Pages

Thursday, August 26, 2010

Berbuka Puasa bersama...

Syukur Alhamdulillah, hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke-15. Sepanjang tempoh 5hari yang lepas yakni sejak dari entri terakhir bertarikh 20th August 2010, hati ni cam berhajat untuk mengepos something kat blog luahan hati dan perasaan nih. Heks. Tapi seringkali niat tu tergendala…kerna bila kata hati mengatakan tidak perlu update, saya tidak update. Saya update hanya bila saya rasa saya ingin update. Wahwahwah…sungguh banyak perkataan update. Anda faham?? HUH ^^v
Kelmarin, 23rd August 2010 saya mendapat jemputan berbuka puasa daripada kawan baik saya, Apai a.k.a Faizal a.k.a Faez. *nama Apai saya yang bagi, dia tak berkenan tapi saya pedulik hape…kui3*. Apai pulak mendapat jemputan berbuka puasa daripada Agent. Jadi oleh yang demikian Apai ini sangatlah baik hati mengoffer saya untuk pergi berbuka pose bersama-sama di The Legend Hotel (sebelah The Mall tu). Macam menarik, yelah buka pose kat hotel beb sape tak suke tambahan pula hotel tu betul-betul sebelah ngan LRT PWTC. Jadi soal pengangkutan tidak menjadi masalah saya rasa. HEHEHE…saya minta izin dengan along saya dan Apai juga begitu minta permission alongku untuk membawaku bersama-samanya berbuka. Kalau tidak minta izin tak kose saya ingin menemaninya. Kitorang pun berborak bagai umpama soploh tahun tak jumpe padahalnye saya rasa baru je jumpa dia sebelum pose hari tu.
Yang saya nak cerita ialah tentang kami bersama sorga makanan . HEHEHEHE…mana taknye cara kami berbuka umpama makan tengahari dan saya rasa makan tengahari pun tidak begitu. Pheww…seronok makan ngan Apai ni coz dia ni jenis berani mencuba bukan macam saya. Saya tidak berani nak mencuba makanan-makanan yang saya tak pernah makan. Yang tak boleh blah sewaktu saya menyumbat sushi yang ke-6 kalau tak silap saya si Apai boleh piula nak bangkitkan isu otak berulat bila makan sushi…Uwaaaaaaaaarrggh…geram saya. Tapi saya teruskan juga. Bila gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka ati, makanya saya pun dah termengantok tak hengat. Saya ajak Apai balik dia sibuk nak makan aiskrim lagi. HUHUHU…saya cam dah tak boleh buka mata je rasa time tu mana taknye timing tido saya sudah lari. Kui3…dalam tren saya menguap tersangat banyak kali sampai saya terlupa yang saya ada dalam tren. Siap kena sound lagi ngan Apai “kaber-kaber sikit menguap tu”.HUH..apapun terima kasih banyak-banyak sahabutku atas undanganmu. Saya dengar mungkin akan ade 3 lagi jemputan berbuka puasa yang akan diterima. Saya tunggu…..ngeh3..

Friday, August 20, 2010

Cerita Semalam

Semalam sahabat karib saya accident. Accident di sekitar kawasan opis saya. Alhamdulillah, mujur dia tak apa-apa. Saya faham dia tengah trauma sekarang. Mana tidaknya bila dah melibatkan nyawa, siapa yang tak takut bukan? Bersyukur sangat-sangat sebab dia okey cuma motor dia je calar. Saya rasa ini dah masuk beberapa kali dah dia accident. Saya harap kamu lebih berhati-hati selepas ini. Lebih-lebih lagi dalam musim-musim Ramadhan ni. Semuanya nak cepat pulang kerumah hinggakan lupa tentang pengguna jalanraya yang lain. Banyakkan bersabar ye sahabat. Lagi satu pesananku, banyakkan makan nasi sekarang. Jangan tidak menjamah langsung nasi tu walaupun sebutir. Khuatir kamu pengsan nanti. HEHEHEHE....Jaga diri baik-baik wahai sahabat.

Friday, August 13, 2010

Arshad dan puasa

Alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari ketiga seluruh umat Islam diseluruh dunia menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Juga buat kali pertama dalam siri Ramadhan kali ini anak saudara saya yang bongsu, Arshad belajar berpuasa. Yelah, sudah 6tahun kan, dah patut dididik untuk berpuasa walaupun hanya setengah hari. Kelakar dan tak sampai hati pun ada tengok gelagat Arshad puasa. Kami banyak bagi sokongan dan galakan untuk Arshad berpuasa. Kami treat dia macam biasa. Kejutkan sahur, suruh dia banyak berehat, jangan bermain-main diluar rumah sebab bimbang cuaca panas kat luar tu akan mempengaruhi puasa Arshad. Sampai pukul 5.30pm macam tu baru Arshad betul-betul tak boleh tahan. Kami suruh juga Arshad tahan sementara menunggu waktu berbuka, Yelah, dah alang-alang. Sayang kalau berbuka. Palin lawak bila Arshad meminta Umminya mengalihkan makanan yang dimasak dari pandangan mata dia. Dia takut kalau-kalau tangan dia ancap mencapai makanan lalu masuk ke mulut. Alhamdulillah.., Arshad semakin okey. Malah disekolah pun dia masih berpuasa. Cikgu mengasingkan dia dari murid-murid yang tidak puasa. Sampaikan balik rumah semalam dia mengadu yang kawan sekolah dia “mengejek” dia kerana tidak dapat makan. HEHEHEHE… dua hari kami sekeluarga dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama-sama. Harap-harap hari ini masih sempat berbuka puasa bersama. Harap-harap Angah sempat sampai ke rumah. Macam tak best je kan kalau tak cukup ahli dimeja makan.

