Pages

Tuesday, June 28, 2011

Life Game (Mainan Kehidupan)

Kata-kata sahabat:

"Sekarang kita dalam game!
Life game!
Setiap kali kita menang kita akan naik 1 level
Every level become harder
You have to fight until the end or you game over.
Get your start button move on & buang reverse button.
Ni ujian Allah...."

Terima kasih sahabat.

Friday, June 24, 2011

Terima kasih rakan sepejabatku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni ade insan yang berhati mulia membelanja kami makan. Makan pizza tau. Dia kata tak sebesar mana pun tapi bagi saya dah cukup besar rahmat ler tu belanja makan. Best best bet...Semoga beliau dimurahkan rezeki. Amin..Moh ler kite tengok gambar ye. Gambar ni di ambil oleh Cik Yam sempena guna enpon baru...hehehehe...

Ni lah dia orang yang membelanja...terima kasih Cik Nurasnida :)

Sambil makan, amik gambar jap. Semua perempuankan?? Time ni orang lelaki gi sembahyang jumaat. Ngeh3..

Gambar ni mendapat sambutan sebab Bai gi angkat tangan cenggitu...HUH.

Apa-apa pun korang semua memang best. 

Agak-agak korang siapa Juara Maharaja Lawak malam ni eh?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Debaran makin terasa. Eceh, macam diri sendiri lak nak bertanding. Frankly speaking tak rasa berdebar pun. Cuma perasaan ingin tahu tu ada, apalah cerita & lawak yang para finalis Maharaja Lawak (ML) nak buat malam ni. Meh sini saya senaraikan senarai akhir finalis Maharaja Lawak yang akan berlangsung malam ni.





Haa...inilah dia calon-calon juara ML malam nanti. Agak-agak koranglah, sape ek yang menang malam ni? Saya rasa Jozan sebab lawak diorang ni sentiasa buat saya gelak sampai pecah perut. KAHKAHKAH..
Ada juga rakan saya yang buat teori cenggini tentang Jozan nih,

Rasa Jozan  menang sebab....
"Johan budak Ampang"
"Zizan budak Terengganu, saya  kerja kan dekat Terengganu"
~Teori apakah ini? Agagagaga~

Disebabkan final Maharaja Lawaklah saya skip training taekwondo malam ni..Ngeh3...

Minggu berpantang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Orang lain diet saya pun terasa macam nak diet. Macam manalah orang yang berdiet tu boleh tak sentuh nasi langsung eh? Adoiyaii...saya cuba tapi tak berjaya. Apa yang saya lakukan ialah saya ambil nasi satu hari sekali je. Kekadang tu masa tengah makan nasi tu rasa cam sedap sangat padahal ngan lauk sambal je. Bila rasa nak tambah je terus cepat-cepat ingatkan diri sendiri. Kekadang tu terlanggar pantang gak. tambah je. Kui3..

Sekarang ni saya mengamalkan program berpantang. Bukan pantang jumpa kebas yer..HAHA...Tak sabarnya nak habiskan tempoh berpantang ni. Mana taknya hari tu berat saya naik sekilo hokkey. Mulalah saya gelabah tak tentu pasal. Padanlah akak ipar saya kata makin dekat dengan acara tu selera pasti makin bertambah-tambah. Argh..Sabar yer wahai pewot, nanti lepas habis acara tu saya akan memanjakan awak dengan hidangan yang enak-enak tau.

