Hari Raya tahun ini, banyak undangan rumah terbuka yang saya dan keluarga terima. Ada yang dapat hadir ada yang tidak. Abang & kakak ipar saya gigih memenuhi undangan rakan-rakan mereka sedangkan saya hanya dapat menghadiri yang tertentu sahaja kerana faktor-faktor tertentu membataskan pergerakan saya (sebenarnya takdelah banyak sangat undangan).
16th September 2010:
Rumah terbuka Bell @ Nur Faridah Balqis Azmi
Classmate saya sejak tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Tidak dapat hadir sebab sangat-sangat sibuk membuat preparation untuk majlis makan-makan dirumah saya.
17th September 2010
Makan-Makan di teratak saya
Maka sangat bz dari awal pagi sampai awal pagi berikutnya. Sangat-sangat penat. Dapat tido bape jam je. Tapi agak ralat bila kebanyakan kawan-kawan saya tak datang.
18th September 2010
Rumah Terbuka Shahrul Effendi & Reunion KPTM-UiTM Batch 2005-2008 @ Times Square
Sangat-sangat rasa nak pergi tapi sayang rumah Fendi nun di Semenyih. Saya tiada pengangkutan. Takkanlah saya nak susahkan abg saya untuk hantar saya kerumah Fendi. HUHUHU…
Juga tak dapat join reunion sebab saya gigih membersihkan rumah dan membasuh lantai rumah akibat majlis makan-makan tersebut.
25th September 2010
Rumah terbuka Kak Eton (kawan kakak saya) & Rumah Terbuka Suhaimi
Pergi kedua-dua rumah terbabit sebab memang dah janji (dgn Kak Eton). Dengan Suhaimi sebab rumah saya hanya beberapa langkah sahaja dari umah dia. Maka, tiada transport masih boleh sampai.
Rumah Alia tak dapat gi coz time dia wat open house tu saya berada di padang pandan indah, bawa anak-anak saudara saya training bola sepak.
26th September 2010
Rumah Terbuka Boy & isteri (anak kepada makcik dan pakcik)
Family saya pergi, Cuma saya dan Angah saya tak dapat pergi atas sebab-sebab lain.
3rd October 2010
Rumah Terbuka En. Asri & Majlis Pertunangan Mona
10th October 2010
Majlis Pertunangan Awin & Majlis Perkahwinan Ain.
Lagi…lagi…lagi…
Banyak gila event…
Majlis Pertunangan saya bila pula?? Tetttt….*_^
No comments:
Post a Comment