik betul...

Bila dah sekolah menengah pun macam tu gak. Still nama saya yang lain daripada orang lain. Tapi saya wat biasa je. Perasaan malu pada mulanya pun dah terhakis. Sampailah waktu saya form 3 baru saya tahu ada orang yang namanya lebih kurang macam nama saya. Happy time tu. :) Tapi...tapi...tapi...entah macam mana pada suatu hari, ketika sedang beratur diluar bengkel Kemahiran Hidup ada sorang classmate perempuan ni dengan selambapapa argue pasal nama saya. Saya ingat lagi ayat dia macam ni:

Dia: Nape nama awak Erni?
Saya: Manalah saya tahu. Dah nama macam ni.
Dia: Nama macam nama INDONkan?
Saya: what-the-fish punye budak (#konon-konon mencarut dalam hatilah-bimbang bila cakap depan-depan berlaku tragedi pulak...kui3)

Geram? ! Memanglah geram. Cakap ikut sedap mulut je. Mujur time tu boleh sabar lagi. HUH!
Walaupun dia beranggapan pelik terhadap nama saya, sedikit pun saya tak kisah. Dengan adanya nama pelik ni, saya lebih senang dikenali dan diingati oleh cikgu-cikgu, junior-junior dan lebih-lebih lagi senior-senior (bajet ko nak bagitau ko femes ke time skolah? Puiii).

Ape, korang tak happy ke bila ada senior minta kau tunggu kat toilet pukul dua semata-mata nak minta biodata kau untuk amek kau jadi adik angkat. Ape, korang tak happy ke bila kau berjalan dihadapan junior diorang senyum-senyum dan tegur kau. Ape, korang tak happy ke bila cikgu sentiasa bagi kepercayaan kat kau untuk sesuatu jawatan @ aktiviti penting kat sekolah?

Sejak kerja ni, berlambaklah pulak saya tengok nama lebih kurang macam saya. Jadi takdelah rasa weird sangat punya nama macam tu. HEHEHE..Kesimpulannya, tak kisahlah apa nama sekali pun, yang pasti mesti parents kita buh nama sekian sekian mesti sebab punya makna yang baik. Maka, janganlah rosakkan dan busukkan nama kita / family kita dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Juga janganlah kita cuba memperlekehkan nama orang lain. Tak baik tahu. Orang lain pun ada rasa malu...ada air muka yang perlu dijaga.

p/s: Nama dia sedap.

Friday, December 23, 2011

Babai opis tahun depan kita jumpa lagi.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Buat pertama kali dalam sejarah pekerjaan saya, saya akan bercuti panjang pada hujung tahun. HEHEHE...hari ni hari terakhir saya di pejabat dalam bulan December 2011. Menghabiskan sisa cuti sebanyak 4 hari selepas Krismas nanti. Bukannya ke mana pun sekadar berehat-rehat dirumah. Mengulit anak-anak sedara dan sedang berkira-kira ingin menghapuskan rumput rampai juga lalang yang semakin galak membiak diperkarangan rumah. HUH! Nak bercuti di kawasan pantai agak tidak sesuai musim-musim tengkujuh ni.

Dengar cerita dia akan on hire hari ni atau esok. Lokasi belum pasti. Wahai ombak jangan mengganas ok. Sila jadi baik. Dia tengah cari rezeki tu. :)

Thursday, December 22, 2011

Dialog anak-beranak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Disuatu petang yang redup, ketika usai menghadiri kenduri kahwin seorang teman dan ketika sedang meniti jalan tar dengan bertumit tinggi dikawasan pasar, tiba-tiba anak saudara bersuara:

Arshad: Ucu, kalau orang nak ngorat Ucu mesti dia buat macam ni kan - "feeewiitt" 
Saya: Bila masa pulak. Mana ada orang buat -"feewiitt"
Arshad: Memanglah takde. Arshad cakap je. Mesti diorang akan buat macam tu kan?
Saya: Entah. Kenapa?
Arshad: Kalau ada orang nak ngorat Ucu macam tu, Arshad takkan benarkan. Diorang tidak boleh memiliki Ucu.
Saya: Kenapa Arshad tak bagi? Habis siapa yang boleh memiliki Ucu?
Arshad: Yela, yang boleh memiliki Ucu Uncle *** je. Diakan boipren Ucu.
Saya: KAHKAHKAH~

Spontan Khamis #12

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya cuba meluahkan apa yang terbuku dihati pada blog tapi saya tak boleh. Saya lebih rela simpan dalam hati daripada jadi bacaan umum. Cuma terkadang saya rasa tak tertanggung. Mungkin benar kata seorang teman, FB, Twitter dan Blog bukanlah tempat yang sesuai untuk mengadu. Lebih elok buat aduan kepada-NYA. Itu lebih afdhal. Saya betul-betul berharap "perkara" itu terjadi. Saya taknak digelar orang yang tidak mengotakan janji. Saya tak nak malu sendiri.

Ya Allah,
Berikan saya kekuatan untuk berbicara tentang ini.

