Pages

Thursday, November 29, 2012

Rasmi: Esok

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bukan semalam atau hari ini, tapi rasminya esok. Ye esok. Setelah 4 bulan menopap kaseh sayang, sekali lagi suami akan berjuang demi mencari rezeki halal buat keluarga kecil kami. Ikut hati, memang tak nak lepaskan. Kompeni perlukan khidmat suami. Rakan suami yang nak off tu juga perlukan suami sebagai pengganti untuk menyambung tugas. Saya tidak boleh tamak dan mesti beri peluang orang lain pula untuk merasai nikmat cuti dan berbahagia bersama keluarga. Cukup masa, giliran suami pula. 

Sejak bernikah ini merupakan perantauan suami yang kedua. Walaupun ini pengalaman kedua, sedihnya dan sebaknya tetap sama. Tak pernah berubah pun! Ketika saya sedang menaip entry ni pun saya dapat rasa masih ada tanda-tanda air mata akan tumpah. FUH! Tarik nafas hembus tarik nafas hembus. Relax =)

Ok. Sambung...

Ralat sangat sebab esok saya tak dapat nak hantar suami. Tak dapat nak tengok suami pergi depan mata saya. Saya ada kursus yang telah dijadualkan sejak awal lagi. Takpelah mungkin tak ada rezeki. Kalau suami bertolak malam, Insya Allah saya dapat hantar. Tapi kalau petang memang tak dapatlah jawabnya. Uwaa....lagi sedih.

Ada beberapa jam je untuk menatap wajah kesayangan saya. Lepas ni TP3 akan menatap wajah suami hari-hari. HUHUHU~



Tuesday, November 27, 2012

24 jam atau 48 jam?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ini genap 4 bulan suami bercuti. Dalam tempoh 24 jam atau 48 jam dari sekarang suami akan meninggalkan KL. Meninggalkan kehidupan onshore buat sementara waktu. Berkunjung ke perairan di negeri Pantai Timur. Tujuan - mencari rezeki buat keluarga mini kami. Beri peluang pula kepada orang-orang lain yang setia menanti kepulangan orang tersayang. Cukup waktu giliran kami pula.

P/S: Masih tunggu pengesahan pejabat.

Friday, November 9, 2012

Ulang Bulan Berserta Panggilan Pulau

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jumaat 9/11/2012 - genap 8 bulan usia perkahwinan kami. Jumaat 9/3/2012 adalah tarikh dan hari kami diijabkabulkan. Alhamdulillah, setelah 8 bulan bergelar suami isteri kami makin mengenali hati budi masing-masing. Apa orang kata makin nampak "warna sebenar" pasangan kita. :)

Pernah rakan pejabat bertanyakan soalan, "akak, husband akak sebelum kahwin dengan selepas kahwin lain tak?". Saya faham maksud soalan itu. Jujurnya, apa yang saya nampak perubahan ke arah kebaikan yang ditunjukkan suami. Sikap dan perangai masih sama seperti kami berkenalan dan berkawan dahulu. Harap-harap sikap ini terus berkekalan sampai bila-bila.

Hari tu lepas kahwin tak dapat spend time lama dengan suami, lebih kurang sebulan setengah je. Lepas tu suami dah kena naik kapal semula. Penghujung Julai hari tu suami mula bercuti sehingga hari ini. Sepanjang mengenali suami, saya rasa ini cuti paling lama yang suami pernah dapat (tidak termasuk cuti untuk pergi kelas dan ambil exam). Seronok sebab dalam tempoh 3 bulan lebih ni macam-macam perkara dapat diselesaikan. Tapi kesian juga sebab suami kadang-kadang bosan duduk dirumah. Semalam, suami dah dapat "panggilan pulau". Dalam masa terdekat suami akan menjalankan tugas hakiki semula. Makna kata, saya dah kena bersiap-sedia dari sekarang nak menghadapi perhubungan jarak jauh semula.

P/S: Saki baki waktu yang ada kena guna sebaik mungkin.


Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Luluh hati seorang ibu apabila melihat putera kesayangan menanggung kesakitan. Apalah yang si kecil tersebut faham tentang kesakitan? Tapi siapa kita untuk berkata apa-apa. Saya dan suami hanya mampu berdoa dan bermohon pada Allah s.w.t agar diringankan penderitaan yang ditanggung baby Amsyar. Ini merupakan kali ketiga atau kali keempat Amsyar dimasukkan ke ICU. Doktor kata terdapat jangkitan kuman. Doktor masih berusaha memberikan rawatan dan mencari root cause tentang penyakit baby Amsyar. 

Saya tahu akak ipar saya terlalu sedih. Mana tidaknya, dia orang yang melahirkan baby Amsyar. Ibu mertua saya turut sedih melihat penderitaan Amsyar. Suami kata, suara emak sebak ketika bercakap melalui telefon tempoh hari. :(
Suami saya turut sebak bila dapat tahu anak saudara yang baru berusia 3 bulan lebih itu terlantar di hospital. Saya lihat ada air mata di wajah suami. Ya Allah, ujian apa yang sedang KAU berikan..

Saya minta sangat agar diringankanlah ujian yang sedang dihadapai oleh baby amsyar. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Akak cakap, doktor tengah berusaha yang terbaik untuk baby Amsyar.

P/S: Tak dapat nak balik kampung hari ni. Semoga akak terus tabah dan kuat hadapi ujian ini. 



Wednesday, November 7, 2012

Entri Pertama Bulan November

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seperti terlupa yang saya mempunyai blog. Kesian kau wahai blog. Almaklumlah, dewasa ini saya sangat sibuk dengan pelbagai tugasan. Tugasan sebagai pekerja. Tugasan sebagai isteri. Tugasan sebagai pelajar. Memang mencabar. Itu pun belum lagi saya mengambil alih tugasan sebagai seorang ibu. *semoga impian kami suami-isteri termakbul...Aminn*.

Saya percaya rezeki setiap orang datang dalam pelbagai cara. Setiap orang dijanjikan bahagian masing-masing. Apa yang penting, kerja keras, usaha, kesabaran dan tawakal yang disemai bagi membolehkan rezeki itu menjadi nyata. Cuma cepat atau lambat je untuk kita mendapat rezeki.

Kadang-kadang apa yang kita inginkan sangat tu yang Allah lambat makbulkan. Jangan panik dan jangan sangsi dengan perancangan Allah. Yang penting sentiasa berfikir positif akan sesuatu itu. Mungkin ada sebab musababnya kenapa Allah tak berikan apa yang kita inginkan tu awal. DIA sebaik-baik perancang. Apa sahaja yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin DIA nak berikan kita rezeki dalam bentuk lain dahulu. Manalah tahukan? :)

P/S: Cepat atau lambat jangan putus-putus untuk meminta dari Allah.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...