Saya lagi risaukan jari dari pewot sebenarnya... :|

Monday, June 20, 2011

Jangan Jadi Macam Beruk!~

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam aku sedih, geram dan kelakar pun ade. Bekpes yang sepatutnya dijamu oleh aku sekeluarga telah dirasmikan oleh sang beruk a.k.a monyet..Pheeww...~

Mangsa kejadian

Al-kisahnya, pagi-pagi akak ipar aku dah menapau nasi lemak & roti canai untuk kami. Roti canai Pandan Jaya lak tu. Mungkin silap aku jugaklah sebab letak nasi lemak & roti canai tu dekat atas kabinet luar rumah sebabnya aku masuk dalam rumah jap untuk bentang carpet. Abis bentang aku keluarlah balik dengan niat nak bawa masuk makanan-makanan tu. Entah cane aku nampak kelibat tengah memanjat kabinet. Aku terkejut dia pun terkejut. Aku panik jap...aku hanya mampu cakap "syuh...syuh...(sambil hentak-hentak kai..kui3)". Rupe-rupenye monyet tersebut tengah mengambil roti canai. Aku bajet mesti dia baru koyakkan kertas pembungkus roti canai. Sekali aku datang dekat.....tengok-tengok habis bertaburan nasi lemak-nasi lemak tu....Roti canai pun dah habis di koyak rabakkannya...Arrggghhh...geram metoi aku semalam. Yang tak boleh blahnya si monyet tu boleh plak bertenggek kat pagar kejiranan sebelah sambil menyiat-nyiat roti canai tu dan sumbat ke mulut dia...HUH. Hampeh punya monyet.

Nak marah pun tak boleh. Memang dah fitrah kejadian dia macam tu kan. Dasar monyet. Aku semalam takdelah nak marah-marah monyet tu sebab kata orang-orang tua jangan sesekali nak marah-marah monyet nanti karang tak pasal-pasal dia bawak konco-konco dia. Tak pasal-pasal berlaku tragedi Ampang Gangster pulak nanti. Dah lah habitat monyet-monyet tu berhampiran je ngan umah aku (area umah aku dah macam zoo dah wey segala-mala jenis haiwan ade...huh).

Peringatan untuk aku jugak janganlah sesekali letak makanan kat luar lagi...T___T.
Terima kasih untuk kakak iparku dan angahku kerana menggantikan semula makanan yang musnah dimamah monyet. Sekian.

Tuesday, June 14, 2011

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kali ni nak join segmen Abg Ben kiter. Nak join sila klik gambar kat bawah ni ye.

Ini blog rakan sekolah saya sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah. Beliau seorang yang berprinsip dan berilmu. Suka dengan gaya penulisan beliau. Ada baby yang sungguh comel. Lagi satu beliau ni cantik. Ayat-ayat yang beliau gunakan pun best. Mudah  nak faham.

Ni rakan blogger gak. Saya boleh sesat sampai kat blog mamat ni ketika berblogwalking. Memang teruja habis baca blog dia. Ayat-ayat dia tak berat juga agak sengal-sengal namun sebenarnya ada mesej yang nak disampaikan. Pendek kata otak beliau ni gila-gilalah.

Dia ni memang glemerlah dalam dunia blog ni. Ayat-ayat dia gunakan dalam setiap entri memang selambeyaya. Pastu dia ni macam mesra alamlah saya tengok. HAHA..Juga berotak sengal.

Saya rasa saya mula rajin berblog kerana dia. Siriyes. Sangat suka dengan gaya penulisan beliau tentang kehidupan dan masa depan. Tentang kisah mencari rezeki ditengah-tengah laut. Memang betul-betul buat saya "buka mata".

Blog Kak Masy yang sarat dengan ayat-ayat best dan selamber. Kak Masy ni memang bestla ayat-ayat dia. Saya suke je lepak-lepak tenangkan fikiran dekat blog dia ni. HEHE

Tu sajelah. Dah syarat kena 5 je kan...ikutkan banyak blog pilihan hati saya ni...HEHEHE

Friday, June 10, 2011

Jebak Dapur

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya akui saya sangat minat tengok rancangan masakan. Lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Thrill betul berpuasa sambil mata ni dijamu dengan hidangan enak kat TV. Namun kali ni saya terjatuh minat terhadap rancangan berkonsepkan "Program Realiti Masakan".

