Pages

Monday, January 30, 2012

Untungnya Punya Teman Berilmu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya manusia biasa.
Punya kekhilafan. Punya kekurangan.
Satu tahap saya pernah rasa macam hilang panduan.
Saya rasa terbeban. Saya hilang tumpuan.

Saya kumpul kekuatan.
Saya tidak boleh begini berterusan.
Saya harap saya ketemu jalan.
Saya cari teman.
Teman yang dapat memberi bimbingan.
Saya aju soalan, dia beri jawapan.
Alhamdulillah, saya ukir senyuman.

"SEBENARNYA APA-APA DOA YANG BAIK BOLEH DIBACA PADA BILA-BILA, SAMA ADA NAK TAMBAHKAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU ATAU DALAM SOLAT SUNAT ISTIKHOROH"
Mujur saya punya teman yang berilmu. Terima kasih Ustazah Aishah. :)

p/s: Moga segalanya diperkenankan.

Saturday, January 28, 2012

Update Ringkas

Berada di stesen LRT hampir setengah jam sekarang ni. LRT masih tidak menunjukkan raut wajahnya yang tampan itu. HUHUHU...


Baru dengar pengumuman ni. Katanya ada masalah teknikal. Perkhidmatan dijangka pulih 1/2 jam dari sekarang. Makna kata saya kena tunggu hampir satu jam. HUHUHU...dahlah nak transit tren nanti. Spoil metoilaaaa....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 27, 2012

Mungkin Orang Tu Rasa Terbeban

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah sampai tahap menyusahkan orang lain memang saya tak  gemar. Saya jenis "selagi boleh buat sendiri, saya akan buat". Kalau boleh taknak langsung susahkan orang lain. Tapi nak buat macam mana, tak banyak, sikit pun mesti kena minta tolong dari orang lain juga (lebih-lebih lagi untuk perkara yang kita tak boleh nak buat).

Last Minute Noticed!! - dari orang yang saya  minta tolong tu.

Saya hanya boleh bermanis mulutlah, cakap takpe nanti saya akan minta tolong ahli keluarga hantar ke tempat yang jauh tu. Kalau saya punya lesen dan punya kenderaan sendiri untuk bergerak, Insyaallah takde masalah untuk pergi tempat yang jauh-jauh dari wilayah tempat tinggal.

Mujurlah dapat berita ni tengahari tadi, bukannya malam nanti mahupun esok pagi. Sempatlah juga saya nak cari jalan. Terpaksa berhimpit-himpit naik kenderaan seorang akak tu. Saya risau takut rosak kenderaan dia kerana berlebihan muatan. Erm, nak buat macam mana akak tu je yang sudi tolong dan faham. Esok perjalanan saya jauh. Akan menaiki 3 jenis pengankutan awam dan akhir sekali akak tersebut akan tunggu di stesen yang dijanjikan. Kemudian baru sampai ke destinasi. Mujur ada rakan lain yang turut serta dalam perjalanan esok. Kalau tidak, mati kutu!

p/s: Kalau saya dimurahkan rezeki, nak cepat-cepat ambil lesen. Senang.

Thursday, January 26, 2012

Spontan Khamis #14

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

T.E.K.N.O.L.O.G.I - TEKNOLOGI
Boleh merapatkan hubungan
Boleh merosakkan hubungan
p/s: Guna teknologi dan kemudahan yang ada dengan bijak.

Kata-kata Hati

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Waktu menderu laju.
Detik pantas berlalu.
Namun tiada apa yang berlaku.
Walaupun perbincangan dimuka surat satu.

Hati berbelah bahagi.
Mula berteka-teki.
Jadi ke tak jadi.
Janganlah terus diam begini.

Yang lain dok girang menghitung hari.
Walaupun masanya lambat lagi.
Yang boleh dikira dengan jari masih dok goyang kaki.

Bukan tak gusar, bukan tak risau.
Kadang-kala boleh mendorong galau.

