Pages

Friday, September 30, 2011

Praktis jadi suri rumah tangga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lewat terjaga dari tidur walaupun sepuluh minit, memang akan membawa padah dalam rutin harian. Pagi tadi bukan sepuluh minit lewatnya tapi sejam 15 minit. Fuhh!! Sedar pon sebab dak tecik tu polok. #semalam lagilah lewat bangunnya. Minggu ini sangatlah penat. Selalu tertidur dengan masih berpakaian pejabat.

Hati sedikit lapang apabila berjaya mendobi pakaian malam tadi. Balik-balik kerja terus masuk kain baju dalam washing machine. #sbb weekend ni tiada dirumah. Sementara machine tengah lincah beroperasi, saya sempat-sempatkan diri membersihkan kediaman kucen-kucen. HEHEHE..owh lupa nak beritahu. Kucen keluarga saya a.k.a kucen adik ipar abang saya, telah selamat melahirkan baby-baby kucen. Ini kelahiran ketiga dan anak yang ke-12 kalau tak silap...Pffft~ Saya sangatlah takut dan geli untuk memegang kucen yang baru lahir lebih-lebih lagi yang berwarna hitam seluruh badannya. #akan terbayang cik"ti_ _ _". Kalau dah besar dan debab memang sangatlah berani. HEHEHE...Lega rasanya bila tengok kediaman kucen-kucen ni dah bebas dari najis. Mereka semua pun selesa je saya tgk.

Selesai part kucen, beralih pada pakaian. Terus menjemur pakaian dimalam hari. Khuatir keesokannya saya tak sempat nak sidai. Masa sidai tu berdoa-doa dalam hati supaya tidak hujan. Dongak ke langit banyak bintang-bintang bertaburan. Insyaallah tak hujan...saya bermonolog dalaman. Masuk dalam rumah melipat pakaian-pakaian kering dan mengemas bakul. Mengemas almari anak-anak saudara yang bersepah umpama dilanggar garuda. Packing pakaian. Rehat jap. Tengok cucian mesin yang seterusnya. Masih berbaki 28minit. Toleh pada sink. Susun pinggan-mangkuk yang dah kering. Buat itu buat ini. Sedar-sedar dah pukul 12:00 tgh malam. Mandi-mandi terus tidur. Lena betul tidur bila badan letih...

Macam tulis diary harian pulak. Kui3....

p/s: Penat jugak jadi suri rumah tangga.....~

Monday, September 26, 2011

Indah di mata

Makhluk A: Tunjuk gambar seorang perempuan kepada Makhluk B. Dia bertanya cantek tak rupa paras perempuan tersebut.
Makhluk B: Tengok lelama terus cakap "bolehlah".
Makhluk A: *dengan rasa terkejut, terus bertanya* Boleh je ke? Tak cantek ke?
Makhluk B: Bolehlah. Dari 10 aku bagi 6. T__T
Makhluk A: 6 je??
Makhluk B: Kira baguslah tu aku bagi 6. Kalau aku bagi 4 je..? Camnilah, bila kau tengok perempuan kat mana kecantikan perempuan tu kau rasa?
Makhluk A: Yang pertama kita tgk rupa paras dialah, bohonglah tak tgk rupa tapi bila dah kenal hati budi mesti rasa yang hati budi dia tu lagi cantek dari rupa paras.
Makhluk B: Kau salah!!
Makhluk A: Kenapa pulak?
Makhluk B: Kecantikan seseorang perempuan tu terletak pada mata kita sendiri. Mungkin bila kita tengok dengan mata sendiri kita rasa perempuan cantik sedangkan dari penglihatan orang lain perempuan tu biasa-biasa saja. Itulah yang aku maksudkan. 

p/s: Hanya kerna kau yang cukup indah untuk dimiliki dan untuk disayangi....~

Bayi September

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah dengan izin Allah, kakak ipar saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 22/9/11 yang lepas. Sungguh mendebarkan suasana ketika ingin melahirkan. Banyak cabaran dan dugaan pada kehamilan kali ini. Kakak saya beransur pulih cuma baby masih berada dalam Unit Rawatan Intensif. Hari ni masuk hari kelima baby berada kat situ. Tiada seorang pun yang berpeluang menyentuh makhluk kecil itu. Hanya dapat lihat dari luar cermin sahaja. Tak mengapalah, janji baby cepat sihat. Kawan-kawan yang membaca entri ini, doakan anak saudara saya cepat sembuh eh.

