Tuesday, December 31, 2013
Setahun Tak Jumpa
Kalau nak diikutkan hari ni saya dah boleh makan, minum, berjalan-jalan, tengok TV, bergelak ketawa secara duo bersama suami. Sebab tu pangkal ayat tadi ialah, "Kalu nak diikutkan". Ihiks. Namun, itu semua hanyalah perancangan manusia. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.
Suami kena attend satu trip lagi. Tak tahulah pula berapa lama operation kat location baru. Harap-harap in between tu kapal suami balik port. Turunkanlah semua off-signer tu. Bagi on-signer naik pula. HEHEHE.
Nampak gayanya untuk menatap wajah kesayangan saya sebelum tahun 2014 memang tidak kesampaian. Takpe-takpe, lambat off lambatlah pula on. Yeay. Alhamdulillah sejak kapal suami mula berlayar ke destinasi seterusnya ni, sekurang-kurangnya setiap sehari saya akan dapat satu panggilan. Syukur. Yang bestnya, setiap kali suami call, suami mesti akan berada di pulau/laut/tempat yang berbeza-beza. Maka, setiap kali itulah saya akan mula tanya soalan geografi pada suami. Kenapa kapal lalu situ. Kenapa tak lalu sini. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Banyak sangat soalan kenapa dari saya. Ihiks.
Hebat wo setahun tak jumpa. Suami gi keje tahun 2013 InsyaAllah balik 2014. Umur pon dari 2 series dah beranjak ke 3 series. Syabas bettey. Ngak3.... apapun, semoga suami yang jauh dimata sentiasa dalam perlindungan Allah. Aamiin. :)
P/S: Kebanyakan entry saya mesti pasal suami saya. Kalau ada rezeki anak, baru saya up pasal anak pula eh. Ihiks.
Luahan Rasa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sempena tahun baru esok, saya pasti ramai yang dah berazam dan target macam-macam dalam kehidupan.
Azam saya? Tidak lain dan tidak bukan saya selalu pesan pada diri sendiri supaya jadi manusia baik. Saya sedar fitrah akan kejadian manusia tu tidak sempurna. Disebabkan itu, saya cuba didik hati dan jiwa saya supaya sentiasa menjadi baik dan berbaik sangka dengan orang lain. Jadi lebih penyabar dan kuat berhadapan dengan karenah orang. Erm...saya yang tak banyak bercakap ni pun orang tetap mengata dan memburuk-burukkan saya. Tak guna untuk saya jelaskan satu-satu pada mereka akan letak duduk cerita yang sebenar. Saya tetap ambil pendekatan berdiam diri. Saya biarkan mereka analyze dan realize sendiri. Saya tahu mereka ada fikiran, ada pelajaran...sudah pasti tahu membuat perbezaan antara kaca dan intan. Itulah saya cakap manusia memang tidak sempurna. Kadang-kadang kelebihan kita menjadi masalah besar pada orang lain. Kelemahan kita menjadi keseronokan pada orang lain.
Ya Allah, pelihara lidahku. Pelihara perbuatanku. Pelihara fikiranku.
Moga yang baik-baik sahaja berlaku sepanjang 2014. HambaMU berharap.
Thursday, December 26, 2013
Hujung Tahun
Hujung-hujung tahun ni memang mood orang cuti. Office saya lengang. Jalanraya pun lengang. Maka saya boleh berlenggang-lenggang keluar dari rumah pukul 7:30am, sampai entrance parking pukul 8:00am. Tengok kat meter signage, ada 237 lot parking lagi. Seronok betul pergi kerja time orang cuti. Boleh memilih nak parking kat mana. Kalau hari biasa memang hazablah nak cari parking. Usahkan cari parking, memang saya tak akan drive pergi kerja. Kalau hari biasa, pukul 6:30am dah WAJIB kena keluar kalau nak bawa kereta ok. Sebabnya ialah nak berebut parking. Kalau tak nak berebut boleh, parking lah kat parking berbayar sehari RM15. Saya sayang duit. Ihiks.
Tapi bila dah masuk office, rasa bosan menerpa. Eceh. Sebab kerja dah tak berapa nak banyak. Orang dah tak berapa ada. Cuaca pula hujan. Office sejuk. Maka memang malas sungguhlah. Tapi time-time macam ni lah rasa tenang untuk study. Saya bawa segala -mala nota. Almaklumlah exam nak dekatkan. Boss saya awal-awal dah warning, "I nak you pass exam you." Stress juga ni!
