Pages

Monday, March 26, 2012

Pesan Along

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ketika selesai majlis bertandang di pihak lelaki, Along saya ada kirim pesanan buat saya:

"Ko jaga diri elok-elok. Jaga adab sopan. Jangan malukan along dan lebih-lebih lagi laki ko. Kesian kat dia. Penat dan pening kepala dia tu.."

Saya terima mesej ni masa tengah sibuk membuka hadiah kahwin. Memang rasa touching walaupun mesejnya ringkas. Sejak tu, sikit-sikit saya cuba sesuaikan diri dengan status baru saya. Status berubah sekelip mata. Suami siap menampar-nampar pipi sendiri tanda tidak percaya yang kami sudah punya ikatan sah. 

Memang mula-mula susah nak adapt dengan suasana baru, keluarga baru dan status baru. Saya kena pandai bawa diri. Saya ringan-ringankan mulut untuk berbual..ringan-ringankan tulang untuk membantu. Bukan membodek tapi tindakan spontan yang datang dari gerak hati. 

Sekarang ni, hampir 3 minggu usia perkahwinan saya dan suami. Apa sahaja tindakan yang saya akan buat, saya mesti akan fikirkan suami dan keluarga saya. Apa kesannya terhadap suami dan keluarga kalau saya buat tindakan sekian sekian? Adakah tindakan saya akan mencemarkan nama baik suami dan keluarga? Saya tak tahu perasaan wanita berumah tangga yang lain. Tapi rasa sebegini seolah-olah automatik ada apabila saya sah menyandang jawatan seorang isteri. 

Perkahwinan itu sebenarnya indah. Saya sentiasa berharap agar keindahan ini akan kekal selamanya. 
Encik Suami, terima kasih ye selalu nak membuat kezutan-kezutan buat saya. Hehehe...

Thursday, March 15, 2012

Encik Suami - Ai lap yu...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mood sekarang adalah mood bunga-bunga cinta yer. Ahakz. Erm...pertamanya dalam membina sebuah rumahtangga bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh di pandang enteng. Dalam mood-mood gembira sebegini saya tahu dan sedar yang satu masa nanti saya akan berhadapan dengan detik-detik sukar. Saya juga tahu yang kehidupan saya akan berbeza jika hendak dibandingkan dengan pasangan yang lain. Saya tahu banyak dugaan dan cabaran yang akan saya hadapi. Pada ketika saya berhadapan dengan ujian dan pahit getir kehidupan, apa yang saya mahukan ialah kesabaran hati, kekentalan jiwa dan keteguhan iman saya.

Bukan mudah untuk saya buat keputusan begini. Bukan mudah untuk meyakinkan diri sendiri dan orang terdekat tentang keputusan yang saya ambil. Saya serahkan segalanya kepada Allah. Saya tagih petunjuk DIA. Saya bulatkan hati dan tekad untuk buat keputusan. Beberapa minggu sebelum bernikah, saya masih lagi terus-terusan berharap dan bermohon pada Yang Esa - agar keputusan yang saya buat ini adalah tepat. InsyaAllah.

Suami tersayang,
Semoga hubungan kasih sayang kita tetap mekar selamanya. Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Diharapkan agar ujian dan cabaran yang kita hadapi selama ini dapat mematangkan kita dan mengajar kita untuk menghargai antara satu sama lain. Ingatlah, walaupun kita akan sentiasa jauh namun kejauhan inilah yang akan mendekatkan kita. :)

ILYSM....suami tersayang Hassanal Hazimie Hassan Basri.



p/s: Terima kasih buat ahli keluarga dan semua yang terlibat dalam menjayakan walimah kami.

Wednesday, March 14, 2012

Sah sah sah saya jadi isteri

Assalamualaikum dan Selaamt Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada saya. Masuk hari ini, sudah genap 5 hari saya bergelar isteri kepada lelaki idaman saya (auww). Bersyukur sangat atas kurniaan yang Allah berikan buat saya. Berkenalan, berkawan, bercinta - akhirnya mengambil keputusan untuk menghalalkan perhubungan. Sungguh! Buat saya kurang percaya pada awalnya. Lama-kelamaan saya percaya dan sedar bahawa saya sudah memegang jawatan sebagai seorang isteri. :)

p/s: Dalam proses melatih diri untuk menjadi isteri yang baik dan sempurna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...