Doctor kata nampak improvement pada baby. Baby kena kuat ye. Baba, Ummi, Pak Ngah, Mak Ngah, Papa, Ibu, Ucu, Abg Aqil & Abg Acad selalu doakan yang terbaik buat baby. Kami semua tak sabar-sabar nak pegang baby tau. Ucu dapat rasa yang baby kuat.

p/s: Dapat berita yang baby dah poo poo pagi tadi, Alhamdulillah. Cepat-cepat baik ye sayang. :)

Wednesday, September 21, 2011

Main sorok-sorok. Best ke?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pernah tak korang sume berada dalam keadaan dipinggirkan. Aishewah. Bukanlah pinggir camne, cuma keadaan dimana ada segelintir orang yang cuba menyembunyikan sesuatu dari korang. Taknak korang tau apa yang diorang buat/ miliki. Masalahnya orang awam yang lain tahu korang sorang je yang tak tahu. Pernah tak pernah tak?

Saya?? *pernah ke tak pernah ek?No comment...haha*. 


Pendapat peribadi saya:
Yang saya tak faham tu kenapa perlu nak sorok-sorok? Nak sembunyi-sembunyi? Kalau da memang ko dapat sesuatu tu atas saluran yang betul, tiada apa-apa masalah pun pada saya.Lagi tumpang gembira ada. Bukan ke lagi tidak enak bila perkara yang kononnya disorok rapi tu dibongkarkan oleh orang lain? Nak pulak dibongkarkan depan tuan punya badan dan depan orang yang tidak mahu diketahui apa yang disorokkan tu. Kelakar tahu. Time tu apa ko nak buat? Hanya boleh wat senyum kambeng jela... ^^v

p/s: Kadang-kadang dalam pandai-pandai tu terserlah gak ke"vodoh"an.

Berbaju kurung = kekampungan?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah lama pendam hal ni. Hari ni rasa nak luahkannya. Kekampungan ke pakai baju kurung? Mana silapnya? Erm, bukannya apa, saya pernah dengar ada orang yang menyuarakan berbaju kurung ni nampak kekampungan. Sebabnya nampak macam tak bergaya dan macam orang tua. Eh, eh boleh pulak kuakan stetmen yang sedemikian rupakan? HUHU..mulut orangkan. Mana boleh nak halang. Mana boleh nak sekat.

Pendapat peribadi saya, saya rasa okey je kalau berbaju kurung. Takdenya kalau kita berbaju kurung terus dilabel sebagai tidak bergaya. Salah tu. Masih boleh bergaya asalkan kena dengan cara dan tempat. Selesa apa berbaju kurung. Cuma...yang tak selesanya bila terpaksa berjalan kaki jauh, turun naik LRT, turun naik bus dan melalui jalan berbukit untuk sampai ke rumah dengan berbaju kurung. Lain-lainnya saya rasa tiada masalah. Baju kurung tetap chantek menarek.

p/s: Penah dikritik kerana berbaju kurung.

Semua bergerak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[ini scheduled entri]


Wah! Wah! Wah!..semakin galak pulak saya membuat scheduled entri. Al-maklumlah nak hapdet entry time tetengah malam tu agak mustahillah. Entah kenapa sejak dua menjak ni banyak nau pancaindera yang bergerak-gerak. Pagi semalam mata belah kiri rasa bergerak-gerak. Macam digarik-garik. Petangnya pulak belah kanan. Saya pernah dengar kalau mata bergerak-gerak sebab nak terima berita sedih, nak menangis, etc. Hari ni pulak bibir belah bawah ni bergerak-gerak. Hape kes nih? Bibir bergerak sebab nak berlawan cakap dengan orang ke? (Kali pertama dan mungkin terakhir me"laser" dengan orang adalah tahun lepas dengan minah Keepsi)...HUHUHU.....ke kapilari darah saya yang tak stabil sekarang nih. Eh, tetibe plak. Harap-harap takde apelah. Anggaplah pancaindera tu mahu buat senaman ringan. (^-^)

p/s: Agak-agak check darah saket tak?