Akhir kata, selamat membaca buku ye Puan Erni. :)
Semoga Allah Lindungi
Kebelakangan ni macam-macam perkara aneh yang berlaku. Ikan tamban yang berlumba-lumba naik ke pesisir pantai di Lahad Datu (sahih) dan yang terbaru ikan, ketam melompat-lompat untuk naik ke platform diperairan Terengganu (tak pasti akan kesahihannya). Ada sumber mengatakan situasi di perairan Terengganu tu tidak benar. Wallahu'alam.
Saya sebagai isteri pelaut dan suami saya sekarang berada diperairan Terengganu memang risau. Risau yang amat sangat. Apa yang saya tahu sekarang ialah angin kencang dan ombak tinggi sedang memnghentam perairan Terengganu. Saya mohon Allah beri perlindungan kepada suami, anak-anak kapal dan pekerja dipelantar. Sepanjang berkenalan dengan suami, saya rasa kali ini yang paling mencabar pelayarannya.
Semoga Allah lindungi. Semoga Allah lindungi. Semoga Allah lindungi.
Tuesday, December 24, 2013
Seminggu Sebelum 2014
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hidup saya sepanjang tempoh ketiadaan suami. Hampir 3 bulan suami keluar mencari rezeki. Bila suami balik? Saya sendiri tak pasti bila. Ikutkan memang batch suami yang akan balik lepas ni. Doa-doakan je la cepat suami balik. :)
2013, banyak kenangan manis dan pahit. Permulaan tahun 2013 yang sedikit hambar dan mencabar. Namun, berkat kesabaran, sokongan dan dorongan orang-orang tersayang, maka saya berjaya lalui semuanya dengan baik. Alhamdulillah.
Pertengahan 2013 satu lagi perkara menggembirakan terjadi dalam hidup saya dan suami. Diberi peluang bertemu dengan seseorang yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini. Syukur Ya Allah, Kau panjangkan usianya, Kau jagakan dia. Sesungguhnya, saya sayang dia.
Ramadhan 2013 boleh dikatakan 98% tanpa suami. Memang sedih sebab buka puasa sorang-sorang. Paling tidak pun pergi rumah abang. Time tu memang 50-50 je rasa tak tahu suami dapat balik sebelum raya atau tidak. Ikutkan pengiraan sendiri, suami balik sebelum raya. Syukur sekali lagi, beberapa hari sebelum raya, suami off. So takdelah nak sedih sangat. Allah tu adil kan. DIA suruh saya sabar. Tengok, berkat kesabaran dapat beraya dengan gembira dan bahagia bersama suami tercinta. Ngeeeee.
November 2013, ketika cuti Deepavali, minta izin suami untuk balik ke Teluk Intan dengan memandu secara solo. Buat pertama kali. Bukan tak pernah memandu ke Teluk Intan, pernah tapi semuanya berteman. Kali ni, saya cabar diri saya sendiri untuk memandu (eleh, TI je pun). Sehari sebelum travel, saya dah check minyak hitam & air. Pergi isi minyak dan pam tayar. Beli roti siap2. So, ketika dalam perjalanan balik takdelah saya berhenti-henti kecuali emergency. Seawal 7:00am dah keluar. Sampai TI sharp 9:00am. Mak mertua & abang ipar terkejut awat saya sampai cepat sangat. Yeay, makin berani memandu sendiri tapi masih tak mahir parking sisi (side-parking).
December 2013, berhadapan masalah dalam menyiapakn tugasan study. Memang buntu dan stress sangat. Sampai satu tahap nak drop subjek tu. Mujur sekumpulan dengan ahli kumpulan yang tenang dan positif. So, aura positif dia meresap kedalam jiwa saya. Dapat juga selesaikan assignment tu.
Ok, dokey. Daa/
Thursday, November 28, 2013
Suami, ILY
Sekarang kapal suami banyak Touch n Go je. Dah takde dah nak stay lama-lama kat port. Berada di port selama 2 - 3 hari dah dikira lama ok. HEHEHE. Petang semalam dah berlayar ke location semula. Macam biasa, bila ada coverage kami suami isteri akan berwasap-wasap.
Entah kenapa wasap semalam lebih emosi berbanding sebelum-sebelum ni. Selalunya wasap kami takdelah sampai tahap beremosi sangat. Semalam lebih kearah hal-hal tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga kami dan juga tentang tanggungjawab kami sebagai manusia. Saya rasa ayat-ayat suami tu sangat mudah dan straight forward. Dengan erti kata lain takdelah sampai tangkap sedih punya ayat. Tapi saya yang membacanya yang rasa touching lebih. HAHAHA.
