Pages

Monday, December 19, 2011

Entri bergambar sempena perkahwinan Baizura dan Faiq

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rentetan dari entri ni, 17/12/2011 menjadi tarikh keramat buat Nurbaizura Binti Haji Hamzah dan pasangan Ainul Faiq Bin Ishak. Tepat 11:11 am, dengan sekali lafaz Faiq sah menjadi suami kepada sahabat saya, Baizura.

Saya dan Nurul menyaksikan pernikahan mereka. Terlalu ramai tetamu yang hadir yang mana majoritinya adalah dari kalangan saudara-mara dan kenalan rapat. Saya dan Nurul tiba agak lewat, mujur ketika tu belum akad nikah lagi. Tak semena-mena saya dan Nurul duduk betul-betul dibelakang tok kadi...HAHAHA...(haku lak yang nebes masa tu...kui3).

Perasaan ingin bergelar isteri orang mesti lainkan? Mesti rasa berdebar-debar jer. Sebab masa tu saya lak yang dug-dag-dug-dag. Entah hape-hape. Mengalahkan orang yang nak bernikah. Takleh blah metoi. HAHA. Yang menikahkan time tu ialah ayah Baizura, Pakcik Hamzah. Selesai je menikahkan, ketika bacaan doa kelihatan Pakcik Hamzah mengalirkan air mata. Sedih dalam kegembiraan barangkali. Tak semena-mena saya pun ter"feel" sebak ala-ala sedih gitu..HIKHIKHIK...Mungkin saya orang luar, tapi entah kenapa saya dapat rasa akan kesedihan dan perasaan itu. Mungkin saya dok bayangkan "masa saya nanti". Sedey wooo...

Baizura tak nanges dia menampakkan wajah bersahaja dan ceria. Tapi saya tahu dalam hati dia Tuhan saje yang tahu. Betapa gementar, takut, malu dan sedihnya hati dia. Saya pegang tangan dia...giler sejuk macam ayam baru kua dari freezer. HEHEHE...

Batal Air Sembahyang

Bergambar Ngan Peranten

Majlis Sanding - Nurul takde :(
Lepas nikah, saya, Nurul dan Baizura berborak-borak. Bertanya tentang perasaan dia. Borak itu borak ini. Mengusik dia. Best woo kacau orang baru kawen nih. Borak pasal mana nak beli kain baju nikah, mane nak dapat inai, mana nak dapat sireh, mana nak dapat mak andam, mana nak tempah kek...boleh kata semuanya menjurus kepada perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Bai kata untuk grup kitorang ni tinggal saya dan Nurul je yang belum tukar title..agak-agak siapalah pulak selepas ni eh? Wallahu'alam. Ada jodoh dan ada rezeki saya on je. HAHA...ke Nurul? Sebab dia dah engaged. Yeay. Kita tengok jelah nanti yer. Jodoh, ajal, maut semua ni kerja Allah s.w.t.. Siapa kita nak menidakkannya ye dak??

p/s: Nurul kata, menda macam ni tak boleh rushing...kena selalu berdoa dan minta dari Allah. :)

3 comments:

ZuRaNaI said...

doakan saye juga..hiii

Leeya Marlia said...

sudah tukar blog.blog lama sudah delete.

Ainul Hayat said...

Zura:
Akan didoakan. Bila agak-agaknya tu? ;)

Hiro:
Tahniah kerana gi "Korea"..haha

Marlia:
Tq bgtau... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...