Pages

Friday, October 29, 2010

Kawan Baik Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Dah seminggu lebih saya tidak mengemaskini blog.., makanya hari ni tergerak hati ingin menghapdet blog. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya sering teringat pada kawan baik saya, Zarina. Dulunya kami terlalu rapat (rapat umpama kau cubit pipi kanan dia, pipi kanan aku jugak terasa, hikhik) sampaikan bila rumah takde elektrik pun, Zarina sanggup datang kerumah, tidur dirumah saya. Macam-macam kegiatan dan aktiviti kami lakukan bersama. Zaman kanak-kanak saya banyak dihabiskan dirumah dan kawan-kawan saya pada waktu itu ialah Zarina dan keluarganya. Zarina ni anak sulung. Masa tu mereka berempat beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. Sangat balance kan? Tapi sekarang saya tak pasti, mungkin dah bertambah bilangan ahli keluarga Zarina. Saya masih ingat masa tu kami darjah 6. Kami ada perselisihan faham sikit.Angkara saya berkawan dengan seorang indian girl dalam kelas saya. Dah kebetulan saya duduk sebelah indian girl tu & saya dan Zarina pulak kelas bebrbeza. Jadi, logiklahkan saya berkawan denagn dat indian girl. HUHUHU..


TAPI


Tak lama kami macam tu. Kami berbaik semula. Seminggu lepas tu Zarina sefamily pindah. Terkejut beruk saya time tu. Rasa macam tak boleh terima kenyataan je. Sampaikan saya demam dekat seminggu lepas Zarina pindah. Mujur, ada one fine day tu, Zarina call saya. Lepas sudah tahap rindu gaban pada dia dan family. Terus demam saya kebah. Dahsyatkan? Kalah orang bercinta. Sesungguhnya dialah kawan yang betul-betul memahami saya, yang boleh dipercayai, yang boleh bersusah senang dengan saya. Saya rindu dia. Saya harap sangat-sangat dapat bertemu dia semula sebelum tibanya "waktu itu". Saya nak dia ada. 

Friday, October 15, 2010

Pesanan Untuk A.W.A.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya tahu awak ada Mid-term hari ni. Saya tahu awak dah study tapi awak masih bimbang. Alah, biasalah tu kan perasaan begitu memang wajib ada tiap kali kita nak ambil apa-apa exam pun. Cuma saya harap awak boleh  jawab soalan-soalan tu dengan jayanya. Saya tahu awak boleh (jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan). Saya tahu exam ni akan merobah masa depan awak. Jadi, saya harap awak tak sia-siakan peluang yang ada depan mata ni.

Macam ni, bila mana awak rasa macam awak tak boleh / tak yakin nak amik exam ni cuba awak fikirkan tentang pembiayaan pengajian awak sekarang ni (banyak awak dah laburkan kan...kalau awak memain bukan ke rugi namanya), kos tempat tinggal sementara awak sekarang ni, masa awak dan juga sila fikirkan yang indah-indah jika awak lulus exam ni bukankan akan bahagia hidup awak nanti? Apapun, saya harap awak selalulah berfikiran positif yer. Lepas tu awak jangan pernah putus untuk berdoa. Saya percaya bila awak dah usaha, rezeki dan kejayaan itu mungkin akan berpihak pada awak, Insyaallah.


::Selamat Maju Jaya Awak::

Monday, October 11, 2010

Sangat Sibuk

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Monday morning yang sangat tidak best. Mood hari Isnin memang begini bukan. *Saya taip entry ni pada waktu tengahari ye. Masa lunch break*