Tak mengapa, masa masih ada.
Masih punya puluhan hari yang bersisa.
Harap dapat digunakan sepenuhnya tanpa sia-sia.

p/s: Risau-Galau-Sasau!!!

Wednesday, January 25, 2012

Jangan Pernah Putus Berdoa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Allah jadikan sesuatu perkara semuanya punya sebab tersendiri.
Jangan terlalu gelojoh dan tergesa-gesa untuk mendapat redha Allah.
Jangan ragu-ragu dengan Allah.
Selagi punya nyawa, teruskan berdoa dan bertawakkal kepada-Nya.
InsyaAllah pasti apa yang diidamkan akan diqabulkan. Mudah-mudahan...Amin.

p/s: Masih kabur. Tak nampak hala tuju. Berdoalah, mohon segalanya dipermudahkan.

Monday, January 16, 2012

Orang Jauh Hubungi Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Beberapa hari lepasa saya ada post entry tentang orang jauh dimata dekat dihati. Eceh. Seolah mendengar suara hati saya, hari ni telefon yang sunyi sepi sejak 8 hari yang lalu berbunyi. Hati tetiba berdebar padahal belum tengok skrin lagi. (#overtau). Sekali tertera nama orang jauh. Fuhh! Senyum lebarlah. ETA dia pukul 6:00pm ni. Moga selamat semuanya.

p/s: Agak-agak misi tercapai tak? Insyaallah, YA.

Friday, January 13, 2012

Hey Orang Jauh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni sudah masuk 6 hari "terputus hubungan". Lebih kurang 15 hari lagi baru hubungan dapat disambung semula, Insyaallah. Menurut jangkaan, 3 minggu dia di lokasi. Makna kata kemungkinan 28/01/2012 nanti baru tahu khabar berita dia. Itupun kalau ada liputan. Kalau liputan dah terselindung disebalik litupan apa macam? KEHKEHKEH...Apa khabarlah wahai awak disana....aishewahhh ~

p/s: Awok ni bese-bese je....

Thursday, January 12, 2012

Spontan Khamis #13

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tadi ada amek sesuatu dari sini. Jadi, saya pun berhasrat nak tempekkan kat blog picisan nih. :)


Allah sentiasa merancang sesuatu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. 

p/s: Harap-harap 3 perkara yang diimpikan tu tercapai.

Wednesday, January 11, 2012

Hari Tidak Berperkataan 5

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, January 9, 2012

Hari kesembilan 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2012 buat sahabat-sahabat alam maya.
Agak lewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 :)

Ini merupakan catatan pertama edisi 2012. Saya sedar telah mengabaikan KK agak lama. Ketandusan idea dan malas untuk membuat senaman jari (baca: menaip) sebenarnya. #alasanklise. Walaupun terkadang mempunyai idea yang ingin dikongsi tapi tetap dihalangi dengan sikap malas. Tak best langsung bila sikap malas terus bermaharajalela kat dalam sanubari. HAHAHA..

Majoriti kengkawan saya  recap balik apa yang terjadi sekitar 2011. Sebagai rujukan, panduan dan catatan pengalaman barangkali. Saya? Tak perlulah nak recap sangat. Cuma tahun lepas sarat dengan pahit manis kehidupan. Tempoh 25 tahun menjalani kehidupan sebagai manusia benar-benar mengajar dan mendidik saya tentang kasih-sayang, harapan, kehidupan, perasaan, terus berjiwa kental dan sebagainya. Biarlah segala yang berlaku tahun lepas tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Moga tahun 2012 membawa sinar baru. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, semoga masih punya pekerjaan dan pendapatan (untuk menampung kehidupan), semoga masih punya keluarga yang sentiasa mengambil-berat (itu dah memadai), semoga janji-janji dikotakan dan semoga silaturrahim sesama makhluk Allah terus berkekalan, InsyaAllah.

p/s: Hati - usah gusar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...