Pages

Friday, October 8, 2010

Happy Birthday Along


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Erm, hari ni merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Along saya. Hari ni rasa macam nak taip entri khas untuk along pulak. HEHEHE... Serius. Terlalu banyak budi dan pengorbanan along lakukan untuk kami adik-beradik dan untuk keluarga. Along baik. Along baik macam arwah mak. *rindu mak* Saya ingat lagi masa tu saya kecil, umur saya 10tahun. Masa tu along kerja kat bank. Memang along akan balik malam. Selalunya dalam pukul 8:30pm atau 9:00pm along akan sampai rumah dah.
 * yelah, masa ni along gi keje naik bas je*
Tapi satu malam tu along balik lewat sangat. Saya susah hati sangat (saya memang akan tunggu abang-abang saya balik kerja baru saya boleh tido). Nak call pun mana ada handphone time tu malah telefon rumah pun takde. Erm, susahnya hati saya. Macam-macam benda saya fikir dan yang pastinya benda yang buruk-buruk jela. Pastu dekat-dekat pukul 11:30pm baru along sampai rumah. Baru hati saya lega. Saya tanya kepada along

Saya: Kenapa Along balik lambat. 
Along: Along banyak kerja.
Saya: Susah hati adik, ingatkan ada apa-apa jadi. Sebab dah lambat sangat.
Along: Hari ni Along gaji pastu Along gi Metrojaya beli ni. (sambil Along keluarkan seekor teddy bear kecik warna coklat. Sangat comel.)

*Saya rasa nak menangis je time tu..Along memang macam tu. Along kata dia nak lah tengok saya macam budak-budak perempuan lain..., main dengan anak patung..tapi saya bukan jenis main-main anak patung, cakap-cakap dengan anak patung macam tu. Saya tak reti. Tapi saya suka peluk-peluk, pegang-pegang dan kumpul-kumpul anak patung* 

Along juga banyak bagi nasihat-nasihat berguna kat saya. Along tak pernah pukul saya. Kalau marah atau tegur pun tegur yang berhemah. tentang pelajaran memang Along concern habis. Pernah waktu saya di tingkatan 1, saya rasa macam hectic sangat malam tu. Yelah saya sekolah petang, balik sekolah dah dekat maghrib. Pastu malam tu pulak saya nak menyiapkan homework. Sangat banyak pulak time tu. Rasa macam nak abaikan je homework tu. Malam saya habis untuk homework je tak sempat nak study. Bile saya mula nak bermalas-malas, Along akan menggunakan psikologi untuk kembalikan kerajinan saya. Dialog Along:

Along: Adik tak boleh macam ni. Okey, kalau adik rasa macam malas nak belajar cube adik bayangkan kengkawan adik semua tengah struggle study. Mesti adik akan terpanggil nak study.

Sejak tu, setiap kali saya nak bermalas-malas pasti saya teringat kata-kata Along ni. Memang berkesan. Malah sampai saya melanjutkan pelajuran diperingkat universiti pun saya masih berpegang pada kata-kata Along ni.

Untuk Along;
-Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran. Semoga ulang tahun kali ini memberi sinar kebahagiaan dan kegembiraan buat diri along
-Semoga apa sahaja impian dan cita-cita Along tercapai dan diperkenankan, Insyaallah
-Terima kasih kerana menjadi abang yang sangat-sangat bertanggungjawab pada keluarga dan adik-adik. (semua orang keliling adik cakap susah nak cari abang sebaik Along, adik akui tu. Along memang baik. )
-Adik sayang Along sangat-sangat. Along abang adik dunia akhirat.
-Adik tak tahu nak luahkan apa lagi sebab adik mula rasa nak nangis sekarang nie. HUHUHU.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...