Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Buat pertama kali dalam sejarah pekerjaan saya, saya akan bercuti panjang pada hujung tahun. HEHEHE...hari ni hari terakhir saya di pejabat dalam bulan December 2011. Menghabiskan sisa cuti sebanyak 4 hari selepas Krismas nanti. Bukannya ke mana pun sekadar berehat-rehat dirumah. Mengulit anak-anak sedara dan sedang berkira-kira ingin menghapuskan rumput rampai juga lalang yang semakin galak membiak diperkarangan rumah. HUH! Nak bercuti di kawasan pantai agak tidak sesuai musim-musim tengkujuh ni.
Dengar cerita dia akan on hire hari ni atau esok. Lokasi belum pasti. Wahai ombak jangan mengganas ok. Sila jadi baik. Dia tengah cari rezeki tu. :)
No comments:
Post a Comment