Pages

Friday, October 23, 2015

Pengalaman Bersalin 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...!
Berpeluang untuk menaip sesuatu dalam blog ini setelah agak lama dibiarkan sepi tanpa sebarang perkongsian.

Lebih kurang 4 bulan yang lepas iaitu June 2015 saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel (puji anak sendiri..opkoslah). Ini bermakna 4 bulan juga saya sah bergelar ibu. Happy okay walaupun letih sebenarnya. Ekekeke.

Saya expected bersalin 11 June 2015. So 8 June 2015 tu memang dah start cuti dan masih ada follow up check up di KKIA. 9 June tu masih gigih kesana sini. Memang all out habis. Tak henti-henti berjalan. Pergi office kejap ambil barang. Pergi bank. Pergi makan. Pergi kedai buku. Pergi jusco. Semua tempatlah kami suami isteri tawaf. Sampai rumah ngam-ngam petang. Lepas maghrib, main chess ngan suami. Bila kalah, saya dah malas nak main dah. HIKHIKHIK. Malam tu suami ajak minum dengan kawan-kawan dia dekat Murni Discovery, tapi saya malas nak ikut sebab penat. So, suami pergi sorang je. Sebelum keluar suami dah pesan, apa-apa call.

Suami keluar je, memang dah amek bantal dan selimut baring depan TV. Seperti biasa saya ni sangat mudah terlelap bila tengok TV. Terjaga pukul 11 malam sebab rasa perut memulas nak buang air besar. Potong betullah tengah syok-syok tidur. Dengan malasnya saya pun bangunlah. Sebaik je berdiri, terus rasa macam air terjun turun. Time tu terpinga-pinga kejap. Eh, kencing ke? Tapi rasanya macam tak teran pundi kencing. Masuk toilet cuba nak lepaskan hajat tapi tak boleh. Tengok panties ada darah sikit. Pakai pad - tukar pad - pakai pad - tukar pad, berkali-kali saya buat still sama. Sah! Ni memang air ketuban. Call suami suruh balik bagitau nak kena gi hospital.

Lebih kurang 11:30 malam dah sampai hospital. Terus pergi ke PAC, HUKM (unit kecemasan wad bersalin). Mujur tak ramai orang. Lepas check tekanan darah, saya diminta tukar ke pakaian hospital dan buat urine test. Time tu memang dah lencun seluar yang saya pakai. Buat CTG. Nurse cakap baby saya tak bergerak, dia tidur. Sampaikan nurse tu goyang-goyangkan perut saya nak bagi rangsangan pada baby. Nurse tanya saya tak rasa sakit ke? Saya cakap tak pun. Tapi saya tak selesa basah-basah macam ni. Tak lama lepas tu doktor datang, check bukaan. Dah 2cm. Terus warded. Sampai je kat wad saya diminta tukar pakaian hospital. Sebaik saja sarung baju hospial tu, terus start sakit contraction. Ngam-ngam 1 pagi masa tu. Ya Allah sakitnya memang tak tahu nak describe macam mana. Mata saya mengantuk tapi saya tak boleh nak tidur. Apa yang saya buat saya banyakkan bergerak dan control pernafasan. Itu antara tips yang kakak-kakak kat office pernah beritahu.

Suami pula tak boleh teman dalam wad. Nurse minta suami balik dulu. Sedihnya time tu sebab berpisah sekejap dengan suami sebab saya dah dapat rasa perjuangan saya akan bermula bila-bila masa je. Mesti ralat kalau suami tak dapat temankan masuk dalam labor room. Lebih kurang pukul 3 pagi saya panggil nurse. Beritahu saya tak tahan sakit. Nurse cakap memang sakit kak. Akak bawa tidur. Saya pasrah je dengar. Perasaan masa tu bercampur-baur. HUHUHU.

Lebih kurang pukul 4 lebih doktor cek bukaan. Time tu dah 4cm. Doktor kata dah boleh tolak ke labor room, tapi malangnya labor room penuh. So, tunggu lagi. Tak lama lepas tu suami datang. Lega rasanya dapat tengok muka suami. Suruhlah suami picit-picit sikit bahagian-bahagian yang sakit. Selepas Subuh doktor check bukaan lagi. Tak lama lepas check doktor cakap dah boleh get ready nak pergi ke labor room. Saya pun semangat je nak berjalan sendiri ke labor room, rupa-rupanya diorang bawa patient naik wheelchair. Kuikuikui....

Tuesday, May 12, 2015

Selepas 2 tahun 6 bulan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masa berlalu begitu pantas. Ini ialah catatan kehamilan pertama yang saya ingin tuliskan dalam blog. Suami sering bertanya sebelum ni bila nak update blog KK. Nah! Kali ni saya update.