Antara ayat-ayat suami yang buat saya rasa touching sangat tu:
Monday, November 25, 2013
Jumpa Kawan Lama
Lama! Ye, sangat lama tak jumpa dia. Lebih 5 tahun dan mungkin hampir 8,9,10 tahun. HAHAHA. Dia sama macam dulu. Raut wajah dia, gaya percakapan dia. Tapi satu je dah berubah. Dia makin tinggi saya rasa. Time sekolah rendah dulu rasa dia ni takdelah tinggi mana. Bila masuk sekolah menengah tinggi gak lah. Dah habis sekolah makin tinggi. Apalah yang ko makan dek non~ Kui3...
Disebabkan ada wedding kawan dan kebetulan saya tiada kelas time tu, dapat jugalah bertemu dia. Happy dapat jumpa dia tapi saya yakin kat wajah saya ni tak terpapar kegembiraan tu. Dia pun mungkin rasa macam tu. Sebab muka saya memang macam ni lah. Susah nak tunjukkan emosi tu melalui riak wajah.
Tempoh berjumpa dan berborak-borak tu singkat sangat. Ikutkan hati memang nak borak panjang lebar sampai tengah-tengah malam tapi memandangkan dia anak dara orang, tak eloklah saya nak culik dia lama-lama. Ahakz.
Harap sangat-sangat berpeluang jumpa lagi dengan kamu wahai kawan. Harap kau tak menyesal jumpa aku. Ngahahaha~
Friday, November 22, 2013
Baru Update
Selamat hari Jumaat. Hampir 2 bulan tak menjenguk blog. Hari ni curi-curi masa untuk menghadap blog yang biasa-biasa ni.
Kerja
Juga hampir 2 bulan ditempat baru. Suasana kat sini memang sangat lain dengan divisions yang saya pernah join sebelum ni. Dari segi kerja pun adalah lebih mencabar saya rasa. Bila teringat balik kisah 2 bulan yang lalu memang rasa sedih tapi syuh syuh syuh...saya nak buang rasa itu jauh-jauh. Saya cuba nak serapkan ion-ion positif je dalam diri. Sekurang-kurangnya bila sentiasa positif ni tak adalah saya down sangat. Buatkan saya lebih matang, buatkan saya tahu apa kelebihan dan keupayaan saya. Frankly, memang banyak pendedahan especially bila kena deals dengan ROs. HUHUHU. Tapi...tapi...tapi....!! Dah lah tak nak cerita pasal kerja. Harap-harap hati saya dah boleh terima apa yang terjadi ni sepenuhnya.
Pelajaran
Pelajaran saya semakin hari semakin mencabar. Kadang-kadang rasa malas sangat. Tapi mengenangkan duit yang dikeluarkan dan masa depan yang lebih cerah, terpaksa gagahkan dan tabahkan hati untuk terus belajar. Sem ni entah kenapa lain macam sangat kerisauan terhadap pelajaran. Dengan assignment yang menggunung...test dan quiz yang berhimpun. Stress ok. Tak sabar nak habis sem ni. Tak sabar nak relax-relax. Tak sabar nak bercuti bersama suami terchenta. Yeehaaa~
Kehidupan
Saya menjalani kehidupan seperti biasa-biasa saja. Normal macam orang lain. Baru-baru ni mengalami gangguan kesihatan secara tiba-tiba. Barangkali disebabkan cuaca. Kesian cuaca asyik dipersalahkan. HEHEHEHE..Alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya. Atau juga barangkali kerana memandu bersendirian dari KL-TI-KL. Satu pencapaian yang baik buat pemandu baru macam saya. HAHAHA...Takde sapa nak puji, saya puji diri sendiri.
P/s: Tak lama dah nak habis November...pastu December..Best!
Friday, September 20, 2013
Buka Buku Baru
Alhamdulillah..setelah hampir sebulan tidak mencatat apa-apa dalam blog picisan ni, hari ni tergerak hati untuk mengapdet barang sebaris dua ayat. Ayuh!
