Pages

Friday, October 29, 2010

Kawan Baik Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Dah seminggu lebih saya tidak mengemaskini blog.., makanya hari ni tergerak hati ingin menghapdet blog. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya sering teringat pada kawan baik saya, Zarina. Dulunya kami terlalu rapat (rapat umpama kau cubit pipi kanan dia, pipi kanan aku jugak terasa, hikhik) sampaikan bila rumah takde elektrik pun, Zarina sanggup datang kerumah, tidur dirumah saya. Macam-macam kegiatan dan aktiviti kami lakukan bersama. Zaman kanak-kanak saya banyak dihabiskan dirumah dan kawan-kawan saya pada waktu itu ialah Zarina dan keluarganya. Zarina ni anak sulung. Masa tu mereka berempat beradik. 2 lelaki dan 2 perempuan. Sangat balance kan? Tapi sekarang saya tak pasti, mungkin dah bertambah bilangan ahli keluarga Zarina. Saya masih ingat masa tu kami darjah 6. Kami ada perselisihan faham sikit.Angkara saya berkawan dengan seorang indian girl dalam kelas saya. Dah kebetulan saya duduk sebelah indian girl tu & saya dan Zarina pulak kelas bebrbeza. Jadi, logiklahkan saya berkawan denagn dat indian girl. HUHUHU..


TAPI


Tak lama kami macam tu. Kami berbaik semula. Seminggu lepas tu Zarina sefamily pindah. Terkejut beruk saya time tu. Rasa macam tak boleh terima kenyataan je. Sampaikan saya demam dekat seminggu lepas Zarina pindah. Mujur, ada one fine day tu, Zarina call saya. Lepas sudah tahap rindu gaban pada dia dan family. Terus demam saya kebah. Dahsyatkan? Kalah orang bercinta. Sesungguhnya dialah kawan yang betul-betul memahami saya, yang boleh dipercayai, yang boleh bersusah senang dengan saya. Saya rindu dia. Saya harap sangat-sangat dapat bertemu dia semula sebelum tibanya "waktu itu". Saya nak dia ada. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...