Monday, December 19, 2011

Entri bergambar sempena perkahwinan Baizura dan Faiq

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rentetan dari entri ni, 17/12/2011 menjadi tarikh keramat buat Nurbaizura Binti Haji Hamzah dan pasangan Ainul Faiq Bin Ishak. Tepat 11:11 am, dengan sekali lafaz Faiq sah menjadi suami kepada sahabat saya, Baizura.

Saya dan Nurul menyaksikan pernikahan mereka. Terlalu ramai tetamu yang hadir yang mana majoritinya adalah dari kalangan saudara-mara dan kenalan rapat. Saya dan Nurul tiba agak lewat, mujur ketika tu belum akad nikah lagi. Tak semena-mena saya dan Nurul duduk betul-betul dibelakang tok kadi...HAHAHA...(haku lak yang nebes masa tu...kui3).

Perasaan ingin bergelar isteri orang mesti lainkan? Mesti rasa berdebar-debar jer. Sebab masa tu saya lak yang dug-dag-dug-dag. Entah hape-hape. Mengalahkan orang yang nak bernikah. Takleh blah metoi. HAHA. Yang menikahkan time tu ialah ayah Baizura, Pakcik Hamzah. Selesai je menikahkan, ketika bacaan doa kelihatan Pakcik Hamzah mengalirkan air mata. Sedih dalam kegembiraan barangkali. Tak semena-mena saya pun ter"feel" sebak ala-ala sedih gitu..HIKHIKHIK...Mungkin saya orang luar, tapi entah kenapa saya dapat rasa akan kesedihan dan perasaan itu. Mungkin saya dok bayangkan "masa saya nanti". Sedey wooo...

Baizura tak nanges dia menampakkan wajah bersahaja dan ceria. Tapi saya tahu dalam hati dia Tuhan saje yang tahu. Betapa gementar, takut, malu dan sedihnya hati dia. Saya pegang tangan dia...giler sejuk macam ayam baru kua dari freezer. HEHEHE...

Batal Air Sembahyang

Bergambar Ngan Peranten

Majlis Sanding - Nurul takde :(
Lepas nikah, saya, Nurul dan Baizura berborak-borak. Bertanya tentang perasaan dia. Borak itu borak ini. Mengusik dia. Best woo kacau orang baru kawen nih. Borak pasal mana nak beli kain baju nikah, mane nak dapat inai, mana nak dapat sireh, mana nak dapat mak andam, mana nak tempah kek...boleh kata semuanya menjurus kepada perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Bai kata untuk grup kitorang ni tinggal saya dan Nurul je yang belum tukar title..agak-agak siapalah pulak selepas ni eh? Wallahu'alam. Ada jodoh dan ada rezeki saya on je. HAHA...ke Nurul? Sebab dia dah engaged. Yeay. Kita tengok jelah nanti yer. Jodoh, ajal, maut semua ni kerja Allah s.w.t.. Siapa kita nak menidakkannya ye dak??

p/s: Nurul kata, menda macam ni tak boleh rushing...kena selalu berdoa dan minta dari Allah. :)

Friday, December 16, 2011

Sahabat....detik semakin hampir :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sudah lumrah kat Malaysia ni, kalau tiba musim cuti sekolah (nak-naknye cuti panjang bulan 12 ni) mesti ramai yang nak menamatkan zaman bujangkan?. :). Yelah, itulah masa yang sesuai dan difikirkan terbaik untuk membuat majlis kenduri-kendara dan sekaligus dapat menghimpunkan saudara-mara juga sahabat handai. :)

Sebelum ni saya ada post satu entri berkenaan rakan saya yang akan berkahwin. Cuba klik SINI. Maka dengan itu, harinya semakin hampir. Esok je Baizura akan ditabalkan sebagai isteri orang. Malam ini ada majlis malam berinai. Insyaallah kalau tiada aral melintang, saya dan Nurul pergi ke majlis malam berinai Baizura. Tidak lupa juga ketika akad nikah dan kenduri (esok dan lusa). Mujur rumah Baizura berhampiran, kalau tidak susah gak nak pergi. Dan mujur juga ada Nurul yang sudi mengofferkan diri untuk menjemput saya dirumah nanti. Yeay.

Buat sahabatku Baizura,
Semoga perkahwinan ini menjadi perkahwinan yang menggembirakan dan membahagiakan kamu.
Semoga kamu akan menjadi seorang isteri yang patuh dan taat pada perintah agama dan suamimu.
Semoga sentiasa diberkati dan berada dalam lindungan Allah s.w.t..

[beb....aku macam tak leh nak luahkan apa yang aku nak cakap. Tapi siriyesli, aku happy sangat kau nak kahwin. Moga baik-baik aje ye semuanya. Kita kawan sampai bila-bila tau. =) ]

p/s: Terharu dengan kata-kata kau masa kat majlis Fazrin tempoh hari :)

Wednesday, December 14, 2011

Semoga berjumpa lagi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lebih kurang 3 jam 45 minit je dia berada di bumi Semenanjung. Selepas ni jasad dia akan berada nun di kepulauan Borneo - demi mencari sesuap maggi tomyam. T_T.
HUHU...tetiba cam sedih lak. Buat awak, semoga baik-baik sahaja disana ye. Insyaallah ada kesempatan, panjang umur dan dimurahkan rezeki kita berjumpa lagi. :)

p/s: Bon Voyage..... :(

Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu di hari Ahad yang lalu. :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni hasrat nak berblog tercapai. Ahad lepas tengok Ombak Rindu.

