Maaf, agak lama saya tidak mengemaskini KK. Diri sibuk dengan persiapan raya. Tidak menang tangan. Makanya saya tidak sempat-sempat hendak menghapdet. Jadi saya akan membuat beberapa bahagian/siri/sub topic/chapter dan apa-apa jua istilah yang sesuai digunakan untuk menyampaikan entry saya kali ini. Agak-agak kamu kamu faham tak apa yang saya cuba sampaikan?? Tidak faham? Tak mengapa, sebabnya saya sendiri tak faham…kui3…
30 Ramadhan , Ulang Tahun Perkahwinan & Malam Raya
Sangat-sangat best sebab berbuka puasa bersama dengan jiran di KFC, Carrefour Ampang. Selama bermastautin di kawasan itu keluarga saya boleh dikatakan akrab dengan keluarga jiran terbabit. Syukur, hingga ke hari ini hubungan silaturrahim masih utuh. Masih wujud suasana dan semangat kejiranan di kawasan bandar ni. Ketika Ramadhan terakhir ini, Makcik (gelaran untuk isteri pakcik), belanja kami sekeluarga berbuka di KFC. Memang happening…meja sepanjang-panjangnye disambungkan. Cuma yang tak bestnya petang itu saya agak hangen atas beberapa perkara. 1st sebab tak well manage. 2nd lambat nak decide. 3rd asek kena ulang alik dari kaunter ke meja. Tapi saya tak kisah lagi. Dipendekkan cerita….kesabaran saya ni betul-betul diuji bila seorang pekerja KFC terbabit agak kekwat dengan saya. Saya bertanya dengan baik, dibalasnya dengan kata-kata yang agak keras intonasinya. Mau tak menyirap haku. HUH!! Dan tak semena-mena saya yang selama ini dikenali dengan sikap sopab-santun, cool and come….akhirnya malatop jugak…bila fikir-fikir balik cam tak percaya pun ada. Tapi percayalah…dan yang paling sukar nak percaya bila saya keluarkan stetmen cenggini:
“Saya tahu awak puasa, saya pun puasa…tapi kenapa saya tanya baik-baik awak boleh jawab dengan cara kurang ajar kat saya. Ikutkan hati saya.., saya lempang je muka awak tadi tau (sambil tangan kanan diangkat menggayakan tindakan kunun-kunun ingin melempang orang.heks)”
Bila fikir-fikir balik, cam kelakar pun ada sebab saya marah…tapi ape muleh buat…sape suh kuang ajo ngan saya. Ingat saya diam senang-senang nak pijak kepala saya? No way hokkey.
Dalam masa yang sama, pada masa tersebut Along dan Kak Anis menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9 tahun. Doa saya agar hubungan cinta dan kasih sayang masih terus mekar dan berkembang walaupun di makan masa, Cewahhh..betul. Saya doakan yang baik-baik dalam hubungan rumahtangga mereka, semoga impian dan harapan mereka tercapai satu hari nanti. Semoga sentiasa ceria dan gembira selalu. Tiada apa-apa hadiah istimewa dari saya. Hanya sekadar bisikan doa utk mereka.
Malam Raya sangatlah cargas membuat kerja rumah. Mengelap habuk, menyapu rumah, mengemop...sume one shot malam tu. Sampaikan kepala-kepala saya penuh dengan habuk habukan (suke suki mengmajmukkan perkataan). Seb bek along saya menolong mengaudit bunga-bungaan dalam rumah itu. Lewat 0130am memandikan diri. Mata semakin tak boleh nak buka. Badan sudah tidak berdaya lagi…, yang terbayang hanyalah bantal dan tilam sahaja ketika itu. HUHUHU.
10th September 2010 : 1st Syawal & Ulangtahun
Syawal kali ini agak berlainan sedikit. Angah tidak cuti pada raya pertama kerana bertugas pada sebelah malamnya. Namun Angah sempat menyediakan kuah lodeh untuk kami pagi tu memang special. Raya kali ini juga Angah tidak membuat rending kerana Kak Anis yang masak rendang. Sangat berbeza rasanya. Menu untuk hari itu juga sangat best. Rendang Ayam, Kurma Ayam, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Nasi Minyak, Nasi impit, Idli dan Putu Mayam. Sangat heaven. Tapi saya tidak seperti dahulu kala yang terlalu taksub dengan makanan. Kui3…saya yang dahulu setiap kali raya..setiap satu atau dua jam makan, makan dan makan. Berulang-ulang. Dah kenyang tu continue tido. Mana tak badan cam belon. Kali ni saya cuba avoid dari pengambilan makan yang berlebihan. Tetiba jadi risau pulak kalau-kalau akan memberi kesan terhadap kesihatan saya (cewah, gile kaberline….). Syawal kali ini jatuh pada Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Ada teman saya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari tersebut. Macam seronok bukan. Jatuh pada hari Jumaat dan pada hari raya pulak tu. Along saya kata seumur hidup, kita akan merasa sambut hari lahir pada hari istimewa macam tu. Saya tak pasti pada hari jumaat @ pada hari pertama raya. Untuk teman saya yang seorang itu, Selamat Ulang Tahun. Semoga dengan bertambahnya bilangan angka dalam umur kamu, kamu akan bertambah matang, tabah dan sabar ye menjalani dugaan dan cabaran hidup ni. Saya selalu berpegang pada kata-kata kamu…banyak hikmah jika kita bersabar. Jadi, saya harap kamu pun begitu. Semoga berjaya didunia dan diakhirat. Diluaskan rezeki dan dipanjangkan jodoh dengan beliau tau. J
Next Chapter saya akan sambung kemudian. Tangan saya sudah lenguh menaip.
No comments:
Post a Comment