Pagi tadi rasa sangatlah malas mahu bangun tido. Rasa macam tak tercukup-cukup sahaja jam tido saya (juga family). Minggu lepas kami sekeluarga gigih dan tabah membuat hantaran untuk majlis pertunangan Awin dan Abu. Kami perlu menyiapkan 16 dulang hantaran. Semuanya mengikut kreativiti dan citarasa sendiri. Raw material sudah ada cume perlu sisipkan kekreatifan dan keinovatifan dalam hasil kerja kami itu. Seperti biasa "Pengurus Besar" bagi "projek" ini dah tentu-tentulah Along saya. Dibantu oleh "staf-staf" biasa ini. Along, Kak Anis, Tie, Angah dan saya bertungkus lumus bergabung tenaga membuatnya. Yang pasti saya tidaklah reti nak membuat semua itu. Tukang buat bunga, tukang cantum-cantum kain, tukang gam-gam, tukang potong-potong dawai, itu memang saya retilah. Tapi untuk menjana idea harap maaf saya tidak pandai. Seriously, saya sangat teruja tengok hasil-hasil hantaran tersebut. Memang cantik, kombinasi warna, susun letak memang mabeles lah. Aci tak kalau saya nak berangan saya punya hantaran pulak?? Ngeh3....

Tadi berblogwalking. Membaca apdet-apdet terkini tuan punya blog masing-masing. Setiap pagi 3 blog ini yang saya wajib lawati, iaitu ChikaKak Syikin dan Kak Yat . Memang mandatori untuk membaca apdet terkini dari tiga blogger ini. Saya suka baca tentang perjalanan hidup mereka. Mereka kuat, mereka tabah. *Ni kirenye, nak dapatkan tips dan panduan macam mana nak jadi tabah la ni di masa akan datang, kui3*. Selain itu saya juga berblogwalking ke blog-blog lain. Seronok baca cerita-cerita orang ni (bukan bermaksud saya busy body ye).Macam-macam yang saya tahu dan pelajari. *Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu, ngeeeeeeee*

Kenapa ye semakin dekat ke penghujung tahun, saya makin berdebar. Makin gentar. Hati kejap gundah, kejap gusar, kejap resah, kejap macam takde rasa apa-apa. Pergilah jauh-jauh rasa susah hati yang tidak best ni. Saya berdoa dan sentiasa berharap agar Allah s.w.t. permudahkan dan melicinkan segala perjalanan urusan dan kehidupan saya (kami). 

Owh pintu rezeki, bukakanlah pintu rezeki buatku (kami) seluas-luasnya.




Friday, October 8, 2010

Happy Birthday Along


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Erm, hari ni merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Along saya. Hari ni rasa macam nak taip entri khas untuk along pulak. HEHEHE... Serius. Terlalu banyak budi dan pengorbanan along lakukan untuk kami adik-beradik dan untuk keluarga. Along baik. Along baik macam arwah mak. *rindu mak* Saya ingat lagi masa tu saya kecil, umur saya 10tahun. Masa tu along kerja kat bank. Memang along akan balik malam. Selalunya dalam pukul 8:30pm atau 9:00pm along akan sampai rumah dah.
 * yelah, masa ni along gi keje naik bas je*
Tapi satu malam tu along balik lewat sangat. Saya susah hati sangat (saya memang akan tunggu abang-abang saya balik kerja baru saya boleh tido). Nak call pun mana ada handphone time tu malah telefon rumah pun takde. Erm, susahnya hati saya. Macam-macam benda saya fikir dan yang pastinya benda yang buruk-buruk jela. Pastu dekat-dekat pukul 11:30pm baru along sampai rumah. Baru hati saya lega. Saya tanya kepada along

Saya: Kenapa Along balik lambat. 
Along: Along banyak kerja.
Saya: Susah hati adik, ingatkan ada apa-apa jadi. Sebab dah lambat sangat.
Along: Hari ni Along gaji pastu Along gi Metrojaya beli ni. (sambil Along keluarkan seekor teddy bear kecik warna coklat. Sangat comel.)