Tuesday, August 10, 2010

Ujian lagi

Hari ni saya nak bercerita sikit tentang perangai manusia. Perangai yang saya sendiri tak tahu nak kategorikan sebagai perangai apa. Bila kita buat baik salah dan bila kita buat buruk pun salah. Saya sendiri tak faham. Mungkin dah ada sedikit perasaan benci dalam hati, tu yang agak sukar nak kembali kepada keadaan asalkan… Baru saya sedar ini sebenarnya kehidupan. Situasi sebegini menguatkan lagi kepercayaan saya pada istilah “hidup umpama roda, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah”. Hari ni orang sayang, esok lusa belum tentu orang yang sama akan terus sayangkan kita. Inilah kehidupan punya rencana dan agenda tersendiri. Bila mana saya rasa seperti tidak menahan dengan perangai manusia yang sebegini saya cuba menjadi positif. Terlalu positif. Sampaikan perkara-perkara yang kita nampak tak logic dan memang menyakitkan hati sendiri yang teramat sangat pun, saya tetap positifkan diri. Pabila diri diketepikan dan seolah-olah dipulaukan hanya kerana sesuatu, rasa tak keruan je untuk terus berhadapan dengan keadaan seperti itu kan. Tapi apakan daya.Mungkin ini juga peringatan untuk diri saya supaya lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam tindakan. Kadangkala saya terfikir, jika bukan dengan keputusan yang lalu, adakah keadaan akan jadi seperti sekarang?? Barangkali tidak. Namun saya tidak pernah menyesal dengan keputusan lalu. Saya banyak fikir yang mungkin ini adalah ujian kecil sebelum saya disajikan dengan ujian yang lebih extreme. Cuma tulah, rasa geram dan penat sering menyinggah kat hati saya bila saya kena harungi satu demi satu ujian. Takpe-takpe…saya percaya Allah takkan beri ujian melebihi kemampuan hamba-Nya bukan? Saya percaya saya mampu hadapi semuanya. Walaupun kadang-kadang saya tersungkur…namun saya kena harus tabah dan kuat.

Ramadhan datang lagi

Esok seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Untuk kesekian kalinya, semua orang pun akan mengharapkan dan mendoakan yang baik-baik sahaja sepanjang bulan mulia dan penuh keberkatan ini. Begitu juga saya. Mengharapkan puasa, amalan dan ibadah saya diterima Allah. Mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan selama ini. Saya percaya kita akan dapat hikmah dan berkat jika kita ikhlas kerana-Nya. Saya juga sentiasa bermohon agar berlaku keajaiban sepanjang bulan ni. Saya juga berharap agar hubungan saya dengan orang-orang tersayang terus utuh, sentiasa beroleh kebahagiaan dan perlindungan. Keajaiban yang macam mana yang saya harapkan….hanya saya yang tahu. Itu sahaja harapan saya.