Pertama:
Masih dalam mood gembira dan bahagia kerana suami tercinta masih disisi. Belum lagi mendapat panggilan samudera. Yeay! Pada minggu setiausaha yang lepas saya menang hadiah cabutan bertuah iaitu voucher 3 hari 2 malam di sebuah resort di Terengganu. Syukur! Baru-baru ni ambil cuti 3 hari semata-mata nak ke sana. Dah alang-alang suami disisi..apa lagi menggelejatlah kami. Ihiks.
Kedua:
Hari Jumaat (13/09/2013), semasa dalam perjalanan pulang ke KL saya terima panggilan dari pejabat. Terima news yang kurang best bagi saya tapi saya tahu ada hikmah disebaliknya. Menerima berita dalam keadaan yang tak bersedia memang sangatlah sesuatu yang boleh meruntun jiwa dan raga. Tapi saya berlagak selamba seolah-olah tiada apa-apa.
Ketiga:
Hari kedua masuk ke pejabat, saya terima surat pertukaran. Rasa nak menangis. HUHUHU. Tapi saya semat dalam hati ini semua dah tertulis. Allah is the good planner. Cuma sebagai manusia biasa, memang saya rasa geram dan marah. Saya tahu apa yang terjadi dan cerita sebenar disebalik pertukaran saya tu. Cara tu tak betul. Overlap saya untuk kepentingan sendiri. Allahuakbar. Biarlah dia. Saya tahu awak tertekan, awak perlukan penempatan sebab tu awak boleh lakukan perkara-perkara diluar jangkaan tapi please jangan buat perkara yang sama pada orang lain. Tak elok macam tu. Muka awak dah cantek tapi sila cantekkan juga sikap awak.
Keempat:
Sekarang saya perlu pandang kedepan. Persiapkan diri dengan sebarang kemungkinan. Saya tahu pelbagai cabaran menanti dihadapan. Untuk maju, memang saya perlukan cabaran. Yang berlaku semuanya ujian. Ujian yang saya rasakan bebanan tapi sebenarnya ujian ni memberikan saya kematangan dan kecekalan. Terima kasih kepada family dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan. Tanpa kalian pasti saya rasa tidak keruan.
Buka buku baru. Saya tahu Allah sayang saya sebab itu DIA datangkan ujian buat saya. Sesungguhnya Allah takkan membebankan hamba-hamba-NYA melebihi dari kemampuan setiap hamba-NYA. Kawan saya cakap saya kuat sebab saya boleh berhadapan dengan situasi macam ni. Saya balas, tidak mudah sebenarnya tapi saya terpaksa lalui.
Friday, August 23, 2013
Susunan Allah tu cantik
Selamat 16 Syawal.
Hari buat Jamuan Raya kat opis. Kebetulan opis kat wing sebelah pun buat juga.
Maka boleh dikatakan bergabung jugaklah.
Mujur ada kenalan kat opis sebelah, so takdelah segan sangat nak makan-makan kat sana.
HEHEHE.
Berkenaan tajuk, memang macam dah dapat agak pasal apalah kan..
Baru-baru ni dapat tahu orang tu hamil. Orang ni hamil. Orang tu hamil. Saya? Masih belum. HUHUHU.
Takpelah saya redha dan terima jika masih belum rezeki kami suami isteri.
Dah setahun lima bulan usia perkahwinan. Memang orang takkan berhenti bertanya tentang hal yang satu itu. Tapi siapa saya nak meyakinkan dan memberi jaminan tentang zuriat pada setiap pertanyaan? Saya hanya mampu berkata, "belum ada rezeki lagi..". Suami saya selalu pesan, "jangan sesekali ragu dengan Allah. DIA lagi tahu apa yang terbaik buat kita".
Macam kawan saya.
Dia kahwin dahulu sebelum saya. Juga PJJ seperti saya. Suami di Sabah dia di Semenanjung.
Baru-baru ni disahkan hamil. Memang gembira bukan kepalang. Juga dapat tahu yang suami dia dapat ditukarkan ke Semenanjung bermula tahun depan. Magik kan? Tahun depan dah tak lama mana dah. Hanya beberapa bulan je lagi. Memang nampak betapa cantiknya aturan Allah tu.
Berhadapan dengan orang yang positif juga dapat mengembalikan semangat saya. Nasihat-nasihat dan kata-kata semangat mereka buatkan saya kuat dan tidak mudah melatah. Apapun ini semua kerja Yang Maha Kuasa. DIA tahu apa yang terbaik buat saya dan suami.