Sumber: Google
Junior Master Chef Australia. Memang terbaiklah rancangan ni. Bebudak kecik je kot yang masak. Masakan pulak kemain macam chef-chef expert. Peliknya, diorang ni pandai betul memilih raw ingredients, memotong, mencuci, memasak, menghidang sume tu. Saya rasa diorang ni memang dah dihantar ke kelas masakan. Bagus metoila....kalau bebudak seawal 9 tahun dah gheti masak menu yang mantap-mantap...nampaknya senanglah koje omak eh...leh sub-sub je keje pasni...ekekeke. Juri rancangan ni pun sangat-sangat supportive & cara komen diorang pun tidaklah sampai mematahkan semangat dan memalukan bebudak ni. Yela, mungkin bebudak kot...Ce orang besar tengok...

Sumber: Google


Haa....yang ni pun Master Chef gak. Tapi untuk dewasa punya. Makin besar makin mencabarlah bukan ujian masakannya. Bayangkan dalam tempoh satu jam diorang ni kene masak menu seperti yang diarahkan. Ade tu kekadang langsung tak pernah masak langsung menu yang diarahkan. Tapi yang ni juri dia memang kaw-kaw je nak mengkritik masakan peserta. Ada satu episod tu juri tu buang masakan peserta tu dalam tong sampah. Sedey woo...kalau saya yang face situation macam tu kompom hati dah calar- balar....Dah kata ati pompuankan...agagagaga~

Sumber: Google
Yang ni yang terbaru saya tengok. Hell's Kitchen. Huh! Tajuk pun dah hangatkan. Memang kene tanggung risiko berada dalam tekanan kalau memasak dalam Hell's Kitchen ni. Chef Ramsey ni memang vocal, outspoken, sarcastic sumela..Memang antagonis sketla watak dia dalam program ni..HEHEHE...

Oklah, tu saje. 




Selalu terbayang.....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya tak tahulah perasaan ni ada kat dalam diri saya je atau kat dalam diri orang lain gak sama. Saya selalu je terbayang kalau "saya berada dalam situasi yang saya nampak depan mata". Haaa...panjangnye ayat. Contohnya camnilah kalau tengok drama-drama melayu macam Tanah Kubur ke (atau drama-drama berbentuk islamik dan dakwah serta ada pengajaran), mesti ada scene kematian kan? Macam mana orang tu mati sume. Kompom saya akan terbayang, macam-manalah saya mati nanti. Time tu macam-macamlah perasaan timbul - bercampur-baur. Macam mana nak hadapi seksa kubur sume tu. Ada tak orang yang mendoakan saya? Terus teringat cukup ke amalan saya, cukup ke kebajikan saya? Insaf....
Yang keduanya, kalau tengok seorang wanita yang membesarkan anak dia tanpa suami. Sama ada suami dah takde atau ke luar daerah atas tuntutan kerja. Selalu berasa macam "Wow, hebatnya perempuan tu boleh handle sume chores tanpa suami dia". Selalu terbayang menda-menda macam ni akan jadi kat saya. Saya tak pasti saya kuat atau tidak. Andai suatu hari saya menjalani kehidupan yang macam tu saya harap sangat saya kuat.

p/s: terbayang-bayang kalaulah jadi jutawan muda....ngeh3....

Minggu lalu sungguh penat mengukur tanah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kesiannya blog KK ni ditinggalkan kesunyian tanpa sebarang entri-entri baru. Tuan empunya ni ada masalah kesihatanlah. Tu pasal tak berdaya nak mentaip entri. *eceh*. Lebih banyak ber-blog walking dan menziarah blog-blog rakan-rakan cyber lain *eceh sekali lagi*.

Teruskan..!

Memandangkan musim cuti sekolah ni (walaupun dah nak habis cuti dah), last weekend saya sekeluarga telah menyerbu Melaka bandaraya bersejarah. Sebabnya anak-anak sedara saya beriyer-iyer nau nak tengok A Famosa. HUHU...bawakkan jugaklah. Better dia berminat nak tengok A Famosa tu kalau berminat nak tgk Disneyland, nak wat cane? T___T.