Hamil 5 Minggu
Lebih kurang 7 bulan yang lepas, kami suami isteri mendapat berita gembira apabila saya disahkan hamil. Ketika itu usia kandungan saya telah pun 5 minggu. Perasaan masa tu memang tak disangka-sangka dan rasa bersyukur sangat-sangat. Pada awalnya memang tak jangka langsung yang saya berbadan dua. Yelah, beberapa minggu sebelum tu saya terlibat dengan Program Team Building di Legoland. Kalau dah nama Team Bulding memanglah macam-macam aktiviti berkaitan fizikal dan mental ada sekalikan. Bukan main masa tu siap naik roller coaster, cawan pusing, berlari-lari dari satu check point ke check point lain dan macam-macam lagi. Itu belum kira lagi angkat barang-barang untuk hadiah lucky draw. 3 hari lepas balik dari Team Building, saya dan suami bercuti pula ke Kuching. 4 hari di Kuching. Memang kami utilize betul-betul masa yang ada semasa disana. Salah satu aktiviti yang paling mencabar ialah ke Taman Negara Bako. Naik boat dan siap masuk hutan lagi time tu. Masa naik boat mulut ni tak henti-henti berdoa supaya janganlah jadi apa-apa semasa dalam perjalanan ke Taman Negara Bako tu. Mana taknye, kami tahu sepanjang sungai tu ada bujang senang. HUHUHU. Masa di Kuching saya dah perasan yang saya kerap buang air kecil. Sekejap-sekejap pergi tandas. Walaupun saya tak minum air. Saya cuma fikir mungkin saya ada masalah kencing tak lawas. Ianya berlarutan umpama tiada kesudahan.

Period pula lewat 5 hari. Sebelum ni pun pernah juga terjadi macam ni. Sepanjang tempoh tidak datang bulan tu, perut rasa sebu je. Perut start rasa sakit macam nak datang bulan tapi bulan tak mari-mari. Kepala selalu pening. Tak boleh tengok benda-benda kotor. Masih anggap itu perkara biasa. Lepas 7 hari lewat, cerita dengan akak ipar. Katanya maybe pregnant. Tapi saya taknak terlalu berharap. Saya cuma kata nantilah baru check. Tak semena-mena ada satu perasaan datang. Hati terdetik "mungkin aku pregnant". Mulalah start google simptom-simptom awal kehamilan. Kebanyakannya memang ada pada diri saya. Lepas 10 hari lewat, keesokannya awal-awal pagi dalam pukul 5.30am terus buat UPT test. Ada double line yang sangat terang. Time tu memang tak dapat nak describe perasaan saya. Terus kejut husband, tunjuk stick tu. Husband pun teruja sangat. Hanya ungkapan Alhamdulillah yang mampu keluar dari mulut kami. Siang tu husband ada checkup medical offshore, sebab husband dah nak naik kapal. So memang tak dapat temankan saya. Saya pergi klinik dekat office je. Bawa stick tu sebagai bahan bukti dan doktor suruh buat ujian air kencing sekali lagi. Buat scan dan nampak ada setompok kecik je dalam rahim saya. Doctor banyak cakap,"InsyaAllah awak memang hamil ni". Doctor banyak nasihatkan supaya berjaga-jaga ketika 1st trimester ni. Memang tak sangka dan rasa ajaib sangat ada "sesuatu" dalam perut ni. :)






Monday, March 9, 2015

Selamat Ulang Tahun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ini. Ya! Hari ini genap 3 tahun usia pernikahan kami suami isteri. Sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar 3 tahun sudah bergantung hidup dengan lelaki teristimewa itu. Dalam tempoh 3 tahun kami makin memahami perangai masing-masing dan kami masih lagi dalam proses belajar. Memang setiap hari akan ada sahaja perkara baru yang kami belajar lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan pengurusan rumah tangga dan menjaga tatasusila sebagai suami dan isteri.

Kami bukan seperti kebanyakan pasangan suami isteri yang dapat meraikan hari-hari istimewa bersama. Kali ini seorang didarat seorang dilaut, dalam rumah bertemu jua.

Harapan saya semoga usia pernikahan ini diberkati Allah s.w.t.. Semoga rasa cinta, kasih dan sayang antara kami sentiasa mekar selamanya. Semoga sentiasa ditetapkan iman dan hati-hati kami.

I love you lelaki kesayangan.

Friday, February 20, 2015

Blog Dah Update

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lama sungguh blog picisan ini dibiarkan sepi. Sampai suami saya tertanya-tanya kenapa saya dah tak rajin mengapdet. Almaklumlah mood tak mari untuk mengapdet.

2014 memberi pelbagai kenangan dan pengalaman manis dalam kehidupan saya. Dari segi kerja, Alhamdulillah...semakin memahami boss baru. Segala kepayahan dan kesukaran dalam kerja memang perkara biasa. Nak tak nak kena hadapi juga. Hadapi je dengan senyuman walaupun kadang-kadang saya hadapi dengan kecelaruan.

Tentang kehidupan peribadi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti biasa. Tahun lepas memang tahun yang penuh kejutan buat saya. Kejutan dalam pelbagai bentuk. Rata-rata adalah kejutan yang manis-manis sahaja. Berpeluang bercuti-cuti Malaysia bersama suami. Sesungguhnya masa yang terisi bersama suami adalah perkara bahagia dalam hidup.

Oh ya! Saya masih lagi bergelar pelajar separuh masa. Pejam celik-pejam celik saya dah berjaya melepasi 5 semester. Macam tak sangka pula boleh pergi sejauh ini. Mungkin ini berkat doa suami dan keluarga. Juga semangat juang yang masih menebal dalam diri. Walaupun kadang-kadang semangat tu menipis. Namun mengenangkan duit yang dilaburkan untuk pengajian ni, saya kena tabah menghadapinya. Itu pilihan saya. Saya perlu berhadapan dengan 3 semester lagi, InsyaAllah. Semoga dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Yeay!

Buat Suami,
Dah boleh baca blog ni. Nanti saya update lagi okeh. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...