Thursday, August 15, 2013
Sepraislah Kononnya
Hari ni dah masuk 8 Syawal. Maknanya dah 12 hari suami bercuti. Sekejap je rasanya. Cuba kalau belayar...12 hari pun rasa macam lama sangat. HUHUHU.
Alhamdulillah, kali kedua dapat beraya bersama dengan suami. Mestilah happy. Gile tak happy. Persediaan sederhana je. Nak compare tahun lepas dan tahun ni saya rasa tahun ni lebih mencabar persediaannya. Sebabnya segala preparation dibuat ketika suami jauh diperantauan. Semuanya kena fikir dan buat sendiri ok. Memang rasa magic sangatlah sebab saya boleh buat semuanya sendiri. *poyo gile*
Kejutan suami bukan setakat untuk saya je malah untuk keluarga di kampung. Memang gile kentanglah 3 hari tak bagitahu emak, akak & adik-beradik lain yang suami dah ada kat darat. Tujuannya nak buat kejutanlah kononnya. HEHEHE. Tapi...tapi...akak ipar saya dah mula syak yang suami saya dah off tapi mati-mati suami saya nafikan. Aish tak baik sungguhlah.
Sampai ibu mertua cakap camni "Mie kalau balik port atau ada line tepon mesti tepon mak"
6 August 2013
Lepas Zohor kami dah gerak balik ke Teluk Intan. Time tu saya pun dah memainkan watak. SMS family kat kampung kononnya nak balik petang tu juga. Ikutkan plan asal saya nak balik pagi raya (sebab bajet suami tak raya sekali). Suami drive sampai Sungkai. Dari Sungkai ke Teluk Intan saya bawa. Entah macam mana waktu nak masuk simpang menghala ke rumah emak mertua, saya terlihat ada kereta berserta call sign (kereta abang ipar) kat belakang. Kantoiii...terus cakap ngan suami, "abang, macam kete yeop je tu sebab nampak sticker call sign dia". HAHAHA....rupa-rupanya yeop hampir-hampir terpedaya sebab memang dia nampak saya sorang je dalam kereta. Kui3... mujur time sampai rumah akak ipar saya belum sampai lagi. Tak lama kemudian dia pun sampai. Kitorang dah berpakat suruh anak-anak sedara tutup mulut. Suami dah nyorok. Akak pun hampir-hampir terpedaya ngan helah kami. Sebab dia nampak saya sorang je. Siap cakap lagi yang dia rasa macam tak percaya yang gme masih kat kapal. At last...suami saya pun memunculkan dirinya kat depan akak....memang gamatlah rumah time tu. Berdepek-depek kena tampo-tampo manja. HAHAHAHA....
Panjang lagi nak cite pasal hari raya...tapi macam tak larat pula...
Tuesday, August 6, 2013
Suami balik senyap-senyap
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bersyukur ke hadrat Illahi.
26 Ramadhan 1434H - Allah temukan semula kami suami isteri.
Setelah 2 bulan kami berjauhan.
Masih sempat kami menikmati Ramadhan bersama-sama.
Kalau tidak sorang di timur, sorang di barat.
Syukur juga kerana tahun kedua dapat beraya bersama. :)
Tuesday, July 30, 2013
Balik Kampung
Baru-baru ni balik kampung. Tak jauh mana pun sebenarnya. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan je. Dahsyat betul dugaan dalam bulan puasa ni. Sebenarnya takdelah dugaan sangat tapi lebih kepada diuji kesabaran.
Ikutkan saya perlu naik bas pukul 6. Tepat 5 pm saya dah gerak dari opis pergi ke Puduraya. Gedebuk-gedebak lebih kurang 5:20 pm sampai Puduraya. Terus beratur nak beli makanan buka puasa. Hasrat hati nak beli Hot & Roll. Tapi orang terlalulah ramai. Alih-alih beli Roti Himpit Ayamas. Ok jugalah. Air tak beli sebab dah bawa siap-siap dari opis.
Lebih kurang 5:40pm saya turun ke platform. Mak aih, ramainya orang. Stendetlah hari Jumaat lah katakan. Bus yang ada time tu ke Penang. Lepas tu pukul 6:00pm bus pun datang. Sekali rupanya bus pukul 5:00pm ke Teluk Intan. Kalau bus pukul 5:00 sampai pukul 6:00 tak mustahil bus pukul 6:00 sampai pukul 7:00. Huh! Makin banyak bus yang masuk platform. Tapi sumenya menghala ke Kuantan dan Ipoh. Dekat-dekat 7:20pm baru bus ke Teluk Intan sampai ok. Memang lenguh gile berdiri sejam lebih semata-mata nak tunggu bus. Tapi legalah sebab bus dah sampai. Dah naik bus memang feeling habeslah. Rasa macam balik raya pula. HEHEHE. Tapi kalau suami ada lagi best. Cepatlah balik.
