Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Camne nak mula yer? Eceh, camne kunun. Citt. Dah lama tak update sebab mood nak update blog tak sampai & dalam masa yang sama kesibukan kerja-kerja domestic sedikit sebanyak mengganggu kelangsungan penulisan di blog.
Sedar tak sedar sekarang sudah masuk minggu terakhir Ramadhan. Lebih kurang 4 hari lagi Syawal akan menjelma, Insyaallah. Perasaan saya bercampur-baur antaranya sayu dan gembira. Sayu mungkin saya memikirkan tentang kerja ibadah saya yang masih tidak sempurna. Gembira kerana saya berpeluang lagi menyambut Ramadhan kali ini dan akan meraikan syawal bersama-sama keluarga.
Cuti hujung minggu yang lalu dipenuhkan dengan aktiviti membuat kuih, menjahit langsir & menggosok langsir. Fenat hokkey tapi takpe puas hati. Sebab bila kite sendiri tengok outputnya hati rasa puas. Tapi tido tarak puas.Muahahaha…disebabkan kelewatan tido dan kepenatan yang amat sangat saya sudah tido mati…saya tidak sedar dengan kenyaringan alarm clock…uwaaaaaa….frust & sedih gile.
Lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang di corong-corong radio. Ngeeeeee…tapi kalau pergi kompleks, hari pertama puasa lagi giorang dah pasang lagu raya. HuH!..Jalanraya di KL ni pun makin lengang. Kereta pun dah tak banyak sangat. Ini berdasarkan pemerhatian saya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi. Selalunya bila saya keluar rumah pukul 6:30am, kompom saya akan sampai opis dalam pukul 7:30am. Tapi hari ni tak pulak macam tu. Awal je sampai. Besh…besh..besh.. Time raya itself, muleh baring golek-golek atas jalan. Ngeeeeeee….
*Tetibe terasa macam nak makan lemang…huhuhu…tape-tape raya just around the corner, kui3*

No comments:
Post a Comment