Saya akan cerita tentang Melaka dulu ye. Melaka dah lainlah (saya rasalah).

  • Dah ada Menara Taming Sari - boleh view bandaraya Melaka dan yang penting leh tengok Selat Melaka (sebab dapat pahala kalau tengok laut :P). Rasenye time buat lawatan sambil belajar dulu takde pun menda alah berupa menara & berputar-putar kat atasnya tu. Waktu memula saya sampai Melaka pada malam hari tu saya ingat tu restoran berputar macam kat Menara KL. Kui3...tapi pantas sketlah putarannye.
  • Melawat Muzium Kebudayaan / Istana Kesultanan Melaka - saya memang tak berapa gemar sangat nak masuk-masuk muzium ni. kalau masuk pun just tengok-tengok macam tu jela. Namun, demi anak-anak saudara yang eksaited semacam, bawak jugaklah diorang melawat. Dalam muzium tu jenuhlah kau nak menjawab soalan-soalan diorang. Yang paling best dia tanya..."Mana kubur Hang Tuah?". Ucu kata Hang Tuah kat Melaka. Ah, sudah...terpaksa haku mengingat balik fakta-fakta sejarah. Dan dan tu cerita Temasek la, Singapura la, Kijang tendang anjing sume keluar. Entah diorang faham ke idak. Kui3....
  • Berjalan hingga ke Bangunan The Stadhuys sebab tak jumpa mana entrance A' Famosa (Bukit St. Paul tu). Seb beklah time kat tempat orang ni mulut ni ringan nak bertanya arah. Juga tak semena-mena anak-anak sedara telah mengepow topi yang ade kipas kecik tu...almaklumlah cuaca sungguh hot u. Berapa kali kitorang minum air yang sejuk-sesejuk-sejuknya tu. 
  • Setelah berhempas-pulas dan keluar segala macam jenis peluh dan baju yang dipakai umpama baru diangkat dari rendaman, berjaya gak sampai ke Bukit St. Paul tu. Punyelah panas dan letih ya amat. Saya dah tak larat time tu. Anak-anak buah masih steady sihat dan ceria..HAHA...sempat lak tu nak mentengok kubur-kubur orang Belanda sume tu. Juga sempat mengepow untuk kedua kalinya iaitu harmonika RM2. HEHEHE...
  • 3 lokasi seterusnya ialah melawat Muzium Samudera (Muzium Kapal tu). Memang teruja naik kapal walaupun itu cumalah muzium. Bila dah naik kat atas deck kapal tu, rasa macam lain je feel tu. Dah rasa macam ala-ala Taitenuk dah. Ngak3. Muzium yg kedua tu tak ingat namenye. Last sekali masuk Muzium TLDM. Memang syok ar masuk Muzium TLDM tu. Terus teringat kisah 6 tahun lepas. HUHUHU...takde rezeki saya..
Memandangkan anak-anak sedara saya dah tak larat dan letih umpama kena bantai, akhirnya diorang pun surrender taknak melawat kemana-mana lagi dah. HAHA. Terus je kitorang jalan cepat-cepat menghala ke Mahkota Parade. Abang-abang & akak ipar saya tunggu kat situ. Ketika tu juga kami sangat kelaparan, kehausan dan perlukan suasanan yang kedinginan. HAHA. Destinasi seterusnya ialah PD. next entry lah ek. 

Tuesday, June 7, 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,






Semalam Abg Ben ada buat segmen. Hari ni continue lagi segmen tu (mungkin permintaan ramai...HEHEHE). Maka, hati ni terpanggil-panggil mahu join. Ayuh!~ 
Sesiapa nak join/ nak memeriahkan dan nak menghangatkan lagi segmen ni...sila klik pada gambar diatas yer.


Kejap lagi nak gi melawat blog-blog yang join segmen ni. Kepada sesiapa yang sudi meletakkan link saya dalam bloglist mereka, do inform me ya. :)


babai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...