Pukul 10pm sampai Teluk Intan. Abang ipar & biras saya dah tunggu. Yeay. Sampai umah mak apa lagi terus bedal nasiklah. Anak-anak sedara dah tido. So, tak boleh nak bergurau senda. Esoknya masih ada....
Esok-esok baru cite ok.
Agak-agaklah pun..
Baru-baru ni saya dok ralit menengok-nengok Facebook. Entah macam mana tertarik dengan satu keratan akhbar yang kawan saya share. Tajuknya ialah "Isteri Henyak Kepala Suami". Dahsyat gak tajuk berita. Baca punya baca, henyakkan tu berpunca daripada suami tak belikan baju raya. Aish.
Pelik betul. Kot ada masalah rumahtangga pun bincanglah baik-baik. Bincang secara berhemah. Ni tidak takkanlah sampai nak hayun lesung batu. Nyawa kot....kalau melayang nyawa barulah nyesal. Merajuk sikit-sikit dah lah kan..ye dak?? Ihiks.
Friday, July 26, 2013
Pertama Kali
Tuesday, July 23, 2013
Gara-gara Nickname
Kelakar sungguh! Mana tidaknya, rakan sekerja sebangunan dan sebumbung boleh tak ingat nama saya. Yang dia ingat ialah nickname yang saya gunakan dalam Facebook. HAHAHA...
Alkisahnya, dia nak check schedule boss. Dia cuba nak email saya tapi sayangnya dia tak ingat nama saya. Pangkal nama pun dia tak ingat. Dahsyat sungguh! Last-last dia turun gi tempat saya, tanya schedule boss. Terus dia cakap, akak lupa nama awak. Muka awak akak ingat. Tapi akak asyik ingat nama awak Cikoni Koni. KAHKAHKAH...tergelak lah saya.....
P/S: Cikoni Koni tu niknem yang asben I bagi. Kiut gile nama tu. Hikhikhik~
Kata Hati
Selalunya apa yang saya rasa mesti tepat.
Takdelah semuanya tapi dalam kebanyakan perkara.
Bila hati saya terdetik, mesti mengena.
Ada satu hal yang saya dah dapat agak.
Tapi saya tak suarakan.
Saya tunggu harinya.
Bila tiba harinya, sekali lagi mengena tekaan saya.
Monday, July 22, 2013
Dendang Perantau
Hari ni masuk 13 hari bulan Ramadhan. Gedebuk gedebak gedebuk gedebak dah masuk 2 minggu kita berpuasa eh. Maknanya lebih kurang 2 minggu jugalah kita nak berhari raya. Persiapan raya saya masih tak nampak bayang. Sekarang ni dalam fasa berharap dan bermohon pada yang Esa supaya memberi peluang kepada suami saya untuk bercuti. Mohon supaya bakal pengganti suami saya tu tak bertukar fikiran disaat-saat akhir. Harap-harap bakal pengganti suami saya tu budak baru yang nak kutip pengalaman so dapat naik kapal dekat-dekat raya pun dia tak kesah. Nama pengganti tu suami saya dah bagitau tapi suami saya suruh saya turut berdoa supaya pengganti beliau akan naik kapal pada masa yang sepatutnya. Maknanya, penghujung ramadhan dan awal syawal adalah masa-masa kritikal dan mendebarkan buat kami suami isteri...andaikata malam raya still tak nampak kelibat suami saya itu bermakna "dari jauh ku pohon maaf" je lah....Uwaaaaa......~~~~
P/S: Kalau suami ada baru bersemangat nak raya...kehkehkeh
Thursday, July 11, 2013
Ramadhan Kali Ini
First day puasa, saya bersahur dan berbuka dirumah abang. Abang & kakak ipar asyik sebut-sebut je pasal suami. Aduhai, sedihnya rasa. Tapi saya ada satu keistimewaan untuk buat muka blur & muka tak ada perasaan. So, takdelah nak tunjuk sangat yang saya feeling sedih time tu. HAHAHA. Buat relax je sudah. Semalam dapat phone call dari suami. Kalau dah appear kat screen phone nombor panjang berjela memang maknanya suami kat tengah-tengah lautlah tu. HUHUHU...Nak nanges cakap dengan suami. Tapi memandangkan kat opis dan bulan puasa, saya cover sikit...kalau tak tak pasal-pasal karang orang nampak & tak semena-mena boleh terbatal puasa. Ngaaaaaa~
Oklah. Semoga dalam bulan yang penuh barakah ini dapatlah kita melipat gandakan amalan dan beramal jariah. Juga juga juga jangan lupa bayar zakat fitrah yerp.....
