Alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari ketiga seluruh umat Islam diseluruh dunia menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Juga buat kali pertama dalam siri Ramadhan kali ini anak saudara saya yang bongsu, Arshad belajar berpuasa. Yelah, sudah 6tahun kan, dah patut dididik untuk berpuasa walaupun hanya setengah hari. Kelakar dan tak sampai hati pun ada tengok gelagat Arshad puasa. Kami banyak bagi sokongan dan galakan untuk Arshad berpuasa. Kami treat dia macam biasa. Kejutkan sahur, suruh dia banyak berehat, jangan bermain-main diluar rumah sebab bimbang cuaca panas kat luar tu akan mempengaruhi puasa Arshad. Sampai pukul 5.30pm macam tu baru Arshad betul-betul tak boleh tahan. Kami suruh juga Arshad tahan sementara menunggu waktu berbuka, Yelah, dah alang-alang. Sayang kalau berbuka. Palin lawak bila Arshad meminta Umminya mengalihkan makanan yang dimasak dari pandangan mata dia. Dia takut kalau-kalau tangan dia ancap mencapai makanan lalu masuk ke mulut. Alhamdulillah.., Arshad semakin okey. Malah disekolah pun dia masih berpuasa. Cikgu mengasingkan dia dari murid-murid yang tidak puasa. Sampaikan balik rumah semalam dia mengadu yang kawan sekolah dia “mengejek” dia kerana tidak dapat makan. HEHEHEHE… dua hari kami sekeluarga dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama-sama. Harap-harap hari ini masih sempat berbuka puasa bersama. Harap-harap Angah sempat sampai ke rumah. Macam tak best je kan kalau tak cukup ahli dimeja makan.
No comments:
Post a Comment