*Saya rasa nak menangis je time tu..Along memang macam tu. Along kata dia nak lah tengok saya macam budak-budak perempuan lain..., main dengan anak patung..tapi saya bukan jenis main-main anak patung, cakap-cakap dengan anak patung macam tu. Saya tak reti. Tapi saya suka peluk-peluk, pegang-pegang dan kumpul-kumpul anak patung* 

Along juga banyak bagi nasihat-nasihat berguna kat saya. Along tak pernah pukul saya. Kalau marah atau tegur pun tegur yang berhemah. tentang pelajaran memang Along concern habis. Pernah waktu saya di tingkatan 1, saya rasa macam hectic sangat malam tu. Yelah saya sekolah petang, balik sekolah dah dekat maghrib. Pastu malam tu pulak saya nak menyiapkan homework. Sangat banyak pulak time tu. Rasa macam nak abaikan je homework tu. Malam saya habis untuk homework je tak sempat nak study. Bile saya mula nak bermalas-malas, Along akan menggunakan psikologi untuk kembalikan kerajinan saya. Dialog Along:

Along: Adik tak boleh macam ni. Okey, kalau adik rasa macam malas nak belajar cube adik bayangkan kengkawan adik semua tengah struggle study. Mesti adik akan terpanggil nak study.

Sejak tu, setiap kali saya nak bermalas-malas pasti saya teringat kata-kata Along ni. Memang berkesan. Malah sampai saya melanjutkan pelajuran diperingkat universiti pun saya masih berpegang pada kata-kata Along ni.

Untuk Along;
-Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran. Semoga ulang tahun kali ini memberi sinar kebahagiaan dan kegembiraan buat diri along
-Semoga apa sahaja impian dan cita-cita Along tercapai dan diperkenankan, Insyaallah
-Terima kasih kerana menjadi abang yang sangat-sangat bertanggungjawab pada keluarga dan adik-adik. (semua orang keliling adik cakap susah nak cari abang sebaik Along, adik akui tu. Along memang baik. )
-Adik sayang Along sangat-sangat. Along abang adik dunia akhirat.
-Adik tak tahu nak luahkan apa lagi sebab adik mula rasa nak nangis sekarang nie. HUHUHU.

Wednesday, October 6, 2010

Jamuan Raya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Senyap seketika dari menjengah ke KK. Erm, dah minggu-minggu terakhir Syawal ni maka setiap ceruk opis dok sibuk dengan Jamuan Hari Raya. Tak terkecuali jugak saya. 4/10/10 lepas LOB kami mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya. Agak havoc sikit coz saya kena naik turun - naik turun dari ke opis - ke tingkat 53 - ke LG1 - "semua perkara berlaku serentak", maka saya agak keletihan. Itupun saya terlewat sikit menolong mereka membuat persiapan dan sampai terlepas untuk menolong mereka mengemas. Erm, maaf yer saya ada tugasan lain kerana sesuatu berlaku petang tersebut. Bukan niat nak menghilangkan diri sekejap-sekejap.

Keesokannya tidak semena-mena perut saya meragam. Sepanjang diopis lak tu. HUHUHU...dugaan apakah ini sume?? Yang tak bestnye penyakit kesakitan keperutan berlanjutan hingga hari ini. Saya dah penat dah nk mengukur jalan dari workplace saya ke toilet. Sangat fenat hokkey. Balik ni saya rasa mau tombang terus atas tilam empuk saya itu. Yeay. Tido itu best. 


Tapi hari ini tingkat opis saya ada buat jamuan raya jugak. Tapi kali ini gabungan unit-unit dari tingkat 44 ni. GCSM-GDM-HCBP-CM....bergabung meletop membentuk satu komuniti menjayakan majlis yang tak seberapa ini. Tapi makanan-makanan yang terhidang tadi memang heaven saya tengok. Saya cume menjamah Laksa Johor & Roti Jala sebabnya bagi saya susah nak dapat Laksa Johor kat negeri KL ni. Ikut hati macam-macam saya ingin makan tapi kondisi perut memaksa saya untuk tidak menelan kesemua jenis makanan itu. Oleh itu kepada kengkawan di opis jangan ingat i ni jenis tak suke makan tau. Salah sangkaan kamu itu. Jangan terpedaya dengan size fizikal saya...Kui3...

Maka malam ini saya kena iron baju awal. Dah 2 malam jadual menggosok baju lari. Bangun pukul 3.00am semata-mata mahu iron baju. HUHUHU...tak best tak best.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...