Wednesday, June 5, 2013
Luahanlah Sangat
Sekarang ni demam peperiksaan. Boleh dikatakan kebanyakan IPT kat Malaysia ni sedang menganjurkan perang peperiksaan.
Suamiku,
Jadual examku dah keluar. First paper start hujung bulan ni. Last paper pula awal bulan depan. Maksudnya kat sini gap antara setiap exam tu tak panjang. Pfffttt~~~~ Saya sedar tentang waktu peperiksaan yang semakin hampir, tapi entah kenapa makin hari makin malas pula nak menengok buku dan calculator. Saya lebih suka melayan Masterchef dan Candy Crush. Maafkan saya suami. Saya cuba berubah start malam ni. Ngeeee....
Juga nak ucapkan selamat maju jaya buat kakak ipar saya, abang ipar dan biras saya yang juga akan menduduki peperiksaan. Semoga kita semua berjaya..InsyaAllah........
Tuesday, June 4, 2013
Suami
Monday, June 3, 2013
Belajar
Hari ni office lengang lagi. Almaklumlah cuti sekolah tak habis lagikan. Tunggulah minggu depan, kompom dah takde lagi suasana damai macam ni. Ahakz.
Pelajaran.
Bila fikirkan subjek yang satu tu memanglah saya rasa lemah. Sampai sekarang saya tak faham-faham. Pasaipa pun tak tahu. Take home test yang lecturer bagi 2 minggu yang lalu pun saya tak berjaya siapkan lagi. Dok takuk tu je. Setiap kali menghadap soalan tu mesti kerja-kerja lain tergendala. Punyalah saya nak fokus. Tapi tak siap-siap juga. HUHUHU. Tanya kawan, dia pun 2 x 5 macam saya. Tanya senior yang dah amek subjek ni & kalau boleh nak pinjam nota-nota diorang, hari pun malam coz nota-nota diorang sume dah bagi pinjam kat budak-budak lain. Ada yang tak tahu bubuh kat mana pun ade..Adeh. Masaklah macam ni. Ada satu je harapan lagi...minta kat kawan saya yang seorang ni. Hopefully dapat. :)
Subjek yang lagi satu tu pula saya sukaaaaa gila! Kalau boleh nak belajar subjek tu je sepanjang sem ni. Subjek calculation. Eh jap. Subjek yang kat atas tu pun calculation juga sebenarnya. Tapi yang kat atas tu lebih kepada financial. Yang saya suka ni lebih kurang macam mathematic. Walaupun banyak formula, tapi saya suka sebab lecturer tu ajar saya faham. Cara lecturer tu ajar memang betul-betul nak bagi student dia faham. Memang nampak sangat usaha dia. Sampaikan nak tekan square root pakai calculator pun dia ajar. Padahal itu benda basic je kan. HEHEHE.
Hujung bulan ni dah start exam. Harap-harap tak adalah paper yang sangkut. Letih kalau ada yang sangkut. Tak sanggup ahkak nak melaluinya.
Thursday, May 30, 2013
I'm Back...Ecececey
Saya sedar sudah 3 bulan blog ni tidak berapdet. Sampaikan seorang teman whatsapp saya mengingatkan tentang blog saya yang dipandang sepi selama hampir 3 bulan ni. Tenkiu kawan .
Macam-macam jadi. Saya dapat bos baru. Saya pindah floor baru. Saya dapat penambahan bidang tugas baru. Oklah, cukup pasal kerja.
