Pages

Friday, September 20, 2013

Buka Buku Baru

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah..setelah hampir sebulan tidak mencatat apa-apa dalam blog picisan ni, hari ni tergerak hati untuk mengapdet barang sebaris dua ayat. Ayuh!

Pertama:
Masih dalam mood gembira dan bahagia kerana suami tercinta masih disisi. Belum lagi mendapat panggilan samudera. Yeay! Pada minggu setiausaha yang lepas saya menang hadiah cabutan bertuah iaitu voucher 3 hari 2 malam di sebuah resort di Terengganu. Syukur! Baru-baru ni ambil cuti 3 hari semata-mata nak ke sana. Dah alang-alang suami disisi..apa lagi menggelejatlah kami. Ihiks.

Kedua:
Hari Jumaat (13/09/2013), semasa dalam perjalanan pulang ke KL saya terima panggilan dari pejabat. Terima news yang kurang best bagi saya tapi saya tahu ada hikmah disebaliknya. Menerima berita dalam keadaan yang tak bersedia memang sangatlah sesuatu yang boleh meruntun jiwa dan raga. Tapi saya berlagak selamba seolah-olah tiada apa-apa.

Ketiga:
Hari kedua masuk ke pejabat, saya terima surat pertukaran. Rasa nak menangis. HUHUHU. Tapi saya semat dalam hati ini semua dah tertulis. Allah is the good planner. Cuma sebagai manusia biasa, memang saya rasa geram dan marah. Saya tahu apa yang terjadi dan cerita sebenar disebalik pertukaran saya tu. Cara tu tak betul. Overlap saya untuk kepentingan sendiri. Allahuakbar. Biarlah dia. Saya tahu awak tertekan, awak perlukan penempatan sebab tu awak boleh lakukan perkara-perkara diluar jangkaan tapi please jangan buat perkara yang sama pada orang lain. Tak elok macam tu. Muka awak dah cantek tapi sila cantekkan juga sikap awak.

Keempat:
Sekarang saya perlu pandang kedepan. Persiapkan diri dengan sebarang kemungkinan. Saya tahu pelbagai cabaran menanti dihadapan. Untuk maju, memang saya perlukan cabaran. Yang berlaku semuanya ujian. Ujian yang saya rasakan bebanan tapi sebenarnya ujian ni memberikan saya kematangan dan kecekalan. Terima kasih kepada family dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan. Tanpa kalian pasti saya rasa tidak keruan.

Buka buku baru. Saya tahu Allah sayang saya sebab itu DIA datangkan ujian buat saya. Sesungguhnya Allah takkan membebankan hamba-hamba-NYA melebihi dari kemampuan setiap hamba-NYA. Kawan saya cakap saya kuat sebab saya boleh berhadapan dengan situasi macam ni. Saya balas, tidak mudah sebenarnya tapi saya terpaksa lalui.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...