Tuesday, September 20, 2011

Entri Segera 3 dalam 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malas betul jari ni nak menaip-naip entri. Mungkin sebab tiada idea barangkali. Sebenarnya macam-macam peristiwa yang terjadi sepanjang saya menyepikan diri dari berblog. Marilah saya catatkan sikit sesuatu dalam blog picisan ni. Sekurang-kurangnya berhapdetlah sket dan blog ni pon tak le majuk. HEHE ~

sumber: Google

Antaranya, kakak ipar saya admitted kat hospital. Hari ni genap seminggu ada kat hospital. Semoga kakak saya cepat sembuh dan pulih. Doakan yang terbaik untuknya dan bayi dalam kandungannya ye kawan-kawan. Saya tahu sangat tidak seronok untuk duduk dihospital lama-lama. HUHUHU..

sumber: Google

Lagi...lagi...nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat kengkawan yang lahir dalam bulan September ni. Baru saya pasan rupenye ramai gak Septemberian. Haroslah suke. Sebab saya pun jatuh dalam kategori itu. Ekekeke.Semoga kalian semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik. Juga diberikan kesenangan dan kemudahan dalam kehidupan. Aminn.


Lagi..lagi..lagi..semalam selesai sudah sambutan hari raya TM Global. Best je bila tengok ramai staff-staff yang berkumpul dalam satu majlis. Sumenye mengenakan baju raya. Barulah bangkit feel raya tu. Kalau dok pakai baju kemeja dah tak rasa cam raya plak. Kui3...(macam tak percaya je masa jamuan raya ni saya hanya makan 4 cucuk satay dan segelas air...berbeza dengan cara pemakanan saya tahun lepas dan dua tahun lepas) *tapi tak turun-turun pun berat badan...huh*

p/s: Boss saya dah masuk opis setelah bercuti panjang....saya dapat ole-ole dari London...yippie...Mekaseh puan.

Monday, September 12, 2011

Kagomnye..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

[Ini adalah scheduled entri]


Saya jenis mudah kagum dengan orang.

Contoh:

  1. Kagum dengan makhluk Allah yang berjaya dalam pendidikan. Naknya pengajian pada peringkat tinggi dan boleh dikelaskan sebagai pengajian profesional. Lagi kagum kalau makhluk itu dari golongan hawa. Memang tabik spring toink-toink-toink....hehehe~
  2. Kagum dengan makhluk Allah yang berjaya dalam menghafaz Al-Quran. Sedangkan orang yang pandai bahasa Arab pun saya dah kagum apatah lagi yang berjaya menghafaz ayat-ayat suci ni. Terangnya hati mereka. Dahsyat.
  3. Kagum dengan orang yang boleh menguasai pelbagai jenis bahasa. Bukan sahaja bahasa melayu malah bahasa-bahasa bangsa asing dan negara luar jugak berjaya dikuasai dengan baik. Memang wow lah. Orang yang pandai cakap jawa pun saya dah kagum. (Saya tak pandai spiking jawa...hihihi).
  4. Kagum dengan orang yang berwajah cantek dan mempunyai pekerti mulia. Terus terfikir pandainya ibu bapa yang mencorakkan mereka. Agak-agak duit hantaran tinggi tak? Tettt~
  5. Kagum dengan orang yang berharta namun sentiasa merendah diri dalam kehidupan. Susah kot nak cari orang macam ni sekarang. Ini dak, asal nak jatuh atau terkehel sikit mulalah gelabah. Mulalah nak bagi duit bawah meja. Mulalah nak war-warkan tentang keluarga. Huh!
Saya sedar mereka yang tergolong dalam golongan yang saya kagum ni guna sedaya usaha diorang untuk sampai ke tahap sekarang ni. Sampai ke tahap untuk dikagumi. Bukan senang nak senang. Semuanya kena mula dari bawah. Manalah kita tahu mungkin mereka yang saya kagum ni lalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum sampai ke tahap sekarang ni kan? Nak rasa dikagumi....kena berani hadapai realiti