Lebih kurang sebulan dari sekarang saya akan menghadapi final exam. Memang cuak ok. Sebabnya sem kali ni memang susah-susah subjeknya. Sampai satu tahap saya susah nak faham apa yang saya belajar. Sekarang ni pun minta ehsan orang untuk tunjuk ajar saya. HUHUHU...Bila fikir pasal pelajaran ni, kadang-kadang saya down sangat. Mana taknya, saya tak faham-tak reti-tak tahu nak jawab soalan-soalan. Stress sangat. Rasa putus asa pun ada. Tapi mengenangkan pepatah "berpantang undur sebelum kalah" saya teruskan jugalah perjuangan ini. Takpe Eni, pelan-pelan. Bersusah-susah dahulu. Sekarang ni pun saya tengah stuck nak jawab satu soalan ni. Maka, terapikan diri dulu dengan menghapdet blog. Alang-alang dua-dua bos takde dan orang pun tak ramai kat opis kannn.
Ok, sambung!
Alhamdulillah, usia pernikahan kami sudah setahun dua bulan. Tak sangka dah setahun lebih rupanya. Sekejap je masa berlalu. Masih terbayang-bayang memori masa nikah dulu. Orang-orang sekeliling pun ada yang dok tanya-tanya tentang orang ketiga dalam pernikahan kami. Jawapan kami, "belum ada rezeki lagi". Bohonglah kalau tak sedih. Tapi nak buat macam mana. Kami tahu Allah dah plan yang terbaik untuk kami. Kami yakin sangat bahagian kami ada cuma cepat atau lambat je Allah nak beri. *sabar ye Puan Eni*.
Sabtu lepas suami dah berangkat semula ke bumi Kemaman untuk mencari rezeki. Setelah hampir 3 bulan bercuti, suami kembali bertugas semula demi mencari rezeki buat keluarga kecil kami. Saya redha tapi tetap sedih seperti sebelum-sebelum ni. Lain ok perasaan nak lepaskan suami yang outstation 3 hari nak compare dengan suami yang out station & kadang-kadang out of coverage for 3 bulan. Air mata? Usah cakaplah. Masih berjurai-jurai air mata ni nak melepaskan suami walaupun ini dah masuk kali ketiga suami on-board selepas kami bernikah. Pujuk-pujuk diri. Kejap je 3 bulan tu. After 3 bulan dapat jumpa lagi. Indah sebenarnya berjauhan.
Friday, February 22, 2013
Harap-harap 10 hari lagi ketemu
Lama sangat tak update blog. Alasan cliche, sebab kesibukan. Pejam celik-pejam celik hari ni dah masuk 80 hari lelaki kesayangan keluar mencari rezeki. Ikutkan pengiraan, lebih kurang 10 hari lagi suami akan balik, InsyaAllah. Itupun kalau tiada apa-apalah. Gembira tu adalah sikit tapi bahangnya masih tak terasa lagi. Sebabnya suami masih berada dilokasi. Tiada khabar, tiada panggilan telefon mahu pun kiriman email. Juga sampai sekarang masih tidak tahu sama ada nama suami sudah tersenarai untuk off atau belum. Oh, redha!
P/S: Tak sabar nak jumpa kamu incik suami :)
Friday, January 25, 2013
Tunjukkan Jalan
Tuesday, January 8, 2013
Setelah 4 tahun
Setelah 4 tahun meninggalkan alam pembelajaran, hati saya terbuka untuk menyambung pengajian semula. Syukur Alhamdulillah kerana saya masih ada hati untuk menuntut ilmu. Ikutkan malas, memang malas dah nak menghadap buku, assignments dan kelas tapi ikutkan rajin dan mengenangkan masa depan, saya teruskan juga hasrat murni tu lagi. :)
Semalam saya dah mula exam untuk paper pertama bagi sem kali ni. Ada dua paper lagi yang bakal menyusul dan bakal saya ambil. Bayangkan setelah berapa lama tidak bergelumang dengan kertas soalan, berada dalam dewan peperiksaan, bersengkang mata dimalam hari dan membuat nota ringkas - tetiba saya nak kena lakukan semua itu bukanlah suatu perkara yang mudah ok. Lebih-lebih lagi bila dah berkerja dan berumahtangga. Namun, terpaksa juga lakukan. Pujuk-pujuk hati supaya mudah terima ilmu, pujuk-pujuk mata supaya tidak lena ketika mengulangkaji dan pujuk-pujuk diri supaya bertahan dengan ujian-ujian yang Allah berikan.
Mujur hari Jumaat minggu lepas suami pulang ke port sekejap. Walaupun sekejap sempatlah juga berbual dan bervideo call. Suami sempat memberi kata-kata semangat dan dorongan. Suami suruh fokus pada exam je dan jangan fikirkan perkara-perkara lain. Terima kasih suami. Kalau kamu ada disisi kan lagi best.
P/S: Mood study on.