Esok seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Untuk kesekian kalinya, semua orang pun akan mengharapkan dan mendoakan yang baik-baik sahaja sepanjang bulan mulia dan penuh keberkatan ini. Begitu juga saya. Mengharapkan puasa, amalan dan ibadah saya diterima Allah. Mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan selama ini. Saya percaya kita akan dapat hikmah dan berkat jika kita ikhlas kerana-Nya. Saya juga sentiasa bermohon agar berlaku keajaiban sepanjang bulan ni. Saya juga berharap agar hubungan saya dengan orang-orang tersayang terus utuh, sentiasa beroleh kebahagiaan dan perlindungan. Keajaiban yang macam mana yang saya harapkan….hanya saya yang tahu. Itu sahaja harapan saya.
No comments:
Post a Comment