Monday, August 9, 2010

2nd League Gewinn

Semalam anak-anak saudara saya menyertai pertandingan Poomsae di Wisma OCM, Kuala Lumpur. Banyak kelab taekwando lain yang menyertai pertandingan ini. Anak-anak saudara saya dalam kategori Junior under 9 years old. Rupa-rupanya taekwando ni pun banyak kejutan macam AF. Mana taknya, orang yang saya sangka boleh menang rupanya tak menang. Begitu juga sebaliknya. Rasa cam nak je cakap yang pengadil tu tak reti menilai..HEHEHEH…tapi apakan daya, pengadil tu lebih arif dan bijaksana kan kan kan. Jadi, mungkin mereka lebih tahu. Tahu apa criteria, teknik dan skill yang betul yang perlu ditunjukkan pleh peserta.
Saya rasa tak seronokla sebab pertandingan tu kalah mati. Kalau dia buat berperingkat dengan cara select best of three, then bertanding balik, mungkin itu lebih relevan. Dengan konsep @ gaya pertandingan yang seperti itu agak kurang memuaskan hati.
Aqil dan Arshad menyertai acara Poomsae dengan menggayakan gerakan-gerakan Taegeuk 6. Pada mulanya memang ramalan saya dan beberapa orang disitu menyangkakan yang Aqil akan menang, namun sangakaan kami meleset. Pabila aqil kalah 2-1 dengan pesaing dia. Dengan serta-merta, Aqil terus menangis bila keluar dari gelanggang tu. Mana ttidaknya, Aqil memang nak menang. Dia selalu praktis dengan bersungguh-sungguh. Jiwa dia memang untuk taekwando. Tapi nasib tak menyebelahi Aqil kali ni. Takpelah, ini namanya takde rezeki. Saya sempat cakap dengan Aqil, “ini bukan yang terakhir , lepas ni lagi banyak competition yang ada. Sekurang-kurangnya bila Aqil tak menang, Aqil boleh tahu mana silap Aqil.” Aqil memang down sangat-sangat. Ini kali kedua saya tengok Aqil menangis kerana taekwondo. Apabila dia kecundang pasti dia jadi down sangat-sangat. Mujur ada Along, Kak Anis, Tie dan family yang sentiasa bagi kata-kata perangsang untuk Aqil. Sentiasa member dorongan dan galakan untuk Aqil. Mujur juga Ms. Clara (guru taekwaondo Aqil) tak putus-putus member semangat untuk Aqil. Dia Nampak kesungguhan Aqil. Dia Nampak minat Aqil. Nampak potensi Aqil dalam arena taekwondo ni. Dia sempat beritahu kat Aqil, untuk next Taegeuk, dia akan ajar Aqil betul-betul, from A to Z. Dia akan bagi training yang secukupnya untuk Aqil.
Arshad pulak berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara tu. Ini rezeki Arshad. Arshad seronok, tapi masa tu je. Sebab dia masih tidak berapa faham tentang konsep sebenar pertandingan. Aqil dan Arshad dua-duanya ada karisma tersendiri dalam menggayakn gerakan-gerakan taekwando tu.
Aqil & Arshad – ucu sayang sangat-sangat kat anak buah ucu ni. Tomey-tomey ucu ni.

Thursday, August 5, 2010

Ku Ada Kamu

Kali ini saya telah terjatuh hati dengan lagu Adira. Best liriknya. Sedap melodinya.

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Bila perasaan tak menentu

Erm…kenapa ye sejak 2-3 hari ni saya rasa cam ada sesuatu je bila berurusan dengan dia. Emosi ni seolah-olah tak menentu. Sekejap okey sekejap tak. Saya tak tahu kenapa mesti macam ni. Saya benci perasaan macam ni. Kalau boleh saya nak macam selalu…macam sebelum ni. Mungkin ada hikmahnya disebalik perasaan ni kan. Takpelah, mungkin ini fasa pertama dugaan untuk saya dan dia. Saya harap tak berlanjutan.

Kalau ini adalah ujian dan dugaan untuk saya, saya redha.

Wednesday, August 4, 2010

Kehilangan

Hari ini saya dikejutkan dengan berita pemergian mak kepada Kak Wan. Kak Wan merupakan salah seorang Manager di opis saya. Tak pasti apa penyakit mak kak wan tapi yang saya tahu mak kak wan kritikal. Tu yang kak wan terus pulang ke kampung semalam. Saya harap Kak Wan kuat dan tabah. Ingatlah bahawa Allah sayangkan mak kak wan.
Al-fatihah untuk arwah mak kak wan.

Tuesday, August 3, 2010

Cerita ceriti ujung minggu

Dah lama rasanya meninggalkan zaman-zaman bersuka-ria. Yelah, dulu masa sekolah dan masa kanak-kanak selalu jelah kan nak terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukaneka ni. Baru-baru ni saya dan family berserta family Kak Zura gi la join sukaneka anjuran MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Punyalah panas terik time tu…tapi demi kegumbiraan, kami gagahkan jugakla join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan tu. Macam-macam aktiviti kami masuk. Yang sebenarnya 4 macam je.

1st : Terompah Gergasi – Huh!! Sakit kaki kau. Habis pergelangan kaki kami bengkak-bengkak dan melecet. Sakit wooo….da la kitorang tak pakai kasut. Berkaki ayam je. Terompah tu lak keras…Jadi kaki kami sakit. Kami dapat nombor 2. Kira menang la gak kan kan kan.

2nd : Klereng – Game ni menarik. Kene tolak rim beskal guna kayu. Memang happening la. Yang tak menahan saya tergelincir lalu tergolek di depan Firdaus ye (adik Azizi). Memang malu. Tapi ade saya kesah?? Hakhakhak. Yang ni kami dapat No. 1. Juara yer. Diulangi…juara.

3rd : Tiup Belon dan kasi letop gune montot yer. Ngeeeee..Kalo belon tak pecah gak tak tahula. Yang ni pun kami dapat nombor 1. Johan. Hakhakhak

4th : Tarik Tali. Gile kentangla masuk game nih. Angkara game nihlah sampai hari ni pinggang saya sakit. Tangan saya lenguh-lenguh dan betis saya sakit…Uwaaaaaaaaaa……..fenat-fenat-fenat.. Tapi dapat nombor 3. Kire oraitla tu. Kepenatan kami berbayar.
Tahun depan saya nak masuk carom lak. Harap-harap tahun depan leh menang. HEHEHEH…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...