Kesiannya blog KK ni ditinggalkan kesunyian tanpa sebarang entri-entri baru. Tuan empunya ni ada masalah kesihatanlah. Tu pasal tak berdaya nak mentaip entri. *eceh*. Lebih banyak ber-blog walking dan menziarah blog-blog rakan-rakan cyber lain *eceh sekali lagi*.
Teruskan..!
Memandangkan musim cuti sekolah ni (walaupun dah nak habis cuti dah), last weekend saya sekeluarga telah menyerbu Melaka bandaraya bersejarah. Sebabnya anak-anak sedara saya beriyer-iyer nau nak tengok A Famosa. HUHU...bawakkan jugaklah. Better dia berminat nak tengok A Famosa tu kalau berminat nak tgk Disneyland, nak wat cane? T___T.
Saya akan cerita tentang Melaka dulu ye. Melaka dah lainlah (saya rasalah).
- Dah ada Menara Taming Sari - boleh view bandaraya Melaka dan yang penting leh tengok Selat Melaka (sebab dapat pahala kalau tengok laut :P). Rasenye time buat lawatan sambil belajar dulu takde pun menda alah berupa menara & berputar-putar kat atasnya tu. Waktu memula saya sampai Melaka pada malam hari tu saya ingat tu restoran berputar macam kat Menara KL. Kui3...tapi pantas sketlah putarannye.
- Melawat Muzium Kebudayaan / Istana Kesultanan Melaka - saya memang tak berapa gemar sangat nak masuk-masuk muzium ni. kalau masuk pun just tengok-tengok macam tu jela. Namun, demi anak-anak saudara yang eksaited semacam, bawak jugaklah diorang melawat. Dalam muzium tu jenuhlah kau nak menjawab soalan-soalan diorang. Yang paling best dia tanya..."Mana kubur Hang Tuah?". Ucu kata Hang Tuah kat Melaka. Ah, sudah...terpaksa haku mengingat balik fakta-fakta sejarah. Dan dan tu cerita Temasek la, Singapura la, Kijang tendang anjing sume keluar. Entah diorang faham ke idak. Kui3....
- Berjalan hingga ke Bangunan The Stadhuys sebab tak jumpa mana entrance A' Famosa (Bukit St. Paul tu). Seb beklah time kat tempat orang ni mulut ni ringan nak bertanya arah. Juga tak semena-mena anak-anak sedara telah mengepow topi yang ade kipas kecik tu...almaklumlah cuaca sungguh hot u. Berapa kali kitorang minum air yang sejuk-sesejuk-sejuknya tu.
- Setelah berhempas-pulas dan keluar segala macam jenis peluh dan baju yang dipakai umpama baru diangkat dari rendaman, berjaya gak sampai ke Bukit St. Paul tu. Punyelah panas dan letih ya amat. Saya dah tak larat time tu. Anak-anak buah masih steady sihat dan ceria..HAHA...sempat lak tu nak mentengok kubur-kubur orang Belanda sume tu. Juga sempat mengepow untuk kedua kalinya iaitu harmonika RM2. HEHEHE...
- 3 lokasi seterusnya ialah melawat Muzium Samudera (Muzium Kapal tu). Memang teruja naik kapal walaupun itu cumalah muzium. Bila dah naik kat atas deck kapal tu, rasa macam lain je feel tu. Dah rasa macam ala-ala Taitenuk dah. Ngak3. Muzium yg kedua tu tak ingat namenye. Last sekali masuk Muzium TLDM. Memang syok ar masuk Muzium TLDM tu. Terus teringat kisah 6 tahun lepas. HUHUHU...takde rezeki saya..
Memandangkan anak-anak sedara saya dah tak larat dan letih umpama kena bantai, akhirnya diorang pun surrender taknak melawat kemana-mana lagi dah. HAHA. Terus je kitorang jalan cepat-cepat menghala ke Mahkota Parade. Abang-abang & akak ipar saya tunggu kat situ. Ketika tu juga kami sangat kelaparan, kehausan dan perlukan suasanan yang kedinginan. HAHA. Destinasi seterusnya ialah PD. next entry lah ek.
No comments:
Post a Comment