Pages

Friday, January 27, 2012

Mungkin Orang Tu Rasa Terbeban

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah sampai tahap menyusahkan orang lain memang saya tak  gemar. Saya jenis "selagi boleh buat sendiri, saya akan buat". Kalau boleh taknak langsung susahkan orang lain. Tapi nak buat macam mana, tak banyak, sikit pun mesti kena minta tolong dari orang lain juga (lebih-lebih lagi untuk perkara yang kita tak boleh nak buat).

Last Minute Noticed!! - dari orang yang saya  minta tolong tu.

Saya hanya boleh bermanis mulutlah, cakap takpe nanti saya akan minta tolong ahli keluarga hantar ke tempat yang jauh tu. Kalau saya punya lesen dan punya kenderaan sendiri untuk bergerak, Insyaallah takde masalah untuk pergi tempat yang jauh-jauh dari wilayah tempat tinggal.

Mujurlah dapat berita ni tengahari tadi, bukannya malam nanti mahupun esok pagi. Sempatlah juga saya nak cari jalan. Terpaksa berhimpit-himpit naik kenderaan seorang akak tu. Saya risau takut rosak kenderaan dia kerana berlebihan muatan. Erm, nak buat macam mana akak tu je yang sudi tolong dan faham. Esok perjalanan saya jauh. Akan menaiki 3 jenis pengankutan awam dan akhir sekali akak tersebut akan tunggu di stesen yang dijanjikan. Kemudian baru sampai ke destinasi. Mujur ada rakan lain yang turut serta dalam perjalanan esok. Kalau tidak, mati kutu!

p/s: Kalau saya dimurahkan rezeki, nak cepat-cepat ambil lesen. Senang.

1 comment:

~~Sue eLLa~~ said...

kdg2 susah kan kak..nk mintak tolong org..tak semua org rasa benda tu satu pertolongan..kadang2 orang rasa benda tu satu bebanan..sabar ye kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...