Sumber : SINI



  • Bolehlah cerita ni. Nak kata best sangat tak juga. Nak kata tak best pun tak juga. Moderate lah. HEHEHE
  • Panggung penuh ok.
  • Tak faham kenapa "jiran" saya langsung tak menangis tengok cerita ni. Dia asyik menguap je...HUHUHU.
  • Maya Karin cantik pakai tudung.
  • Lisa Surihani macam tak sesuai je nak ambil watak Mila ni. Tengok dia marah macam tak marah. 
  • Ayat Aaron Aziz dalam satu scene, "kita dah kawen 2 tahun" - kalau tak silaplah. Macam lawak bunyiknye
  • Maya Karin memang wanita tabah dalam cerita tu.
  • Paling lawak part Aaron Aziz ngamuk-ngamuk ingat Maya Karin pregnant. KAHKAHKAH.
  • Scene awal-awal rasanya tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
  • Scene Azizah Mahzan halau Maya Karin - tu paling tak boleh blah. Kesian gile. Touching.
  • Part Maya Karin nak hidang minum petang tapi Aaron tertido - pastu dia letak kepala kat dada Aaron Aziz pun saya touching (mungkin sebab masa tu main OST filem tu...).
  • Suka bila Maya jaga "jam hantaran" macam nyawa dia.
  • Lokasi penggambaran dan rumah Aaron Aziz dalam cite ni canteklah.
  • Berjaya gak buat saya menangis tengok cerita ni.
  • Tengah syok-syok tengok, saya bau ayam KFC. Memang perut dah lapo gile time tu.
  • Saya rasa Ombak Rindu patut ada sequel. KEHKEHKEH.
  • Ada yang kata novel lagi best dari filem...


p/s: Ada cite Alvin & The Chipmunk 3 ke kt panggung nanti?



Wednesday, December 7, 2011

Hari Tidak Berperkataan 4

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kuntum-kuntum bunga. :)

Monday, December 5, 2011

Janganlah suka menyusahkan orang!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya hari tu nak blogkan pasal satu isu ni. Isu ni makin menjadi-jadi kat kawasan perumahan saya. Entah kenapa entah hari tu terbantut hasrat nak blog pasal perkara ni. Erm..

Baca screen shot yang saya ambil dari status FB rakan dibawah:

Status original


Pasal pecah masuk umah-selongkar barang-selerakkan barang-barang-memusnahkan harta-benda-dan-songlap semua barang-barang!! Siapa yang tak terkejut, balik-balik je ke baiti jannati aleh-aleh keadaan rumah umpama dilanda tsunami. Pheww..Memang hati membara-bara, marah, geram dan menyumpah seranah terhadap si pelaku memang ada. Tipulah kalau takde rasa macam tu.

Siriyes, saya simpati dengan kawan saya ni. Pulang dari kampung, tengok-tengok pintu pecah. Rumah bersepah. Barang-barang lesap. Yang lagi mengecewakan barang-barang hantaran untuk perkahwinan abang beliau juga habis dikebas si perompak. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni. Rasa macam kalau perompak tu depan mata, nak toreh-toreh muke dia, nak cabut gigi dia pakai playar, nak cucuk-cucuk badan dia pakai jarum, nak suruh kucen cakar-cakar badan dia dan macam -macam lagilah. Bagi dia rasa terseksa dulu baru mati, boleh?? Tapi.....apakan daya...

Tak sangka, minggu lepas rumah saya hampir-hampir di pecah masuk. Semalam pulak rumah dia. Juga keadaan yang sama, ketika rumah kami kosong. Ketika itu saya sekeluarga berada di Penang manakala kawan saya ni di kampung, Johor. Ada kemungkinan tak ada dalang atau informer yang jadi orang tengah untuk terjadinya perkara seperti ni? Saya rasa ada!

Sejak bermastautin dekat sini, macam-macam kejadian berlaku lebih-lebih lagi kes pecah masuk rumah. Terror betul perompak ni. Rasa marah tetiba menebal lak dalam diri ni. Geram dan marah dengan perompak.

Rasa-rasa apa langkah terbaik untuk banteras perkara macam ni daripada terjadi?

p/s: Suruh belajar main-main, dah besar menyusahkan orang lain je!

Thursday, December 1, 2011

Spontan Khamis #11

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lagi 13 hari je...(tak best langsung!)

Spontan Khamis #10

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


"Kak Eni, nombor kak eni berapa ye?" - MKA
p/s 1: Hoi! Agak-agakla...kita sebaya ok. Ko lagi da kawen, laki pulak tu. Uwaaaa.......Pasrah!!
p/s 2: Ke aku nampak matang sangat?
p/s 3: Ke aku nampak macam seorang kakak yang lemah lembut lagi penyayang?? KAHKAHKAH ....haktuih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...