p/s: Bilalah nak rasa kagum dengan diri sendiri?


Demam peperiksaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sumber: Google

Kalau tak silap saya esok adalah hari yang penuh debaran untuk bebudak UPSR. Juga tak ketinggalan ada student IPT yang tengah dok struggle study untuk final exam. Good Luck ye adik-adik, akak-akak dan abang-abang (yang tidak disebut disini jangan sentap hokkay). HEHEHE..

Menyingkap memori silam (aiseh, ayat tak menahan), saya sangatlah cuak dan berdebaran ye setiap kali tibanya musim peperiksaan. Masa tu boleh dikatakan sayalah juara berjaga malam. Sanggup tak tidur. Setiap waktu yang ada tu sangatlah berharga. Masa tu rasa nak marathon dan kalau boleh pulun habis baca setiap helaian buku setebal 600 muka surat tu. Masa tu barulah terkedek-kedek selak nota-nota yang lecturer bagi. Masa tu barulah terkial-kial nak wat formula matematik. Masa tu barulah nak ingat akronim nota-nota audit. Masa tu barulah nak ingat format consolidated balance sheet. Huh! Sangat tidak suka bila semuanya dikerjakan pada saat-saat akhir. Saya pernah mengalami situasi seperti ni.

Namun, situasi nak "terberak baru nak gali lobang" (eh, betul ke kata bidalan ni?kui3...), boleh di atasi kalau kita dah well prepared dari awal. Rajin mentelaah dan membuat latih tubi. Jangan hanya fokus pada subjek yang kita suka je (saya lah tu...kui3). Sepatutnya haruslah seimbang. Kalau this sem amik sampai 21 credit hour pandai-pandailah bahagikan masa ok. Aiseh, memandai-mandai je nak bagi nasihat kat orang. Diri sendiri pun lebih kurang gak sebenarnya. Ekekeke...

p/s: Saya cakap berdasarkan pengalaman.

Monday, September 5, 2011

Rindu kesederhanaan Ramadhan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, diam tak diam, hari ni dah masuk hari ketujuh dalam bulan Syawal. Saya bersiaran kembali setelah hampir 11 hari meninggalkan blog KK sunyi tanpa sebarang pengisian. Al-maklumlah time-time raya ni bz nau gamaknya.

Kalau dapat diundur masa, ingin sekali diri ini merasai nikmat puasa dibulan Ramadhan semula. Terasa hati ini amat rindukan akan kesederhanaan ramadhan yang lalu. Terkadang terbit dalam hati adakah ramadhan yang saya lalui tempoh hari yang  terakhir buat saya? Terakhir sebagai makhluk Allah atau terakhir sebagai...............Erm. Takpelah, biar masa yang menentukan. (Oh, rasa sedih pulak)

Syukur Alhamdulillah, biarpun bersederhana dalam menyambut Syawal tetapi masih terasa kemeriahannya. Menyediakan bahan-bahan masakan, menukar langsir, membakar kuih, memasak, solat sunat aidilfitri, bermaafan, pembahagian duit raya, makan berjemaah, bermain mercun semuanya dapat dilakukan sekeluarga lengkap. Tiada yang kurang waima satu orang pun. Itulah moment yang orang kata "sentimental value". Tidak pasti moment begitu akan ada lagi atau tidak dilain masa. Harapan saya biarlah saat-saat begitu kekal ada. Mudah-mudahan.

p/s: Nanti update lagi eh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...